Khamis, 29 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mari kita ceriakan keluarga daif ini di Johol, N.Sembilan

Posted: 28 Dec 2011 10:36 PM PST



Baru-baru ini rombongan PAS DUN Johol, Negeri Sembilan telah berkesempatan mengadakan lawatan menziarahi keluarga miskin di Kampung Kepis Hilir (lorong Lonek) iaitu sebuah keluarga pasangan suami isteri yang mempunyai 4 orang anak.

Suaminya bekerja kampung, mengambil upah dan menoreh getah milik orang.

Kehidupannya semakin terhimpit apabila tuan kebun tersebut ingin menoreh sendiri getahnya.

3 dari anaknya akan bersekolah pada sesi 2012 akan datang.

Rumah yang diduduki beliau adalah ihsan dari seorang penduduk kampung yang meminta beliau menunggu rumah pusaka. Rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Beliau pernah dijanjikan untuk mendapat rumah PPRT namun sehingga kini tanahnya sahaja yang diratakan tetapi rumah tetap tidak didirikan lagi.

Melihat rumahnya yang cukup usang, dengan anak yang semakin membesar pihak PAS DUN Johol berhasrat menggerakkan inisiatif untuk membantu beliau sekeluarga membina rumahnya.

Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi beliau iaitu Roos Noor Faizli bin Razali ( 012-2682373 ) Kampung Kepis Hilir, 71300 Johol, Negeri Sembilan.

Sumber : http://pasdunjohol.blogspot.com/2011/12/lawatan-mangsa-kebakaran-dan-fakir.html

Amanat DS Anwar Ibrahim 4 Jan 2012 di Seremban

Posted: 28 Dec 2011 08:11 PM PST

AMANAT DS ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 4 Jan 2012, Rabu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Perkarangan Pejabat PKR NS, Jln Tuanku Antah, Seremban
Semua dijemput hadir

RAPAT RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, Pekan Gemas, N.Sembilan
Bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
Semua dijemput hadir

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com

Pesawat APMM tersadai kerana tidak ada wang

Posted: 28 Dec 2011 06:43 AM PST



Pada Januari 2009 kerajaan Malaysia telah menerima pesawat amfibia Bombardier untuk kegunaan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), kemudian pada awal 2010 sebuah lagi pesawat model yang sama diterima pada kos sekitar RM 120 juta sebuah. Kini kedua-dua buah pesawat tersebut telah tersadai tidak dapat digunakan kerana tiada peruntukan kewangan untuk penyenggaraan pesawat.

Satu telah tersadai sejak tahun 2010 lagi, dan sebuah lagi kira-kira 6 bulan yang lalu. Pada awalnya kerajaan berbangga kerana Malaysia adalah negara yang pertama di Asia yang menggunakan pesawat amfibia.

Malaysia di kelilingi oleh lautan dan pantai yang luas dan panjang. Dengan ketiadaannya pesawat maritim ini akan pasti mengancam keselamatan negara.

Siapa yang akan dipersalahkan atau dikambing hitamkan dalam kes ini?

Dalam pada masa yang sama kita mempunyai 18 buah jet pejuang Sukhoi yang berharga sekitar RM 3 bilion atau sekitar RM 150 juta sebuah.

No money to fly
27 December 2011

PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft into service – due to budget constraints.

Since their grounding, the two Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang. One has been parked there since late last year, while the other has been grounded for about half a year.

According to the agency's 2010 annual report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not been allocated enough funds for the purpose.

Apart from firefighting, the amphibious planes can be used for search and rescue and maritime surveillance although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted with the specialised mission equipment including two side-looking airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne maritime surveillance system and other avionics and communications equipment.

The government ordered the planes from Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in January 2009 while the second arrived in early 2010.

http://www.thesundaily.my/news/249344

APMM pertama di Asia guna pesawat amfibia
14/10/2008 6:06pm

PELABUHAN KLANG 14 Okt. - Pesawat pelbagai guna amfibia yang dibeli oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijadualkan tiba bulan depan, sekali gus akan menjadikan negara ini sebagai yang pertama di Asia menggunakan kapal terbang jenis itu.

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan meneliti laporan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikatakan diarah tidak menggunakan dua pesawat amfibianya berikutan masalah kewangan.

Katanya, beliau masih menunggu laporan penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir enam bulan.

Akbar itu memetik, berdasarkan laporan tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan kekurangan dana.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takperlutafsiranbaru/Article/index_html

Pesawat Pertama (M71-01) telah diserahkan kepada APMM pada 23/1/2009 manakala pesawat kedua telah diserahkan pada bulan Oktober 2009. Pesawat Bombardier ini berupaya untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pesawat ini berupaya melawan kebakaran dengan kelajuan 150 kt 278 km/j.

http://www.mmea.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1570:aset-apmm&catid=66

Beliau berkata, pesawat Amfibi terbaru itu yang berharga RM120 juta dan dibeli dari Kanada, kini boleh melaksanakan misi penuh.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30MKM

Tiada ulasan:

Nuffnang