Isnin, 15 Oktober 2012

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Kaum Cina Juga Sambut Perayaan Luar Musim - Pesta Tanglung

Posted: 15 Oct 2012 04:06 PM PDT

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


Pakatan Is Ready To Rule

Posted: 21 Sep 2012 06:25 AM PDT


Pakatan says ready to rule Malaysia
By Mohd Farhan Darwis September 19, 2012

KUALA LUMPUR, Sept 19 ― Pakatan Rakyat (PR) leaders are convinced of their fitness to govern the country if Barisan Nasional (BN) loses hold of Putrajaya in the coming polls, pointing to their achievements in the four states they currently lead.

The three-party pact of DAP, PKR and PAS now administer the states of Selangor, Penang, Kedah and Kelantan, following their historic electoral performance in Election 2008 when they denied BN its customary two-thirds parliamentary majority.

DAP publicity secretary Tony Pua noted that in 2008, PR had not expected to make the gains it did, much less being voted into four state administrations.

"But we succeeded," he said. "Now, we are really ready and that is proof that we are ready to rule."

Today, the Petaling Jaya Utara MP added that it PR will be judged based on its policies and not just the personalities behind them.

"The policies are more important... it does not matter who becomes a minister, it is the policy (that matters)," he said.

"It doesn't matter who is elected (from PR), we are definitely much better (than BN)."

[...]

Like Pua, PAS vice-president Salahuddin Ayub also disagreed with the observers and recounted PR's achievements in the states it governs as an example of the pact's ability.

He said PR's track record was strong enough to dispel doubts over the abilities of its leaders, even if they have never governed the entire country.

"I feel what is more important is our integrity and our track record... these are the most valuable assets that the PR governments have shown they possess.

"We have produced many qualified leaders who can be trusted... no misappropriation or abuse like leaders from BN," said the Kubang Kerian MP, adding that he was proud of PR's mentri besars and chief minister.

"For three consecutive years, the Auditor-General's Report has proven that we have governed well," he said.

Agreeing with her colleagues, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said that not only did PR's track record prove its competence, the pact's joint manifesto has also bound all three parties together and shown that they are a united front.

"World history and democracies have shown that it is the wants and choices of the people that will decide who should be given the mandate to rule.

"If the people's aspirations are not fulfilled, the people will be the judge and select a replacement... on national level, almost all policies and issues of PR have been used by BN," she said.

The BN coalition has been the only federal government since the country was formed, having previously ruled as the Alliance Party.

For the full story on The Malaysian Insider, click here.

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Majlis Pesta TangLung, Kg Baru Bangi

Posted: 15 Oct 2012 04:52 PM PDT

Menghadir Majlis Pesta TangLung yang dianjur oleh JKKK Kampung Baru Bangi bersama ADUN Bangi, YB Dr. Shafie pada hari 14hb Oktober 2012. 







(More......)

Pesta TangLung di Balairaya Taman Zamrud

Posted: 14 Oct 2012 06:53 PM PDT

Mengadakan Pesta TangLung di Balairaya Taman Zamrud bersama YB Dr. Shafie dan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Zamrud pada hari 13hb Oktober 2012.









(More......)

Teh Tarik Bersama Sungai Ramal Bikerz

Posted: 14 Oct 2012 06:43 PM PDT

Menghadiri Teh Tarik Bersama Sungai Ramal Bikerz pada hari 13hb Oktober 2012 di Dataran Masjid Sungai Ramal Luar.









(More......)

Program Ziarah di Sg Ramal Luar

Posted: 14 Oct 2012 06:36 PM PDT

Pada hari 13hb Oktober 2012 telah menghadiri Program Ziarah di Sg Ramal Luar. 









(More......)

Melawat Mangsa Kebakaran Pangsapuri Senja, Bukit Mewah

Posted: 14 Oct 2012 06:09 PM PDT

Pada hari 13hb Oktober 2012, pihak kami bersama ADUN Bangi, YB Dr. Shafie telah melawat mangsa kebakaran Pangsapuri Senja, Fasa 7, Bukit Mewah Kajang. Di samping itu, pihak kami juga memberi RM200 kepada mangsa, YB Dr. Shafie juga memberi sumbangan RM300 kepada mangsa kebakaran tersebut.









(More......)

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus

Posted: 15 Oct 2012 03:15 AM PDT

SHAH ALAM 15 OKT : Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.

Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.


Sumber: Selangorku

Laporan Audit 2011: Kewangan Selangor Sekali Lagi Perolehi Penarafan Baik

Posted: 15 Oct 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 15 OKT: Kedudukan kewangan Kerajaan Selangor diklasfikasikan sebagai "baik" oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM 357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2010.

Kerajaan Negara berjaya meningkatkan simpanan walaupun terus melaksanakan pelbagai program meringankan beban rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air pecuma 20 metre padu dan Jom Shopping.

Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 62.50 juta dari RM 1.571 bilion pada 2010 kepada RM 1.634 bilion pada 2011.

Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah RM 180.50 juta berbanding surplus RM 124.24 juta pada tahun 2010.

Demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

"Prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2011 meningkat daripada tahun 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan," menurut laporan tahunan itu.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Peruntuk RM5 Juta Untuk Kerja Mitigasi Banjir di Klang

Posted: 15 Oct 2012 02:45 AM PDT

SHAH ALAM, 15 OKT : Sejumlah RM 5 juta telah diperuntukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk kerja mitigasi banjir yang bakal terjadi disebabkan fenomena 'Astronomical Tide' yang dijangka bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan longkang, penyelenggaran kunci air dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan.

"Kita juga meminta semua rakyat yang tinggal di kawasan rezab sungai untuk membuat persediaan secukupnya sebelum menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku dalam masa terdekat."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.

Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena 'Astronomical Tide' yang dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak.

Fenomena itu dijangka akan menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan Klang.

Sumber: Selangorku

Talam: Kalau Penakut, Jangan Marah Orang Berani!

Posted: 15 Oct 2012 02:00 AM PDT

Rasanya sudah lama tidak mendengar YB Chua Tee Yong 'berkokok' (maaf) tentang isu Talam. Tahu-tahu sahaja pada minggu lepas,  pemilik rumah PKNS telah berdemonstrasi untuk menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor (KNS)  'mengambil alih hutang perumahan mereka'. Menurut mereka, kalau KNS boleh 'mengambil alih hutang Talam', mengapa KNS tidak boleh ambil alih hutang mereka?

Tatkala mendengar hujah semudah itu, tahulah kita bahawa mungkin YB Chua dan pimpinan BN lainnya telah insert maklumat yang mengelirukan kepada pemilik-pemilik rumah ini. Namun sebenarnya bukanlah susah untuk YB Chua 'kelentong' pemilik-pemilik rumah ini. Kerana penstrukturan semula hutang Talam merupakan kaedah yang agak kompeks.

Bahkan ianya satu kaedah baru yang diperkenalkan oleh KNS untuk 'memaksa' pihak yang berhutang untuk membayar balik hutang, tanpa melaksanakn pendekatan bailout yang sering diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Justeru, sememangnya mudah untuk pemilik-pemilik perumahan ini di'kelentong' oleh YB Chua dan konco-konconya.


Sebelum merenung lebih lanjut berhubung isu ini, eloklah kiranya kita memahami dengan lebih mudah berhubung isu Talam ini di pautan pada laman web www.keadilanselangor.net seperti berikut:-

9 Oktober 2012: Pemilik rumah PKNS sekali lagi berdemonstrasi bagi menuntut Kerajaan Negeri Selangor (KNS) mengambil alih hutang perumahan mereka. Asas tuntutan ini adalah tindakan KNS menstruktur semula hutang Talam Corporation.

Hakikatnya, mereka di perdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberikan maklumat yang palsu dan mengelirukan! Pihak yang tidak bertanggungjawab ini mendakwa KNS mengkhianati wang rakyat Selangor dengan mengambil alih hutang Talam.

Namun kenyataannya, tindakan KNS telah menyelesaikan kemelut hutang tersebut serta berjaya mengutip keseluruhan hutang tersebut yang bernilai RM392 juta dan secara langsung dapat memanfaatkan wang itu melalui Geran Selangorku kepada seluruh rakyat Selangor.

Masalah ini berpunca kerana umum tidak memahami isu sebenar Talam, oleh itu penulis akan menjelaskan isu Talam ini dengan penjelasan yang paling mudah agar seluruh rakyat Selangor memahami dengan tepat serta dapat memberikan penerangan kepada mereka yang masih keliru dan menganggap KNS bersalah.

Hakikatnya, semua pihak perlu berterima kasih kepada MB Tan Sri Khalid kerana berjaya menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh 3 MB di bawah pemerintahan rejim UMNO-BN

Memahami Kes Talam

Kes Talam memang nampaknya mengelirukan. Walaubagaimanapun, dengan sedikit sebanyak kesabaran dan huraian yang jelas, kes ini sebenarnya  mudah difahami.

Artikel ini akan membincangkan asal-usul kes ini, bagaimana Selangor berjaya mengutip semula hutang Talam serta bagaimana kes ini berbeza dengan kes-kes 'bailout' yang dilihat pada peringkat persekutuan.

Latar belakang

Cerita ini bermula dalam tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan, dengan seorang jurutera bernama Chan Ah Chye yang bekerja di syarikat milik kerajaan Selangor, PKNS. Chan mengasaskan Talam Corporation, dan mungkin hasil hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Menteri Besar waktu itu
Muhammad Muhammad Taib , berjaya menjadi antara pemaju-pemaju utama di Selangor.

Banyak tanah di Selangor diperuntukkan ke Talam secara percuma! Tanah ini dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman besar yang membiayai projek-projek Talam.

Pembaca boleh teka sendiri siapa yang dapat berkongsi untung dari projek-projek ini.

Tauke-tauke zaman itu sentiasa berpendirian bahawa berniaga dengan wang yang dipinjamkan adalah lebih baik daripada menggunakan wang sendiri. Oleh itu, pinjaman-pinjaman Talam dari bank terus meningkat.

Krisis ekonomi, projek terbengkalai!

Akhirnya, krisis ekonomi sekitar tahun 1997 melanda Talam. Akibat tidak berupaya untuk membayar balik pinjaman-pinjaman besar, kedudukan kewangan Talam semakin merosot dan projek-projek semakin terbengkalai.

Malangnya, Talam dan sekutu-sekutu politiknya gagal insaf atau bertaubat. Pada 2001, di bawah Menteri Besar BN Khir Toyo, tiga bidang tanah diperuntukkan kepada anak syarikat Talam Maxisegar Sdn Bhd sebagai pembiayaan pembinaan kampus induk UNISEL dengan kos pembinaan RM 750 juta!

Projek ini akhirnya turut terbengkalai dan pada September 2006, Talam diklasifikasikan sebagai "Affected Company" menurut amalan Practice Note 17 (PN 17) akibat kedudukan kewangannya yang parah.

Reformasi di Selangor

Pada 2008, apabila Khalid Ibrahim menyandang jawatan Menteri Besar, beliau mewarisi masalah ini di mana Talam berhutang besar kepada kerajaan negeri serta anak-anak syarikatnya.

Ada cerita bahawa apabila Talam diminta menjelaskan kenapa mereka tidak pernah memulakan proses membayar balik hutang, jawapan malu-malu mereka adalah: "Tiada sesiapa yang pernah minta."

Untungnya untuk rakyat Selangor, wujudnya Menteri Besar yang baru. Khalid Ibrahimbukan setakan berpengalaman kuat tetapi memang pakar dalam bidang kewangan korporat. Beliau memulakan usaha dengan segera untuk menyelesaikan masalah ini dan mengutip balik hutang Talam kepada
rakyat Selangor.

Rancangan yang akhirnya dipilih berasaskan prinsip yang mudah: menggunakan aset-aset Talam yang masih ada untuk menjelaskan hutang tersebut.

Meneliti pengstrukturan semula


Proses kutipan hutang memang rumit dari segi teknikal.

Rumusannya: Pertama, hutang Talam disahkan dan direkod dalam akaun (sesuatu yang tidak dibuat sebelum 2008). Selepas disahkan semua pihak, hutang ini dipindahkan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) yang akhirnya bertanggungjawab mengutip hutang dalam bentuk tanah dan wang tunai.

Bahagian seterusnya menjelaskan proses secara terperinci.

Walaupun rumit dan mungkin membosankan, proses disenaraikan untuk sesiapa yang ingin tahu dan untuk menegakkan nilai-nilai ketelusan.

1.    Talam berhutang RM 392 juta kepada tiga anak syarikat Selangor: KHSB, PIYSB, dan  PNSB.
2.    Setelah hutang ini dipersetujui, disahkan dan direkodkan, satu lagi anak syarikat Selangor,Selangor Industrial Corporation (SIC), membeli hutang tersebut daripada tiga syarikat itu. 
3.    SIC mengambil pinjaman RM 392 juta dari CIMB untuk membeli hutang tersebut.
4.    Pada November 2009, Exco Negeri serta Dewan Negeri meluluskan geran RM 392 juta kepada MBI yang menggunakan dana tersebut untuk membeli dan mengambilalih hutang -hutang dari SIC.
5.    SIC kemudiannya mengguna dana tersebut untuk membayar balik pinjaman
daripada CIMB.

Proses rumit, objektif mudah - tanpa sebarang perbelanjaan tinggi, Talam kini berhutang jumlah yang sama kepada satu sahaja anak syarikat Selangor, bukan lagi tiga yang asal.

Hutang dijelaskan sepenuhnya

Kita harus memerhatikan bahawa tidak wujud pada bila-bila masa atau mana-mana peringkat transaksi sebarang pemindahan dana kerajaan kepada Talam. Pemindahan dana hanya berlaku dari satu saku kerajaan negeri kepada saku yang lain.

Ini adalah perbezaan yang amat ketara berbanding syarikat-syarikat seperti Indah Water Konsortium, MAS, atau Putra/Star LRT, di mana duit rakyat dimasukkan terus ke dalam syarikat-syarikat yang kelihatan hilang beratusan juta ringgit melalui penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketirisan.

Pengstrukturan semula hutang Talam berjaya mengesahkan hutang Talam dan membuka jalan untuk Talam membayar balik hutang tersebut ke satu sahaja anak syarikat negeri.

Ceritanya masih belum habis.

Satu lagi pencapaian yang amat penting adalah bahawa MBI telah pun berjaya kutip semula jumlah sepenuhnya hutang Talam, iaitu RM 392 juta.

Kepada sesiapa yang ingin tahu, kutipan ini wujud dalam 2 bentuk:

1. RM 340.88 juta dikutip dalam bentuk tanah dan aset:
•    1,322.44 ekar tanah di Bukit Beruntung                     (RM 150.28 juta)
•    2,263.53 ekar tanah di Bestari Jaya                           (RM 105.30 juta)
•    400 ekar tanah di Ulu Yam & 60% saham di  Ulu Yam Golf & Country  Resort      (RM 22.20 juta)
•    134.2 ekar tanah di Danau Putra                               (RM 52.10 juta)
•    5-unit pejabat di Menara Pandan                               (RM 11.10 juta)

2. RM 51.12 juta pula dikutip dalam bentuk tunai:

•    Jualan 2 ekar tanah di Puncak Jalil                              (RM 12 juta)
•    Penyerahan tunai dari EON                                         (RM 5 juta)
•    Baki bayaran kerjatanah (earthwork) dari UNISEL          (RM 7.68 juta)
•    Jualan 25.94 ekar tanah Bkt Beruntung kpd. PKNS         (RM 9.04 juta)
•    Jualan 218 ekar tanah Bestari Jaya                              (RM 17.4 juta)
Fakta jadi bukti

Apakah yang kita boleh rumuskan?

Lebih satu dekad bawah BN, satu syarikat berhutang ratusan juta kepada kerajaan negeri Selangor.
Dalam setahun dua sahaja mentadbir di Selangor, Khalid berjaya kutip semula hutang ini, dan meningkatkan dana yang boleh dibelanja untuk membiayai program-program kebajikan di seluruh Selangor.

Skandal?

Ya, skandalnya adalah cara Talam dibiarkan sahaja dan tidak diminta pun untuk bayar balik hutang ini bawah BN, dan skandalnya adalah kita terpaksa tunggu 50 tahun sebelum mengangkat pemimpin yang berupaya mereformasikan amalan-amalan kotor ini.

Chua Tee Yong pun semakin ketandusan kredibiliti. Hari pertama kata RM 1 billion. Hari kedua RM 260 juta. Hari ketiga RM 42 juta pula.

Mungkin Chua ingat dia setaraf dengan Rafizi Ramli. Malangnya, beliau gagal faham bahawa pendedahan Rafizi ini bukan setakat adakan sidang media besar dengan melaungkan nombor-nombor. Di belakang setiap pendedahan adalah usaha berjam-jam membuat penyelidikan terperinci.

Cubalah buat kerja rumah sebelum ingin berdepan dengan tokoh korporat berintegriti seperti Menteri Besar Selangor, terutamanya jika dari pihak BN - janganlah sampai mengata dulang, paku serpih.

Setelah jelas latar belakang masalah & kaedah yang digunapakai oleh KNS ketika menuntut semula pembayaran hutang kepada Talam, maka pastinya kita akan tertanya-tanya mengapa Barisan Nasional begitu marah dengan keadaan ini.

Kalau kita lihat pada fakta diberikan, KNS secara sistematik telah berjaya 'memaksa' Talam untuk membayar hutang tersebut secara aset & tunai secara terus pada KNS. Di sinilah punca kemarahan juak-juak pimpinan Barisan Nasional. Pembayaran balik hutang secara aset & tunai itu telah dilihat seolah-olah 'merampas hak' mereka yang terlibat. Di bawah ini kita sertakan sekali lagi aset-aset & kaedah tunai yang terlibat dalam proses pembayaran semula hutang Talam kepada KNS.

1. RM 340.88 juta dikutip dalam bentuk tanah dan aset:
·  1,322.44 ekar tanah di Bukit Beruntung  (RM 150.28 juta)
·  2,263.53 ekar tanah di Bestari Jaya    (RM 105.30 juta)
·  400 ekar tanah di Ulu Yam & 60% saham di Ulu Yam Golf & Country Resort    (RM 22.20 juta)
·  134.2 ekar tanah di Danau Putra     (RM 52.10 juta)
·  5-unit pejabat di Menara Pandan       (RM 11.10 juta)

2. RM 51.12 juta pula dikutip dalam bentuk tunai:
·  Jualan 2 ekar tanah di Puncak Jalil    (RM 12 juta)
·  Penyerahan tunai dari EON     (RM 5 juta)
·  Baki bayaran kerjatanah (earthwork) dari UNISEL    (RM 7.68 juta)
·  Jualan 25.94 ekar tanah Bkt Beruntung kpd. PKNS       (RM 9.04 juta)
·  Jualan 218 ekar tanah Bestari Jaya     (RM 17.4 juta)

Jika dilihat pada aset-aset & jualan aset yang terlibat, rata-ratanya mencatatkan kepentingan kroni yang bukan sedikit. Kerana itu kita tidak pelik apabila puluhan tahun Barisan Nasional di Selangor masih gagal untuk mendesak agar Talam membayar hutang dengan kaedah ini. Jika digunapakai, pasti ada kalangan kroni-kroni, baik dalam parti, mahupun di luar parti, yang akan'mengamuk'.

Dan puluhan tahun ketakutan BN untuk mengambil kembali hak rakyat Selangor yang telah dirampas rasanya sudah terjawab. Kalangan kroni yang terlibat dengan kawasan-kawasan aset & jualan aset berkenaan mungkin boleh mengangguk bersetuju bahawa merekalah punca BN selama ini takut untuk menyentuh aset-aset Talam yang nilainya ratusan juta ini.

Dan ketika KNS berani untuk bertindak ke atas hutang Talam, wajarnya puak-puak yang penakut ini berterima kasih banyak pada KNS kerana mereka tidak 'diamuk' kerana yang bertindak ialah KNS sendiri. Bukan apa, jika mereka terus 'meroyan' & bising-bising tidak tentu hala, takut-takut nanti ada yang akan berkata, "Dah namanya BN, sudahlah penakut, jaga kroni, bila dah setel, berkokok banyak pulak!"

Sumber:HarakahDaily

MB : Kerajaan Negeri Kaji Kaedah Rawatan Air Lebih Murah

Posted: 15 Oct 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 15 OKT : Kerajaan Negeri sedang mengkaji kaedah rawatan air yang lebih berkesan dan murah supaya ia tidak perlu membina loji mega Langat 2, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, kaedah alternatif dari Kanada itu menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan pengeluaran air dari loji rawatan air yang sedia ada.

Teknologi tersebut akan membolehkan infrastruktur rawatan air di Selangor mengeluarkan air yang cukup untuk masa depan tanpa kenaikan harga kepada pengguna.

"Kos penyediaan rawatan air ini tidak melebihi RM 800 juta berbanding kos pembinaan Langat 2 yang akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion.

"Kaedah baru ini mampu menambah pengeluaran jumlah air terawat sebanyak 1 juta liter sehari iaitu jumlah sama seperti yang disasarkan melalui Langat 2," katanya.

Justeru katanya, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Pusat bagi membincangkan kaedah baru tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa teknologi itu mengambil air dari beberapa loji rawatan dan merawat mereka secara berasingan dan bukannya melakukan semua kerja-kerja dari satu loji utama, seperti Langat 2.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menganggarkan bahawa ia terpaksa menaikkan harga air sebanyak 12 peratus bagi membiayai kos pembinaan loji Langat 2.

Sumber: Selangorku

JMB Pro-BN Mangsakan Rakyat, Tak Kerjasama Tukar Meter Air Individu

Posted: 15 Oct 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 14 OKT: Terdapat segelintir Badan Pengurusan Bersama (JMB) pro-Umno-BN yang dikesan sengaja menafikan penduduk pangsapuri mereka perkhidmatan air percuma.

Tindakan yang disifatkan sebagai sabotaj ini dilakukan apabila JMB tersebut tidak menukar meter pukal pangsapuri kepada meter individu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang mendedahkan perbuatan itu berkata akhirnya penduduk pangsapuri terlibat menjadi mangsa sikap fanatik JMB tersebut.

"Memang ada kes dalam program lapor dan dapat JMB sengaja tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Negeri.

"Tak mahu melaporkan sehingga penduduk tidak dapat air percuma, ini memang terbukti ada kes.

"Saya rasa tidak patutlah kita mengambil sikap sedemikian walaupun bukan dari parti Pakatan Rakyat, tetapi kita kena pentingkan rakyat dan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri," ujar Iskandar apabila dihubungi TVSelangor.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Iskandar berkata Kerajaan Negeri kini berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membolehkan proses migrasi diadakan tanpa penglibatan JMB.

Selain itu, Iskandar berkata terdapat beberapa JMB lain pula menyatakan hasrat untuk tidak menukarkan meter pukal kepada meter individu bagi mengekalkan kuasa mereka ke atas meter air di pangsapuri mereka.

"Setakat ini yang datang jumpa saya taklah banyak, kurang daripada 10 JMB yang menyatakan hasrat secara terus terang.

"Kita dah buat mesyuarat dan Menteri Besar dah buat keputusan dua tahun lepas, migrasi ini adalah wajib, ini bermakna semua kena buat.

"Kita telah berbincang dengan Syabas masa itu dan Syabas telah adakan operasi berperingkat untuk tukarkan meter pukal kepada meter individu, ini sedang dilakukanlah dan ini bermakna mereka kena tukar juga," ujar Iskandar lagi.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Seru JMB Tidak Potong Air Penduduk Tak Bayar Penyelengaraan

Posted: 14 Oct 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 14 OKT: Tindakan sesetengah Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau syarikat pengurusan harta memotong bekalan air kediaman bagi mengutip tunggakan yuran penyelenggaraan dianggap sebagai kejam.

Sebaliknya, JMB atau syarikat pengurusan harta di pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal dinasihatkan agar mengambil tindakan lain berdasarkan peruntukan undang-undang.

Demikian menurut, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

"Sebenarnya JMB mempunyai kuasa-kuasa lain sebab sekarang ini dah ada 30 kes di mana Kerajaan Negeri membantu JMB membawa penduduk yang tak bayar yuran penyelengaraan ke mahkamah.

"Yang disaman banyak lagilah, tetapi bila dah mula bawa kes ke mahkamah, ramai (penghuni) yang bayar (yuran penyelengaraan)," kata Iskandar.

Iskandar memberitahu, tindakan mahkamah mendorong penduduk lain yang mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan membuat bayaran kerana bimbang di saman pihak JMB.

JMB atau pihak penguruan harta mempunyai kuasa untuk mengawal meter air di pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal.

Ini membolehkan JMB atau pihak pengurusan harta memotong bekalan air penduduk yang mempunyai tunggakan yuran penyelengaraan.

Sumber: Selangorku


Kelulusan Langat 2 Muhyiddin Gagal Dapat Nasihat Yang Betul

Posted: 14 Oct 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 14 OKT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat nasihat yang betul sekiranya beliau menganggap pengambilan tanah Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat akan membolehkan projek loji Langat 2 diteruskan.

Sebaliknya dalam isu tersebut, isu pengambilan tanah oleh Kerajaan Pusat bukanlah isu utama, tetapi kelulusan untuk membina sebarang struktur di dalam Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Demikian reaksi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah yang juga merupakan pengamal perundangan negara berhubung kenyataan terbaru Muhyiddin mengenai projek Langat 2.

"TPM mungkin tidak dinasihatkan dengan baik, isunya bukan pengambilan tanah, tetapi kelulusan merancang itu mesti datang dari kerajaan negeri di bawah Akta Perangcangan Bandar dan Desa di mana, mana-mana pihak tak boleh membangunkan apa-apa struktur binaan tanpa kelulusan Kerajaan Negeri," kata beliau.

Beliau juga memberitahu ketika dihubungi TV Selangor hari ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kuasa Kerajaan Negeri akan meluluskan atau menolak sebarang permohonan merancang oleh mana-mana pihak.

Sivarasa juga menyarankan agar Muhyiddin diberikan nasihat perundangan yang betul dalam menangani isu Langat 2 ini.

Sebelum ini dalam laporan beberapa media tempatan hari ini menyebut Muhyiddin berkata Kerajaan Pusat akan mendapatkan nasihat Peguam Negara sekiranya terdapat peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan.

Sumber: Selangorku

Langat 2: Imej negara buruk di peringkat antarabangsa

Posted: 14 Oct 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan atau bertentangan dengan rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.

"Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa," kata Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa.

Menurutnya, Pelabur-pelabur tidak akan berani lagi melabur di negara kita kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati.

Mereka, ujarnya akan merasakan pelaburan mereka tidak akan terjamin kerana undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka.

Juga, tambah beliau jika sebuah kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang maka ia tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat.

Beliau memberi dua kesan utama akibat dari keputusan Kerajaan Persekutuan itu.

"Pelaburan di negara kita akan menurun sama ada daripada dalam atau luar negara kerana pelabur-pelabur tidak akan lagi merasakan pelaburan mereka selamat. Peluang pekerjaan baru akan berkurangan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, ujarnya undang-undang negara tidak lagi akan dihormati kerana rakyat akan beranggapan jika kerajaan boleh membelakangkan undang-undang maka rakyat juga tidak perlu patuh kepada undang-undang, maka jenayah akan meningkat.

Beliau menambah, imej negara juga akan menjunam kerana terdapat negara-negara lain yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti di Malaysia, di antaranya adalah Australia dan Kanada.

Katanya lagi, kegagalan Kerajaan Persekutuan menghormati hubungan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Maka Kerajaan Persekutuan janganlah tergesa-gesa membuat keputusan untuk melanggar undang-undang negara. Buatlah keputusan dengan penuh kewarasan dan tidak dipacu oleh sentimen politik semata-mata," ujarnya lagi.

Menurut Adun Chempaka itu, kesannya adalah kepada seluruh negara bukan hanya kepada negeri Selangor.

Sumber: HarakahDaily

NGO Perlu Bantu Kerajaan Dalam Sektor Kesihatan

Posted: 12 Oct 2012 02:30 AM PDT

KLANG, 12 0KT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Selangor agar membantu Kerajaan Negeri meningkatkan kemudahan asas untuk rakyat seperti pengangkutan, pendidikan dan kesihatan awam.

Abdul Khalid  memuji usaha Kelab Rotary kerana mengisi kekosongan dalam sektor perkhidmatan kesihatan sekaligus dapat menampung kekurangan perkhidmatan yang ditawarkan hospital kerajaan.

Usaha ini juga katanya menyebabkan rakyat di Selangor dapat merasai kemudahan dengan harga berpatutan.

"Kerajaan Negeri amat berterima kasih terhadap usaha kebajikan Kelab Rotary yang menyediakan kemudahan untuk pesakit buah pinggang menerima rawatan dialisis dengan harga rendah.

"Kelab Rotary di seluruh Malaysia yang mempunyai jalinan antarabangsa sentiasa mencari jalan untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi kepentingan masyarakat," katanya semasa menghadiri majlis menandatangani plat Persatuan Hemodialisis di sini, pagi tadi.

Beliau juga mengingatkan Kerajaan Pusat agar mengambil inisiatif dengan meningkatkan penyediaan pusat kesihatan baik di Malaysia mahupun di Selangor.

Dalam majlis itu, Abdul Khalid turut melawat pesakit buah pinggang yang sedang mendapatkan rawatan dialisis selain menyerahkan sumbangan kepada mereka.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Pusat Dialisis Rotary Klang merupakan pusat rawatan dialisis yang ditubuhkan hasil usaha Kelab Rotary Klang bagi memastikan pesakit buah pinggang mudah mendapat rawatan dengan bayaran rendah.

Pusat rawatan ini mengenakan bayaran RM110 bagi satu rawatan berbeza dengan bayaran di pusat rawatan lain yang mengenakan bayaran RM150 ke RM250.

Sumber: Selangorku

Air Percuma Selangor, Sudahkah Anda Nikmati?

Posted: 12 Oct 2012 02:00 AM PDT

Lebih 5 juta rakyat selangor menikmati air percume selangor setiap bulan.

"Hak air adalah hak rakyat, kerajaan negeri akan berusaha mempertahankan hak asasi ini daripada menjadi bahan keuntungan kroni" Menteri Besar Selangor, Tan Seri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Jika anda menghadapi masalah untuk menerima aor percuma, sila hubungi 1800-88-28-24

Sumber://www.selangorku.com

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno memperbodoh bangsa sendiri

Posted: 14 Oct 2012 11:34 PM PDT

Umno yang semakin dibenci penyokong sendiri selepas terperangkap dalam isu suaram dan soros yang menjadi bombering dan memakan diri sendiri kini pasti terkulai layu selepas pru akan datang.

Terbaru Dr Mujahid pula membongkar kebiadapan pimpinan Umno dengan membodoh-bodoh bangsa sendiri yang kononnya DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian.

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itumenafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Lawatan YB ke rumah mangsa angin puting beliung

Posted: 15 Oct 2012 09:30 AM PDT

 Ayer Hitam - 14 Okt 2012


YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad, ADUN Ayer Hitam telah melakukan lawatan segera ke rumah mangsa tiupan angin puting beliung pagi kelmarin di sekitar Kg Pida 4 dan Pida 5 Matang Gelok, Mukim Jeram. Kehadiran YB ADUN Ayer Hitam diiringi Sdr Wan Yusof B Wan Jusoh selaku Pegawai Khas dan 2 orang MKK iaitu Hj Che Kar B Che Said dan Rosli B Osman. 

Mengikut Encik Hashim B Morad (gambar kiri), kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang secara tiba-tiba tanpa ada angin ataupun hujan. Ketika  kejadian, beliau sedang berehat di dapor bersama anak dan isteri. Beliau bersyukur kepada Allah kerana tiada sebarang kecederaan yang menimpa keluarganya.Dalam kunjungan ke rumah beliau, YB telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebagai tanda ingat di atas musibah yang menimpa.


Beginilah keadaan bumbung rumah Ahmad B Idris yang diterbangkan angin puting beliung. Ketika kejadian beliau tiada di rumah. Beliau bergegas pulang apabila dimaklumkan oleh isterinya atas musibah yang menimpa rumahnya. Beliau juga bersyukur kepada Allah kerana ahli keluarganya dalam keadaan selamat.      
YB turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada suami Puan Jamaliah Bt Aziz ketika menziarahinya. Beliau menceritakan detik kejadian angin puting beliung yang berlaku cukup pantas. Kesannya atap anjung rumahnya diterbangkan ke jalan manakala atap dapor diterbangkan bersebelahan rumah ibunya. Dalam lawatan tersebut YB btelah meminta Pegawai JKM dan Juruteknik Pejabat Daerah Kubang Pasu serta Penghulu, Encik Azizi B Abdullah membuat bancian kerosakan yang menimpa 9 buah rumah mangsa yang terlibat.

Nuffnang