Polis rampas senjata disaluti emas, berlian Posted: 09 Jan 2013 12:34 AM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
TEGUCIGALPA, Honduras - Pihak berkuasa merampas selaras senjata api AK-47 yang disaluti emas, batu berlian dan zamrud, kata seorang pendakwa raya kelmarin.
Senjata itu merupakan antara barang yang dirampas di sebuah ladang dekat Ciudad Jardin de Choloma di utara bandar raya ini.
Menurut pendakwa raya itu, Marlen Banegas, senjata tersebut dipercayai milik kumpulan penyeludupan dadah Zetas di Mexico.
Senjata itu dianggarkan berharga AS$50,000 (RM152,114). - AFP
|
[IKTIBAR] Kaya Pada Usia Muda Buat Safwan Tenggelam, Tak Ingat Mengucap Posted: 09 Jan 2013 12:33 AM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Seperti kemiskinan, kekayaan boleh menjadi dugaan hidup, apatah lagi memilikinya pada usia muda.
Maklumlah masa muda merupakan waktu di mana nafsu mahu mencuba segala nikmat dunia berada di puncak dada.
Itulah pengalaman dikongsikan Safwan (bukan nama sebenar). Sebagai permulaan cerita dia menyatakan kesyukuran kerana perjalanan hidupnya sejak kecil sering dipermudahkan.
Di sekolah walaupun bukan pelajar paling cemerlang, prestasi pelajarannya dalam kategori baik. Dikelilingi kawan-kawan, Safwan menjalani kehidupan remaja dalam suasana gembira.
"Sejak sekolah rendah saya ada empat kawan rapat – Jeff, Azrul, Din dan Min. Kami membesar dan bermain sama sejak kecil sebab tinggal berjiran. Kami seolah-olah tak dapat dipisahkan," ujar Safwan.
Selepas tamat SPM, bagai sudah berjanji kelima-lima mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPT sama, mengambil kursus serupa. Hal ini membuatkan persahabatan mereka tambah erat.
Ketika bergelar penuntut mereka jalani hidup bersama; daripada aktiviti pelajaran hinggalah aktiviti luar lain. Keseronokan merempit, mencuba dadah dan mengunjungi pusat hiburan turut diterokai berlima. Lebih daripada itu, mereka turut menjalankan perniagaan menjual ganja dan pil khayal.
"Kami sepakat tak mahu kerja dengan orang Jadi lepas tamat belajar kami gunakan keuntungan jual ganja untuk buka perniagaan bersama," kata Safwan.
Pada mulanya mereka mengusahakan perniagaan kafe siber.Hasil diperoleh agak lumayan namun lama-kelamaan, ia kian merosot membuatkan mereka mula mencongak peluang perniagaan baru.
"Sudah rezeki Tuhan nak bagi, kami dapat kontrak eksport lintah ke Jepun. Peluang itu terus diambil. Kami usahakan ternakan lintah di tanah yang dipajak," ujar Safwan.
Sejak itu kehidupan mereka berubah agak total. Memanglah sebelum ini mereka tidak susah sangat dari segi duit, namun saat itu hidup bertukar lebih mewah lagi.
Walaupun selepas diagihkan kepada lima, jumlah untung diterima masih sangat besar untuk dibelanjakan apatah lagi bagi orang muda seperti mereka. Langkah kian panjang.
Semua keseronokan dunia ingin dicuba.
Aktiviti melancong dan berbelanja sakan menjadi perkara biasa. Pada masa sama judi, minuman keras dan perempuan turut menjadi makanan harian. Meskipun rumah sewa mereka masih di Lembah Klang, ibu bapa dan keluarga jarang-jarang sekali dikunjungi. Safwan, Jeff, Azrul, Din dan Min hanyut dalam kehidupan sendiri.
"Mungkin sebab keluarga ada juga bekalkan ilmu agama waktu kecil, kadang-kadang masa tengah khayal dek minuman keras atau dadah kami sempat berbual soal kehidupan. Bertanya satu sama lain, sampai bila nak macam ni? Apa yang kita buat ni berdosa tahu? Tapi walaupun masing-masing tahu dan setuju susah untuk tinggalkan perkara haram. Maklumlah benda seronok kan," ucap Safwan.
Tak ingat mengucap
Satu hari, ketika sedang melepak, Min mengajak mereka semua ke satu tempat untuk berjudi. Namun apabila kawan-kawan lain tampak bermalas-malas, dia ambil keputusan untuk bergerak dahulu.
"Kami janji akan datang kemudian. Tapi tak sampai 15 minit lepas dia beredar, saya dapat satu panggilan daripada telefon bimbit Min," ujar Safwan.
Panggilan bagaimanapun dibuat oleh orang lain. Menurut pemanggil, Min terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuching. Safwan dan lain-lain segera ke tempat kejadian.
Setibanya di sana, Min masih sedar namun sudah tak mampu bersuara. Safwan, Din dan Jeff menemaninya dalam ambulan menuju ke Hospital Kuala Lumpur manakala Azrul, memandu kenderaan sendiri.
"Dalam ambulan, kami saling berpandangan dalam keadaan panik lihat Min sedang nazak. Petugas ambulan minta kami ajar Min mengucap tapi entah macam mana terpacul dari mulut Jeff, 'kami tak ingat macam mana nak mengucap pakcik'.
"Petugas itu kemudiannya mengajar Min mengucap. Min menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas itu," ujar Safwan.
Selepas kematian Min, mereka berempat agak tersentak. Aktiviti harian dan perniagaan diteruskan seperti biasa tapi tak serancak dulu. Apabila duduk bersama mereka lebih banyak berdiam diri melayan perasaan masing-masing.
Begitu pun, sekali sekala pengambilan dadah dan alkohol masih diteruskan. Keseronokan dunia tetap digunakan untuk merawat hati yang sedih kerana kematian sahabat.
"Satu malam, Jeff tiba-tiba ajak kami balik ke rumah ibu bapanya kerana rindukan ibunya. Oleh sebab keluarga Jeff dah macam keluarga sendiri kami nak ikut tapi mahu menyusul kemudian dengan kereta berasingan," kata Safwan.
Bawa haluan sendiri
Bagai dejavu, tidak lama selepas Jeff keluar, Safwan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada orang tak dikenali. Katanya Jeff kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian. Sepanjang perjalanan kesemua mereka bagai tak keruan kerana masih diimbau kejadian menimpa Min yang belum pun sampai sebulan.
"Jeff meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Kami terduduk menerima berita itu. Ia terlalu sukar dihadamkan fikiran Belum pun hilang terkejut kehilangan Min, kini Jeff pula menyusul," ujar Safwan.
Kali ini kematian Jeff benar-benar meninggalkan impak. Safwan, Azrul dan Din bagai kehilangan kata-kata. Semuanya terlalu mengejut.
"Kami mula berbual tentang dosa yang pernah dilakukan bersama-sama. Kami sama-sama setuju ini wake up call dari ALLAH agar kami bertaubat," ujar Safwan.
Seminggu selepas kematian Jeff, Azrul dan Din menemui Safwan di sebuah restoran. Azrul menyatakan hasrat untuk membawa diri, sementara Din lebih banyak berdiam.
"Selepas pertemuan itu, saya tak lagi tahu khabar berita mereka. Kedua-duanya menghilangkan diri begitu sahaja. Sampailah dua tahun lalu, saya bertemu Azrul secara tak sengaja di Pulau Pinang. Penampilannya sudah jauh berubah. Dia masih menyatakan kekesalan atas dosa lampau.
"Din pula sampai sekarang tak tahu apa khabar berita. Terakhir saya dengar, dia sertai tabligh," kata Safwan.
Bagi Safwan sendiri, kematian Min dan Jeff meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Dia mula mendekatkan diri dengan keluarga dan kembali pada tuntutan agama.
Perniagaan yang diusahakan bersama kawan-kawan baiknya sebelum ini turut dijual kerana terlalu banyak kenangan mengusik jiwa untuk diteruskan. Buat masa ini, dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji sahaja.
"Kubur kedua-dua sahabat saya itu tidak jauh dari kawasan perumahan, jadi setiap hari saya akan melewatinya setiap kali pergi dan balik kerja. Sekurang-kurangnya, ia mengingatkan saya bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita.
"Maka rugilah jika kita terlalu leka dengan nikmat dunia hingga abaikan persediaan ke alam kekal kelak," ujar Safwan yang baru menginjak ke usia 28 pada 8 Disember 2012 lalu. -SH |
NGO lapor ke SPRM, gesa siasat isu RM160 juta LTAT Posted: 09 Jan 2013 12:31 AM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuat siasatan segera berhubung dakwaan salah guna RM160 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Gesaan itu dibuat sebuah NGO, Jingga 13 hari ini yang turut membuat laporan kepada pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam hari ini. "Jingga 13 memohon supaya urusniaga ini disiasat segera bagi memastikan tidak ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. "Lebih penting, isu ini membabitkan nama baik dan integriti Najib yang namanya perlu dibersihkan segera melalui satu siasatan yang telus, bebas dan profesional," kata Ketua Koordinatornya, Fariz Musa. PKR sebelum ini mendedahkan sejumlah RM160 juta wang dari LTAT digunakan untuk membayar kepada syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd melalui Boustead Holdings Berhad. Jumlah itu masing-masing RM30 juta untuk pengambilalihan syarikat Astacanggih dan RM130 juta lagi untuk tanah seluas 223 ekar daripada syarikat Awan Megah. Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan. Ianya berikutan urusniaga kewangan mereka berhubung projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) menghadapi masalah. "Berdasarkan fakta-fakta yang didedahkan, pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera kepada pemegang saham Astacanggih dan Awan Megah tidak mempunyai asas komersil dan tidak akan membawa pulangan kepada pelaburan anggota tentera," kata Fariz lagi. Semalam, media mendedahkan bahawa pembinaan Puspahanas mengalami kelewatan hampir dua tahun. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011. Kementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri. harakah/- |
Saintis Jepun rakam sotong gergasi hidup Posted: 09 Jan 2013 12:29 AM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Saintis mendakwa gambar ini berjaya dirakamkan pada Julai lalu di perairan Jepun. TOKYO - Saintis Jepun mengumumkan kejayaan mereka merakamkan imej sotong gergasi hidup pertama yang diperoleh dari kawasan berhampiran Pulau Ogasawara terletak 1,000 kilometer dari selatan Tokyo pada Julai lalu. Gambar hidupan akuatik dalam spesies sefalopod sepanjang 18 meter itu diambil pada jarak satu kilometer dari permukaan dasar laut dalam. Ahli zoologi di Muzium Sains dan Alam Jepun, Tsunemi Kubodera berkata, ramai orang cuba untuk menangkap gambar sotong gergasi hidup di kawasan habitat mereka sebelum ini tetapi gagal. "Walaupun saiznya bukan mengikut standard sotong gergasi 'Kraken' seperti yang dinyatakan dalam mitos terkenal, ia adalah yang terbesar pernah ditangkap oleh manusia," katanya lagi. - AP |
Aktivis mahu turunkan kain rentang misteri Posted: 08 Jan 2013 11:37 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - Seorang aktivis Bendera Rakyat, Mohd Haizal Yatizan berkata beliau "geram" dengan satu kain rentang misteri yang dikesan dipasang di satu jejantas berhampiran stesen LRT Abdullah Hukum, Kuala Lumpur hari ini. Mohd Haizal, 29, berkata beliau sendiri akan menurunkan kain rentang yang disifatkannya sebagai usaha sabotaj ke atas Bendera Rakyat, yang pernah dikibarkannya semasa sambutan ambang tahun baru 2013.
"Saya akan cabut (kain rentang) sekarang. Saya tidak mahu nanti orang kata kami pula (yang bertanggungjawab memasangnya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kain rentang berkenaan dikesan menunjukkan slogan yang menggesa orang ramai menukar bendera Malaysia dan dengan bendera yang serupa dengan Bendera Rakyat.
Bendera Rakyat merupakan bender yang dipromosi oleh Mohd Haizal dan rakan-rakannya. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kumpulannya bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut. Tambahnya, kumpulannya juga tidak berniat untuk menukar bendera Malaysia apabila mengibarkan Bendera Rakyat semasa sambutan ambang tahun baru dan juga ketika ambang hari kemerdekaan tahun lalu. "Bukan. Kami bukan nak suruh tukar bendera. Tak ada langsung kata nak tukar bendera. Kami cuma cerita mengenai sejarah. Suruh orang ramai tahu tentang sejarah bendera itu. Itu sahaja. "Sedangkan pada malam 31 Ogos pun kami bawa bendera Malaysia. Kami memang nafikan. Lagipun kami bukan buat kain rentang macam itu. Kami pakai kain buruk biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kain rentang misteri yang dikesan hari ini menunjukkan tanda pangkah pada imej bendera Malaysia dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Bendera ini mesti dibuang" (This flag must go).
Imej Bendera Rakyat dalam kain rentang itu pula ditanda rait, dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Ubah" (Change).
Selain itu, kain rentang itu juga mempromosi perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dengan tulisan "1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 2013 #KL112.
Sementara itu, seorang kakitangan stesen LRT Abdullah Hukum memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dimaklumkan mengenai kain rentang itu oleh beberapa orang penumpang pada sekitar jam 9 pagi.
Ditanya sama ada petugas LRT akan menurunkan kain rentang tersebut, kakitangan yang enggan dinamakan itu berkata pihaknya tidak dapat berbuat demikian kerana jejantas itu bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
malaysiakini/-
|
Bahana bekam Posted: 08 Jan 2013 11:30 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - Singapura: Seorang pengurus kejuruteraan mendakwa sesi bekam Cina yang tidak dilakukan dengan sempurna oleh pakar terapi menyebabkan dia melecur teruk T Arunn, 48, mendakwa kecederaan melecur dialaminya sangat teruk hingga mengambil masa 10 bulan untuk pulih, lapor akhbar Shin Min Daily.
Terapi bekam dengan api adalah perubatan alternatif Cina di mana ahli terapi memanaskan udara dalam gelas, logam atau cawan kayu menggunakan api dan kemudian menekapnya ke bahagian kulit. Pengamal perubatan tradisonal percaya proses itu membantu pengaliran darah untuk memulihkan penyakit. Arunn berkata, dia pergi ke pusat kesihatan di Kompleks Fu Lu Shou di Bugis untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya, sebelum ini dia tidak mengalami masalah ketika melakukan rawatan bekam dan kunjungannya ke pusat kesihatan itu yang pertama sekadar untuk mencuba.
Arunn berkata, ahli terapi meletakkan 11 cawan di belakangnya sebelum menanggalkan ia 15 minit kemudian. Arunn memberitahu, dia berasa ahli terapi itu tidak begitu mahir. Selepas mereka menanggalkan semua cawan di belakang tubuhnya, bahagian belakang badannya berasa panas.
Apabila dia melihat bahagian belakang tubuhnya di cermin, dia terkejut melihat kulitnya melecur membentuk bulatan cawan berkenaan.
Ahli terapi terbabit memberitahunya cawan itu mungkin dibiarkan terlalu lama dan meyakinkannya tiada apa perlu dibimbangkan. Bagaimanapun, apabila pulang ke rumah, kesakitan di belakang tubuhnya semakin menjadi-jadi. Dia kemudian mendapatkan nasihat doktor dan diberitahu kulitnya melecur tahap kedua.
Doktor di hospital tempat dia dirawat memberitahunya ada 11 bulatan kesan melecur di tubuhnya. Kira-kira empat peratus daripada seluruh permukaan kulitnya melecur tahap kedua. Ia bersamaan dengan saiz empat telapak tangan. - Shin Min Daily |
Cemas berdepan 'anak' Sonamu Posted: 08 Jan 2013 11:28 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Bot nelayan berlabuh di muara Kuala Dungun setelah amaran aktiviti pantai dikeluarkan Jabatan Meteorologi berikutan kehadiran ribut Sonamu yang dipercayai bakal melanda perairan Amaran Sonamu menyebabkan nelayan bot kecil di Pantai Sura tidak keluar menangkap ikan, namun ada penduduk masih melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. DUNGUN - "Ombak setinggi tiang elektrik (kira-kira tiga hingga lima meter) berkali-kali membadai bot pukat tunda saya, masa itu saya tidak tahu adanya amaran ribut Sonamu sebab sudah lebih tiga hari saya berada di laut, hubungan kami terputus," kata Fauzi Ibrahim, 43, nelayan yang berdepan detik cemas ketika dihempas ombak. Ketika kejadian, Fauzi yang tinggal di kampung nelayan Seberang Pintasan Dungun bersama beberapa rakannya yang menaiki bot pukat tunda berada kira-kira 100 batu nautika di tengah laut. Berkongsi pengalaman cemas itu, Fauzi berkata, dia yang memandu bot pukat tunda berukuran kira-kira 20 meter panjang keluar menangkap ikan melalui jeti Kuala Dungun petang Sabtu lalu. Fauzi berkata, ketika itu dia tidak tahu adanya amaran ribut Sonamu bakal melanda perairan Pantai Terengganu, khususnya perairan Dungun. Menurut Fauzi, pada jam 12 tengah malam semalam, dia masih berada di tengah lautan dan ketika dalam perjalanan pulang, dia sempat menghidupkan telefon bimbit lalu mendapat mesej daripada rakannya mengarahkan agar dia segera pulang berikutan amaran ribut Sonamu daripada pihak berkuasa. "Ketika itu, hati saya gementar, selepas menaikkan pukat, kami terus bertolak pulang ke daratan. "Namun ketika dalam perjalanan pulang, bot kami beberapa kali dihempas ombak besar setinggi tiang elektrik, nasib baik tiada perkara buruk berlaku dan kami selamat sampai di daratan kira-kira jam 5 pagi," kata Fauzi yang masih trauma dengan kejadian dihempas ombak besar yang disifatkan anak Sonamu itu. Rezeki boleh dicari Bagi Yusuf Ahmad, 60, dia mengambil keputusan untuk tidak turun ke laut selepas rakannya mengambil pendirian serupa sebaik melihat keadaan laut bergelora berikutan kehadiran Sonamu. "Bila ada arahan, kita kena patuhlah kalau tak mahu perkara buruk berlaku. "Apabila keadaan sudah reda nanti, boleh keluar semula. Tak ada masalah. Rezeki boleh dicari, tetapi nyawa tak boleh diganti," kata Yusuf yang juga seorang juragan dan juruselam. Tidak ambil risiko Hashim Omar, 57, pula menyifatkan kejadian ombak besar Sonamu yang dikatakan boleh mencecah ketinggian sehingga enam meter itu merupakan satu perkara biasa baginya yang sudah lebih 40 tahun bergelumang di laut bergelora. Namun sebagai nelayan berpengalaman, dia mengambil langkah selamat untuk tidak berdepan risiko sebab bimbang dengan keselamatan diri serta awak-awak bot di bawah jagaannya. "Sudah tiga hari kami tak ke laut, tak apalah, tak ada rezeki lagi. Apabila cuaca sudah pulih, kami buatlah kerja rutin macam biasa. "Kalau keluar, jadi apa-apa nanti susah juga, jadi baik tak payah keluar," katanya. Langkah berjaga-jaga Sonamu berasal daripada perkataan Korea merujuk kepada pokok pine yang merupakan nama tiga siklon tropika di utara Lautan Pasifik Barat. Siklon tropika adalah ribut ganas yang berputar selain mempunyai ukur lilit sehingga ratusan kilometer. Berikutan satu laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan ribut berkenaan menghampiri perairan 756 kilometer pantai Dungun, penduduk tempatan terutama kaum nelayan mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti pantai. Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi tepi pantai pagi semalam mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan dan penduduk masih menjalankan rutin harian seperti biasa. Namun pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga.
sinar/- |
Pemantau sasar rekrut 10,000 pemerhati PRU13 Posted: 08 Jan 2013 10:50 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan menubuhkan Kempen Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) bagi merekrut sukarelawan menjadi pemerhati dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13). Kempen ini digerakkan oleh Bersih 2.0, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Pusat Komas dan Citizens For Independent Journalisim (CIJ), dengan sasaran sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, Pemantau bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat supaya berperanan dalam PRU 13 bagi menghalang penipuan semasa pilihan raya. "Sesi latihan dan pendaftaran sukarelawan akan dijalankan di setiap negeri dan bandar utama seluruh negara. Senarai penuh akan diumum tidak lama lagi.
"Jadual awal setakat ini adalah Sibu pada 19 Januari, Kuala Lumpur dan Selangor 30 Januari diikuti Johor Bahru 2 Februari," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam. Tambah beliau juga, pemantauan akan meliputi pemantauan proses pilihan raya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian serta menjalankan pemantauan media.
Pemantauan media katanya akan dibuat dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). Justeru kata Ambiga, bagi membolehkan usaha tersebut berjalan lancar, Pemantau mengalu-alukan derma rakyat RM10 atau lebih untuk projek ini.
Sumbangan boleh dibuat kepada akaun CIMB Islamic Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (no akaun: 12380000661-10-0).
harakah/-
|
PRU 2008: Orang Asli kecil hati Posted: 08 Jan 2013 10:48 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - Sebahagian daripada masyarakat Orang Asli dari Tapah, Gerik, Gopeng dan pimpinan PKR Perak ketika berdemonstrasi secara aman di hadapan Pejabat Jakoa, semalam. IPOH - Beberapa Orang Asli di Tapah kesal dan kecewa dengan pandangan bahawa masyarakat itu merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Seorang penduduk, Bah Jali a/l Bah Jit, 54, berkata, mereka tidak berpuas hati apabila Adun Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan mengaku mengadakan program berkenaan dengan tujuan mengurangkan undi rosak yang berlaku dalam kalangan Orang Asli. Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan mereka sedangkan tiada bukti kukuh mengenainya. "Bagaimana mereka yakin banyak undi rosak disebabkan Orang Asli sedangkan ia juga berlaku melibatkan pengundi lain. Kenapa kali ini kami dituduh sedemikian?" katanya kepada media selepas demonstrasi aman di hadapan Pejabat Jakoa Negeri Perak dan Kedah di sini, semalam. Bah Jali berkata, sebelum ini tidak pernah dibuat program 'melatih' mengundi secara betul. Sementara itu, Bendahari PKR Perak, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata, isu tersebut boleh dianggap mencabuli hak Orang Asli. Yit Thong berkata, program tersebut perlu dihentikan segera kerana didapati mengandungi unsur pelanggaran undang-undang yang melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957. "Kami menggesa Ketua Pengarah Jakoa supaya meletak jawatan segera kerana gagal melindungi hak Orang Asli malah dijadikan alat kempen politik pilihan raya Umno dan BN. Taktik-taktik kotor yang digunakan terhadap Orang Asli seperti cara mengugut dan menyogok tidak boleh diterima. "Jangan bodohkan masyarakat Orang Asli. Hak kebebasan mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dihormati," katanya. Bagi Ahli Aktivis Sosial PKR, Bah Tony berkata, pihak Jakoa sepatutnya profesional dan menjaga hal ehwal Orang Asli bagaimanapun telah diperalatkan untuk berkempen bagi BN. Beliau turut kecewa kerana masih banyak masalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang masih belum selesai seperti pencerobohan tanah di kawasan Orang Asli yang sepatutnya didahulukan bukannya mengadakan program latihan mengundi.
sinar/- |
Separuh rentung Posted: 08 Jan 2013 10:44 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Sungai Buloh: Kepala terpisah daripada tubuh, beberapa anggota badan lain hilang, manakala bahagian pinggang ke atas pula hampir rentung akibat dibakar.
Begitulah keadaan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di satu kawasan pembuangan sisa bahan binaan di Subang Bestari, di sini, petang semalam.
Mayat lelaki itu ditemui seorang pengutip sampah ketika mencari barang terbuang di kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.35 petang.
Sumber polis berkata, ketika mencari bahan buangan untuk dikitar semula, lelaki itu terhidu bau busuk lalu berusaha mengesan puncanya. ANGGOTA unit forensik mengutip cebisan mayat terbakar. "Dia kemudian terkejut apabila mendapati bau busuk itu adalah bau mayat seorang lelaki yang terbakar separuh badan.
metro/- |
Hentikan budaya hutang dan boros Posted: 08 Jan 2013 10:43 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan satu laporan berita akhbar yang mendedahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelesaikan sebanyak RM139,000 hutang ceti haram atau ah long yang melibatkan 102 anggotanya. Menurut berita itu lagi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bayaran itu merupakan jumlah yang berjaya dikurangkan hasil perundingan bersama pihak berkenaan walaupun jumlah sebenar yang sepatutnya dibayar RM370,000. Katanya, kegiatan meminjam wang daripada 'lintah darat' itu melibatkan anggota pelbagai pangkat dan dalam hal itu TLDM menggunakan pendekatan penerangan dan ceramah untuk membantu mereka. CAP berpandangan pihak TLDM tidak sepatutnya menggunakan wang awam untuk digunakan bagi menyelesaikan hutang ah long yang diambil oleh anggotanya kerana ini akan memberikan satu contoh yang tidak baik. Ini kerana ia akan memberikan persepsi atau tanggapan dalam kalangan anggota TLDM bahawa adalah tidak salah untuk meminjam dan berhutang dengan ceti haram atau ah long kerana sekiranya gagal untuk membayarnya pihak berkuasa akan menyelesaikan hutang itu. Pendedahan ini juga menunjukkan bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bukan sahaja melibatkan anggota TLDM yang mengamalkan dan terjebak dengan budaya meminjam wang dan berhutang daripada ceti haram dan ah long walaupun sudah lama pihak kami berusaha mendidik pengguna agar mengelakkan budaya hutang dan boros. Eloklah kita menginsafi hakikat bahawa hutang isi rumah di negara ini pada 2010 ialah sebanyak RM577 bilion. Segenap lapisan masyarakat di negara ini sanggup berhutang bagi memenuhi tuntutan gaya hidup moden termasuk mereka yang berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan. Namun hidup mereka akhirnya semakin merana apabila Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa mengisytiharkan 85,175 daripada mereka sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Tiga jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit serta pinjaman perumahan. Kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yang tertera di atas. Kegagalan menguruskan hutang mengakibatkan 85,175 rakyat negara ini menjadi bankrap ketika usia muda. Berikut adalah kes muflis di Malaysia. Sebanyak 85,175 kes dari tahun 2007 hingga Mac 2012. Sewa beli kenderaan 21,796 kes, pinjaman peribadi 12,547 kes, pinjaman perumahan 12,098 kes dan pinjaman perniagaan 9,865 kes (Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia). Bagi mereka yang sudah pun terjebak dengan budaya meminjam dan berhutang ini, tidak ada jalan lain kecuali melunaskan hutang mereka sekiranya tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan pelbagai kerenah ceti haram dan ah long. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang itu meminjam atau berhutang antaranya bermain judi tetapi ada juga yang meminjam dan berhutang kerana hendak hidup mewah atau terpengaruh dengan gaya hidup orang lain yang lebih mewah daripada mereka. Inilah masalahnya yang sering melanda masyarakat kita, kalau tidak mampu untuk memiliki sesuatu dalam hidup kita ini, usahlah membebankan diri dengan meminjam dan berhutang yang akhirnya menjerat diri sendiri. Terimalah hakikat kemampuan gaji dan pendapatan kita serta hiduplah dengan sikap sederhana (terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad "Tidak akan kekurangan orang yang hidup sederhana). Orang yang membelanjakan harta dengan secara berhemat dan sederhana tidak akan menjurus kepada pemborosan dan berlebih-lebihan dan sudah tentu tidak akan kekurangan. Satu lagi sikap yang perlu diamalkan ialah qanaah iaitu cukuplah dengan apa yang ada, seperti kata pepatah Melayu ukurlah baju di badan sendiri. Jangan sekali-kali terpedaya dengan iklan-iklan yang terpapar di dalam media massa baik media elektronik atau media cetak terutama sekali di musim-musim perayaan yang menonjolkan budaya hidup mewah, boros dan membazir yang semuanya berpaksikan kepada wang. Dalam masyarakat kita, memang terdapat mereka yang suka meminjam wang, gemar hidup bergaya lebih daripada kemampuan serta berbelanja lebih daripada pendapatan, banyak orang kelihatan hidup senang walaupun pada hakikatnya kesenangan itu berasaskan kepada hutang. Satu lagi amalan buruk di dalam masyarakat kita ialah membazir. Kini amalan membazir di dalam masyarakat nampaknya tidak dibendung malah semakin dibiarkan. Perilaku membazir ini dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk seperti membazir makanan, aksesori dan hiasan diri, pembaziran di dalam rumah, membazir di dalam pakaian, hiasan dan perabot rumah serta pejabat. Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mencegah menularnya budaya meminjam, berhutang, membazir dan boros dalam kalangan rakyat negara ini. Pihak berkuasa juga digesa agar mengawal dan memantau iklan-iklan yang disiarkan di dalam media massa itu tidak menggalakkan masyarakat ke arah budaya hidup mewah, boros dan membazir. Masyarakat perlu dididik untuk mengamalkan cara hidup sederhana, berjimat-cermat, tidak boros dan membazir di dalam hidup dan menginsafi bahawa masih ada anggota masyarakat yang hidup di dalam kemiskinan yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Penulis ialah Presiden CAP.harakah/- |
Guru kecewa gagal tukar ikut suami Posted: 08 Jan 2013 10:42 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - Saya mewakili ribuan guru wanita di seluruh Malaysia ingin meluahkan kekecewaan kami apabila permohonan kami untuk bertukar ke negeri lain atas alasan mengikut suami tidak diluluskan. Malah, apabila rayuan dibuat, kami tidak akan dilayan disamping perlu menerima kritikan dan herdikan pegawai-pegawai dan kaki tangan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ada antara kami yang menghadapi masalah ancaman keselamatan ekoran tinggal bersendirian di rumah sewa. Ada juga antara kami guru-guru wanita mengalami masalah keretakan rumah tangga ekoran perhubungan jarak jauh yang terlalu lama. Sebetulnya, permohonan bagi guru wanita yang ingin bertukar mengikut suami boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja seperti waktu dahulu.
Ribuan permohonan bagi guru wanita yang ingin mengikut suami tidak diluluskan, walhal begitu banyak kekosongan dan juga keperluan guru di negeri berkenaan. Ramai antara kami terjejas kualiti dan tumpuan kerjanya ekoran emosi yang tidak stabil kerana jauh daripada suami malahan ada yang berjauhan dengan anak-anak. Sesungguhnya pihak yang berkenaan perlu peka dan ingat bahawa tempat seorang isteri itu di sisi suami.
harakah/- |
Pampasan Jepun: Nizar buat PC khas hari ini Posted: 08 Jan 2013 10:39 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan mengadakan satu sidang media (PC) khas hari ini ekoran skandal wang pampasan pembinaan landasan keretapi maut Jepun. Beliau dijangka akan mendedahkan beberapa dokumen penting berkaitan dengan isu ini ekoran kecelaruan selepas kenyataan pegawai Kedutaan Jepun semalam. Sidang media ini akan diadakan jam 2 petang nanti di Pejabat Agung PAS. Semalam Pegawai Kedutaan Jepun menafikan dakwaan kononnya beliau mengesahkan penyerahan wang RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia. Apa yang berlaku adalah salah petik dari beberapa media terhadap laporan Harakahdaily. Harakahdaily melapor kedutaan Jepun mengesahkan penyerahan sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia namun tidak dinyatakan jumlahnya kerana pegawai itu akan menyemak dahulu dengan Tokyo mengenainya. Namun beberapa media memetik berita Harakahdaily itu dengan menokot tambah wang berjumlah RM207 juta itu. Akhbar The Star milik MCA juga melaporkan perkara itu dengan memberikan imej buruk kepada Nizar. The Star melaporkan, Kedutaan Jepun menafikan pembayaran RM207 bilion itu. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun, Takaharu Suegami menyatakan perkara ini bagi menjawab laporan media yang mendakwa Nizar sebagai berkata begitu. Takaharu berkata, dakwaan itu diluar pengetahuan dan campurtangan kerajaan negeri Jepun. Sebelum ini Harakahdaily melaporkan, Nizar mendakwa kerajaan negeri Jepun telah membayar wang sebanyak RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa pembinaan keretapi maut itu. Namun sehingga kini mangsa atau waris mereka belum menerima sebarang wang pampasan itu. Dakwaan itu dibuat Nizar dalam sidang Parlimen sessi lepas.
Sementara itu, Utusan pada 11 Mei 2007 pernah melaporkan, kes tuntutan buruh paksa 'Landasan Kereta Api Maut Jepun' dianggap selesai oleh kerajaan Malaysia sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek.
Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.
Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang 'darah' kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
Ini yang menyebabkan mangsa ini tidak berpuashati kerana wang pampasan itu sepatutnya diperolehi oleh mereka
harakah/- |
Tarian lucah cemari majlis polis Posted: 08 Jan 2013 08:00 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Majlis tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis berpangkat rendah daerah ini yang akan bertukar dicemari insiden memalukan apabila tiga lelaki yang memakai pakaian dalam wanita melakukan aksi tarian separuh bogel Jumaat lalu.
Kejadian itu mengejutkan warga polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam kerana difahamkan persembahan yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel terkemuka di Selangor itu berbentuk tarian tradisional.
Bertemakan Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan, majlis itu hanya dihadiri oleh anggota dan pegawai polis Shah Alam dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah itu sebagai orang kenamaan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, insiden itu telah mencetuskan kontroversi apabila gambar memalukan itu tersebar di laman sosial Facebook dan blog sehingga mendapat kritikan pelbagai pihak.
Katanya, siasatan mendapati, tarian separuh bogel itu bukan sahaja langsung tidak termasuk dalam aturcara majlis malah, ia tidak ditempah dan tidak diadakan ketika sesi raptai serta latihan.
"Tarian itu dipersembahkan secara tiba-tiba dan penari terbabit pula merupakan golongan lelaki yang memakai pakaian dalam wanita. Ia berlaku secara mengejut dan spontan tanpa izin penganjur.
"Kita sedang menyiasat mengapa dan bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab. Penganjur telah membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel pada malam itu juga dan saya sedang membuat pertanyaan sulit mengenainya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, majlis tertutup itu diadakan untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis pangkat rendah daerah ini yang akan bertukar tempat bertugas.
Menurut Zahedi, Polis Diraja Malaysia selama ini tidak pernah menganjurkan acara tidak bermoral seperti itu yang nyata bertentangan dengan agama Islam dan budaya pasukan keselamatan itu.
Tinjauan Kosmo! mendapati, gambar tersebut jelas memaparkan imej tiga individu memakai rambut panjang, seluar dalam dan coli sedang menari dalam aksi ghairah berlatarbelakangkan tulisan Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Polis Shah Alam.
Gambar tersebut menerima kecaman pelbagai pihak. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui akaun Facebook peribadinya melahirkan rasa terkejut melihat gambar itu.
Tun Hisan menyatakan polis tidak sesekali menyokong kemungkaran sebegitu dan akan menyiasat kejadian berkenaan. kosmo/-
|
Pampasan RM207b: 'Saya tak halal dunia akhirat' Posted: 08 Jan 2013 07:50 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - Negara digemparkan dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tentang wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946. Wartawan Harakah, MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR menemuramah Pak Hashim Yaakob, 112, iaitu bekas buruh paksa pada tahun 1942 hingga 1946 di kediamannya baru-baru ini.
Sejak bila pakcik jadi buruh paksa?
Pakcik mula jadi buruh pada tahun 1942. (Pada ketika itu) pakcik baru berumur 20an. pakcik pulang ke Malaysia pada tahun 1946 diambil oleh wakil negara ketika itu.
Semasa menjadi buruh paksa, berapakah upah atau gaji yang diberikan oleh pihak Jepun?
Sehari pakcik diberi gaji RM3 saja untuk sehari, setiap bulan mereka akan bagi (kepada) kami.
Bagaimana teruk dan deritanya menjadi buruh paksa Jepun?
Mula-mula jadi buruh paksa, pakcik bersama kumpulan kira-kira 32 orang terpaksa berjalan kaki selama 16 hari daripada Padang Besar ke Timunta. Pakcik pergi (ketika itu) di peringkat ketiga bermakna ada orang sudah dahulu menjadi buruh paksa.
Kami dipukul oleh pihak Jepun jika tidak mendengar perintah dan arahan daripada mereka. Namun Jepun tidak mengasari kami jika patuh dengan arahan yang diberikan. Sepanjang pakcik menjadi buruh paksa, Jepun tak pernah pukul pakcik.
Macam-macam kerja yang kami kena buat, bukan sahaja landasan kereta api.
Bagaimana dengan aspek makanan dan kesihatan buruh paksa?
Jepun sediakan makanan untuk kami 5 kali sehari disetiap di tempat-tempat tertentu di sepanjang perjalanan. Ada pekerja yang menyediakan makanan. Mereka juga ada sediakan perubatan dan doktor untuk merawat kami.
Pakcik pulang dengan selamat, bagaimana pula buruh paksa yang lain?
Pakcik diambil pulang oleh pihak Malaysia bersama dua orang lagi, yang lain semua mati di sana. Ramai yang mati disepanjang perjalanan untuk menyiapkan landasan itu. Kalau ada buruh yang sakit atau mati, Jepun akan tinggalkan mereka (begitu sahaja) dan teruskan perjalanan.
Apabila balik ke Malaysia, ada apa-apa janji dan bantuan daripada kerajaan?
Selepas pulang daripada Siam sehingga sekarang tak ada langsung pembelaan atau janji daripada kerajaan. Tak ada sapa yang jumpa pakcik dan maklumkan apa-apa kepada pakcik. Satu sen pun pakcik tak dapat daripada kerajaan.
Pakcik tahu tak Jepun sudah membayar pampasan RM207 billion kepada kerajaan untuk diberikan kepada buruh-buruh paksa?
Pakcik langsung tidak tahu, sampailah Datuk (Seri) Nizar datang melawat saya dan maklumkan tentang pampasan. Pakcik sangat terkejut kerana tidak tahu menahu.
Apa perasaan pakcik apabila mendapat tahu Jepun sudah beri pampasan sedangkan pakcik tak dapat apa-apa?
Rasa terkilan kerana langsung tidak diberi tahu sedangkan Datuk Nizar kata kerajaan Jepun sudah beri pampasan itu pada tahun 2004, sekarang dah 2012.
Pakcik rasa duit pampasan itu hak pakcik?
Ya, sudah tentu. Bukan hak pakcik saja, itu hak semua bekas-bekas buruh paksa. Kami sudah menderita bertahun-tahun dizalimi Jepun.
Apa pesanan pakcik kepada kerajaan?
Saya harap kerajaan bagi tau kepada rakyat Malaysia (tentang pampasan itu) dan memberi secepat mungkin kepada buruh-buruh atau warisnya. Saya secara peribadi tidak halal dunia akhirat kalau kerajaan tak bagi duit itu kerana itu hak saya. Itu bukan hak mereka, itu hak kami!
Pakcik sokong tindakan PAS untuk membantu memperjuangkan hak buruh paksa ini?
Pakcik sangat sokong. Syukur alhamdulillah kerana PAS telah memperjuangkan hak pakcik dan buruh paksa lain. Kalau tidak, sampai bila pakcik tak tahu kerajaan Jepun ada bagi pampasan.
harakah/- |
Hasil minyak Iran jatuh 45 peratus Posted: 08 Jan 2013 07:30 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Eksport minyak Iran menjunam kepada satu juta setong sehari pada Julai tahun lalu berbanding 1.74 juta setong sehari pada bulan sebelumnya. Foto: AP TEHERAN - Hasil minyak Iran jatuh kira-kira 45 peratus akibat sekatan ekonomi dikenakan Barat, menurut ahli politik terkemuka di negara itu, kelmarin. "Berdasarkan laporan, jualan minyak menyusut hingga 40 peratus dan jumlah pendapatan telah menurun sebanyak 45 peratus dalam tempoh sembilan bulan lalu," jelasnya kepada agensi berita, Isna. Selain itu, sekatan itu turut memberi kesan besar ke atas syarikat penerbangan Iran kerana mereka terpaksa membatalkan semua perkhidmatan berikutan hutang bahan api berjumlah lebih AS$144 juta (RM438 juta) yang tidak dapat dijelaskan kepada kerajaan. Secara keseluruhannya ekonomi negara tersebut kini berada dalam situasi sukar walaupun pakar meramalkan masalah itu dapat diatasi apabila Teheran kembali mengeksport 1.5 juta tong bahan api sehari pada tahun depan. - AP |
Penduduk tidak bimbang ribut Posted: 08 Jan 2013 07:16 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Jarak rumah nelayan yang hanya beberapa meter dari pinggir sungai. KUANTAN – Ramalan Jabatan Meteorologi mengenai Ribut Tropika Sonamu yang kemungkinan melanda negeri Pantai Timur termasuk di Kuantan menimbulkan pelbagai reaksi terutama bagi penduduk yang tinggal di perkampungan nelayan. Bagaimanapun, bagi nelayan di perkampungan Tanjung Api, di sini, berita tentang ribut berkenaan tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kerana situasi air pasang besar sering berlaku. Wakil Penduduk, Mat Hassan Mamat , 54 berkata, air pasang besar berlaku sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan ia perkara biasa bagi penduduk yang rata-ratanya keluarga nelayan. Menurutnya, jika air pasang berlaku rumah penduduk akan turut terjejas memandangkan jarak pinggir sungai hanya beberapa meter sahaja. "Berdasarkan kalendar Islam, air pasang besar biasa berlaku pada 30 hari bulan dan kalau ikutkan belum sampai waktunya. "Tahun lepas juga berlaku air pasang besar tetapi tahun ini belum menampakkan sebarang tanda lagi. "Biarpun mendapat berita tentang ribut Sonamu, penduduk di sini hanya meneruskan kehidupan seperti biasa memandangkan air pasang besar bukan perkara luar biasa. "Bagaimanapun, jika ribut ini melanda kita berserah kepada ALLAH SWT bagi menentukan segalanya dan ketika ini juga nelayan tetap turun ke laut," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, jika air pasang besar berlaku paras air akan naik dan mencecah sehingga paras lutut di dalam rumah. "Kalau air pasang besar berlaku, air memang membanjiri kampung ini dan air akan melimpah masuk ke dalam rumah. "Tidak dinafikan penduduk akan menanggung kerugian kerana barangan di dalam rumah terutama barangan elektrik akan rosak. "Tetapi setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa pernah berlaku dan penduduk di sini tidak membuat sebarang persiapan bagi berhadapan ribut Sonamu," katanya.
sinar/- |
Peniaga runcit cedera ditetak dua penyamun Posted: 08 Jan 2013 06:50 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Aksi dua suspek menyerang mangsa yang berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di kedai runcit dalam kejadian samun di Taman Sungai Siput, kelmarin. Aksi dua suspek menyerang mangsa yang berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di kedai runcit dalam kejadian samun di Taman Sungai Siput, kelmarin. SUNGAI SIPUT – Seorang peniaga runcit cedera di kepala akibat ditetak dua lelaki dalam satu kejadian samun di Taman Sungai Siput di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, H Cheng, 63, bersama isterinya yang enggan dikenali didatangi dua lelaki yang memasuki kedai sambil memegang parang berpura-pura membeli sekotak rokok dan bertanyakan arah jalan di kawasan Sungai Siput. "Leka melayan pertanyaan lelaki itu, rakannya tiba-tiba mengacu parang dan mengugut mencederakan kami jika enggan serahkan wang tunai. "Saya beritahu tidak ada banyak wang. Berang dengan jawapan saya, mereka menyerang dengan parang dan memaksa kami serahkan wang yang ada," katanya di sini, semalam. Cheng berkata, panik dengan keadaan itu, mangsa ditumbuk penjenayah terbabit menyebabkan berlakunya pergelutan di dalam kedai. "Ketika itulah, kepala saya di tetak sebelum pengsan. Sebelum melarikan diri, mereka sempat mengambil wang di kaunter jualan," katanya. Mangsa dibantu oleh jirannya mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput dan menerima 20 jahitan di kepala. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Azman Salim berkata, dua suspek sedang dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). "Gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan antara 20-an itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 935/937 kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan," katanya.
SINAR/-
|
Sejuta warga Syria kekurangan makanan Posted: 08 Jan 2013 06:45 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - GENEVA, Switzerland - Sekitar satu juta penduduk Syria mengalami kekurangan makanan dengan kebanyakan mereka berada di zon konflik berikutan tindakan pemerintah menyekat pengagihan bantuan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Elizabeth Byrs berkata, pihaknya kini menyalurkan bantuan makanan kepada sekitar 1.5 juta rakyat Syria pada setiap bulan berbanding sejumlah 2.5 juta orang yang memerlukan bantuan.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kelmarin berkata, tindakan Presiden Syria, Bashar Al-Assad meletakkan syarat untuk berdamai tidak akan membantu menamatkan penderitaan rakyat Syria. "Setiausaha Agung (Ki-moon) kecewa bahawa ucapan Bashar pada 6 Januari lalu tidak membantu ke arah penyelesaian bagi menamatkan kesengsaraan rakyat Syria," kata jurucakap PBB, Martin Nesirky.
Menurutnya, Ki-moon dan Utusan PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi sedang berusaha membentuk peralihan politik termasuk penubuhan pentadbiran sementara dan mengadakan pilihan raya di bawah kelolaan PBB. Selepas usaha damai terbaharu tersebut ditolak Bashar, Brahimi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi pada hari ini.
Iran kini merupakan satu-satunya negara yang menyokong ucapan Bashar tersebut. Dalam ucapannya, Bashar berikrar mahu menghapuskan pihak penentang di Syria yang dilabel sebagai pengganas yang disokong oleh pihak asing.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011 dengan lebih 43,000 orang dilaporkan terbunuh. Para penentang Bashar mahu beliau digulingkan selepas didapati gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi |
Tsunami kebangkitan rakyat selepas tsunami politik Posted: 08 Jan 2013 06:40 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Keyakinan Umno BN bahawa 'tsunami politik' sudah berakhir disifatkan sebagai bercanggah dengan realiti yang berlaku di negara ini. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli berkata, walaupun 'tsunami politik' dikatakan sudah berakhirm namun kerajaan Umno BN terpaksa menghadapi 'tsunami kebangkitan rakyat'.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan bahawa 'tsunami politik' pada tahun 2008 sudah berakhir apabila kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak melakukan banyak perubahan. "sekurang-kurangnya (Datuk) Ahmad Maslan mengakui wujud 'tsunami politik' dan kata ia sudah berakhir.
"Ini bermakna, bukan kita sahaja yang kata ada tsunami politik tahun 2008 tetapi Umno sendiri mengaku. "Sebenarnya tsunami semakin kuat dengan kebangkitan rakyat berdasarkan kesedaran dan kefahaman rakyat sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, kini BN bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh selepas melalui 'tsunami politik'. Namun kata Dr Hatta, Umno BN dilihat semakin menuju kehancuran dengan pelbagai krisis dalaman.
"Yang semakin merudum ialah Umno dengan politik tuduh menuduh sesama sendiri, sekarang timbul pula usaha jatuhkan Najib dengan kata Najib sakit. Ini bukan semakin pulih tapi semakin teruk. "Politik fitnah tak habis-habis dan cuba membangkitkan semula isu lapuk yang sudah lama tidak didengar," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Tambah beliau, 'tsunami kebangkitan rakyat' semakin menyerlah apabila semangat rakyat berkobar-kobar untuk turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini bagi menuntut kerajaan yang bersih. "Azam rakyat untuk turun beramai-ramai ke HKR semakin meluap-luap.
"Walaupun tiada publisiti daripada media kerajaan, tetapi maklumat yang tersebar melalui laman sosial dan media alternatif menyebabkan rakyat tahu mengenai HKR ini," katanya. Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
|
Berkurung’ 6 jam Posted: 08 Jan 2013 06:00 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 26 tahun 'berkurung' hampir enam jam selepas menetak hingga mati rakan serumahnya dalam kejadian di Flat Sri Kuching, di sini, semalam.
Dalam kejadian disedari kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai panik selepas membunuh rakan serumahnya iaitu seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Yulianti, 36, sebelum bertindak mengurung diri di dalam biliknya.
Difahamkan, mangsa dan lelaki terbabit ada bertengkar sebelum mangsa ditetak di belakang leher menggunakan pisau pemotong daging.
Kejadian berkenaan hanya disedari pemilik rumah berkenaan yang mahu dikenali sebagai Beh, 50, selepas memecahkan pintu rumah berkenaan. Rakan serumah mangsa ditahan polis untuk siasatan. Katanya, dia memecahkan mangga jeriji dan pintu rumah itu selepas berulang-kali memanggil mangsa namun tiada jawapan.
metro/- |
Harga lelaki mahu 'jelita' Posted: 08 Jan 2013 05:45 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung, membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan vitamin C supaya kulit muka lebih cerah.
Jika dulu semua rawatan perubatan kosmetik itu hanya dilakukan wanita, kini ia turut dipraktikkan segelintir lelaki di Malaysia.
Pengaruh fenomena K-pop dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru ini hingga ada lelaki terbabit sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea.
Malah, ada juga yang bertindak lebih drastik dengan melakukan pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk tubuh menarik supaya lebih sesuai dengan bentuk wajah yang diubah. Disebabkan kos untuk mengubah raut wajah dan susuk tubuh memakan belanja besar, ramai dalam kalangan 'lelaki jelita' itu menerima rawatan di pusat kecantikan dan bukan klinik pengamal perubatan kosmetik bertauliah.
metro/- |
Keganasan Israel tiada penghujungnya Posted: 08 Jan 2013 05:40 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Tabung Kemanusiaan Gaza. KEGANASAN tentera Israel tiada penghujungnya. Terbaru, 13 warga Palestin ditahan di bandar berasingan di Tebing Barat kerana didakwa sebagai penjenayah dikehendaki pihak Israel. Stesen TV Israel kelmarin melaporkan, warga Palestin yang ditahan telah dihantar ke lokasi berbeza untuk disoal siasat oleh pihak tentera Israel. Walau bagaimanapun, nama mereka yang ditahan tidak didedahkan. Rakyat Palestin perlu dibantu untuk mengurangkan penderitaan mereka yang sering ditindas oleh Israel terutama di wilayah Gaza. Kita sebagai rakyat Malaysia boleh membantu menerusi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar Harian yang mampu menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat Palestin di Gaza. Terkini, jumlah dana berjaya di kumpul menerusi tabung yang diilhamkan tahun lalu adalah RM168,897.88. Kepada yang ingin membantu, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada nombor akaun yang tertera atau terus menghubungi Kumpulan Media Karangkraf di talian 03-51013888.
sinar/- |
Amanat Hadi: Umno sudah mula tutup mulut, kata Pas Posted: 08 Jan 2013 05:30 PM PST 26 Safar 1433H. [MOD] -
Mahfuz Omar KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan langkah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menarik balik kesediaan memenuhi permintaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di televisyen bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi menunjukkan pemimpin Umno mula mengambil sikap "diam diri" daripada membicarakan isu tersebut. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak konsisten dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi berhubung kebebasan bersuara menggunakan media yang berpaksikan Umno-Barisan Nasional. "Saya anggap bahawa pemimpin Umno sudah bersedia untuk tutup mulut untuk tampal mulut mereka dengan 'plaster' daripada bercakap dengan isu-isu ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Dalam perkembangan yang sama, hasrat pemimpin tertinggi Pas itu juga mendapat perhatian Sinar Harian apabila sanggup menawarkan platform alternatif selain media arus perdana dan beliau menyambut baik tawaran tersebut. "Saya tidak terfikir kepada keperluan Sinar Harian, sebab isu yang berbangkit ini ialah cabaran dari pihak kerajaan sendiri yang membangkitkan isu ini. "Sepatutnya institusi kerajaan RTM sendiri dan TV3 yang ada kepentingan kerajaan, sepatutnya di situ lah disiarkan penjelasan itu," katanya. Malah katanya Abdul Hadi juga telah bersetuju untuk melibatkan beberapa pihak berkepentingan seperti mufti dan pemimpin tertinggi Umno dalam sesi penjelasan secara siaran langsung sekiranya hasrat tersebut ditunaikan. "Siapa saja boleh dijemput termasuk (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir, (timbalannya) Datuk Dr Mashitah dan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad)," katanya. Sementara itu, mengulas perkembangan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini, Mahfuz berkata, hasrat pembangkang seringkali cuba 'disabotaj' oleh pihak berkepentingan apabila permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka sehingga ke hari ini, masih menemui jalan buntu susulan syarikat pengurusan stadium tersebut tidak memberi kerjasama baik dalam menjayakan perhimpunan aman itu. Bagaimanapun katanya, halangan tersebut tidak menghalang rakyat untuk menyertai himpunan aman yang mensasarkan sejuta peserta sebelum pilihan raya bermula namun amat mengecewakan apabila pihak pengurusan stadium dan pihak keselamatan berdiam diri tanpa satu keputusan yang jelas. "Jadi saya sangat kecewa kelembaban dua institusi ini, yang bagi saya paling mudah untuk berikan kebenaran, stadium daripada kita biar begitu saja pun buat apa," katanya. Mengulas lanjut sekiranya kelulusan tidak diberikan, Mahfuz berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mengadakan himpunan jalanan, sebaliknya mahu perhimpunan kali ini dibuat di tempat yang lapang dan tertutup seperti Stadium Merdeka. "Hasrat kita untuk mengajak rakyat supaya berhimpun untuk menyatakan komitmen kita terhadap kepentingan-kepentingan kita yang sedang dicabul dan untuk membuat perubahan," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub menegaskan pihaknya konsisten untuk mengadakan perhimpunan secara aman tanpa perarakan jalanan sebaliknya memilih stadium sebagai lokasi utama perhimpunan mega itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sambil menolak dakwaan perhimpunan kali ini mungkin akan mencetuskan ketegangan, beliau berkata, jika ia dilakukan dalam kawasan tertutup, pihaknya boleh mengawal peserta dengan mudah khususnya mengelakkan daripada cubaan provokasi oleh pihak tertentu. "Saya harap polis boleh beri kerjasama yang sepatutnya, kita dah sebut kita tidak akan guna jalan raya, kita tidak akan buat perarakan, kita nak berhimpun satu tempat. "Kita akan pastikan ia aman ketika berhimpun," katanya. Bagaimanapun perhimpunan kali ini sukar direalisasikan sekiranya pihak pengurusan stadium enggan bekerjasama dengan memberin kebenaran menggunakan kemudahan mereka biarpun beberapa permohonan telah dikemukakan kepada mereka tanpa melanggari prosedur yang telah ditetapkan pihak berkuasa. "Kita telah minta Stadium Merdeka dan kita sedang menunggu jawapan, harapan bagi saya adalah tidak ada sebab untuk pihak pengurusan tidak mengizinkan kita untuk berhimpun secara aman. "Kita telah mengadakan road show seluruh negara dan kita yakin dan percaya bahawa matlamat kita untuk mengadakan perhimpunan itu akan jadi satu kenyataan," katanya.
harakah/- |