Rabu, 11 Mei 2011

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Malaysiakini] Satu lagi demo anti-Lynas dijadual Ahad ini

Posted: 11 May 2011 06:44 AM PDT

Satu lagi demonstrasi aman bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng akan diadakan Ahad ini berikutan sambutan luar biasa yang diterima penganjurnya pada Hari Ibu yang disertai tidak kurang 1,000 orang.

Kali ini, perhimpunan berkenaan akan dianjurkan oleh DAP Kuantan pada jam 11 pagi di depan pusat perkhidmatan parti itu. Mereka menjangkakan tidak kurang 500 penduduk akan menyertainya.

"Perhimpunan kali ini adalah supaya lebih ramai penduduk Kuantan memahami bahaya yang bakal dibawa oleh kilang nadir bumi Lynas dan menuntutkan bantahan sepadu penduduk Kuantan menentang pembinaannya,” kata ketua DAP Kuantan Cheah Kim Hung dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemimpin nasional DAP seperti ketua pemudanya, Anthony Loke dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching akan mengetuai perhimpunan itu bersama pemimpin peringkat negeri parti itu yang lain.

Bagaimanapun polis hari ini memberi amaran akan bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng itu.
(More......)

【当今大马】关丹行动党星期日和平请愿 . 促政府俯顺民意关闭稀土厂

Posted: 11 May 2011 06:36 AM PDT

For blog news written in BM, please click here.

继5月8日约千人在关丹海滩以不一样方式庆祝母亲节后,关丹行动党将于5月15日(星期日)举办一场和平请愿,希望政府聆听民意,关闭位于格宾的稀土提炼厂。

关丹国会选区联委会主席谢金宏表示,为了让更多关丹民众了解稀土厂的危险,以及显示关丹人民坚决反对稀土厂的强烈意愿,该党将在5月15日早上11点在该服务中心楼下(美昔拉路T&L小贩中心旁)举办一场大型的和平情愿。

他表示,亚沙区国会议员陆兆福、沙登区国会议员张念群、直凉区州议员梁金福、都赖区州议员钟绍安、州组织秘书李政贤等行动党领袖,当天也会与关丹民众站在一起,一起参与坚决反对稀土厂和平请愿运动,以保护人民的健康及环境。他希望关丹人民可以踊跃出席这场和平请愿运动。

批廖中莱未动用权力关厂

另外,谢金宏对卫生部长廖中莱指责反对党将利用反稀土事件,以达到政治目的的言论深表遗憾。

“连身为卫生部长的廖中莱都不敢保证稀土厂是绝对安全的计划,足以证明这项计划带来危险。作为一位内阁部长,不但没有利用本身的权力关闭稀土厂,反而将问题政治化,实在让人怀疑其为民服务的诚意,难怪连马青英迪拉马哥打区团团长徐祥强也忍不住开声炮轰。”

谢金宏重申,行动党自创党以来都秉着以民为本的方向斗争,在稀土厂事件也一样,只要稀土厂危害人民的安全,行动党一定跟人民站在一起,反对到底。

转载自《当今大马》

(More......)

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics


Comment on Pendaftaran warga emas diperhebatkan by aduntamanmedan

Posted: 11 May 2011 12:16 AM PDT

Pn Rozita,
boleh semak dalam sistem jika sudah daftar. Berikan nama penuh dan no.KP

Haniza

Comment on Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan by aduntamanmedan

Posted: 11 May 2011 12:07 AM PDT

Saudara Azrami,
Pandamaran Jaya adalah dalam DUN YB Ronnie. Sila dapatkan maklumat dan bantuan dari pusat khidmat YB Ronnie.

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by aduntamanmedan

Posted: 11 May 2011 12:05 AM PDT

Pn Norfadilah,
JKM ada sediakan bantuan untuk warga emas. Sila pergi dapatkan bantuan daripada pejabat JKM berdekatan

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by aduntamanmedan

Posted: 10 May 2011 11:56 PM PDT

saudara imran,
pijaman mikro boleh bantu mulakan perniagaan. Boleh hubungi pejabat saya jika memerlukan maklumat lanjut.

Pinjaman utk perbelanjaan anak-anak tiada. JKM ada membantu keluarga berpndapatan bawah RM800 utk pembelajaran anak sebanyak RM100 sebulan setiap orang maksima 4 anak

Haniza

Comment on Pendaftaran warga emas diperhebatkan by rozita bt mukhali

Posted: 10 May 2011 08:19 PM PDT

Bagaimana jika ingin membuat pendaftaran dan semakan bagi ke dua ibubapa saya yang berasingan tempat tingga? Bolehkah saya mendaftarkan di jabatan yang berdekatan?

Comment on Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan by Mohd Azrami Razali

Posted: 27 Apr 2011 01:37 AM PDT

Saya tinggal di Pandamaran Jaya bagaimana saya hendak memohon bantuan ini.

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by norfadilah binti bakar

Posted: 24 Apr 2011 08:53 PM PDT

Assalamualaikum…

Saya mempunyai nenek mertua berumur 78 tahun yang telah terlantar sakit akibat masalah tulang belakang..
akan tetapi beliau memerlukan bantuan secepat mungkin untuk beliau mengurus diri dengan keadaannya sekarang.. meskipun beliau mempunyai anak lelaki 4 orang dan seorang anak perempuan tetapi tidak dapat menghulurkan bantuan. adapun bantuan dari anak perempuannya iaitu mertua saya yang hanya suri rumah sahaja dan suami sudah pencen dan mengharap duit dari anaknya juga. Sekiranya ada yang dapat membantu beliau harap dapat dilawati beliau di alamat no 76 kampung parit kudus, pontian johor. nama nenek mertua Mariamah binti Abd Rasyid…

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN

Posted: 11 May 2011 06:47 AM PDT

MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN



Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.

Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.

Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN 'Melayu' hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.

Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga  kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.

Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.

Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.

Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!

Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.

Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?

Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci? Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan, juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim. Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan dilakukan di Teluk Intan. Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM selepas mendapat laporan yang 'accurate' bagi perbelanjaan yang LUAR BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim. Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang sangat luar biasa.

Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan?SUMBER: PERAKTODAY.COM

NAJIB TENTUKAN AGENDA MINGGUAN UTUSAN MELOYA

Posted: 11 May 2011 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.(HARAKAHDAILY)

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Temuramah dengan Harakah

Posted: 11 May 2011 02:57 AM PDT

POLITIK Malaysia mutakhir ini semakin menyakitkan, jijik dan cukup terdesak. Rakyat semakin tidak keruan dengan paparan media setiap hari mempersembahkan laporan yang cukup mengaibkan dam tidak berintegriti. Isu fitnah video seks kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadikan ‘alat’ untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan memalukan keluarga Anwar. Bagaimana keluarganya terutama anak menghadapinya, butirannya dicungkil oleh Wakil HARAKAH, WAN NORDIN WAN ZAHARI dan jurufoto WAN ZAHARI WAN SALLEH ketika menemui puteri sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden KeADILan di rumahnya, di Bukit Segambut Kuala Lumpur 5 Mei lalu.

HARAKAH: Serangan peribadi bertubi-tubi dihadapkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kali ini dengan isu video seks, apakah sebabnya Umno-BN dan pihak tertentu menyerang Anwar?

NURUL IZZAH ANWAR: Saya rasa, melihat kepada senario politik tanah air kalau dahulu kita boleh agak daripada segi kesimpulan mana-mana pilihan raya berakhir. Namun pasca pilihan raya umum 2008, segala-galanya berubah, jumlah kerusi pembangkang semakin banyak BN tak boleh lagi yakin dengan kebolehan pimpinan dan parti itu khususnya Umno untuk terus memerintah dengan majoriti yang tidak besar. Justeru saya fikir cara yang mereka gunakan yang mereka tahu, dengan menggunakan budaya fitnah jijik menyerang peribadi Anwar, sebab saya fikir selaku Ketua Pembangkang, personaliti Anwar amat penting dalam memperkukuhkan gagasan besar Pakatan Rakyat.

Jadi terus terang dikatakan kali pertama saya sebut serangan ini adalah untuk memecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat bukannya sangat untuk memberi impak kepada rakyat, kerana rakyat dari segala keputusan polling’ (undian) yang dibuat fokus group, rakyat tidak percaya dan cara lebih dahsyat ini tak mampu beli pemikiran rakyat. Bayangkanlah bagaimana besar perancangan mereka ini dengan didukung penuh oleh agensi kerajaan, media-media arus perdana dan pihak polis yang semua ke arah membantu memperkuatkan dakwaan, tetapi gagal beri kesan menyeluruh kepada rakyat.

Apakah tujuan mereka lakukan serangan ini?

Tumpuan serangan ini saya rasa adalah untuk menggoncang kesepakatan dalam Pakatan Rakyat, dan sengaja mahu menimbulkan tanda tanya kepada Pakatan Rakyat dan bukan itu sahaja saya dengar mereka cuba dakwa kononnya dalam keluarga kami juga ada perpecahan dan sebagainya. Alhamdulillah kita dapat membaca lebih pantas dan mungkin kita boleh terus meneliti dan mematikan dakwaan tersebut secepat mungkin. Saya lihat ada perkiraannya, sebab jangan lupa kalau dahulu, personaliti yang terbabit dalam video seks kali ini dengan dalam kes video seks tahun 1999 sebelum pilihan raya umum adalah sama. Sebab itu saya nampak keberanian bekas Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Kuala lumpur, Dato’ Mat Zin Ibrahim yang menggesa agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat Peguam Negara. Saya lihat bagi pihak yang mendedahkan ini mereka buat sahaja, tetapi sampai sekarang ini sama ada betul atau tidak ia tidak penting bagi mereka, yang penting mereka mahu mencemarkan nama, kali ini personaliti yang sama ada dalam kes kedua.

Saudari ada sebutkan sasarannya adalah perpaduan dalam Pakatan Rakyat, ada kesankah?

Alhamdulillah kita dah dapat kesan daripada awal, cara-caranya, modus operandinya, dan cubaannya, dan kaedah yang mereka lakukan ini mereka hancar VCD kepada ahli Parlimen, ibu saya juga menerima sesalinan, cara cabaran mereka mahu anak-anak dan Azizah sendiri tengok VCD ini, mereka serang melalui twitter, dan pelbagai lagi dengan hasrat untuk menggoyahkan kepercayaan dan keyakinan kepada Anwar. Jadi daripada awal lagi kita dapat dah tangkap permainan mereka ini, dan dengan dukungan pimpinan Pakatan Rakyat, NGO Islam dan sebagainya. Saya fikir itulah yang membantu, dan tambahan pula orang yang buat jahat ini, akan wujudnya kebenaran, bila adik-adik temani ayah sepanjang masa, siapa yang kenal Anwar ini mereka akan tahu bagaimana Anwar ini, perwatakan, penjagaan diri dan sebagainya, semua ini bantu kukuhkan kes persepsi kita bahawa kes ini adalah rekayasa.

Serangan ini cukup mengaibkan, bagaimana ia dihadapi keluarga?

Kita yakin satu konteks kerajaan sedia ada ini sanggup menggunakan video seks untuk mengaburi mata masyarakat, politik lucah ini kita nampak kerangka besar dan gambaran dan mudah kita lihat bagaimana mereka cuba buat demikian. Isu keduanya bagaimana kita rasionalkan, bagaimana jelaskan kepada rakyat, Umno-BN ini mahu serang peribadi Anwar selaku Ketua Pembangkang untuk menghilangkan kekuatan rakyat di Parlimen dimana jika ada pembangkang yang kuat, kerajaan sukar untuk melakukan sesuka hati meluluskan apa sahaja peruntukan ataupun akta. Jika tiada pembangkang yang kuat, maka kerajaan akan buat apa sahaja dasar yang tidak menguntungkan rakyat. Isunya sekarang ini ialah kerajaan berhutang besar dan kita gandingkan dia isu ini, jika tiada sahaja pembangkang, maka kerajaan akan kenakan pelbagai dasar termasuk cukai GST dan Undang-undang Perbadanan Kampung Baru akan diluluskan begitu sahaja, mereka lemahkan ketua pembangkang dan lemahkan gagasan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk akhirnya BN boleh luluskan apa sahaja peruntukan di Parlimen untuk kepentingan mereka sahaja. Pada saya ia menghancurkan masa depan Malaysia, itu rasionalisasi yang membantu. Jadi kami sekeluarga berfikiran begitu, dan kita merasakan kita tidak keseorangan ramai yang membantu dan menyokong kita, bersimpati dan bersama melawan politik jahat ini.

Mengapa agaknya saudari sertai politik? Apakah kerana mahu membela nasib ayah atau apa sebenarnya?

Terus terang saya katakan saya sertai politik ini saya ada rasa gusar dan tahu risikonya tinggi, kita bersama bukan semasa menang sahaja, sejak dahulu lagi, tetapi saya berlajar banyak daripada pimpinan PAS dan DAP, liku-liku perjuangan dan sebab musabab mengapa pembangkang itu gerakannya amat relevan demi membina masa depan Malaysia yang baik.

Saya masuk politik untuk berjuang agar politik durjana seperti hari ini tidak lagi berterusan, secara peribadi saya amat kecewa, walaupun kita tak pernah berharap apa-apa dari Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi selaku Perdana Menteri, saya terkilan Najib boleh membiarkan perkara ini (politik lucah) berterusan dan beliau mempertahankan Dato’ T bebas untuk buat apa sahaja dan menggunakan institusi kerajaan termasuk PDRM untuk membuktikan kononnya Anwar bersalah. Pada saya ia membuktikan kenapa kita perlu terus berjuang.

Hanya saya sedih bila adik-adik kita tak boleh kekang, mereka boleh lihat di mana-mana sahaja di kaca televisyen, media arus perdana dan akhbar walaupun orang kata 1998 membantu pengalaman kami, bayangkan kali ini ia juga diluar jangkaan minda tentang isu video seks, gambaran dan poster merata-rata dimana sahaja, maka tentunya ada rasa agak tertekan kadang kala.

Tetapi bila kita rasionalkan, dan melihat gambaran yang jauh lebih besar, maka kita dapat selesaikan. Cuba bayangkan perjuangan ini jauh besar konteksnya. Saya ada mendengar ucapan bekas Presiden Abim, Dr Siddiq Fadil tentang bagaimana kisah Nabi Yusuf a.s dan pengajaran dari kisah itulah yang memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini dan membekalkan saya semangat. Kita tak boleh merungut nak komplen kerana adalah sebabnya mengapa ujian dan musibah itu diturunkan begini, yang saya pasti untuk kita terus kuat dan kental dalam perjuangan menghadapi cabaran bersama Pakatan Rakyat.

Dengan serangan yang ada, pada pandangan saudari, apakah ia terkesan kepada rakyat?

Di kalangan masyarakat Melayu mereka meluat, kerana dikalangan orang Umno pun ada yang terfikir teruk sangat sampai melampaui had. Semua biasa berfikir bahawa sesiapa sahaja Ketua Pembangkang akan diserang, tetapi tidaklah sampai seteruk ini, tetapi dengan ISA dan dakwaan liwat kedua tak habis lagi kini video seks pula, sensasinya bukan main lagi.

Kerana itu masyarakat Melayu berperasaan bimbang, jika adapun pimpinan Umno yang tak sokong Pakatan Rakyat tetapi mereka juga fikir apa impak kepada anak-anak mereka sebab budaya kita sebelum ini tak mengizinkan fitnah sebegini rupa disebut dari mulut ke mulut dengan meluas, jadi perbualan harian, jadi mereka rasa kecewa dengan pendekatan politik yang sangat jijik ini.

Kita sebauh masyarakat yang Islam sebagai agama rasmi, tetapi media arus perdana tanpa segan silu menanyangkan dan memberi gambaran yang cukup lucah, saya faham jika Umno-BN atau pihak mana sekalipun mahu serang Anwar mahupun PAS dan DAP, seranglah. Tetapi cara mereka gunakan itu tanpa lihat sendiri tanpa lihat ianya sebenarnya meruntuhkan maruah dan kredibiliti institusi itu. Yang lebih parah pandangan bukan Islam, kita dipersendakan, dalam kes Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) tidak adalah disebutkan dan didedahkan sepenuhnya oleh media berbahasa Cina, mereka ada ruang yang jauh lebih baik diberikan, untuk nampak objektif pendirian yang harus dikesan.

Lebih menyedihkan dengan video seks terbaru ini, ada orang bukan Islam keliru dengan isu sumpah laknat, mereka anggap selesai jika buat dakwaan kepada seseorang dan sumpah sahaja selesai tanpa ada siasatan dan pendakwaan, sedangkan fitnah terus berjalan.Sedangkan pada saya mereka lupa tentang perkara asas dalam al-Quran. Saya suka mendengar penjelasan dan memuji penjelasan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan pertamanya mereka yang junjung Al-Quran itu sendiri tidak mengikut hukum hakam yang terdapat dalam kitab suci itu.

Pada saya, saya nak kita kembali kepada makna sebagai seorang muslim, rakyat perlu nilai dasar yang kita perjuangkan dan bandingkan dengan dasar yang BN laksanakan. Saya fikir kita tidak mungkin akan dapat hilangkan kesan negatif ini, kita bukan bicara soal menang kalah pilihan raya tetapi solanya keluhuran, khazanah yang kita akan tinggalkan kepada anak cucu akan datang, lanskap politik yang semakin punah.Bayangkan sejak kes liwat terus terang saya katakan dahulu orang tidak menyebut tentang homoseksual community di Malaysia, tetapi kini selepas kes itu ia menjadi semakin parah. Terus terang saya katakan kepada pemimpin Umno-BN, jika mereka mahu hapuskan musuh politik mereka, jika iapun bagaimana kesannya kepada negara? adakah ini budaya yang mereka (umno) mahu tonjolkan?

Adakah ini menunjukkan bahawa Umno sendiri cuba membentuk persepsi buruk kepada bukan Islam tentang Islam ini?

Mereka tidak lakukan ini dengan memikirkan akibatnya, mungkin setengah ada, tetapi di sinilah kita perlu pertanggungjawabkan PM untuk menghentikan politik lucah ini. Ini tanggungjawab seorang ketua negara.

Saya nak kata sesetengah pemberita dan wartawan, dahulu hangat perkatakan dakwaan jam Omega ini (dalam kes Video Seks), mula-mula kata hadiah Arab Saudi, dan kemudian kata dari Taiwan, saya tahu sesetengah pemberita mereka buat berita untuk cari makan sahaja, yang menentukan dasarnya pihak atasan.

Mereka laksanakan kerja, tetapi takkanlah tak boleh memikirkan rasional, sedangkan Dato’ Shazryl Eskay Abdullah pun mulanya kata jam itu dipakai dalam video, dan kini kata pula sekarang ini tak ada buat dakwaan sedemikian.

Sedangkan sebelum ini kita diserang macam-macam fitnahnya, saya dan ibu serta ayah diserang kononnya kami menyembunyikan kebenaran.

Pada saya kita cuba bersabar, ada satu ketika Anwar marah ketika ditanya oleh wartawan, dia geram sangat, individu mana bila kita dihadapkan begitu, memang sekali sekala kita kena tunjukkan marah.Politik ada hadnya, ada serangan biasa kita kadang-kadang, kita perlu juga beri mesej ini perlu dihentikan ini tahap melampau.

Eskay ada buat ugutan terbaru mahu dedahkan lagi konspirasi, bagaimana saudari melihat perkara ini?

Saya fikir konspirasi yang mereka rancang ini dengan rapi dengan siri demi siri. maksudnya bukan akan berakhir begitu. Yang penting kesepakatan kita. Yang penting kita munajat dan berdoa kepada Allah, moga Allah memberikan kekuatan berdepan dengan serangan yang menggila lagi teruk dari yang ada hari ini. Maka saya tak akan terkejut tentang jika kononnya wanita yang dalam video itu akan ke depan, dan apa sahaja isu lagi tentang Anwar yang boleh direkayasa. Bagi saya apabila dia dah mula perancangan jahat apa sahaja mereka boleh lakukan, kita siap siaga, kita tahu bukti utama.

Malangnya kita berada dalam negara yang rejimnya semua institusinya dikawal kerajaan. Tugas persembahkan penjelasan pihak kita ini amat rumit, macam HARAKAH alhamdulillah ada ruangan sebegini, saya tahu dukungan dan sokongan Dato’ Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), saya mahu pastikan semua rakyat dapat akses kepada penjelasan ini.

Apakah isu ini mampu hilangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Anwar?

Itupun tujuan mereka, tetapi ada juga ada kesan kepada Umno, isu sebenarnya ialah jawatan Ketua Pembangkang, yang disandang Anwar yang dilihat mampu menghubungkan antara parti dalam Pakatan Rakyat. Tetapi kerana itulah mereka serang habis-habisan, kita kena yakinkan rakyat dengan hal ini. Kita jangan lupa kita hampir dengan peluang berjaya, kerana itu mereka terdesak. Kita lihat rekod Najib menerajui kerajaan, bercakap tentang transformasinya macam-macam ETP dan sebagainya, tetapi kesannya tiada kepada rakyat, rakyat di bawah sana terus merintih dengan pelbagai beban kenaikan harga barangan dan sebagainya. Tiada apa yang berubah, kerajaan Umno-BN boros dan projek mega yang mirip dengan era Tun Dr Mahathir Mohamad. Isunya mereka hanya menyelamatkan syarikat kroni. Tetapi apa yang saya lihat Pakatan Rakyat mampu menampilkan kita ini semua mampu untuk menjadi jauh lebih baik daripada BN. Kita boleh bayangkan bagaimana kesepaduan dalam Pakatan Rakyat. Kita lalui evolusi yang kukuh dalam Pakatan Rakyat, pada awalnya kita memerlukan masa yang sesuai.

Bagaimana saudari melihat masa depan Pakatan Rakyat?

Saya rasa KeADILan masih lagi memainkan peranan penting dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana dalam kerusi yang kita menang ialah kubu kuat BN. Kita kena sedia tempuhi PRU-13 akan datang dengan calon yang jauh lebih baik, berkredibiliti dan mampu mendepani masalah masyarakat yang diwakili. Ini penting untuk menunjukkan imej bahawa Pakatan Rakyat mampu menggantikan kerajaan yang ada hari ini dengan jauh lebih baik dan sangat pro kepada rakyat. Saya lihat dekat perkembangan di Sarawak, kita kena lakukan usaha yang lebih untuk meyakinakan masyarakat Melayu-Melanau. Jika berjaya gambaran ini boleh dibawa ke Semenanjung, jangan lupa apapun sekarang ini Umno akan tumpu pertarungan memenangi hati Melayu. Saya terkejut dengan kata Dato’ Mukriz Mahathir bahawa mereka nak tubuhkan sistem Biasiswa Umno dan Kolej Universiti Umno. Mereka ini akan terus dengan perkauman dan di kala ini penting untuk Pakatan Rakyat tonjolkan kekuatan PAS, DAP dan KeADILan yang mewakili segmen masing-masing.

Kejayaan kita bertitik tolak daripada kekuatan kerjasama kita, dan kekuatan masing-masing.Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat lepas, banyak cadangan bernas oleh pimpinan PAS termasuk seminar Pakatan Rakyat, kita terus terima. Yang penting bagaimana mahu dimaklumkan kepada umum bahawa banyak idea PAS dalam Pakatan Rakyat ini cukup bernas dan baik. Ada satu jurang antara persepsi dan realiti, ini perlu dikhabarkan sebaik mungkin. Kita kena kukuhkan komunikasi sebaik mungkin.

Novela Gadis Berambut Merah

Posted: 11 May 2011 02:39 AM PDT

Adegan-adegan terkini memaparkan ancaman agama Kristian yang berkemungkinan menawan Malaysia mengingatkan saya kepada kisah tragis Sierva Maria karya Gabriel Garcia Marquez, penulis tersohor dari Colombia.

Protes kumpulan yang tiba-tiba tumbuh bagai cendawan, demi 'membela' bangsa Melayu-Islam diperkasakan dengan dukungan pasif PDRM yang pro-demonstrasi (ada kalanya mereka anti-demokrasi, bergantung keadaan dan anjuran) adalah antara adegan-adegan utama yang bertaut kepada kisah novela Marquez tersebut.

Tidak mengapalah jika protes yang dianjur kumpulan Pembela dua hari lepas menjadikan rujukan utama sebuah laporan blogger – memuatkan gambar samar-samar tanpa bukti-bukti lain menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion?.

Cetusan sebegini untuk memuaskan politik sempit pihak berkepentingan sewajarnya dihentikan. Pihak polis perlu menangani segera dan bukan menjadi 'talian hayat' untuk memenangi undi bagi parti politik tertentu dengan penggunaan politik perkauman sebegini. Tidak mengapa juga jikalau Unashamedly Ethical Conference (UEC) pihak penganjur yang didakwa mahu menggantikan Islam dengan Kristian sebagai agama rasmi di Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini.

Adegan-adegan seperti inilah yang seolah-olah dicedok daripada babak-babak novela Gabriel Garcia Marquez berjudul Of Love and Other Demons.

Novela tersebut menceritakan kisah tragis Sierva Maria, gadis belasan tahun, yang disalah sangka pihak gereja pada waktu itu sebagai ahli sihir kerana perawakannya berlainan dengan mana-mana anak-anak berkulit putih pada zamannya.

Ayah dan ibu Sierva, yang tidak mengendahkan nasib gadis tersebut sejurus lahir, langsung menyerahkannya kepada jagaan orang gaji berkulit hitam; di mana Sierva dibiarkan tidur beramai-ramai bersama 'hamba-hamba abdi' tersebut, bekerja di dapur dan di ladang bersama mereka, dan jarang-jarang sekali bertemu ayah atau ibu.

Ada masa ayahnya, Marquis berasa bersalah dan cuba untuk memperbaiki hubungan dengan anak tunggalnya; pada saat Sierva disyaki menghidap penyakit rabies kerana digigit anjing gila. Malangnya, tekanan pihak gereja yang dari awal mengesyaki Sierva mungkin dirasuk melihatkan perilaku yang begitu aneh menyebabkan Marquis, bertindak menghantar Sierva ke konven Santa Clara di mana gadis malang itu akhirnya bernafas buat kali terakhir setelah berkali-kali dipaksa menjalani exorcism gara-gara dirasuk.

Walau ada cubaan beberapa paderi untuk menyelamatkan Sierva namun usaha mereka untuk mengembalikan rasionaliti dan pimpinan tertinggi pihak gereja, gagal kerana beliau enggan meneliti latar belakang Sierva hasil produk ibu bapa yang lalai menjaga anak.

Adakah kita bakal mengulangi nasib dihadapi oleh mereka yang berhadapan dengan sentimen dan tekanan pelampau seperti pihak gereja yang akhirnya mengakhiri jiwa gadis malang tersebut?

Perlu kita gusarkan ialah Laporan Bank Dunia yang menyatakan terdapat sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara. Tentu sekali angka ini jauh lebih tinggi daripada apa kita pernah diberitahu iaitu antara 300,000 sehingga 500,000 sahaja. Apa yang lebih membimbangkan kita adalah 43 peratus enggan kembali ke negara ini selagi polisi ekonomi bersifat perkauman kekal diamalkan.

Kegagalan kerajaan dalam menarik pelaburan asing di dalam negara, bahkan perbezaan gaji dan faedah yang tinggi antara bekerja di luar negara dan di negara ini mungkin suatu tarikan rakyat keluar dan bekerja di sana.

Cukuplah pengakhiran novela yang tragis apabila melihat kehilangan jiwa Sierva Maria. Kita punyai tanggungjawab besar untuk menggunakan rasional akal, minda yang terbuka, mencontohi cara Rasulullah SAW mengendali hubungan antara kaum Ansar dan Muhajirin sewaktu Hijrah ke Yathrib (Madinah) dahulu.

Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk taaruf atau suai kenal bukan untuk memporak-perandakan satu sama lain. Rasulullah SAW mengikat tali yang erat antara sesama Islam dan memberikan kebebasan kepada penganut agama lain untuk hidup secara bebas di Madinah. Cara ikutan ini patut diteladani oleh mereka yang bergelar pemimpin bukannya untuk mengembangkan politik murahan dan menyalakan api perkauman.

Jikalau kita biarkan tragedi Sierva Maria berulang nescaya gelaplah masa depan rakyat. Kita tidak harus membiarkan sekelompok kecil golongan taasub, prejudis dan berpandangan sempit mengarah masa depan serta corak pemikiran dan pandangan kita.

(Nota: Rencana ini diterbit buat kali pertama di Sinar Harian, 10 Mei 2011)

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


JEMPUTAN KE PROGRAM FORUM PERDANA DAN KARNIVAL IBU BAPA

Posted: 11 May 2011 05:03 AM PDT


DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Lawatan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Ke Kedah

Posted: 11 May 2011 06:23 AM PDT

Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong



http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1020.jpgALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini.

Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah.

Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1014.jpgPada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai.

Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_0962.jpg



Pada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang.-

Permintaan rumah semakin tinggi

Posted: 10 May 2011 08:15 PM PDT

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
Selasa, 10 Mei 2011 11:13 - Terakhir Dikemaskini Selasa, 10 Mei 2011 11:39



ALOR SETAR, 9 Mei – Keperluan rumah ketika ini adalah sebanyak 117,000 unit rumah
sepertimana yang diperlukan oleh Jawatankuasa Perancang Bandar bagi memenuhi
permintaan rakyat di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar
Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi, kawasan Daerah Kuala Muda
dan Kulim terdapat bekalan perumahan yang berlebihan berbanding lain-lain daerah di negeri
ini.


"Apa yang kita dapati, kadar perumahan belum memenuhi permintaan dan lebih 80 peratus
rumah dibina oleh pemaju swasta dan 20 peratus lagi dibina oleh agensi kerajaan," ujarnya.


Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Pameran dan Pemasaran Hartanah dan
Menandatangani MoU di antara Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) bersama Pemaju Hartanah
dan Perumahan Malaysia (REHDA) di Perkarangan Utama Wisma Perbadanan KemajuanNegeri Kedah (PKNK), di sini.


"Ini tidak dikira pada tahun 2010 di mana hampir 60 peratus penduduk tinggal di taman-taman
yang tersusun bukan di kampung-kampung tradisi atau astet-astet," katanya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu,
keperluan rumah cukup meningkat dan secara purata 100,000 unit rumah perlu dibina bagi
memenuhi permintaan rakyat di negeri ini.


"Ini merupakan satu pertumbuhan ekonomi di negeri ini dan Kerajaan Negeri akan
mempercepatkan permohonan kepada pemaju-pemaju bagi melaksanakan projek perumahan
dan Rancangan Tempatan turut diluluskan mengikut zon-zon komersial," jelasnya.


Bagi memenuhi keperluan rakyat, ujarnya, daerah-daerah lain juga turut dibangunkan dengan
projek perumahan dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.


"Dengan adanya pusat pameran dan pemasaran hartanah, ia mampu memberi ruang kepada
pemaju-pemaju untuk mempromosikan projek perumahan yang terkini kepada rakyat," katanya.


Sementara itu, Ketua Eksekutif PKNK, Dato' Haji Abdul Rahmah Ibrahim dalam ucapannya
menjelaskan, semenjak diperbadanankan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen No.5/1965 Kerajaan Negeri Kedah, PKNK melalui anak-anak syarikat miliknya telah banyak terlibat dalam
projek-projek pembangunan seperti pembangunan hartanah, pembangunan komersial dan
industri, pelancongan, sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan pengeluaran, sektor
pembinaan dan kuari.


"Selaras dengan matlamat kprporat PKNK untuk meningkatkan prestasi Kumpulan, PKNK telah
menceburkan diri dalam bidang penjualan dan pemasaran hartanah melalui anak syarikat milik
penuh PKNK iaitu Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) dengan modal berbayar sebanyak
RM250,000," ujarnya.


Beliau berkata, PKNK juga turut dilantik sebagai agensi peneraju perumahan di negeri ini bagi
melaksanakan projek-projek perumahan dengan penuh tanggungjawab untuk kemudahan
rakyat di negeri ini.


"Kita turut mewujudkan pusat pameran dan pemasaran hartanah bagi memberi peluang kepada
rakyat untuk memiliki rumah," tambahnya.


dipetik dari Warta  Darul Aman

.

.


Relaks Kejap - Jangan Tension - Di Bawah Lautan Dalam

Posted: 10 May 2011 04:17 PM PDT































Nuffnang