Rabu, 11 Mei 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sultan tukar Daulat Tuanku ke Allahu Akbar, rakyat dapat pahala

Posted: 10 May 2011 06:11 PM PDT



Sultan Yang Prihatin
Mstar , Isnin Mei 9, 2011
Oleh ROZAID A. RAHMAN & SYED AZHAR

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

Wawancara penuh pada pautan berikut http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509122729&sec=mstar_mingguan

ALLAHU AKBAR

PKR Jelajah N.Sembilan 13 ke 28 Mei 2011 GOGAR

Posted: 10 May 2011 06:52 AM PDT



CERAMAH PERDANA
13 Mei 2011/Jumaat
9.00 malam
Kg Lambar Batu 11, Labu, Seremban.
Penceramah utama: YB Dato' Johari Abdul, YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Hotline:013-239 2456 (Zulrisyah)

AMK BERSAMA ANAK MUDA
15 Mei 2011/Ahad
8.30 malam
Dataran PR Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah.
Penceramah utama: Shamsul Iskandar Akin, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunos
Hotline: 019-266 1213 (Fendi), 013-239 2456 (Zulrisyah)

CERAMAH UMUM "MENGOMBAK KEMENANGAN TELOK KEMANG"
22 Mei 2011/Ahad
Kg Telok Pelandok, Pasir Panjang (DUN Linggi)
8.30 malam
Penceramah utama:
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang)
YB Rodziah Ismail (Exco Selangor/Adun Batu Tiga)
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang)
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Hotline: 017-240 6627 (Zulkifly)

NURUL IZZAH BERSAMA WANITA KEADILAN KUALA PILAH
27 Mei 2011 /Jumaat
Dioh, Kuala Pilah
8.30 malam

PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DI DUN AMPANGAN
28 Mei 2011/Sabtu
5.00 petang
Pejabat ADUN Ampangan, Jalan Seremban-Kuala Pilah,
Jemputan utama:
YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)
YB Zuraidah (Ketua Wanita Pusat)
YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR Negeri Sembilan)
YB Rashid Latiff (Adun Ampangan)

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/05/program-terkini.html

Tiada ulasan:

Nuffnang