Anwar Ibrahim |
- Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata
- Ex Senior Police Officer Mat Zain: ‘Datuk T’ Defiled Mosque With Bulletproof Vests
- Najib Kena Kreatif, Jangan Kikis Wang Rakyat
Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata Posted: 11 May 2011 01:03 AM PDT Dari Keadilan Daily Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, agenda Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Hata berkata, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin, lapor sebuah portal berita, Free Malaysia Today. Selain Najib, hadir dalam mesyuarat itu adalah timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein, Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu katanya, akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. "Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," kata Hata. Hata dalam temubual itu berkata jumlah jualan akhbar itu merosot secara konsisten dan mengalami kerugian sehingga RM20 juta sejak 2009. Angka dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar itu pula merosot sebanyak 20 peratus di antara Jun 2006 dan Jun 2010. Manakala 50 peratus daripada jualan Utusan pula, kata Hata, dibiayai kerajaan. "36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan berbelanja RM50 juta setahun untuk iklan. Inilah sahaja keuntungan Utusan kerana kebanyakan organisasi enggan beriklan dengan mereka," katanya. Setakat Jun 2010, Utusan Malaysia mencatat purata jualan 170,558 naskhah berdasarkan laporan ABC. Daripada angka itu, di antara 70,000 dan 80,000 naskhah diedar kepada vendor akhbar setiap hari, tetapi menurut Hata hampir separuh dipulangkan semula pada hujung hari. Jumlah naskhah tidak terjual yang paling tinggi adalah di Kuala Lumpur. Hata yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dipecat Utusan Melayu berhad 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata mmeburukkan imej majikannya itu, menerusi beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial utusan. Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar. Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu. |
Ex Senior Police Officer Mat Zain: ‘Datuk T’ Defiled Mosque With Bulletproof Vests Posted: 10 May 2011 10:07 PM PDT The "Datuk T" trio who attended a sumpah laknat ceremony by one their own had defiled the mosque where it was held by entering in bulletproof vests, claims retired senior cop Datuk Mat Zain Ibrahim. "It was as if they would be hurt or shot in a mosque. In fact, they should know that even the Malay Rulers do not wear bulletproof vests when they enter any mosque in the country. "This act has defiled the holiness of the mosque and insulted Islam," he said in a letter sent to editors today. He said the trio — businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim — had run afoul of Section 295 of the Penal Code. "As with the offence of screening the obscene video under Section 292, this is also an open-and-shut case. In my opinion, they have no defence," Mat Zain wrote. A sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim was first screened to journalists by a mysterious "Datuk T" at the Carcosa Seri Negara hotel on March 21, but has now leaked onto the Internet. The trio later claimed joint-responsibility for the video, before Shazryl took the oath on April 29 on behalf of the group that the opposition leader was the man in the video. Shazryl had invited Anwar to join him during the oath-taking but the latter ignored the challenge. Section 295 states that "whoever defiles any place of worship, with the knowledge that any class of persons is likely to consider such defilement as an insult to their religion" will be jailed for up to two years and/or fined. Mat Zain, who headed the 1998 police probe into Anwar's black-eye case, claimed that Shazryl's actions conveyed the message that he felt more at ease and safer in a brothel than in a mosque. "He didn't need to wear a bulletproof vest then," he said of Shazryl's own admittance that he was the third person who was seen in the 21-minute sex video. "Instead, at the mosque, he not only needed a bulletproof vest but a few armed bodyguards as well," he said. Mat Zain called on the government to take action over the trio or lose any justification for taking action against others who might defile or insult Islam. "In this situation, the prime minister has no choice but to act according to the rule of law. But it us up to him whether to protect Eskay, Rahim and Shuib from the law or protect and defend Islam itself," he said. |
Najib Kena Kreatif, Jangan Kikis Wang Rakyat Posted: 10 May 2011 10:04 PM PDT Dari Harakah Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membohongi rakyat apabila menyatakan negara sedang mengorak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MEB) bagi merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan inklusif. "Rakyat tetap berpendapatan rendah, yang berpendapatan tinggi cuma beberapa kerat elit Umno, kewangan rakyat makin tertekan bukan sahaja selepas kenaikan harga minyak bahkan terkini harga gula pula dinaikkan," katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, rakyat Malaysia terus mengalami kesempitan berbelanja dengan pelbagai kenaikan harga barang dan lebih malang lagi Najib sebagai Menteri Kewangan tidak kreatif dan lemah untuk mencari alternatif perolehan wang negara. Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri menasihati Najib sekiranya mahu menjadikan negara sebagai wilayah berkedudukan lebih kukuh dan pesaing yang kompetitif di dunia, jangan selalu mengaut wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Menurutnya, usaha menarik subsidi adalah usaha kerajaan mengurangkan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat. "Janganlah sampai wang rakyat dari lapisan bawahan pun mahu dikikis, jadilah orang yang kreatif dan bukannya pengikis wang rakyat. "Apalah salahnya salurkan keuntungan Petronas kepada rakyat Malaysia setelah perusahaan minyak negara mendapat untung berlipat ganda apabila harga minyak pasaran dunia meningkat," jelasnya lagi. Katanya, Pakatan Rakyat telah menawarkan pelan untuk kesenangan rakyat untuk 100 hari pertama dan seterusnya seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bahawa rakyat akan mendapat pelbagai keuntungan apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti. "BN bukan berhasrat menyenangkan rakyat tetapi menyusahkan cara hidup rakyat, kerana itu rakyat perlulah memberi harapan kepada PR demi untuk pembangunan dan pengagihan kekayaan negara Malaysia secara menyeluruh," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan