Khamis, 29 Disember 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Kula refutes residents’ claims

Posted: 29 Dec 2011 06:15 PM PST

Bersih 2.0: It’s 50k, and a big success | Free Malaysia Today

Posted: 29 Dec 2011 06:07 PM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Sekolah Al-Amin Buka Ma`had Tahfiz: Adun Bangi Sampaikan Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 29 Dec 2011 02:55 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Rumah terbuka Krismas - bersama ADUN Kota Damansara

Posted: 29 Dec 2011 01:48 AM PST

Semua dijemput bersama meraikan Rumah Terbuka Hari Natal dan Sambutan Tahun Baru 2012 bersama YB Dr Nasir dan YB Sivarasa

Tempat:      Perkarangan Tapak Pasar Malam Sek 8 Kota Damansara
Tarikh:        Jumaat, 30hb Disember 2011
Masa:         6:00 ptg - 10:00 mlm

SEMUA DIJEMPUT BERSAMA

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BEGITULAH KALAU BERJUANG DALAM TONG NAJIS....

Posted: 28 Dec 2011 11:12 PM PST


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu wang zakat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat melibatkan menteri berkenaan.

Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

"Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada Jun 2011 juga, katanya Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu.

Malangnya, kata beliau Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

"Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.

"Saya berharap Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," ujarnya.

Menurutnya, pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salah guna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

Sekurang-kurangnya, kata beliau apabila isu itu mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

"Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau?" tanya beliau yang juga Adun Seri Setia


Yang nyatanya, kata beliau lagi Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010.

Soalnya lagi, mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.

Katanya, umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat.(harakahdaily)

Direct Free Kick

Direct Free Kick


负载

Posted: 28 Dec 2011 04:58 PM PST

VAELNPIKUVWXYZABUVPZ
JFZFBUW
QSHTUVWOYRS
ZCYTKLD


¨U±¾©ª¹ã©ªÉéªÎñ©ª¾ù©ª»¶©ª´ú©ª±£©ªÁª
¨U¹«©ª¸æ©ª³¤©ª£¡©ª¿É©ªÓ­©ªÀí©ªÖ¤©ªÏµ
¨U˾©ª·Ñ©ª´ú©ªÒÔ©ªÉÏ©ªÀ´©ª×¨©ª¶Ô©ªÒµ
¨U¿É©ª¡¢©ªÀí©ªÉÏ©ªÍø©ªµç©ªÒµ©ª¿Í©ªÎñ
¨Uͨ©ª»á©ª¡¢©ªÆ±©ªÑ¯©ª×É©ªÔ𩪻§©ªºÅ
¨U¹ý©ªÎñ©ª³¤©ª¾Ý©ª»ò©ªÑ¯©ªÈΩªÐÅ©ªÂë
¨U¹Ø©ª·Ñ©ªÊ±©ª¾ù©ªµ½©ª£¡©ªÐÄ©ªÏ¢©ª 1
¨Uϵ©ª¡¢©ª¼ä©ªÎª©ªË°©ª£¡©ªÇ¿©ª±£©ª3
¨UÓÅ©ª·þ©ª´ú©ª¸÷©ªÎñ©ª£¡©ª£¡©ªÃÜ©ª 6
¨U»Ý©ªÎñ©ªÀí©ªµ¥©ªÑ驪£¡©ª ©ª£¡©ª8
¨U´ú©ª¼°©ª·þ©ªÎ»©ªÖ¤©ª£¡©ª ©ª ©ª2
¨U¿ª©ªÉÌ©ªÎñ©ªÔÚ©ªºó©ª£¡©ª ©ª ©ª5
¨U¸÷©ªÒµ©ª·Ñ©ªË°©ª¸¶©ª ©ª ©ª ¨U©ª9
¨UµØ©ªÏú©ªÓéªÎñ©ª¿î©ª ©ª ©ª ¨U©ª3
¨UË°©ªÊÛ©ªÖ§©ª¾Ö©ª ©ª ©ª ©ª ¨U©ª3
¨U·¢©ªµÈ©ª³ö©ªËù©ª ©ª ©ª ©ª ¨U©ª9
¨U£¤©ªÆ±©ª¸´©ªÉꩪ ©ª ©ª ©ª ¨U©ª8
¨UƱ©ª¾Ý©ªÔÓ©ªÁ쩪 ©ª ©ª ©ª¨U ©ª ¨UÕÅ
¨U£¡©ª£¡©ªË°©ª£¡©ª ©ª ©ª ©ª ©ª ¨U / Éú £¨ÒµÎñQQ:77-20-66-041£©

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Another nail in MAS coffin? by Pemandu Panamera

Posted: 29 Dec 2011 02:50 AM PST

Last I heard, Hajj charter is not an unprofitable venture. In fact, MAS’ charter services had been one of the profitable areas of the airline under Nik Huzlan.

Comment on Another nail in MAS coffin? by Anonymous

Posted: 29 Dec 2011 02:50 AM PST

Wahai Insan Perihatin, cuba anda tanya berapa “managers” yang anda sebut itu bersetuju dengan pemberhentian Haj Operations. Jangan salahkan orang yang tak bersalah.

borhan, saya ingin menegaskan bahawa MAS tidak pernah membatalkan Penerbangan Charter Jemaah Haji. Bebaliknya, MAS sentiasa mahu meneruskan perkhidmatan Haji. Tetapi, beberapa kali kontrak perkhidmatan jemaah haji telah diberikan kepada pihak lain. Tetapi, setelah mencuba pihak lain, perkhidmatan itu kembali juga kepada MAS.

Comment on POLITICS OF McCARTHYISM by little napoleons MUST BE STOPPED by Dinasti Lim diberi jolokan ‘diktator’ « Helen Ang

Posted: 29 Dec 2011 01:48 AM PST

[...] juga pernah berkata dalam blognya: “This innate behavior of DAP leaders playing ‘Politics of Tagging‘ whenever [...]

Comment on Issues for your MP by fakri

Posted: 28 Dec 2011 11:56 PM PST

any idea how much it costs to maintain our monarchies? can this question be raised in the parliament for transparency?

Comment on Another nail in MAS coffin? by insan perihatin

Posted: 28 Dec 2011 11:02 PM PST

Greeting you YB for fighting for us , just pray to ALLAH to give guidance to the power that be at the moment to realise that everthing is not permanent , everbody must died it just a matter of timing .
As for the JEDDAH sector (unprofitable…………………..?) just look at the kul/cairo
sector where we malaysian have many student n they made the decision to stop again ? the jeddah flight was full almost every flight , the problem is the people employ ( managers ) is suck , it is an open secret mas is top heavy , what the goverment shud do is to cut off the level , the managers duty just to attnd meeting but the groiund staffs is in the blind of what happening , just curious to know what IDRIS JALA have to say about this ,

keep fighting for the people YB semoga allah memberi taufik dan hidayat dan kekuatan kepada YB meneruskan perjuangan ini , dulu bila YB keluar dari PKR saya have doubt juga,

periuk nasi saya di tabur pasir ( no more UMNO after this )

DOA ORANG YANG TERANIAYA TIADA HIJAB

Comment on Another nail in MAS coffin? by borhan

Posted: 28 Dec 2011 08:31 PM PST

Satu masa dulu MAS juga pernah membatalkan Penerbangan Charter Jemaah Haji tetapi lepas itu tetap rugi juga. Yang hairannya Saudia boleh angkut jemaah haji kita tak pernah pulak dengar mereka rugi. AirAsia nak ambil kut – 30000 jemaah haji setahun – banyak tu share dengan Saudia. Kita yengok la nanti.

Comment on Another nail in MAS coffin? by Anak Malaysia

Posted: 28 Dec 2011 07:22 PM PST

What all this nonsense AA taking over the Haj flights? If its really unprofitable routes then why is AA been so kind to want to fly the Jeddah sector. Come on all those pariah TF and his gang, don’t think that we are all stupid like you guys. Then now you are talking about letting MAS fly the europe sectors and AA taking the sydney routes…..Well Dream on it man.

AA is losing on the Europe sectors and then pass the shit to MAS and then later those bloody crooks will say that MAS is losing money and is going cut those routes too.

If those bloody crooks been cutting those unprofitable routes which was flown by MAS, then why is AA still flying to those places. Is the pariah TF and his crooks trying to tell the RAKYAT that AA got lots of money and can afford to fly to those unprofitable routes which MAS won’t be flying anymore?

AJ & Rashdan aka Danny, both of you are already bloody fools and by terminating the Haj charter with tabung Haji will make both of you looks like human in a clown and monkey suit but compared to both the BIG, FAT, ASSHOLE TF & AMOK…both of you are 1/4mm better. anyway end of it all of you crooks are still ASSHOLE.

Comment on Another nail in MAS coffin? by Gajah Mada (@gajahmada73)

Posted: 28 Dec 2011 06:05 PM PST

waduuuuh macam mana nak pegi haji nie kalau dalam perjalanan tengok stewardess skirt pendek warna merah……

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Posted: 28 Dec 2011 03:17 PM PST

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


A change is gonna come

Posted: 29 Dec 2011 02:56 AM PST

by Praba Ganesan The Malaysian Insider Dec 29, 2011 DEC 29 — An important time is arriving in Malaysia, and it does not matter if you are for it or not; that's not material anymore. The growing fear is that the nation is about to enter this phase without a seat belt. History students in [...]

Messing around with Malaysian higher education

Posted: 28 Dec 2011 09:56 PM PST

— Zaharom Nain The Malaysian Insider Dec 28, 2011 DEC 28 — In Malaysia, politics has been central to many academic matters for a pretty long time, from as far back as 1971 at the very least, when the University and University Colleges Act (UUCA) was introduced. The UUCA, like other legislation such as the [...]

Berdayakah Najib dan kepimpinan Umno mengenepikan Shahrizat?

Posted: 28 Dec 2011 07:13 PM PST

— Aspan Alias The Malaysian Insider Dec 28, 2011 28 DIS — Isu Shahrizat Jalil dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri Kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu [...]

All I want for Christmas

Posted: 28 Dec 2011 06:34 PM PST

Mariam Mokhtar | Dec 26, 2011 Malaysiakini The spirit of Christmas lives on in Malaysia, regardless of race or religion. I know of several non-Christians who have not forgotten the joy of giving and thinking of others before themselves. Some find solace in singing carols in a group. Others delight in thinking about what to [...]

Cikgu Rashid Latiff - ADUN Ampangan

Cikgu Rashid Latiff - ADUN Ampangan


Amanat DS Anwar Ibrahim 4 Jan 2012 di Seremban

Posted: 28 Dec 2011 08:16 PM PST

AMANAT DS ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 4 Jan 2012, Rabu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Perkarangan Pejabat PKR NS, Jln Tuanku Antah, Seremban
Semua dijemput hadir

RAPAT RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, Pekan Gemas, N.Sembilan
Bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
Semua dijemput hadir

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pemuda PAS Melaka terjemah Negara Berkebajikan

Posted: 29 Dec 2011 01:00 AM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

JASIN, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin.

Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti.

Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas.

Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat.

Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang kanak-kanak yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin.

Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah mengetuai program kebajikan itu (gambar). Turut hadir adalah kepimpinan Pemuda PAS negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin.

Konsep program merakyat kerana kanak-kanak itu dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus ke rumah mereka.

Program seumpama itu diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan PAS selain menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Harakah Daily

Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya

Posted: 29 Dec 2011 12:45 AM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?

JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha...

Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Ada peluang apa lagi lah...baik.

Harakah Daily

Lelaki Maut Dihempap Penyangkut Besi Lif

Posted: 29 Dec 2011 12:30 AM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki mati dihempap penyangkut besi lif ketika hendak menghantar perabot di tingkat atas sebuah kedai perabot tiga tingkat di Jalan Raja Chulan di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Gaffar Muhammad berkata, kejadian berlaku pada pukul 10 pagi ketika Mohd Abdillah Khairuddin, 27, berada di dalam lif dengan muatan perabot untuk dihantar ke tingkat atas.

"Tiba-tiba lif tersebut terjatuh ke bawah, manakala penyangkut besi itu menghempap kepalanya menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Kejadian disedari oleh majikan Mohd Abdillah yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Abdul Gaffar berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat bebanan yang berat menyebabkan tali rantai lif itu putus dan penyangkut besi berkenaan menghempap mangsa.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut, katanya.

Dalam kejadian lain, seorang remaja berusia 13 tahun terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 1 Jalan Sitiawan-Lumut pada Rabu.

Muhamad Asrul Muhamad Azizan berasal dari Kampung Acheh yang mengalami cedera parah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Manjung pada pukul 11.50 pagi, Rabu. - BERNAMA

Warga Korea hilang: Polis minta bantuan kedutaan

Posted: 29 Dec 2011 12:26 AM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR 29 Dis. — Bukit Aman kini bekerjasama dengan Kedutaan Korea Selatan di sini, bagi mengesan dua suspek dipercayai rakyat negara itu, berkaitan kes kehilangan seorang ahli perniagaan Korea Selatan sejak 31 Okt. lepas.

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek terbabit yang dipercayai telah meninggalkan negara ini."Kemungkinan sekarang ini suspek sudah pulang ke negara asal (Korea),

mungkin juga sudah lari ke mana-mana negara lain. Bantuan dari Kedutaan Korea dan pihak Interpol mampu membantu dalam menyelesaikan misteri kehilangan ahli perniagaan itu," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berdasarkan maklumat sedia ada.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama, berkata kes itu masih disiasat mengikut Akta Orang Hilang.

 Warga Korea itu, Kim Chong Yong, 53, yang tinggal di negara ini sejak dua dekad lepas, dilihat kali terakhir di sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas antara 9 malam hingga 1 pagi pada 30 Okt bersama seorang lelaki, sebelum dilapor hilang pada keesokannya. — BERNAMA

Rel kereta api di tengah-tengah desa

Posted: 29 Dec 2011 12:16 AM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -


SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin.
HANOI – Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api.
Ia dikenali sebagai Kham Thien.
Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.
Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun.
Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. – Agensi
Kosmo

Syria, Yaman terus bergolak

Posted: 29 Dec 2011 12:00 AM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

PENUNJUK perasaan berarak di Sanaa menuntut Salleh didakwa.

GAMBAR rakaman video agensi berita Ugarit News menunjukkan sebuah kereta kebal Syria di bandar Homs, semalam.

Gas pemedih mata sambut protes di Homs, penunjuk perasaan bergaduh di Sanaa

DAMSYIK: Polis Syria menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan 70,000 penunjuk perasaan di jalan Homs kelmarin pada masa pemerhati Arab melawat kawasan itu sehari selepas puluhan mati akibat tindakan keras terhadap penduduk yang berbeza pendapat.

"Lebih 70,000 penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran al Saa di tengah bandar Homs, kemudian ejen keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka," kata Pemerhati Rakyat Syria untuk Hak Asasi yang berpangkalan di Britain.

Pada masa yang sama, sesetengah penunjuk perasan ditembak dengan peluru hidup semasa mereka berarak ke dataran itu dan empat cedera termasuk seorang cedera parah.

Pemerhati berkata tunjuk perasaan berasingan diadakan di tempat lain di bandar itu bertujuan mendedahkan amalan tidak sihat dan jenayah regim itu.

Sebelum menyertai perarakan di Dataran al Saa, puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di kawasan Al-Khalidiyeh, menurut badan itu. Tunjuk perasaan turut dilaporkan di daerah Bab Dreib dan Jub al-Jandali.

Protes itu dilakukan pada masa sama pemerhati Liga Arab melawat kawasan tengah bandar untuk memantau urusan mengakhiri kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti pemerintah.

Berikutan laporan pembunuhan 34 orang awam di wilayah Baba Amro di Homs pada Isnin, penduduk yang mengadakan majlis pengebumian berhampiran Kefer Ayia untuk sesetengah mereka yang terbunuh, diserang oleh pihak keselamatan.

Aktivis mendakwa, tentera membawa keluar kereta perisai dari satu daerah ketika pemerhati Arab tiba dan menyembunyikannya dalam zon dikuasai kerajaan.

Sementara itu di Sanaa, musuh dan penyokong Presiden Yaman bertempur menggunakan batu dan kayu kelmarin, memburukkan lagi kekacauan negara itu pada masa sama Washington menimbangkan permohonan pemimpinnya untuk ke Amerika Syarikat.

Aktivis belia, yang mengetuai protes sejak berbulan menentang pemerintahan 33 tahun Presiden Ali Abdullah Saleh berbelah bahagi sama ada beliau perlu meninggalkan tanah air kerana boleh mengurangkan konflik tetapi turut membuka peluang mengelak pengadilan. – Reuters/AFP

Iran bicara perisik CIA

Posted: 28 Dec 2011 11:40 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

TEHRAN: Pihak berkuasa Tehran membicarakan seorang warga Amerika Syarikat kelahiran Iran kelmarin atas tuduhan mengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan pendakwa raya menuntut defendan dikenakan 'hukuman maksimum' kemungkinan hukuman mati, jika dia didapati bersalah, lapor agensi berita Fars.

Pengakuan Amir Mirzai Hekmati menunjukkan dengan jelas bahawa tertuduh bekerjasama dengan CIA dan terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan Iran.

"Justeru, saya meminta mahkamah mengenakan hukuman maksimum," kata pendakwa raya yang dipetik sebagai berkata.

Hekmati, 28, bekas anggota marin Amerika dilahirkan di negara itu dalam sebuah keluarga pendatang.

Tetapi, dia kemudian muncul dalam televisyen tempatan Iran pertengahan Disember lalu dan memberitahu dalam bahasa Parsi dan Inggeris fasih bahawa dia adalah seorang ejen CIA yang dihantar untuk menyusup ke dalam Kementerian Perisikan Iran. – AFP

Ternak patin: 3 pengarah didakwa perdaya 12 individu

Posted: 28 Dec 2011 11:30 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

Tiga pengarah sebuah syarikat pertanian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan memperdaya 12 individu membabitkan pelaburan projek ternakan ikan patin bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Johar Arifin Baki, 45, S Suresh Kumar, 30, dan Auni Zafirah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Sebagai pengarah syarikat Premier Agro Sdn Bhd ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama telah memperdaya dengan niat menipu 12 pelabur individu dengan menawarkan skim ternakan benih ikan dalam sangkar menjajanjikan pulangan kepada pelaburan tersebut.

Para pelabur tersebut telah membayar wang pelaburan mereka yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Premier Reliance (M) Sdn Bhd.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat mereka yang mempunyai alamat perniagaan di No: 19, Jalan Kasuarina 7, Botanic Capital, Bandar Ambang Botanic, Klang dekat Shah Alam, antara 15 Mei 2009 dan 3 Julai 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Slamat membenarkan ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM12,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 1 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes. Mereka diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Shari'ah Abu sementara ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama

Dugaan datang bertimpa

Posted: 28 Dec 2011 11:25 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUANTAN – "Sejak suami saya meninggal dua tahun lalu, dugaan datang bertimpa-timpa, Dan jika tidak kuat semangat saya juga tidak mahu hidup lagi," kata B. Sharta 27 yang kehilangan suami dan anak sulungnya dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Sharta berkata, kemalangan itu bukan sahaja meragut nyawa dua orang yang disayanginya, malah turut merentap kebahagiaan yang dikecapnya selama ini.

"Dalam kejadian itu, hanya saya dan anak bongsu, Kartik, 6 sahaja yang hidup manakala suami, anak sulung, adik ipar dan anaknya turut meninggal kerana kereta bertembung dengan lori.

"Mengenangkan anak bongsu yang masih kecil, saya tabahkan hati untuk menerima dugaan ini dan kini saya hanya berharap agar masa depan anak saya ini cerah biarpun tanpa ayah di sisinya," katanya.

Selain itu, Sharda juga terkilan kerana tidak dapat bekerja untuk menambah pendapatan keluarganya kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

Oleh itu, dia kini menumpang di rumah bapanya yang hanya bekerja susun papan di sebuah kilang.

"Saya bukan tidak mahu bekerja, tetapi kemalangan tersebut telah menyebabkan saya mengalami cedera parah di bahagian kepala dan setiap kali ingin pergi bekerja saya akan rasa pitam.

"Kini, hanya mengharapkan gaji ayah yang tidak seberapa sahaja untuk menanggung kami dua beranak ini," katanya.

Sementara itu juga, dia juga berharap agar permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat diluluskan.

Menurutnya, permohonan terdahulu telah ditolak kerana factor usianya yang masih muda.

"Jika ikutkan usia, memang saya masih muda,tetapi saya tidak berdaya untuk bekerja dan memerlukan bantuan untuk menyara anak saya ini.

"Apa yang saya harapkan agar anak saya dapat kesempurnaan sepertimana kanak-kanak yang lain," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sinar Harian

Pakatan Rakyat tekad mansuh Auku – Anwar

Posted: 28 Dec 2011 11:23 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 29 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tekad untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sekiranya menerajui Putrajaya kelak.

"Saya mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menggesa kerajaan agar menghentikan segala tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana dilihat seakan takut dengan kelompok mahasiswa.

"Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

"Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus,"

"Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan," kata Anwar.

Tambah beliau, tindakan menghukum menggunakan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Anwar turut membidas janji komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Auku dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian hanyalah omong kosong.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli Abdul Halim menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ia berikutan tindakannya menurunkan bendera Najib selepas Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya sekumpulan penyokong Umno.

Keadilan Daily

11 NGO halang penyenaraian FGVH

Posted: 28 Dec 2011 11:12 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Dis: 11 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

Dikepalai Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebaangsaan (Anak) yang bergerak sendirian sebelum ini, matlamat utama GSF ditubuhkan untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, GSF di peringkat awal mendesak kerajaan membatalkan usaha penyenaraian yang bakal menjejaskan aset 112,635 peneroka.

"Gabungan ini akan bergerak ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan membatalkan hasrat penyenaraian ke Bursa Saham," kata beliau pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.

Selain Anak, GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertiindak Peneroka Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa).

Turut bersama, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Harakah Daily

Zakat: PKR harap Jamil Khir tidak menyorok

Posted: 28 Dec 2011 11:10 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu wang zakat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat meliabtkan menteri berkenaan.

Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

"Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada Jun 2011 juga, katanya Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu.

Malangnya, kata beliau Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

"Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.

"Saya berharap Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," ujarnya.

Menurutnya, pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salah guna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

Sekurang-kurangnya, kata beliau apabila isu itu mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

"Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau?" tanya beliau yang juga Adun Seri Setia

Yang nyatanya, kata beliau lagi Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010.

Soalnya lagi, mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.

Katanya, umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat.

Harakah Daily

Monopoli MAS-Air Asia, rakyat jadi mangsa

Posted: 28 Dec 2011 11:07 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Penerbangan untuk Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih sukar dan mahal selepas ini kerana Firefly tidak akan lagi menjalankan perkhidmatan di negeri-negeri tersebut.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong (gambar) berkata, kolaborasi MAS-Air Asia dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu Air Asia sendiri, manakala rakyat menderita, lapor Roketkini.com.

"Dengan MAS dan Firefly menghadkan penerbangannya, Air Asialah yang memonopoli laluan-laluan udara tertentu. Sebagai contoh, laluan Sandakan-KL sudah menjadi monopoli Air Asia sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dengan jumlah penerbangan yang kurang dan harga pula lebih mahal, ia bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah tidak baik untuk ekonomi.

Beliau menjelaskan, institut kajian Research for Social Advancement (REFSA) telah mengenal pasti beberapa pekara utama:

1. Kurang penerbangan bermaksud kurangnya pekerjaan untuk staf di udara dan di lapangan. Ini juga bermaksud gaji lebih rendah, kurang peluang perkerjaan, dan kurang kuasa perbelanjaan.

2. Ia juga memberi impak terhadap perniagaan yang bergantung kepada penerbangan udara tersebut seperti teksi, hotel, restoran, penjaja dan sebagainya yang amat berharap dan bergantung kepada pengguna penerbangan tersebut.

3. Dalam jangka masa panjang, situasi ini juga akan menyebabkan semakin kurang peluang untuk bertemu, berbincang dan menghasilkan produktiviti ekonomi.

Liew berkata, walau pun alasan kolaborasi MAS-Air Asia dikatakan membuka peluang untuk semua, yang tersurat adalah Firefly telah diikat sayapnya.

"Sudahlah orang di Johor kecewa dengan pembatalan penerbangan, Firefly mengalami penurunan kadar 30 peratus di hub sendiri di Subang," tambah beliau.

Para pekerja Firefly juga gelisah kerana tidak pasti dengan nasib mereka.

Jika dahulu saingan mereka yang utama ialah pemilik Air Asia Tan Sri Tony Fernandes, kini beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat induk mereka.

Menurut Liew, adalah lumrah bahawa kebanyakan staf Firefly mahu 'melompat kapal' untuk masa depan yang lebih terjamin, dan kehancuran Firefly juga mengurangkan lagi jumlah pilihan pengguna.

"Penambahan pilihan, pengurangan kos, menggalakan persaingan, kesaling hubungan adalah amat penting untuk kemajuan negara," ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP berkata, kolaborasi yang berbentuk monopoli itu harus dihalang sebelum lebih berpuluh ribu rakyat Malaysia terjejas dengan pembatalan penerbangan, kehilangan mata pencarian mereka, dan pengecilan gaji.

"Semoga lebih banyak perkhidmatan dan pilihan diberi kepada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak agar mereka dapat pulang dengan selamat, murah, dan mudah," katanya.

Harakah Daily

Tiga cilik dipercayai kebas duit

Posted: 28 Dec 2011 11:02 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

PUCHONG - Misteri kehilangan wang tunai berjumlah hampir RM20,000 milik seorang kontraktor yang sebelum ini disangka perbuatan toyol terjawab apabila tiga penyamun cilik mengaku melakukan perbuatan itu.

Difahamkan, penyamun cilik berkenaan mengaku mencuri wang tunai itu selepas ditakut-takutkan anak mangsa yang mendakwa badan mereka yang mencuri akan terasa panas kerana terkena air jampi dibuat rakan bapanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal berkata, sebelum ini beberapa kali duit yang disimpan di dalam bilik tidur di rumah yang didiaminya di Kampung Seri Langkas Tambahan, di sini hilang, bagaimanapun jejak si pencuri gagal dikesan.

Pada mulanya, Kamal berkata, dia menyangka isterinya yang me­ngam­bil duit itu sehingga pernah mencetuskan beberapa pergaduhan.

"Barang kemas dan wang tunai milik isteri juga lesap, malah sejak tiga tahun lalu, kami kehilangan puluhan ribu ringgit tanpa mengetahui siapa yang mengambilnya.

"Memang mulanya kami sangka ia perbuatan toyol kerana tiada kesan rumah dipecah masuk dan sebagainya, bagaimanapun misteri kehilangan­ wang ini akhirnya terbongkar apabila anak saya terserempak dengan si pencuri yang ketika itu cuba mengambil wang dalam salah satu bilik tidur di rumah kami," katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbaru berlaku petang Sabtu lalu

Kamal berkata, anaknya cuba bertindak mengejar penyamun cilik berkenaan, namun gagal.

"Anak saya memang kenal dengan kanak-kanak itu kerana dia tinggal di kawasan berhampiran, akibat geram dengan perbuatan itu, anak saya yang berusia 9 tahun mengam­bil satu bekas berisi air dan kertas bertulisan jawi seolah-olah seperti 'air jampi' dan ditunjukkan kepada kanak-kanak itu.

"Dia memberitahu siapa yang mencuri wang di rumah saya perutnya akan terasa panas dan jangan menyesal sekiranya tidak mahu memulangkan wang yang dicuri," katanya.

Takut dengan ugutan itu, tiga kanak-kanak masing-masing berusia 11, 12 dan 13 tahun itu mengaku mencuri wang ketika rumah ditinggalkan kosong.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu mengaku memasuki rumahnya melalui tingkap sebelum menyelinap masuk ke dalam salah sebuah bilik tidur untuk menggeledah mencari wang.

Kamal berkata, dia tidak dapat mengagak berapa banyak wang yang hilang, namun kali terakhir berjumlah hampir RM4,000.

Menurutnya, selepas mengaku, kanak-kanak itu hanya memulangkan RM60 sahaja dan mendakwa baki selebihnya sudah dibelanjakan membeli bola, kasut dan sebagainya.

Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki kanak-kanak yang hampir sebaya dengan anaknya melakukan perbuatan itu.

"Memang duit banyak kali hilang, tetapi saya tidak pernah mengesyaki kanak-kanak yang selalu datang ke rumah bermain dengan anak saya itulah pencurinya.

"Sebelum ini ada juga terasa hairan apabila kanak-kanak itu sering bertanya bila saya mahu keluar rumah ke kedai membeli sarapan dan sebagainya, berkemungkinan untuk memudahkan mereka melakukan 'kerja' di rumah saya tanpa disedari sesiapa," katanya.

Sinar Harian

Rasuah:Bekas Pegawai Kanan Digi Telecommunication Didenda RM2.75 Juta, Penjara Empat Tahun

Posted: 28 Dec 2011 11:00 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM415,000 daripada sebuah syarikat.

Hakim Asmadi Hussein menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh boleh dipenjara selama 14 tahun sekiranya dia gagal membayar denda.

Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan Stanley untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM50,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan.

Stanley didakwa memperoleh wang itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Okt 2008.

Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Sinti manakala tertuduh diwakili oleh peguam M.Athimulan. - BERNAMA

Empat lari bertempiaran

Posted: 28 Dec 2011 11:00 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

BESUT - Empat bersaudara bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian ketika hari hujan di Kampung Lak Lok Dalam dekat Alor Selising, Jertih, di sini semalam.

Mangsa, Siti Hasmah Taji Mohamad, 25, berkata, kejadian jam 7.30 pagi semalam itu berlaku ketika dia bersama seorang anak saudara dan dua sepupunya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan di dalam rumah terbabit.

Menurutnya, dia terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar di bahagian dapur rumah dan selepas diperiksa mendapati penjuru dapur yang menempatkan ruang yang ditutup dengan almari telah terbakar.

"Sebaik menyedari kejadian itu saya terus mengejutkan anak saudara saya, Aqil Qayyim Ramadan Azwan, 4, dan dua sepupu Syazaliani Shamsuddin, 15 serta Mohd Said Ismail, 21, yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.

"Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting," katanya.

Siti Hasmah berkata, ketika kejadian dua sepupunya tidur di rumah berkenaan untuk menemaninya kerana ibunya, Siti Mariam Ab Fatah, 55, tidak ada di rumah kerana melawat saudara yang sakit di Bachok, Kelantan.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikal milik bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur musnah, termasuk beberapa set pelamin milik kakaknya untuk disewakan.

Siti Mariam berkata, dia redha dengan kejadian itu walaupun rumahnya musnah, kerana yang paling penting nyawa anak, cucu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu selamat.

Dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000.

Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 pagi lalu menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.

Kata beliau, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit selepas bomba tiba di tempat kejadian dan 90 peratus rumah kayu itu musnah.

"Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sinar Harian

Nelayan tuntut RM2.9 juta

Posted: 28 Dec 2011 11:00 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Kira-kira 500 nelayan dari sembilan kampung berhampiran pusat rekreasi terkemuka, Danga Bay di sini berkumpul bagi menyerahkan memorandum tuntutan baki pampasan yang berjumlah RM2.9 juta kerana projek pembangunan di pesisir pantai itu dikatakan telah menyebabkan kehidupan mereka terjejas.

Menurut mereka, sejak pemaju projek itu bersetuju untuk membayar pampasan itu, hanya RM100,000 dibayar pada 2004 kepada 279 nelayan yang berkenaan.

Kami mahu tuntut baki lagi RM2.9 juta yang seperti dijanjikan," kata Pengerusi Jawatan­kuasa Bertindak Pampasan Danga Bay, Pandak Ahmad.

Kumpulan nelayan terbabit yang datang dengan ratusan bot dari jeti Kampung Sungai Melayu hingga ke Danga Bay, kemudian berkumpul sambil bersemangat memegang sepanduk menuntut pembayaran disegerakan.

Selepas hampir 10 minit menunggu, hanya sembilan wakil nelayan dibenarkan menemui pihak pengurusan Danga Bay dan menyerahkan memorandum pampasan berkenaan kepada Pengurus Undang-undang Danga Bay Sdn Bhd, Chai Yee Man.

Usaha mendapatkan kenyataan Danga Bay bagaimanapun gagal kerana Yee Man enggan mengulas sebaliknya menyatakan beliau hanya diarah oleh pihak pengurusan untuk menerima memorandum yang diserahkan.

Pandak berkata, kehadiran nelayan itu sebagai tanda mereka bersatu menuntut pampas an yang tertunggak sejak 10 tahun lalu.

"Sejak lapan tahun lalu, hanya RM100,000 daripada RM3 juta berjaya diserahkan kepada 279 nelayan yang terlibat pada 6 Januari 2004. Mereka memberi alasan bahawa perkara tersebut tidak termasuk dalam perjanjian yang dibuat.

"Maka kami menuntut baki pampasan yang dijanjikan. Sudah beberapa kali diadakan mesyuarat, namun tiada juga keputusan. Kami hanya bagi tempoh masa kepada mereka selama 10 hari untuk selesaikannya.

"Sekiranya masih tiada tindakan, kami akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mahupun ke Putrajaya bagi menghantar memorandum yang sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya ketika pemberita, di sini, semalam.

Pengerusi Nelayan kawasan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz berkata, pendapatan nelayan di kawasan itu terjejas sejak projek pembangunan yang dibangunkan di kawasan pesisiran pantai.

"Paling teruk kepada penternak kupang. Kalau dulu, mereka meraih pendapatan yang tinggi hasil sumber terbabit, namun, kini sudah tiada. Kami di peringkat persatuan telah bermesyuarat banyak kali.

"Kami harap isu kami ini mendapat perhatian terutamanya kepada Kerajaan Negeri agar membela nasib kami yang teraniaya ini. Kami mahu ia dapat diselesaikan segera mungkin dan memberi faedah kepada semua pihak," katanya.

Sementara itu, nelayan dari Kampung Bakar Batu, Udi Benge, 36, mendakwa sejak projek pembangunan dilaksanakan oleh Danga Bay, dia hilang punca pendapatan, kini hidupnya umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

"Nak cari ketam atau udang memang susah. Sekarang nak cari RM20 juga susah," katanya.

Kesemua kampung yang terlibat ialah Kampung Teluk Serdang; Kampung Skudai Kiri; Kampung Bakar Batu; Kampung Sungai Temon; Pantai Lido; Sungai Danga; Sungai Melayu; Kampung Tebing Runtuh dan Kampung Usaha Jaya.

Kumpulan berkenaan kemudian bersurai secara aman pada jam 3.30 petang selepas memorandum diserahkan.

sinarharian

Pekebun sayur ke mahkamah

Posted: 28 Dec 2011 10:57 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

IPOH – Seorang pekebun sayur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu di Kampung Baru, Ampang Baru pada 15 Disember lalu.

Leong Chai Wai, 43, dari Taman Seri Ampang didakwa mengedar Syabu seberat 3.64 kilogram di rumahnya pada jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39B(2) akta yang sama memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan dicatatkan sewaktu pertuduhan di bawah seksyen berkenaan dibacakan.

Laporan akhbar lalu, Chai Wai bersama ibunya ditahan dalam serbuan di rumahnya dan merampas dadah berkenaan yang dibungkus kecil bagi memudahkan penjualan untuk pasaran tempatan termasuk di Kuala Lumpur.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM110,000, sebuah kereta, jam tangan jenama Rolex dan wang dalam akaun berjumlah RM95,000.

Keseluruhan nilai harta yang disita bernilai RM237,000.

Bagaimanapun, ibunya berusia 73 tahun yang ditahan bersama dalam serbuan berkenaan dilepaskan dengan ikat jamin polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala Chai Wai diwakili peguamnya, Datuk Naran Singh.

Majistret Haslina A Raof menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Sinar Harian

Bapa bawa anak ketika mencuri

Posted: 28 Dec 2011 10:54 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang bapa menunjukkan contoh tidak baik kepada anak-anaknya apabila sanggup melakukan perbuatan mencuri sebuah mesin canai milik sebuah pasar raya di sini, ketika tiga anak itu ada bersamanya, pada 20 Disember lalu.

Natijahnya, Mohd Zahamid Said, 35, dari Kampung Kiat Sering di sini, dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan selepas tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zahamid mengaku dengan niat jahat mencuri mesin canai jenama Starke milik pasar raya Giant bernilai RM56.99 pada jam 8.30 malam, 20 Disember lalu.

Tindakan tertuduh disedari seorang pengawal keselamatan, Mohd Izwan Ibrahim sebelum bertindak menahan tertuduh dan menyerahkan kepada pihak polis.

Sebelum hukuman diputuskan, tertuduh mengaku membawa bersama tiga anaknya berusia enam, empat dan dua tahun ketika mencuri di pasar raya tersebut selain merayu hukuman diringankan dengan alasan mempunyai tanggungan.

"Saya mohon hukuman saya diringankan kerana saya mempunyai empat anak yang masih kecil," katanya.

Tertuduh memiliki tiga rekod lampau termasuk dua jenayah curi mengikut Seksyen sama selain turut dijatuhi hukuman tiga bulan penjara serentak oleh mahkamah sama kerana gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan dalam kejadian terbaru itu.

Sinar Harian

Lebih 50 anggota Kastam hadapi tindakan tatatertib

Posted: 28 Dec 2011 10:52 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

TUMPAT - Lebih 50 anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di seluruh negara dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sepanjang tahun ini atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, jabatan tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota Kastam yang terlibat dengan masalah disiplin.

Menurutnya, tindakan tatatertib ini untuk mengelakkan berlakunya gejala yang tidak sihat di kalangan anggotanya dan seramai 13,000 pegawai yang ada, bilangan yang terlibat dengan masalah tatatertib ini amatlah kecil.

"Jabatan akan bertindak tegas ke atas mana-mana anggota atau pegawai yang terlibat dalam perlanggaran tugas," katanya.

Bagi mengatasi masalah ini pihak jabatan telah mengenal pasti tiga program iaitu 'Hot Spot', "Hot Staff' dan "Hot Job'.

"Jika kawasan tersebut dikatakan 'Hot Spot', kita akan tukarkan pegawai atau anggota tersebut dalam tempoh setahun begitu juga dengan 'Hot Staff' untuk mereka yang "nakal".

Untuk 'Hot Job', pegawai di bahagian pentafsir yang terlalu kerap menggunakan budi bicara kita akan tukarkan mereka ke bahagian lain," katanya selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat, Kempen Mencegah Penyeludupan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kastam Kelantan, Mohd Isa Endut dan Timbalannya, Zakaria Yusoff.

Sinar Harian

Ceroboh asrama: Juru kimpal dipenjara sebulan

Posted: 28 Dec 2011 10:49 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang juru kimpal dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas didapati bersalah menceroboh kawasan asrama, Disember lalu.

Hukuman terhadap Lok Gim Seng, 45, diputuskan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada prosiding kelmarin, tertuduh mengaku bersalah menceroboh asrama pelajar dan pekerja yang terletak di Jalan Bayam di sini, pada jam 1.30 pagi, 21 Disember lalu.

Berikutan itu, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut.

Selain itu, Gim Seng turut dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mempamerkan kad pengenalan kepada polis ketika pemeriksaan pada hari kejadian.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan berikutan ibu bapanya sudah uzur dan mereka yang akan membayar denda sekiranya dia dikenakan hukuman itu.

Mohd Fazaly Ali bagaimanapun mengenakan hukuman penjara serentak dari tarikh tangkapannya dan menasihatkan tertuduh supaya menginsafi kesalahan tersebut.

"Saya nasihatkan kamu berubahlah. Cukuplah tu. Ibu bapa kamu yang sudah tua itu sanggup datang ke mahkamah semata-mata kerana kamu. Jika mereka tidak sayang mereka tidak akan datang. Jadi, berubahlah sementara mereka masih ada," katanya.

Tertuduh turut memiliki tiga rekod lampau termasuk dua kesalahan membabitkan jenayah dadah.

Sinar Harian

Pelajar MRSM johan tahfiz

Posted: 28 Dec 2011 10:46 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KAMPUNG CACAR – Bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Paka II, Muhammad Haizul Ezzat Alias, 13, muncul johan program Kem Pra-Tahfiz 2012 setelah mengetepikan lebih 30 peserta lain pada program yang diadakan sempena musim cuti sekolah itu.

Haizul Ezzat, yang kini sedang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan dinobatkan sebagai pelajar terbaik apabila dia berjaya menghafal empat surah al-Quran selain dapat membaca kitab suci itu mengikut sebutan dan kaedah yang betul.

Haizul yang ditemui ketika berkongsi kegembiraan berkata, dia akan membaca surah yang dihafalnya beberapa kali untuk membolehkannya mengingati apa yang dibaca.

"Sekurang-kurangnya saya baca sepotong ayat itu sebanyak 10 kali untuk membolehkan saya mengingatinya.

"Selain itu saya juga fokus ketika mendengar tunjuk ajar dari guru selain banyak membuat hafalan ketika berada di rumah," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika ditemui selepas menerima hadiah dan sijil penghargaan sempena majlis tamat kursus di Masterscaff Holdings delat sini, malam semalam.

Program Kem Pra Tahfiz anjuran As Syafie Consultancy yang berpusat di Taman Uda Murni Paka itu bertujuan untuk mendidik golongan remaja agar menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup selain turut menyelitkan ibadah lain sebagai melengkapkan acara.

Sinar Harian

Dijel curi televisyen hotel

Posted: 28 Dec 2011 10:44 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Malang bagi dua lelaki apabila mereka bukan sahaja tidak berjaya mendapatkan televisyen yang cuba dicurinya, malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam bulan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, masing-masing berasal dari Kuala Terengganu iaitu Mohamad Zani Mat Yusof, 23, dari Kampung Nesan Empat, dan Mohd Asyraf Hamdi Mat Din, 20, dari Kampung Tanjung Teluk melakukan perbuatan itu di sebuah hotel, di Jalan Sultan Zainal Abidin, empat hari lepas.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-duanya melaksanakan dengan niat bersama melakukan perbuatan terbabit pada 25 Disember lalu kira-kira jam 4.30 petang di Hotel Suria Inn dan telah mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman daripada milikan Wong Soon Woei, 38, iaitu sebuah televisyen LCD 32 inci bernilai RM1,600.

Kedua-duanya melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut fakta kes, kedua-duanya dikatakan telah menggunakan tali plastik untuk mengeluarkan televisyen di bahagian ruang tamu tingkat satu itu melalui tingkap hotel.

Bagaimanapun, perlakuan kedua-duanya disedari oleh orang ramai yang berada di kedai makan bersebelahan hotel tersebut dan bertindak menghentikan perbuatan terbabit.

Pemilik kedai makan kemudian menghubungi pemilik hotel terbabit yang ketika itu sedang berada di kediamannya di Jalan Sultan Zainal Abidin bagi memaklumkan berhubung perkara itu.

Pengadu yang ke tempat kejadian kemudian mendapati orang ramai telah menangkap kedua-dua tertuduh terbabit dengan kesan lebam di bahagian badannya.

Pengakuan pertuduhan dibuat di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.

Sinar Harian

16 Terbunuh Kebakaran Di Myanmar

Posted: 28 Dec 2011 10:30 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

YANGON: Satu kebakaran diikuti beberapa letupan beberapa memusnahkan gudang dan kawasan kediaman menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 108 cedera Yangon, Myanmar, pada hari Khamis.

Letupan bermula ketika anggota bomba cuba memadamkan api di sebuah gudang dan api merebak ke gudang, kawasan perumahan dan bangunan berhampiran sebelum waktu subuh.

Wad kecemasan di Hospital Besar Yangon berada dalam keadaan cemas kerana berpuluh-puluh orang cedera selain ambulan dan trak membawa mayat.

Seramai 108 orang yang cedera telah dihantar ke hospital dan ramai lagi bakal dibawa ke situ, kata seorang jururawat kanan. Beliau mengesahkan seramai 16 orang telah meninggal dunia.

Beliau berkata mereka yang terkorban termasuklah sekurang-kurangnya tiga anggota bomba yang terperangkap dalam letupan semasa kebakaran di bandar Mingalar Tahung Nyunt yang terletak di timur Yangon.

Bagaimanapun jururawat tersebut tidak mahu mendedahkan identitinya kerana dia bukanlah orang yang berhak memberi kenyataan kepada media.

"Ramai yang mati akibat terkena serpihan yang terbang dari dinding yang batu yang tercampak jalan kerana letupan," seorang penduduk berusia 45 tahun, Maung Win, memberitahu media tempatan.

Letupan turut merobohkan bangunan termasuk sebuah biara Buddha berhampiran gudang. Tingkap dari bangunan berdekatan hancur berkecai akibat letupan kuat, kata saksi kejadian.

Selain itu letupan itu turut menggegarkan seluruh bandar, mengejutkan penduduk yang sedang tidur. Asap hitam dilihat berkepul dari tempat runtuhan pagi Khamis.

Sementara anggota bomba pula berusaha mencari mayat di celah-celah serpihan.

Punca kebakaran dan letupan pula masih tidak dapat dipastikan.

Penduduk berhampiran berkata kebakaran bermula di sebuah gudang yang menyimpan barang-barang elektronik sebelum merebak ke gudang lain yang menyimpan beberapa jenis bahan kimia.

mStar/-

Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia

Posted: 28 Dec 2011 08:35 PM PST

4 Safar 1433H. [MOD] -

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

malaysiakini/-

Nuffnang