PRU13: Pertama kali ada dua calon Perdana Menteri Posted: 11 Apr 2013 07:10 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Yang lebih menggelorakan gelombang sekarang ialah semua kata sudah ada dua calon Perdana Menteri iaitu Anwar dan Najib.
"Dulu calon Perdana Menteri itu tunggal. Zaman Tun Razak, Tun Razak saja. Masa Dr Mahathir Mohamad, dia calon tunggal.
"Begitu juga zaman Pak Lah. Zaman seperti itu sudah tidak ada bagi Najib. Buat pertama kali ada dua calon Perdana Menteri," tulis blogger Pencacai SeMalaysia.
Berikut tulisan penuh.
Pembubaran Parlimen pada 3 April lalu bukan bermulanya demam pilihanraya. Jika negara ini ibarat manusia, ia sudah demam lama yakni orang yang berpenyakit sekian lama.
Demamnya menyerang sejak dua musim haji lalu. Cuma pembubaran Parlimen itu menambah tinggikan suhu, dari demam biasa kepada demam panas.
Gelora demamnya memuncak. Gelombang PRU13 ini lebih bergelora dari 2008. Gelombang dulu ributnya di Semenanjung saja. Di Sabah dan Sarawak demam biasa saja. Tetapi kali gelora di Sabah bak mengatasi gelombang di Semenanjung. Bahkan Sarawak pula geloranya sudah tidak sekecil dulu. Ia mungkin tidak segelora Sabah tetapi bukan lagi gelora yang biasa.
Gelombang yang tidak segelora sekarang telah menyaksikan BN hillang majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali dan ia hilang empat lagi kerajaan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tengkujuh yang amat bergelora di Kelantan pada PRU 2004 jadi ribut biasa menyebabkan BN kembali senasib PRU 1990.
PRU 2008 sekali sekala saja Tok Guru Haji Hadi Awang bertemu Lim Kit Siang. Jarang sangat PAS naik pentas DAP dan DAP pun tidak banyak berceramah dengan PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bebas tetapi kakinya berantai. Masa itu tiada Pedana Menteri menunggu. Kerajaan menunggu ada, tetapi Perdana Menterinya tidak ada.
Sejak lima tahun dulu Ustaz Hadi bertemu Kit Siang bukan lagi tiap-tiap bulan tapi dua tiga kali sebulan. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat duduk sekali dengan Karpal Singh jadi hal biasa. Tak pernah Tok Guru Nik Aziz memotong kek hari jadi, tetapi beliau menyambut hari jadi di rumah Karpal.
Dan sekarang kerajaan menunggu ada Perdana Menteri.
Dulu PKR, DAP dan PAS tiada bas jelajah kawasan pilihanraya. Bas PKR dengan gambar Anwar tiba ke merata tempat. Kenderaan DAP pula dihias gambar Kit Siang. PAS pula tidak ketinggalan, ada treler panjang Negara Berkebajikan. Beza treler PAS tidak gambar Ustaz Hadi saja. Lebihnya ia pamer gambar Ustaz Hadi, Anwar dan Kit Siang sekali. Ertinya treler PAS bawa PKR dan DAP sekali ke sana sini.
Dulu tiada Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan manifestonya. Ini kali Pakatan ada manifesto umum yang dinamakannya Buku Jingga dikeluarnya tiga tahun dulu dan ada pula manifesto pilihanraya khas Pakatan Harapan Rakyat.
Dulunya BN dalam banyak perkara. Cuma BN mendahului Pakatan dengan menaikkan bendera Dacing di merata tiang di bandar dan desa sebulan lebih sebelum Parlimen dibubarkan. Ketika ia dibubarkan bendera pembangkang tak nampak.
Walaupun BN lambat keluarkan manifesto tetapi ia terlebih dulu keluarkan duit BR1M.
Yang lebih menggelorakan gelombang sekarang ialah semua kata sudah ada dua calon Perdana Menteri iaitu Anwar dan Najib. Dulu calon Perdana Menteri itu tunggal. Zaman Tun Razak, Tun Razak saja. Masa Dr Mahathir Mohamad, dia calon tunggal. Begitu juga zaman Pak Lah. Zaman seperti itu sudah tidak ada bagi Najib. Buat pertama kali ada dua calon Perdana Menteri.
Dengan gelombang yang bergelora dulu telah menyebabkan berlaku tsunami politik. Apakah dalam gelora seperti gunung memukul pantai, tiada tsunami yang lebih besar atau tiada lagi tsunami?
Alam seolah ajaib kalau gelora sedemikian tidak memungkinkan tsunami.
Bukan manifesto Pakatan saja hendak harga motokar. Manifesto BN juga hendak menurunkan motokar. Jika PR tidak rancang begitu dipercayai BN tidak bercadang turunkan harga itu.
Lebih BN dari Pakatan ialah BN ada BR1M dan akan dinaikkan kepada RM1,200 sedang sekarang RM500 saja. PR tiada BR1M. Bolehkah BR1M yang dinaikkan itu menjadikan gelombang yang merata itu hilang gelora dan BN dapat semula dua pertiga dan negeri-negeri yang hilang dulu?
Harakahdaily/- |
Wan Azizah sahkan tidak bertanding PRU13 Posted: 11 Apr 2013 07:08 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Wan Azizah Wan Ismail PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau berkata, lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada kempen dan menarik sokongan pengundi wanita kepada partinya.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Saya mahu fokus kepada kempen," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.
Beliau menafikan telah diketepikan kerana tidak bertanding dan berkata, beliau masih presiden parti.
Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau pernah menulis surat kepada Dr Mahathir sebanyak 18 muka surat 15 tahun lalu mengenai salah laku suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, Wan Azizah berkata: "Saya tidak pernah menulis surat itu."
Minggu lalu Dr Mahathir memberitahu media mengenai surat itu, tetapi tidak mendedahkan kandungannya. - Bernama |
Isma tanding 8 kerusi Parlimen, 3 kerusi Dun bawah tiket Berjasa Posted: 11 Apr 2013 07:07 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyenaraikan lapan calon untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di atas tiket Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang (PRU13).
Berjasa dalam kenyataannya hari ini berkata, calon yang tersenarai ialah Mohamad Ismail yang akan bertanding di Parlimen Subang dan Dun Kajang; Abdul Fisol Md Isa (Parlimen Alor Setar dan Dun Derga); dan Hamidi Abu Hassan (Parlimen Padang Serai dan Dun Gurun).
Calon lain ialah Abdul Halim Abdullah (Parlimen Seremban), Mohd Hazizi Ab Rahman (Parlimen Selayang), Shaharuzzaman Bistamam (Parlimen Tapah), Aminuddin Yahaya (Parlimen Wangsa Maju); dan Mohd Pathan Hussin (Parlimen Kapar).
"Berjasa menggesa pengundi menyokong sepenuhnya dan mengundi semua calon Berjasa untuk membolehkan Berjasa menjadi kuasa ketiga yang efektif dalam Parlimen," katanya.
Berjasa yang ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada Pas yang telah memerintah Kelantan sejak lebih dua dekad. Ia menyertai pilihan raya umum kelima setahun kemudian.- Bernama |
Tukang rumah maut, kereta hilang kawalan Posted: 11 Apr 2013 06:32 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Keadaan kereta Proton Wira mangsa yang remuk selepas bertembung dengan kereta jenis Proton Gen2 dipandu Mohd Ridwan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Limbat, Bukit Payung. MARANG – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta lain di kilometer 42.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Gong Balai, Merchang di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa, Mohd Nazi Kassim, 37, memandu kereta jenis Proton Wira, membawa bersama seorang penumpang wanita, Zaharah Ibrahim, 52, dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.
Mohd Nazi yang bekerja sebagai tukang rumah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala penumpang wanita terbabit dan seorang lagi pemandu kereta, Mohd Ridwan Mustaffa, 32, mengalami cedera ringan.
Menurut adik tiri mangsa, Mohd Suhelmi Razali, 20an, abang tirinya yang beralamat dari Jalan Anak Balai Besar, Dungun itu keluar dari rumah keluarganya untuk ke Kuala Terengganu dan sempat singgah di rumah ayahnya di Balai Besar lebih kurang jam 9 malam.
"Abang (mangsa) kerap ke Kuala Terengganu dan sebelum kejadian, dia singgah terlebih dahulu di rumah ayah dan memaklumkan akan ke Kuala Terengganu sebelum terlibat dalam kemalangan itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan manakala kereta berpusing apabila mangsa mengelak sebuah lori di tepi jalan.
"Kereta yang dipandu mangsa itu kemudiannya dirempuh sebuah kereta dari arah Kuala Terengganu. Mohd Nazi meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat," katanya.
Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Limbat, di Bukit Payung di sini, tengah hari semalam.
Sinar/- |
Paip pecah: 500,000 terjejas di KL, Gombak Posted: 11 Apr 2013 06:30 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Hampir 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah di satu lokasi berhampiran tebing sungai Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Paip itu membekalkan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Gombak, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini.
Syarikat itu berkata kerja pembaikan dijangka selesai esok dan bekalan air ke semua kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh empat hingga lima hari.
"Pelan tindakan kecemasan kod kuning telah diaktifkan Syabas Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada 1 pagi, 11 April susulan paip jenis 'mild steel' berukuran 2,000 mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju, pecah," menurut kenyataan itu.
Dua puluh lapan kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur ialah Flat DBKL Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney, Kampung Pandan Dalam, Kementah, Taman Cahaya, Pulapol, Pandan Cahaya, Wisma Tanah, Taman Dagang, JUPEM, Taman Shamelin, UTM, Taman Tenaga, Felda, Taman Miharja, Pusat Latihan Telekom, Taman Kobena, Jalan U Thant, Bandar Permaisuri, Jalan Ampang Hilir, Desa Pandan, Taman Pandan Jaya dan Flat Sri Melaka.
Di Gombak, 55 kawasan terlibat ialah Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman TAR, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang, Ukay Heights, Taman Dagang Permai, Ampang Jaya, Taman Pandan Ria, Dataran Ukay, Taman Permai Jaya, Pinggiran Ukay, Taman Permata, Sri Ukay, Taman Saujana Ampang, Beverly Heights, Tasek Tambahan, Ampang Indah, Taman Ampang Mewah, Ampang Jaya, Taman Ampang Utama, Ampang Saujana, Taman Bukit Ampang, Ampang Water Front, Taman Cahaya Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Dagang Jaya, Bukit Ampang Permai, Taman Halaman, Bukit Indah, Taman Kesuma Ampang, Desa Lembah Permai, Taman Kosas, Desa Setapak, Taman Mulia Jaya, Jalan Ampang, Taman Rasmi Jaya, Kampung Bukit Sungai Puteh, Taman Sri Ampang, Keramat AU 1 hingga AU 5, Taman Watan, Kampung Ampang Campuran, Wangsa Melawati dan Kampung Indah Mulia.
Syabas berkata 25 lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas, sementara 50 tangki air statik akan ditempatkan di kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan bagi meringankan kesulitan pengguna.
Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan.
Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air melalui lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web www.syabas.com.my.
- Bernama |
Presiden tidak bertanding: MCA umum kekalahan pertama Posted: 11 Apr 2013 06:21 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Untuk MCA, PRU13 akan datang ialah pilihanraya yang paling genting, tanpa presidennya.
Ini kerana Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihanraya umum kali ini.
"Saya akan mengetuai kempen sehingga hari mengundi tetapi tidak akan menjadi calon. Ini adalah selari dengan proses menjelma dan mencergaskan semula parti dan membawa pemimpin baru untuk mengambil alih," kata Chua.
Kenyataan Chua datang di tengah-tengah rungutan ahli-ahli MCA terhadap usaha Umno untuk mengambil kebanyakan kerusi MCA di Johor, setelah meramalkan MCA bakal terkubur di dalam PRU13.
Chua juga mengumumkan hari ini, kerusi MCA di Kuantan diberi pinjam kepada Umno untuk pilihan raya ini kerana Umno mendakwa mereka boleh menang berbanding MCA.
Kuantan adalah kerusi tradisi MCA sejak dahulu. Anggota Parlimen Kuantan sebelum ini adalah bekas timbalan presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek.
Dalam pilihan raya umum 2008, kerusi itu jatuh ke tangan PKR dan kali ini ia dirampas oleh Umno dari MCA.
Para penganalisa politik telah menjangkakan MCA akan tewas dengan teruk kerana ketidaksenangan pengundi tradisinya telah memuncak.
Sebelum ini, MCA telah bertubi-tubi menyerang perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai Islam dan PAS, sebagai satu usaha terbesarnya untuk mendapat kembali sokongan kaum TiongHua, yang telah mensisihkan parti tersebut pada 2008.
Chua berkata beliau tidak bertanding adalah bukti beliau memperjuangkan sesuatu tanpa berharap kepada jawatan awam.
"Dalam sejarah MCA, kali ini adalah kali pertama ada presiden MCA yang bekerja sepenuh masa," kata Chua, yang terpaksa meletakkan jawatan pada 2008 selepas mengaku beliau adalah pelakon seks dalam satu video bersama wanita yang didedahkan pihak musuh dalamannya sebelum PRU ke 12.
Harakahdaily sempat menghubungi sumber Umno untuk mendapatkan komen perkembangan terbaru ini.
"Semalam kan saya dah kata, strategi Tingkat 2 B4 ini memang tak boleh pakai. Presiden parti kedua terbesar BN tak bertanding – ini bagi isyarat apa pada rakyat?
"Rakyat akan lihat BN ini dah gelabah. Selepas berita lawan kerusi semalam, MCA sekarang tengah bergaduh kuat dengan Umno.
"Apakah Chua buat sedemikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar kata-katanya untuk tidak melantik Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon?
"Kamu tunggu sahaja. Najib kan semalam dah umum calon BN belum selesai," katanya dengan seloroh. |
Pas N.Sembilan umum tanding 15 kerusi Parlimen/Dun Posted: 11 Apr 2013 06:19 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu JEMPOL - Pas sekali lagi mendahului sekutunya dalam pakatan pembangkang mengumumkan senarai calon, kali ini di Negeri Sembilan, untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas negeri Mohamad Taufek Abd Ghani di sini malam tadi. Mereka mengesahkan pencalonan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin bertanding bagi kerusi parlimen Jempol, mengisi satu daripada tiga kerusi parlimen yang akan ditandingi calon Pas di negeri ini selain 12 kerusi dewan undangan negeri. PAS meletakkan Yang Dipertua PAS Tampin Zakaria Khalim untuk bertanding di Tampin dan Ketua Penerangan Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah Al-Jundi di Jelebu.
Negeri Sembilan mempunyai 36 Dun dan lapan kawasan parlimen. Pada PRU 2008,Pas hanya memenangi satu kerusi Dun Paroi menerusi Mohamad Taufek dan tewas 11 lagi kerusi Dun serta ketiga-tiga kerusi parlimen yang ditandingi. Senarai calon Pas untuk kerusi Dun ialah Mohamad Taufek (Paroi), Nor Anif Selamat (Sungai Lui), Dr Rosli Yaakop (Klawang), Abd Rahman Ramli (Serting), Zulkefly Mohamad Omar (Lenggeng), Zaharuddin Othman (Senaling), Nor Azman Mohamad (Johol), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Chembong), Mohd. Noor Yassin (Gemencheh), Ramli Ismail (Bagan Pinang), Ghazali Mohd Shom (Kota) dan Mohd Khairil Anuar Wafa (Labu). - Bernama |
PRU13: Bersih jemput Anwar, Najib bentang manifesto Posted: 11 Apr 2013 01:28 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan manifesto masing-masing, 17 April ini.
Pembentangan manifesto itu dijadualkan akan diadakan badan reformasi pilihan raya itu di Dewan Perhimpunan Cina.
Jemputan itu disuarakan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, pada sidang media di sini, hari ini.
Menurut Ambiga, pihaknya telah mengirimkan surat jemputan kepada mereka berdua, di samping format pembentangannya akan dibincangkan kemudian.
"Kita akan memutuskan kemudian tentang format itu bagi memastikan ia akan memberi ruang yang lebih adil untuk kedua-dua pihak," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau juga berkata Anwar setakat ini telah memaklumkan kesediaannya untuk menerima jemputan Bersih itu, dan masih menunggu jawapan daripada Najib.
"Sekiranya beliau enggan hadir beliau boleh menghantar wakil bagi pihaknya. Apapun jawapannya nanti, forum itu akan tetap kami jalankan," kata beliau.
harakahdaily/- |
Runtuh lagi di Terengganu, kali ini papan tanda UMT Posted: 11 Apr 2013 01:10 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
(Papan tanda gergasi UMT yang runtuh)
MARANG: Runtuhan demi runtuhan menimpa Terengganu sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru papan tanda gergasi Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang runtuh.
Papan tanda Pusat Penyelidikan UMT yang runtuh itu menjadikan Terengganu benar-benar sinonim dengan Darul Runtuh.
Sebelum ini bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh dan bumbung sekolah di Wakaf Tapai runtuh.
Begitu juga terminal bas di Kuala Brang dan juga bumbung masjid.
harakahdaily/- |
Pas Melaka perkenal calon wanita Posted: 11 Apr 2013 01:04 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
PRU13 MELAKA - Pas Melaka menamakan seorang calon wanita untuk bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 bersama beberapa calon lain walaupun senarai rasmi akan diumumkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Ahad ini.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Melaka Kamaruddin Sidek berkata usahawan Kintan Man menjadi calon pertama wanita Pas bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai.
Katanya Pas Melaka akan meletakkan 13 calon untuk bertanding kerusi DUN dan seorang untuk kerusi parlimen di negeri ini. - Bernama |
Liputan telefon bimbit terhad Posted: 11 Apr 2013 12:54 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Dua pencawang yang dipasang di Kampung Perlop namun liputan talian telefon bimbit masih terhad. SUNGAI SIPUT - Penduduk Kampung Perlop, Sungai Siput masih lagi ketinggalan dari segi liputan telefon bimbit walaupun pelbagai kemudahan lain sudah disediakan. Seorang penduduk, Azrai Abdul Samat, 65, berkata, kedudukan kampung berkenaan sejauh 24 kilometer dari pekan Sungai Siput namun tidak mempunyai liputan bagi talian telefon bimbit. Menurutnya, penduduk amat berharap kampung berkenaan juga mempunyai liputan talian telefon bimbit kerana kemudahan berkenaan sudah menjadi satu keperluan. "Kampung kami masih lagi tidak mempunyai liputan untuk talian telefon bimbit walaupun tempat lain sudah mendapatkannya. "Memang ada rumah yang menggunakan telefon rumah namun kadang-kala berlaku masalah menyebabkan kami terpaksa keluar sejauh tujuh kilometer untuk menggunakan telefon bimbit jika ada kecemasan," katanya. Kata Azrai, usaha untuk mendapatkan liputan talian itu telah dibuat dan pihak berkaitan sudah memasang pencawang di kampung berkenaan sejak sembilan bulan lalu namun kawasan liputannya agak terhad. Jelasnya, kawasan liputannya hanya meliputi 300 meter sahaja dan setelah membuat aduan, satu lagi pencawang baru dibuat sejak empat bulan lalu namun sehingga kini masih tidak berfungsi. "Kami tidak kisah syarikat mana yang boleh menyediakan kawasan liputan itu asalkan penduduk kampung lebih kurang 2,000 orang dapat menggunakan perkhidmatan ini," katanya. Azrai berkata, perkara itu harus diselesaikan segera kerana penduduk sudah lama menunggu kemudahan berkenaan. "Kami seolah-olah ketinggalan dari tempat lain kerana tidak mempunyai talian telefon bimbit dan berharap dapat disediakan secepat mungkin sebelum pilihan raya umum nanti," katanya.
sinar/- |
5 beranak ikat perut di pondok usang Posted: 11 Apr 2013 12:04 AM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Kuala Berang: "Setiap malam lilin menjadi teman bagi kami sekeluarga kerana rumah bagaikan pondok usang ini tiada bekalan elektrik," kata Nurul Shuhada Mohd, 27, yang tinggal bersama keluarganya di rumah usang itu di Kampung Payang Kayu di sini, sejak enam bulan lalu.
Sebelum ini dia sekeluarga tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Kuala Ping, namun terpaksa berpindah ke rumah usang berkenaan berikutan rumah keluarganya terlalu sesak dengan ahli keluarga lain.
"Sejak berpindah ke rumah usang ini sejak enam bulan lalu dan suami mencari papan sedikit demi sedikit untuk menutup sebahagian rumah yang tidak berdinding.
"Pendapatan suami hanya RM500 sebulan dengan melakukan kerja kampung yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan keluarga.
NURUL Shuhada bersama suami dan anak di rumah mereka di Kampung Payang Kayu. "Keadaan lantai rumah yang reput menyebabkan beberapa kali kaki anak terperosok," katanya semalam.
metro/- |
PRU13: Calon Pakatan di Perak sudah muktamad Posted: 10 Apr 2013 11:54 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) peringkat negeri secara rasmi pada 15 April ini. Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat', majlis tersebut akan diadakan di Hotel Riverfront, Ipoh jam 10 pagi. Katanya, majlis itu akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menurutnya, manifesto yang akan dilancarkan ini adalah sangat menarik dengan pelbagai tawaran yang diberikan rakyat setelah melihat kemampuan hasil negeri ini. Khairuddin berkata, pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang lama dengan mendengar idea daripada pelbagai pihak untuk mencipta satu manifesto yang terbaik untuk rakyat di negeri Perak. "Kami akan melancarkan satu manifesto terbaik peringkat negeri Perak 15 April ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat," Katanya dalam sidang media di Bilik Media Pakatan Rakyat, Ipoh di sini hari ini. Hadir sama ialah, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Naib Pengerusi PKR Perak, Chan Ming Kai, AJK PAS Perak, Zainuddin Mohd Yusof, Bendahari DAP Perak, Lim Pek Har, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Safarizal Saleh dan Exconya, Hafez Sabri. Dalam majlis yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan semua calon yang akan bertanding pada PRU13. Jelasnya, semua calon tersebut akan melafazkan ikrar bersama tanda kesepakatan ketiga-tiga parti itu. Dalam pada itu, Khairuddin berkata, pembahagian kerusi ketiga-tiga parti sudah selesai 100 peratus dan calon-calon sudah muktamad, hanya menunggu pengisytiharan secara rasmi. "Pembahagian kerusi setakat ini sudah selesai semuanya, dan parti komponen sudah memutuskan siapa yang akan bertanding," jelasnya lagi.
harakahdaily/- |
85 peratus Cina Johor sudah sokong Pakatan Posted: 10 Apr 2013 11:53 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sokongan pengundi Cina di Johor kini sudah mencecah 85 peratus kepada Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Dengan sokongan ini, PAS berkeyakinan Pakatan Rakyat akan memberikan sekurang-kurangnya 12 kerusi Parlimen di Johor untuk mempastikannya Pakatan berjaya ke Putrajaya. "Selepas satu tahun saya gempur Johor, saya yakin Pakatan akan menyumbangkan 12 kerusi Parlimen di Johor," kata Salahudin diikuti dengan tepukan bergemuruh para hadirin di Dewan Fadzil Nor, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) itu. Salahudin yang berucap selepas diumumkan sebagai calon PAS di Pulai bersama dengan Datuk Husam Musa calon PAS di Putrajaya dan Zamri Asa'ad Khuzaimi calon PAS Titiwangsa. Menurut Salahudin, dengan hanya 35 peratus sokongan Melayu di Johor dan 75 peratus sokongan Cina, Pakatan akan mendapat kemenangan majoriti mudah dalam DUN Johor. "Sebab itulah, Datuk Seri Najib lewatkan bubar, kerana dia tahu Johor tidak selamat lagi bagi BN," katanya. Salahudin juga menjangkakan, Sabah akan menyumbang 15 kerusi parlimen manakala Sarawak 10 kerusi parlimen untuk Pakatan. "Dengan unjuran ini, kita boleh sampai ke Putrajaya," kata Salahudin disambut takbir dan tepukan gemuruh para hadirin. harakahdaily/-
|
Pengundi Dun Gambir mahu Umno jadi calon Posted: 10 Apr 2013 11:40 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
(Seorang lelaki India sedang mengambil gambar banner yang dipasang di Dun Gambir)
JOHOR BAHRU: Para pengundi khasnya Umno mahu DUN Gambir di bawah parlimen Ledang diserahkan kepada calon Melayu dari Umno untuk bertanding. Untuk itu, mereka membuat silent protest dengan menaikkan kain rentang di beberapa kawasan itu semalam. Tidak kurang enam banner mendesak wakil rakyat Dun Gambir diwakili oleh wakil umno iaitu Melayu beragama Islam dinaikkan.
BN meletakan calon India dari MIC sejak dua penggal lalu di sini. Walaupun menang tetapi majoriti telah jatuh dan besar kemungkinan akan kalah kali ini jika tiada perubahan calon dilakukan oleh BN.
"Selama ini tidak pernah ada protest seperti ini di DUN Gambir tetapi perkembangan terbaru ini menunjukan rakyat semakin kecewa dengan pemimpin mereka dan rakyat Gambir mulai matang dan memahami konsep demokrasi," kata seorang penduduk tempatan kepada Harakahdaily.
Bagi beliau, keluhan ini tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin BN.
"Adakah ini juga memberi kelebihan pada wakil PAS?" soal beliau.
harakahdaily/- |
Bekas personaliti TV antara calon PAS S'wak Posted: 10 Apr 2013 11:34 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Bekas personaliti televisyen antara calon Parlimen PAS di Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. Pesuruhjaya PAS negeri Adam Ahid berkata, parti Islam itu akan meletakkan bekas personaliti TV Al-Hijrah Mohd Zaid @ Robby Bin bertanding di Sibuti.
Mohd Zaid antara tujuh nama yang diumumkan oleh Adam sebagai calon, termasuk calon bukan Islam pertama PAS di Bumi Kenyalang itu Dr Ambrose Labang Jamba yang akan bertanding di Julau. "Memandangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat terutamanya di kalangan anak muda, PAS Sarawak begitu yakin akan memenangi beberapa kerusi Parlimen," kata Adam (kiri).
Dalam kenyataannya hari ini, Adam memberitahu, kesemua calon itu sudah disahkan dalam mesyuarat Pusat PAS semalam.
Calon PAS di Sarawak diketuai oleh peguam muda Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang akan bertanding di Kota Samarahan.
Calon-calon lain termasuklah Pengarah Pilihan Raya PAS Dr (H) Mohd Jolhi (Batang Sadong), Setiausaha Dewan Muslimat PAS Jurina Mut, bekas calon PAS di Tanjung Datu pada pilihan raya negeri 2011 Nani Sahari (Mukah) dan Ajiji Fauzan (Igan).
Parlimen Sarawak mempunyai 31 kerusi.
malaysiakini/-
|
Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN Posted: 10 Apr 2013 11:13 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Lembu-lembu BN ini pun bengong untuk meneruskan kerja tunggu pengumuman calon BN.. Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan semalam. Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti.
Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.
".... belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Najib, yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13.
Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara itu.
Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing.
Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira.
BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. - Bernama
|
Rumah jurutera dipecah masuk Posted: 10 Apr 2013 11:11 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Harun menunjukkan barangan rampasan selepas menahan dua beradik yang terbabit dalam kejadian pecah rumah. LEDANG - Seorang jurutera yang bekerja di Dubai rugi lebih RM25,000 selepas kediamannya di Kampung Teluk Kemang, Sungai Mati dekat sini dipecah masuk, 2 April lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, ketika kejadian pada jam 8.55 pagi itu, hanya isteri mangsa berusia 28 bersama ibu, 70an dan anak mereka berusia satu tahun berada di rumah, namun mereka tidak dicederakan kerana mengikut arahan suspek.
Ekoran kejadian itu pihak polis melancarkan gerakan memburu sehingga berjaya menahan dua lelaki di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi selepas mengekori kenderaan dinaiki suspek, Sabtu lalu.
"Mereka adalah pasangan adik-beradik berumur 31 dan 42 tahun. Hasil pemeriksaan menemui semula barang-barang yang disamun di rumah berkenaan termasuk alat-alat untuk pecah rumah.
"Kita turut temui semula dua bentuk cincin emas, dua utas gelang emas, seutas rantai emas, wang tunai, telefon bimbit berjenama, empat utas jam tangan berjenama dan komputer riba," katanya pada sidang akhbar di IPD Ledang, di sini, semalam.
Beliau berkata, beberapa peralatan untuk pecah rumah antaranya parang, pemutar skru, pisau, gunting rumput yang sudah diubah suai, pahat, beberapa pasang topeng dan ragum juga ditemui.
Katanya, suspek yang berumur 31 baru dibebaskan dari penjara bulan lalu atas kesalahan pecah rumah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
"Ujian ke atas suspek juga mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu dan direman sehingga Jumaat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
"Orang awam diminta menyalurkan maklumat jika terserempak individu atau kumpulan yang mencurigakan di kawasan masing-masing bagi mengelak kejadian rompak ini berulang," katanya.
Sinar/- |
37 maut gempa bumi di Iran Posted: 10 Apr 2013 11:11 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Puluhan rumah dan harta musnah akibat daripada gegaran kuat di Bushehr. Mangsa gempa menanti bantuan sebelum mendapat pusat pemindahan sementara di Bushehr, Teheran. TEHERAN - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda bandar pelabuhan Bushehr yang menempatkan satu-satunya loji nuklear Iran menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan lebih 800 cedera, semalam. Menurut pegawai, gempa pada pukul 4.22 petang waktu tempatan dan berlaku pada 12 kilometer di bawah bumi itu turut memusnahkan hampir keseluruhan perkampungan terdekat namun tidak menjejaskan loji nuklear tersebut.
"Kebanyakan kediaman yang diperbuat dari bahan binaan lumpur retak teruk," katanya yang dipetik daripada laporan Al-Jazeera Sementara itu, Ahli Parlimen Bushehr, Abdulkarin Jomeiri berkata, jarak antara pusat gempa dan loji jana kuasa nuklear Bushehr kira-kira 80km dan tidak berlaku kerosakan teruk. "Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada loji nuklear ataupun reaktornya. Semua petugas loji berkenaan dibenarkan bekerja seperti biasa dan jumlah sebaran radiasi amat kecil," katanya. Sebelum ini, Iran pernah dikejutkan dengan gempa bumi terburuk berukuran 6.2 pada skala Richter di Tabriz menyebabkan lebih 300 orang terbunuh dan mencederakan 3,000 yang lain pada Ogos tahun lalu. Pada Disember 2003, satu lagi gempa kuasa berlaku di barat bandar Bam dan mengorbankan 31,000 penduduk selain memusnahkan beberapa kota purba yang diperbuat daripada lumpur.
metro/- |
200 koleksi cukup berharga Posted: 10 Apr 2013 11:06 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Teruja melihat pelbagai jenis dan reka bentuk barang kemas yang dipamerkan membuatkan penulis dan rakan media terlupa berada di Galeri A yang tidak membenarkan sesiapa pun mengambil gambar.
Kilauan batu permata, berlian, jed dan delima diikat dengan ketulenan emas sehingga barang kemas yang berusia ratusan tahun itu tampak berseri.
Namun, untuk tujuan promosi, kami dibenarkan mengambil gambar barangan pameran itu. Lantas, kami menggunakan kamera apa saja termasuk telefon bimbit untuk merakam gambar barangan kemas itu.
Itulah gelagat rakan media saat berkunjung ke Straits Chinese Jewellery Museum yang terletak di 108, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street), Melaka baru-baru ini. REKAAN unik dan tersendiri. Melangkah masuk ke bangunan berusia lebih 100 tahun itu, perabot kayu dengan ukiran unik menyambut kedatangan kami.
Biarpun baru saja di situ, ia sudah menyerlahkan keunikan kaum Baba dan Nyo-nya yang memperkenalkan perabot unik, porselin dan pinggan mangkuk yang hanya boleh ditemui di Melaka.
Dengan pemakaian kebaya disertai 'brooch' pelbagai bentuk dan barangan kemas yang diperbuat daripada emas atau perak oleh Nyonya menyerlahkan lagi keunikan kaum Baba dan Nyonya.
Sememangnya, barang kemas sesuatu yang penting di kalangan peranakan Baba dan Nyonya kerana ia berkait rapat dengan budaya dan sejarah.
Reka bentuk dan motif yang diketengahkan di dalam penghasilan barang kemas yang biasanya dihasilkan khusus dan tunggal menjadikan ia sebagai cukup berharga dan eksklusif.
Hobi mengumpul bara-ngan antik dan berketurunan Baba generasi ke-5 itu menjadi titik tolak kepada pengasasnya, Peter Wee iaitu Presiden Peranakan Singapore membuka Straits Chinese Jewellery Museum.
Dibuka pada November 2012, ia menghimpunkan lebih 200 koleksi barangan kemas, perabot dan pakaian yang membuatkan sesiapa saja kagum.
Bangunan rumah lama dua tingkat berusia lebih 120 tahun itu dibahagikan kepada beberapa bahagian yang paling utama ialah Galeri A, B dan C.
Galeri A boleh dikatakan lokasi yang menempatkan harta karun yang mana menempatkan semua perhiasan perkahwinan, perhiasan harian serta barangan seharian Baba Nyonya termasuk pakaian, kasut dan sebagainya.
Berada di Galeri A itu memperlihatkan pelbagai jenis reka bentuk barangan kemas yang di gunakan satu ketika dulu oleh kaum Baba Nyonya terutama ketika majlis perkahwinan.
Lebih menarik, semua barang kemas yang dipamerkan di galeri itu adalah emas tulen yang dikumpul dari Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Selain barang kemas, perabot kayu berusia 120 tahun yang dibawa daripada tanah besar China antara yang menjadi perhatian.
Pakaian serta beberapa gambar yang digantung di dinding juga memberikan gambaran kehidupan dan budaya Baba Nyonya sejak dulu lagi.
Melangkah ke Galeri B pula, pengunjung dapat melihat penghasilan barangan kemas dari jongkong emas hingga menjadi perhiasan lengkap.
Di galeri ini juga menceritakan pertukangan emas dan barangan kelengkapan kematian Baba Nyonya.
Di Galeri C ialah kamar tidur peranakan yang lengkap dengan almari pakaian, katil, cermin dan sebagainya.
Sesuatu yang cukup eks-klusif di ruangan itu adalah semua yang dipamerkan termasuk katil lama itu adalah milik Josephine Tan Pin Neo, ibu kepada pengasasnya.
Sebelum turun ke tingkat bawah, kami sempat melihat ruang makan peranakan yang asal meja bulat serta kerusi lama.
Lengkap menjelajah di tiga ruang pameran utama di muzium itu bukan penanda kunjungan ke situ sudah ber-akhir kerana masih banyak barangan antik dan unik dipamerkan termasuk perigi yang dikatakan sudah mencecah usia 200 tahun.
Menariknya, ia masih mempunyai air dan dihuni oleh ikan-ikan kecil didalamnya.
Rumah yang memanjang ke belakang itu turut memperlihatkan keadaan rumah asal peranakan yang dileng-kapi pelbagai perhiasan dan perabot berukiran unik.
Bingkai gambar yang menghiasi dinding polos rumah lama itu dan pasu serta barang perhiasan lain membuatkan anda bagaikan berada di rumah peranakan Baba Nyonya yang asal.
Menambahkan keunikan dan tarikan Straits Chinese Jewellery Museum, ia turut dibuka pada waktu malam bagi memberi kelainan kepada pengunjung.
Dengan menggunakan pencahayaan yang canggih, kilauan barang kemas yang dipamerkan akan memberikan pengalaman unik dan lain daripada lain.
'Night Muzeum' yang baru diperkenalkan ini bagaimanapun beroperasi dari jam 8 hingga 10 malam setiap Jumaat dan Sabtu saja.
Waktu beroperasi biasa pula ialah setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Setiap pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM15, RM10 untuk pelajar dan percuma untuk kanak-kanak dari enam tahun ke bawah.
Mahukan sesuatu yang berlainan? Majlis sambutan hari lahir, acara makan tengah hari, makan malam, perkahwinan, seminar dan apa juga acara boleh dilakukan di Straits Chinese Jewellery Museum ini.- gambar diambil menggunakan Kamera Samsung Galaxy.
metro/- |
Maut ketika pasang bendera Posted: 10 Apr 2013 11:04 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Lokasi kejadian mangsa jatuh dari pokok rambutan, di jalan Kampung Sawah Pekan Nenas, tengah hari kelmarin. Gambar kecil: Abdul Jalil. PEKAN NENAS - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok rambutan di Jalan Sawah Pekan Nenas di sini, kelmarin, ketika memasang bendera parti sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Mangsa, Abd Jalil Buyamin, 58, dijumpai seorang pelajar sekolah menengah yang secara kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke sekolah berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari.
Isteri mangsa, Khatijah Md Dom, 51, reda dengan pemergian suaminya itu dan menganggap ia takdir.
Dia menerima berita kematian suaminya itu ketika sedang menyapu di hadapan rumahnya.
"Seorang lelaki memberitahu Pak Jalil (suaminya) sudah meninggal dunia jatuh dari pokok, saya rasa seperti hendak pengsan ketika itu.
"Tidak lama selepas itu, ahli keluarga saya datang beritahu perkara yang sama dan membawa saya ke tempat kejadian.
"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa lagi, darah banyak keluar dari belakang kepalanya, saya terus memeluk dan mencium dahinya," katanya kepada Sinar Harian, di kediamannya semalam.
Khatijah berkata, arwah seorang bapa yang periang, peramah dan suka menolong orang selain aktif dalam politik serta gemar memasang bendera parti sejak dari dahulu lagi.
Menurutnya, arwah aktif memasang bendera terutama ketika menjelang pilihan raya sama seperti yang lepas.
"Sejak muda lagi dia aktif bersama Umno dan gemar melakukan aktiviti parti biarpun sudah tidak memegang sebarang jawatan lagi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa mungkinan memanjat pokok rambutan itu untuk membersihkan ranting pokok bagi memasang bendera parti.
"Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan dan menyifatkan kes sebagai mati mengejut," katanya.
Sinar/- |
Tangki najis meletup Posted: 10 Apr 2013 10:59 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Alor Gajah: "Mak... tolong, muka Wan panas," rintih Zakuan Syahmi Zaili, 10, yang melecur teruk di muka dan sebahagian badan selepas terkena letupan 'bom karbaid' daripada tangki najis di tepi rumahnya di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan menggelupur kesakitan di atas tanah berikutan kecederaan parah di muka dan badan.
Kejadian berlaku ketika murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Laksamana itu bersama ibunya, Surani Jayali, 48, membersihkan tangki najis di tepi rumah mereka.
Surani yang turut cedera di muka berkata, sebelum kejadian mereka dua beranak bercadang menghapuskan jentik-jentik yang membiak dalam tangki najis berkenaan dengan meletakkan beberapa ketulan karbaid ke dalamnya.
SURANI yang turut cedera di muka melihat kecederaan dialami Zakuan yang melecur keseluruhan wajah dan sebahagian badan. "Anak saya mengadu ada banyak nyamuk di sekitar rumah, jadi kami cuba membakar tempat pembiakan jentik-jentik di dalam tangki najis itu.
metro/-
|
ISLAM MEMBAWA RAHMAT SEJAGAT Posted: 10 Apr 2013 10:38 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا،مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ. أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan taqwa. Saya menyeru kepada diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Firman Allah Taala di dalam surah al-'Araf ayat 96 :- وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ Maksudnya: " Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahaka.".
Menurut Ibn Kathir di dalam kitab Tafsir al-Quran al-'Azim, ayat di atas menjelaskan ءَامَنُوا۟ dengan maksud beriman hati-hati mereka dengan apa yang diturunkan oleh rasul ke atas mereka, mereka membenarkannya dan mengikut setiap suruhannya. Adapun وَٱتَّقَوْا۟ memberi maksud bertaqwa dengan melakukan amalan ketaatan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.
Secara keseluruhan ayat ini menjelaskan bahawa suatu golongan penduduk sesebuah negeri yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberi rezeki yang melimpah-limpah berbentuk air hujan dari langit dan tumbuh-tumbuhan dari bumi kepada mereka. Tetapi jika mereka mendustai rasul-rasul mereka maka mereka akan diazab dengan kemusnahan dan kehancuran atas apa yang mereka usahakan daripada perkara-perkara dosa dan yang diharamkan ke atas mereka. Termasuk perkara dosa adalah melakukan kezaliman, penindasan, mengambil hak orang lain dan sebagainya. Sesungguhnya, agama Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan kebahagiaan kepada umat manusia. Kebahagiaan yang sering dirasai oleh umat Islam sebenarnya turut dirasai oleh umat lain yang berada di sekeliling kita. Marilah sama-sama kita hayati sirah Rasulullah SAW yang melayani keburukan akhlak pengemis berbangsa Yahudi yang buta dengan akhlak yang cukup mulia yang tidak dapat diikuti oleh sahabat baginda Abu Bakar as-Siddiq setelah kewafatan Rasulullah SAW.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, Di hujung pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia orang gila, dia pembohong, dia tukang sihir, apabila kamu mendekatinya, maka kamu akan dipengaruhinya." Namun, setiap pagi Rasulullah mendatanginya dengan membawa makanan tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan dia tidak mengetahui orang yang menyuapnya makanan adalah Rasulullah. Rasulullah melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat. Setelah baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu. Suatu hari, sahabat terdekat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq datang berkunjung ke rumah anaknya Aisyah yang juga merupakan isteri baginda. Dia bertanya kepada anaknya itu, "Wahai anakku, apakah kebiasaan yang dilakukan oleh kekasihku Rasulullah yang belum pernah aku kerjakan?" Aisyah menjawab, Wahai ayah, engkau seorang ahli sunah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja iaitu setiap pagi Rasulullah akan pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana". Keesokkan harinya, Abu Bakar pergi ke pasar membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar menghampiri pengemis tersebut lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika beliau mula menyuapnya, si pengemis itu marah dan mengherdik Abu Bakar, "Siapakah kamu?" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa." Pengemis berkata, "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkanku, tetapi makanan tersebut dihaluskan terlebih dahulu. Setelah itu, dia berikannya kepadaku". Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu, aku adalah salah seorang sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada, dia adalah Muhammad Rasulullah SAW." Ketika itu juga, pengemis itu menangis mendengar penjelasan Abu Bakar dan berkata : "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya, mengfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku walaupun sedikit pun, dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia." Akhirnya pengemis Yahudi buta itu mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar as-Siddiq pada masa itu juga, sejak dari hari itu, dia menjadi seorang Muslim.
Sidang Jumaah yang dikasihi sekalian, Kisah yang dipaparkan di atas, menunjukkan kepada kita kebaikan agama Islam yang ditonjolkan dengan membalas keburukan dengan kebaikan dan kelebihan berdiam diri. Rasulullah telah bertindak membalas keburukan pengemis Yahudi dengan memberi layanan yang baik dengan memberi makan kepada pengemis tersebut setiap hari sehinggalah baginda wafat. Inilah kebaikan yang ada pada agama Islam, bukan sekadar kepada umatnya sahaja, tetapi kebaikan Islam turut dirasai kepada umat yang lain. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita renungi Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu :- إنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوْا القِتْلَةَ وَإذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَ
Allah mewajibkan perlakuan yang baik dalam semua perkara, apabila melakukan (hukum) bunuh lakukanlah dengan cara yang baik dan apabila melakukan penyembelihan lakukanlah dengan cara yang baik
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل : إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣﴾
Maksudnya: "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai kota Makkah. Dan engkau melihat manusia memasuki agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah keampunan kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat " (Surah al-Nasr ayat 1-3)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Semua makhluk akan merasai kebaikan dan rahmat Islam apabila mereka menghayati dan mengamalkan agama Islam sebagaimana ia diturunkan tanpa sebarang pindaan atau pilihan. Apabila kita sebagai umat Islam mengamal apa yang ditetapkan oleh Islam, orang bukan Islam akan terpesona dengan keindahan yang ada pada agama Islam dan umatnya. Antara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam kehidupannya adalah membalas penghinaan dan kutukan yang dilemparkan kepada baginda daripada pengemis Yahudi yang buta dengan memberi makan kepadanya setiap hari. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ،وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak |
Harakahdaily diserang: PAS minta bertembung secara adil Posted: 10 Apr 2013 10:13 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sejak Parlimen dibubarkan 3 April lalu, sudah empat hari Harakahdaily di serang oleh DDOS. Ia bermula pada hari pembubaran DUN lagi sehingga ke hari ini. Semalam dan pagi ini Harakahdaily di serang lagi. "Saya memohon kepada pihak lawan kita supaya bertindaklah secara yang wajar dan tidak memusnahkan media musuh. "Marilah kita bertanding secara adil. Apa yang hendak ditakutkan mereka sehingga menyerang media kami sedangkan mereka mempunyai berpuluh-puluh media," kata Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaafar (gambar) dalam kenyataannya. Pihak IT Harakahdaily sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ekoran serangan yang bertalu-talu ini. Beberapa versi telah cuba diwujudkan bagi membolehkan pembaca sentiasa mendapat maklumat terkini. Selain Harakahdaily, pembaca boleh ke versi mobile iaitu m.harakahdaily.net. Jika laman ini menjadi berat, pembaca akan diarahkan terus keversi ringan (lite version) Harakahdaily. Jika tidak boleh juga, pembaca boleh terus ke laman Facabook Harakahdaily di https://www.facebook.com/harakahdaily
|
Ketiadaan Pak lah buka lalu di Kepala Batas Posted: 10 Apr 2013 09:27 PM PDT 30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
PULAU PINANG: Ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam arena politik tanahair khususnya di Parlimen Kepala Batas memberi laluan baik untuk PAS memenangi kerusi yang selama ini terlalu sukar ekoran pengaruh datuknya Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. Demikian kata, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Saudara Hafiz Kassim mengulas pengistiharaan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden bertanding di Kepala Batas semalam. Ujarnya, kali ini Ustaz Afnan Hamimi (gambar) dijangka akan berhadapan dengan calon pilihan Pak Lah iaitu Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican ataupun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Helmi Rashid "Sesiapa pun calon yang diletakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kita terus berhadapan. Kali ini kami yakin boleh kalahkan calon BN. Apa yang wajar buat sekarang ialah turun padang bertemu rakyat, " terangnya. Pada Pilihanraya Umum ke 12 lepas walaupun tewas calon PAS, Ustaz Subri Mohd Arshad berjaya memberikan tamparan hebat apabila mengurangkan majoriti Pak Lah sehingga hampir sepuluh ribu undi. Menurut sumber, masyarakat Tionghua tidak menyukai Reezal kerana isu tertentu sebaliknya mereka lebih senang dengan Helmi Rashid kerana beliau lebih berpengalaman dalam politik dan pentadbiran. Tambahan lagi kem Umno Kepala Batas menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu setelah Pak Lah membuat pendirian tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sekian lama. Menurut Hafiz lagi, 'mood rakyat' kini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat maka sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang dengan tarikh pembubaran Dun.
harakahdaily/-
|