Nuffnang

i n t a n h i j a u

Posted by Tanpa Nama | Posted on 3:08 PTG

i n t a n h i j a u


BEGITULAH KALAU BERJUANG DALAM TONG NAJIS....

Posted: 28 Dec 2011 11:12 PM PST


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu wang zakat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat melibatkan menteri berkenaan.

Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

"Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada Jun 2011 juga, katanya Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu.

Malangnya, kata beliau Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

"Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.

"Saya berharap Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," ujarnya.

Menurutnya, pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salah guna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

Sekurang-kurangnya, kata beliau apabila isu itu mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

"Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau?" tanya beliau yang juga Adun Seri Setia


Yang nyatanya, kata beliau lagi Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010.

Soalnya lagi, mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.

Katanya, umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat.(harakahdaily)

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP