Rabu, 9 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menghadiri Pravasi Bharatiya Divas 2013 di Kochi, India

Posted: 08 Jan 2013 05:30 PM PST

Kochi, India, 9 Januari 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan delegasinya telah menghadiri Pravasi Bharatiya Divas di Kochi, India yang berlangsung sejak 7 Januari hingga ke hari ini (9 Januari 2013). 

Pravasi Bharatiya Divas adalah merupakan hari Bukan Permastautin India yang diadakan di India setiap tahun pada 9 Januari untuk meraikan sumbangan Komuniti India luar negara yang telah memberi sumbangan pembangunan kepada negara India.

Hari ini juga diadakan untuk memperingati kedatangan Mahatma Gandhi di India dan Afrika Selatan. Diadakan sejak tahun 2003, acara ini di taja oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Kerajaan India, Gabungan Industri India (CII) dan Kementerian Pembangunan Wilayah Utara Timur India. Perayaan diadakan pada 7 hingga 9 Januari setiap tahun. Satu forum berkaitan isu-isu Diaspora India dianjurkan dan Anugerah Pravasi Bharativa Samman akan disampaikan. Pada tahun ini perasmian akan dibuat oleh Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh bersama Presiden Mauritius.

Dalam tiga hari lawatan kerja ke India, YB Dr Xavier Jayakumar dan delegasi sempat membuat lawatan ke bank negara India. Pihak media tempatan India juga telah mengambil kesempatan untuk menemuramah YB Dr Xavier sepanjang beliau berada disana.

Berikut adalah foto-foto sekitar hari menghadiri Pravasi Bharatiya Divas 2013 di Kochi, India:






MBSA Bakal Sediakan VAN OKU

Posted: 08 Jan 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM 8 JAN : Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menikmati kemudahan penghantaran ke hospital secara percuma dengan sebuah van khas.

Menurut Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, kenderaan yang mempunyai 'bumbung tinggi' itu juga boleh digunakan oleh warga emas dan pesakit dialisis.

"Oleh kerana kita mempunyai kenderaan yang terhad, maka kita terpaksa menghadkan penghantaran ke hospital sahaja buat masa ini.

"Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan perlu mendaftar dan membuat tempahan atau 'appointment' seminggu sebelum tarikh lawatan," jelas Mohd Jaafar dalam satu sidang media di pejabatnya pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak MBSA hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik sahaja manakala sebarang urusan di hospital perlu diuruskan mereka sendiri.

"Oleh itu, kita juga mensyaratkan agar mereka ini diiringi ahli keluarga atau kenalan untuk berurusan di hospital," beritahu Mohd Jaafar lagi.

Terdahulu, beliau menerima cek sumbangan Kelab Rotary Shah Alam berjumlah RM 60,000 yang disampaikan Presidennya, Datuk Vincent Tang.

Sumbangan tersebut merupakan satu usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kelab Rotary bagi menampung separuh daripada peruntukan membeli van tersebut yang dianggarkan bernilai
RM 120,000.

Manakala MBSA akan membiayai baki kos van tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi MBSA di 03-5511 4246 pada waktu bekerja.

MB : Gangguan Air di Kuala Lumpur, Selangor Berpunca Dari Sikap Syabas

Posted: 08 Jan 2013 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR 7 JAN : Gangguan bekalan air selama 10 hari di Gombak, Ampang dan Cheras berpunca daripada sikap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal menyelenggara rumah pam dibawah tanggungannya.

Gangguan itu boleh dielak sekiranya Syabas menyelenggara pam di rumah pam Wangsa Maju sejak dari awal tahun lepas dan bukan apabila berlaku gangguan bekalan air, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tidak boleh terima alasan Syabas kerana syarikat konsesi itu sepatutnya memastikan kelima-lima pam berada dalam keadaan baik.

"Penyelenggaraan secara berkala juga perlu kerana ia menjadi prosedur wajib yang ditetapkan dalam Standard Operating Procedure (SOP).

"Kerajaan Selangor kesal apbila Syabas mengaitkan gangguan bekalan air ini dengan pembinaan Loji Langat 2 sedangkan ia tiada kaitan langsung," kata Abdul Khalid dalam lawatan kerja di Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Kira-kira 500,000 penduduk di tiga-tiga kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air selama lebih 10 hari apabila rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi.

Abdul Khalid berkata, Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor yang mengadakan lawatan ke rumah pam itu pada 2 Januari lalu mendapati empat dari lima pam telah rosak manakala satu pam sedang diservis dan tidak beroperasi.

Beliau berkata dakwaan Syabas bahawa semua pam beroprasi melebihi had sehingga mengalami kerosakan tidak boleh diterima.

"Sepanjang tahun lalu hanya 18 hari sahaja pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari dengan kadar aliran purata pam-pam tersebut adalah 182.204 liter sehari," katanya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memandang serius masalah ini dan mempercepatkan proses penstrukturan semula supaya Kerajaan Selangor dapat mengambilalih perkhidmatan pembekalan air.

Penduduk, K Manoharan, 57, menjelaskan masalah itu dihadapi sejak lebih 10 hari lalu.

"Memang masalah ini mengganggu kami dan berharap ia diselesai segera.

"Rabu lalu pihak Syabas datang berjanji untuk selesaikan tapi hanya dua tiga hari saja ada air selepas itu masalah lagi," ujarnya ketika ditemui.

Mazlan Kidam pula berharap Kerajaan Negeri segera mengatasi masalah itu kerana ia membebankan.

"Bila masalah ini ada kami terpaksa bersusah untuk angkut air yang disediakan pam sementara," katanya sambil menyatakan masalah sama dialami 13 tahun lalu.


Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang