:: cina islam | 2011 :: |
- Kem Palestin diroboh
- Lubang mana lagi Umno BN gali sebelum PRU13
- BERNAMA Terus Perbodohkan Rakyat, 50K Sambut Najib! Kahkahkah!
- Dibelasah ulat tiket
- Jangan jual undi hanya kerana 7 janji Najib
- Nik Aziz: Melayu pecah bukan kerana Pas
- Ambiga: SPR tak boleh tunggu hingga RCI tamat
- Cikgu goncang seluruh badan
- Pemantau Kelantan serah resolusi kepada polis
- 7 projek BN umpama rasuah, kata Nik Aziz
- Nama Islam Pada Parti: PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap BERNAMA & Rahim Tamby Chik
- ‘Dia ugut, saya tendang
- Hentikan proses pembodohan di IPTA!
- Hanya tembaga
- Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan
- FGVH catat nilai terendah RM4.36, peneroka rugi besar
- 1,062 hektar sawah di Kedah, Perlis diancam bena perang
- Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak
- Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hasan Ali
- Sekat masuk Felda: Anak fail saman pemula
- Akhbar Pemfitnah, Utusan Tetap Binasa Akhirnya
- Gadis 24 tahun bungkus dan campak bayi luar nikah
- 70 tahun solat salah kiblat
- Banjir Jakarta ragut 26 nyawa
Posted: 22 Jan 2013 12:30 AM PST TEBING BARAT - Sekumpulan askar Israel bertindak merobohkan empat khemah bantahan Palestin dan sebuah bangunan yang dalam pembinaan berdekatan kawasan perkampungan penempatan haram Yahudi, semalam. Menurut sumber ketenteraan, tentera rejim Zionis turut memusnahkan bangunan dekat Beit Iksa, pinggir bandar barat laut Baitulmaqdis selepas mengusir lebih 20 penduduk tempatan. "Tentera rejim telah menghantar surat mengarahkan penyingkiran penceroboh yang berkhemah di kawasan itu dengan mengatakan tiga daripada khemah berkenaan berada di atas tanah Israel dan khemah keempat pula menghalang rancangan laluan pemisah," kata pegawai. Pada Jumaat lalu, sekumpulan aktivis lelaki berkumpul dan mendirikan khemah yang digelar Bab Al-Karama bertujuan membantah niat Israel yang mahu merampas sekurang-kurangnya 50 hektar tanah berdekatan kampung itu. Kem Bab Al-Karama diinspirasikan oleh penubuhan kem bantahan Palestin berasingan Bab Al-Shams mengandungi 24 buah khemah di atas tanah yang dipertikaikan di pinggir bandar Baitulmaqdis pada minggu lalu. - Al-Jazeera | ||||
Lubang mana lagi Umno BN gali sebelum PRU13 Posted: 22 Jan 2013 12:29 AM PST Semalam, saya telah meminta agar diakhiri politik penipuan dan pembohongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, yang akan diadakan paling lewat sekitar 156 hari lagi pada 27 Jun, akan tetapi dijangkakan akan berlangsung kurang daripada 70 hari. Saya merujuk kepada kalahnya lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia di dalam saman fitnah, kali ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat teguran daripada Hakim V.T. Singham yang mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua editornya Abdul Aziz Ishak bersalah merosakkan reputasi Anwar dan mendedahkan dirinya kepada cemuhan. Di dalam penghakimannya, Singham menekankan bahawa wartawan dan editor perlu berhati-hati dengan apa yang mereka tulis supaya tidak memasukkan komen yang mungkin menimbulkan keraguan kepada seseorang. Hakim berkata: "Akhbar sepatutnya tidak mempunyai kuasa yang lebih besar dalam menarik perhatian atau mengelirukan fikiran rakyat apabila dibandingkan dengan reputasi individu. "Adalah penting bagi wartawan, editor dan penerbit mengambil langkah berhati-hati sebelum sebarang artikel yang cenderung merosakkan reputasi individu diterbitkan. Rencana sebarangan yang mengandungi sindiran atau tohmahan tanpa pengesahan hendaklah dielakkan." Akan tetapi nasihat hakim tidak mempunyai sebarang kesan kepada media perdana UMNO/BN dan begitu juga permintaan saya agar diakhiri segala politik penipuan dan pembohongan , terutamanya media perdana UMNO/Barisan Nasional sepatutnya memelihara peraturan dan etika kewartawanan dan berhenti menjadi "Akhbar Tipu". Ini ditunjukkan oleh satu lagi penipuan dan pembohongan melampau media perdana UMNO/BN hari ini – kali ini New Straits Times dan laporan palsunya bertajuk "Wife of ailing MP angry at DAP" (ms. 6) yang tidak lain hanyalah penipuan tanpa secubit pun kebenaran. Memetik daripada satu lagi portal berita yang jahat, NST mendakwa Irene Chang, isteri kepada Ahli Parlimen DAP Sibu dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, "dikatakan mengkritik parti kerana gagal memberikan bantuan kewangan kepada suaminya, yang menghidap tumor otak" malahan memetiknya sebagai berkata "kepimpinan parti tidak berhati perut" dan memarahi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Menerbitkan penipuan dan pembohongan telah pun melanggar kebanyakan etika dan peraturan asas kewartawannan, akan tetapi untuk mereka-reka penipuan dan pembohongan bagi memperoleh keuntungan politik dan tidak mempedulikan kesengsaraan yang mereka wujudkan kepada individu yang telah pun berada dalam keadaan tertekan seperti mana yang dilakukan NST kepada Wong Ho Leng dan Irene Chang adalah perbuatan yang durjana dan hina, hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan atau bukan manusia saja mampu membenarkan tindakan sedemikian. Apa yang menjadikan tindakan NST tidak dapat dimaafkan adalah Irene Chang telah meletakkan penjelasan berikut di Facebooknya semalam: "Saya telah dimaklumkan mengenai rencana tertentu yang diposkan secara atas talian yang melaporkan saya merungut terhadap kempimpinan parti kami. "Saya benar-benar marah. Tiada kebenaran di dalam artikel itu. "Saya tidak pernah diwawancara atau merungut terhadap parti kami atau sesiapa pun. Lebih penting lagi, tidak pernah saya rasa, walau sesaat bahawa saya mempunyai sebab untuk merungut berkenaan parti kami atau sesiapa khususnya. "Hakikatnya, selepas keadaan kesihatan suami saya didiagnosis, saya begitu risaukan keadaan kesihatannya berbanding merisaukan sama ada parti akan memberikan bantuan kewangan atau tidak. "Sungguhpun begitu, saya ingin jelaskan bahawa semenjak pemimpin parti kami dimaklumkan tentang keadaan suami saya, setiap seorang daripada mereka, benar-benar memberikan sokongan dan mengambil berat. "Suami saya dan saya, sebenarnya merasakan kami benar-benar bertuah mengenali mereka, yang melangkaui peranan sebagai rakan seperjuangan politik menjadi sahabat yang sangat mengambil berat. "Keluarga saya dan saya begitu amat tersentuh dengan seruan mendapat sokongan untuk suami saya oleh Setiausaha Agung, YAB Lim Guan Eng, sebuah penghargaan mengenainya telah diposkan oleh anak sulung kami, Suzanne Gail Wong, di dalam facebooknya pada 14 Januari 2013. "Oleh itu, adalah tidak adil untuk membiarkan rencana itu disebarkan supaya orang ramai menghakimi pemimpin parti kami, parti kami dan diri saya, tanpa sebarang asas langsung. Saya dengan itu mengecam sekeras-kerasnya rencana itu kerana setiap ayatnya adalah penipuan." Soalan yang saya ingin tujukan kepada pemimpin UMNO/BN hari ini ialah ke dasar tanpa etika dan lubang mana lagi yang pemimpin UMNO/BN dan media perdana mereka akan gali sebelum PRU13? | ||||
BERNAMA Terus Perbodohkan Rakyat, 50K Sambut Najib! Kahkahkah! Posted: 22 Jan 2013 12:25 AM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Hikayat membodohkan rakyat terungkap apabila kiraan kehadiran Najib oleh Bernama sekitar 50,000 orang, bandingkan bagaimana mereka berikan angka kehadairan Himpunan Kebangkitan Rakyat, 45,000 orang??? Nak suruh rakyat ikut jadi bodoh macam korang agak-agaklah weiii.... - Apek / fb Ulasan GB Tak sudah-sudah BERNAMA nak memperbodohkan rakyat sekalipun telah banyak kali "tembelang" penipuannya didedahkan. Sama saja tarafnya dengan Utuseks. BERNAMA - Agensi Berita Najib Rosmah | ||||
Posted: 22 Jan 2013 12:20 AM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan. Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai. Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka. Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan. Gambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro. Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini. METRO/- | ||||
Jangan jual undi hanya kerana 7 janji Najib Posted: 22 Jan 2013 12:15 AM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menyeru rakyat Kelantan agar tidak 'menjual' undi mereka semata-mata kerana tujuh janji yang dikemukakan Perdana Menteri kelmarin. Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan berkata, seluruh rakyat Kelantan harus sedar bahawa janji yang dicanang Datuk Seri Najib Razak itu sebenarnya hanya janji politik semata-mata. Menurut Abdul Kadir, ini kerana semua projek yang dijanjikan itu adalah sepatutnya sudah dilaksana sejak lama dahulu, tetapi oleh kerana Kelantan diterajui PAS, maka ianya hanya kekal sebagai janji yang diulang-ulang setiap kali menjelang pilihan raya. "Projek ini kerajaan negeri mintak sudah terlalu lama. Kelantan itu 97 peratus adalah orang Melayu Islam. "Kalau Umno (berjuang) untuk membela bangsa (Melayu), projek ni sudah tentu lama siap dah. Kenapa nak tunggu 50 tahun, dan sekarang masih berjanji lagi," katanya dalam temubual dengan Harakah dan Harakahdaily semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji pilihan raya perdana menteri itu kepada rakyat Kelantan ketika program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, kelmarin. Antara janji itu termasuk untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) sehingga hari ini. Enam lagi projek termasuk pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek menyelesaikan masalah air. Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mengingatkan rakyat Kelantan agar tidak 'menjual' undi mereka hanya kerana janji yang ditabur itu. "Kepada rakyat (Kelantan) jaagan jual undi kita. Jangan bagi mereka hina kita. Undi hak kita," katanya. Beliau turut mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa Umno kini sudah lari dari matlamat asal untuk membela rakyat khsusnya Melayu. Apa yang berlaku kini katanya lebih kepada untuk membela keluarga beberapa kerat pemimpin atasan dan kroni. "Inilah antara sebeb saya kecewa sangat dengan Umno sampai saya terpaksa tinggal Umno. "Perjuangan Umno dah jadi untuk orang Umno, merosot lagi untuk pimpinan Umno, dan sekarang jadi untuk keluarga mereka dan kroni," katanya. HARAKAH/- | ||||
Nik Aziz: Melayu pecah bukan kerana Pas Posted: 22 Jan 2013 12:14 AM PST KOTA BHARU - Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya. Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali. "Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham. "Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat. "Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) itu di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin yang menegaskan Pas bersedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam. Hashim menjelaskan, Nik Aziz pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam. Hashim mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Adun Tambun Tualang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada beliau akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang kerana doa Pas agar 'Umno KO' tidak dimakbulkan. Dalam pada itu, Nik Aziz berkata , perpecahan di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya Umno mengambil Islam sebagai perjuangan mereka. "Kalau Umno sendiri buang kebangsaan, kita tak akan bergaduh, Melayu pecah dua sekarang ini kerana tak terima Islam... bersatu... bersatu atas apa, perompak pun bersatu juga puak-puak dia, perompak ada geng dia, penyamun ada geng dia, orang politik ada geng dia, cuma yang itu orang panggil geng, yang ini orang panggil parti, benda sama sahaja," katanya. SINAR/- | ||||
Ambiga: SPR tak boleh tunggu hingga RCI tamat Posted: 22 Jan 2013 12:10 AM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti menyatakan perancangannya sekarang untuk membersihkan daftar pemilih ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) terhadap pendatang asing di Sabah mengenai kewujudan pengundi haram. Katanya, memandangkan pilihan raya sudah dekat, maka rakyat perlu tahu perancangan SPR untuk berbuat demikian. Ambiga menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Khamis lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) enggan mengulas mengenai pendedahan tersebut sehingga siasatan RCI itu selesai. Bagaimanapun, Ambiga mengingatkan bahawa sebarang kelewatan mungkin mempunyai kesan yang serius kerana apa yang telah didedahkan dalam siasatan RCI itu boleh berlaku di tempat lain termasuk di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. "Hasil penemuan RCI membuktikan bahawa apa yang telah BERSIH katakan adalah benar. Apa yang berlaku di Sabah sejak lama dahulu juga berlaku di Malaysia Barat sekarang," katanya. Ambiga merujuk kepada Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang menurutnya, telah mengesan perkara yang sama (aktiviti haram) dalam daftar pemilih bagi suku keempat tahun 2012. MALAYSIAKINI/- | ||||
Posted: 22 Jan 2013 12:09 AM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Johor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telentang dalam kejadian di kelasnya di sebuah sekolah rendah, di sini, Isnin minggu lalu (14 Januari 2013). Dalam kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang kebetulan masih berada di sekolah melihat sendiri kejadian berkenaan sebelum menarik anaknya pulang ke rumah. Bapa kanak-kanak itu Noriswan Samad, 30, berkata, pada hari kejadian dia dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, menghantar anak sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, ke sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari. "Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya. NORISWAN dan Nurul Akma menunjukan laporan polis dan doktor mengenai anak mereka, Muhammad Nur Haikal yang didakwa dikasari seorang gurunya, Isnin lalu. "Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu 'masukan baju kau dalam seluar bodoh!'. METRO/- | ||||
Pemantau Kelantan serah resolusi kepada polis Posted: 22 Jan 2013 12:08 AM PST KOTA BHARU: Pemantau Kelantan telah mula melaksanakan tugas ke arah Pilihan raya Umum ke-13 dengan menyerahkan resolusi kepada pihak Polis Kota Bharu, petang kelmarin. Koordinator Pusat Rakyat CP, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, resolusi Pemantau Kelantan itu telah dikeluarkan hasil daripada seminar sehari pemantau PRU13 Kelantan pada 19 Januari lalu. Katanya, antara 7 resolusi tersebut termasuklah menuntut pihak polis mampu bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik sekaligus meletakkan harapan ke arah penambahbaikan integriti pasukan PDRM dalam suasana PRU13. Menurutnya lagi, sikap profesional PDRM amat penting bagi menjamin kelangsungan suasana yang membolehkan rakyat menikmati hak-hak dalam sistem demokrasi termasuklah hak untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Negara. "Apatah lagi dalam suasana pilihan raya umum ini, rakyat amat perlu dibekalkan dengan maklumat-maklumat tepat dari parti-parti politik," ujarnya. Katanya, apabila suasana semasa begitu melihatkan parti-parti BN diberi liputan meluas dalam media-media elektronik, tiada pilihan lain kepada parti-parti PR selain turun padang dan mengadakan himpunan seberapa kerap bagi menerangkan pelbagai isu kepada rakyat. "Dalam situasi sebeginilah peranan pihak PDRM amat signifikan bagi memastikan keamanan dikekalkan bagi membolehkan rakyat mendapat cukup penerangan dari parti-parti politik negara," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya meyakini kerajaan yang baik hanya lahir dari pilihan raya yang bebas dan adil tanpa dikotori oleh pelbagai anasir yang tidak sihat. HARAKAH/- | ||||
7 projek BN umpama rasuah, kata Nik Aziz Posted: 22 Jan 2013 12:06 AM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat. "Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat. "Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama. Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi. SINAR/- | ||||
Nama Islam Pada Parti: PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap BERNAMA & Rahim Tamby Chik Posted: 21 Jan 2013 11:37 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Gubal undang-undang larang parti politik guna nama Islam MELAKA - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik. Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri. Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini. Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. - Bernama Ulasan GB PAS boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan Rahim Tamby Chik kerana masih menimbulkan isu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangkasaan yang sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 peristiharan Majlis Raja-raja pada mesyuarat ke-188. Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 menyatakan "1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada." Akhbar pencacai UMNO sendiri, Utusan, pernah melaporkan bahawaMajlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik. Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam. Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara. Ternyatalah bahawa gesaan Rahim Tamby Chik itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik. | ||||
Posted: 21 Jan 2013 11:31 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Melaka: Seorang wanita nekad melawan empat penjenayah yang merompak kedai serbaneka milik suaminya dengan menumbuk dan menendang seorang daripada mereka dalam kejadian di Jalan Kampung Pantai, Kampung Hulu, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian 8.45 malam, tindakan pantas mangsa, Sally Lee, 31, yang menutup laci di kaunter ketika seorang lagi penjenayah cuba mengambil duit dan dua kamera miliknya turut mengakibatkan tangan lelaki itu cedera akibat tersepit. Kejadian itu mengakibatkan mangsa kerugian RM4,000 apabila komputer riba, cakera keras luaran (external hard disk), beg mengandungi RM600 dan dua kamera miliknya dilarikan penjenayah berkenaan. Sally berkata, ketika kejadian dia berseorangan di selepas suaminya, Ben Kong, 30, menghantar barangan tidak jauh dari situ. "Datang lelaki memakai topi keledar dan jaket hitam membeli air mineral, selepas saya memberi baki RM1, tiba-tiba datang tiga lelaki berpakaian sama. METRO/- | ||||
Hentikan proses pembodohan di IPTA! Posted: 21 Jan 2013 11:30 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kontroversi "video Listen!" menyedarkan kita bahawa proses "brainwashing" dan "pembodohan" masih berterusan di kampus-kampus. Dan ia dilakukan secara terbuka serta dinaungi pihak berkuasa. Lebih mengejutkan, majoriti mahasiswa, seperti dapat dikesan melalui paparan video berkenaan, nampak agak "kebingungan". Seolah-olah mereka bertepuk dan bersorak tanpa mengetahui hujung pangkal. Terima kasih kepada ledakan teknologi maklumat dan keajaiban dunia komunikasi hari ini yang "secara tidak sengaja" telah mendedahkan "penghinaan terhadap intelektual anak-anak muda" dan realiti sebenar di menara gading. Sehingga 21 Januari, pengunjung klip video tersebut di YouTube mencecah lebih 960,000. Sekelip mata, pelajar tahun kedua undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani dikenali ramai dan begitu popular. Ada pihak melihatnya sebagai mengulangi jejak Adam Adli dan Umar Mohd Azmi, tetapi saya kira kes Bawani lebih klasik lagi. UUM sejak sekian lama dikenali sebagai antara universiti yang sukar memberi ruang selesa buat warganya menjalani kehidupan sebagai cendekiawan. Pernah mendapat jolokan "Universiti Untuk Mahathir" dan kewajiban mahasiswanya memakai "tali leher di tengah ladang getah" sering dijadikan bahan ketawa. Saya teringat peristiwa lucu (dan juga tragis) pada akhir 1980-an, semasa menziarahi rakan-rakan pemimpin gerakan pelajar di Taman Siswa, Bandar Darul Aman, dekat Jitra (UUM ketika itu masih di kampus sementara). Saya terpaksa dibawa menyelinap dari satu rumah ke rumah yang lain, kononnya untuk mengelabui pengawal keselamatan. Mereka cukup bimbang pelajar UM dipengaruhi "anasir asing". Difahamkan, agak kerap pihak HEP melakukan pemeriksaan mengejut (spot check) ke atas bilik pengenapan mahasiswa yang disyaki menyokong pembangkang (PAS). Bukti yang dijumpai hanyalah buku-buku mengenai gerakan Islam! Proses "cuci otak" ini -- seperti lagak Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin -- bukan hanya tertumpu di UUM atau kampus IPTA yang lain, khususnya di UiTM dan kampus-kampus yang agak muda usianya, malah melibatkan kakitangan awam di setiap peringkat, terutama dikendalikan Biro Tata Negara (BTN). Program "brainwashing" itu selalunya dianjurkan secara tertutup, sarat dengan sentimen perkauman dan berselindung di sebalik faham agama yang sempit. Walhal tujuan sebenarnya hanyalah untuk mempertahan dan mengukuhkan kuasa Umno-BN. Lagu "Anak Kecil Main Api", yang dinyanyikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 merupakan mantera yang sentiasa diulangi dalam program indoktrinasi itu sehingga "bercucuran air mata" mengenang nasib malang "bumi dipijak milik orang". Alahai! Bawani juga mengenangkan saya satu lagi peristiwa "memalukan", kali ini di kampus tertua, Universiti Malaya. Cuma adegan tersebut tidak dirakam dalam YouTube, sebaliknya hanya sekeping gambar mati. Tarikhnya, 10 Februari 2011. Sekumpulan 20 mahasiswa UM dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media, membantah beberapa peraturan pilihan raya kampus, yang sememangnya sengaja digubal untuk memberi laluan sukar kepada kumpulan Pro-M. Tiba-tiba sahaja seorang pengawal keselamatan bertindak nekad menekap mulut seorang aktivis mahasiswa ketika beliau mahu memberi ucapan dalam sidang media itu. Gambar itu memang klasik dan patut diabadikan dalam sejarah "pembodohan massa" ini! Dalam video Listen itu juga menyerlahkan bagaimana mahasiswa UUM dimomokkan dengan propaganda murahan mengenai demonstrasi jalanan, khususnya Bersih. S Ambiga diburukkan imejnya secara terbuka, begitu juga dengan pemimpin Pakatan. Dan ketara sekali Sharifah dan konco-konconya mahu memaksakan pandangan mereka terhadap mahasiswa secara unilateral. Cuma, saya kasihan melihat gelagat seorang pemimpin pelajar yang mengetuai bacaan ikrar-- yang kontang nilai dan maknanya -- rasanya Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa UUM. Nampak dengan jelas beliau seperti "diperbudakkan" oleh Sharifah. Saya turut bersimpati dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, yang dilihat begitu bersungguh-sungguh, malah ikhlas, mahu membebaskan universiti daripada segala elemen yang merendahkan martabat ilmu dan ilmuwan. Pada 5 Januari lalu, saya mengikuti forum anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang membincangkan pembabitan pelajar dalam PRU13, termasuk sebagai calon pilihan raya. Saifuddin yang diundang sebagai penalis (dan bersedia hadir) memberikan buah pandangan dan reaksi menarik, serta mengemukakan beberapa cadangan untuk mengembalikan status universiti ke landasan asalnya. Saya kira Saifuddin keseorangan dan tidak mendapat sokongan, bukan sahaja daripada pemimpin Umno-BN, malah idea pembaharuannya itu diremehkan oleh pentadbir tertinggi universiti. Baru-baru ini, beberapa universiti mendapat naib canselornya yang baru dan mereka yang dilantik itu merupakan bekas timbalan naib canselor yang menjaga hal ehwal pelajar. Sepanjang mengetuai HEP, permusuhan mereka dengan mahasiswa yang mahukan perubahan begitu ketara. Lebih menarik, mereka juga terbukti begitu aktif menekan persatuan pelajar dan turut memomokkan isu demonstrasi jalanan ini, seperti dilakukan Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di UUM, pada 8 Disember 2012 itu. Seorang profesor menulis surat kepada saya memaklumkan ia bukan satu kebetulan. Katanya, memang sengaja dipilih pegawai kanan yang berjasa "menjinakkan" pelajar, sekali gus menyumbang kepada kepentingan elit penguasa itu sendiri. Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Sepatutnya kes Bawani ini membuka jalan untuk kita meneropong dengan cermat apa sebenarnya berlaku di kampus-kampus? Ia bukan saja menghimpit kehidupan mahasiswa tetapi juga "memenjarakan" para pensyarah dan kakitangan akademiknya. Kemudahan yang mereka terima dan lingkungan universiti juga cukup daif dan langsung tidak menyuburkan tradisi ilmu. Ada kalangan akademia yang masih memegang teguh idealisme terpaksa menelan segala peraturan dan situasi yang mengongkong itu asalkan dapat terus berbakti buat anak bangsa. Dr Maszlee Malik sempat berkongsi "keperitan" tersebut dalam forum bersama Saifuddin itu. Saya kira sampai masanya perjalanan IPT di negara kita dibedahsiasat secara holistik ... atau mungkin proses itu lebih mudah jika kerajaan persekutuan bertukar tangan, insya-Allah. II. Ramai pembaca yang masih tidak puas dengan foto-foto menarik Himpunan Kebangkitan Rakyat yang kami siarkan. Mereka mahu melihat lebih banyak gambar "candid" terutama yang menggambarkan sisi-sisi istimewa, seperti gandingan masyarakat pelbagai kaum melangkah seiring menuntut hak. Satu daripada tohmahan media Umno ialah penglibatan rakan-rakan Cina yang didakwa jauh merosot berbanding Bersih 3.0. Beberapa rakan FB saya menunjukkan bukti bergambar bahawa mereka mendapat ramai kenalan baru, dari masyarakat Tionghua. "Di sebelah saya adalah seorang ahli perniagaan Cina berjaya, bergelar Dato'," kata seorang daripadanya. "Saya perhatikan banyak juga yang dia dermakan," tambahnya. Ada gambar disertakan dalam emel saya. "Semasa berjalan dari Jalan Sultan dan Bukit Bintang, saya perhatikan ramai kawan-kawan Cina, cuma mereka seperti tidak selesa masuk ke stadium, dan ramai di antara mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang, mahu memberi peluang kepada orang luar," ujar seorang rakan saya yang turut berarak lebih 10km. Saya sendiri tidak berminat untuk menafikan tuduhan Utusan Malaysia itu. Semua sudah maklum gaya pemberitaannya, seperti juga TV3. Namun begitu, bagi saya, kita terima sajalah laporan itu. Bukankah selama ini dibayangkan Pakatan Rakyat -- termasuk PAS yang dilihat agak menyerlah dalam HKH itu -- tidak mendapat sokongan bulat daripada masyarakat Melayu? Orang Tionghua dikatakan bakal memberi undi tidak berbelah bahagi kepada Pakatan hinggakan majoriti daripada 15 wakil rakyat MCA yang ada disebut-sebut akan tewas dalam PRU13. "Orang bukan lagi bercakap soal berapa ramai ahli Parlimen MCA nanti, tapi orang berbicara soal berapa ramai lagi ahli MCA yang ada," kata seorang pemimpin kanan Pakatan, dalam nada bergurau. Saya tidaklah sampai begitu sekali mahu memperkecilkan kemampuan MCA atau parti komponen BN lain, tetapi sekadar membayangkan bahawa BN kini hanya bersandarkan kepada sokongan orang Melayu. Seolah-olah sudah "berpatah hati dan berputus harap" dengan pengundi bukan Melayu, khususnya orang Cina. Dan jika majoriti pengundi Melayu pun semakin mendekati Pakatan, khususnya PAS, termasuk menyertai HKR, saya kira itu perkembangan amat positif, 'kan? Bukankah mutakhir ini, kempen Umno -- yang nampaknya diterajui sendiri oleh Dr Mahathir Mohamad -- ghairah bermain dengan sentimen perkauman bagi mengikat sokongan orang Melayu? HARAKAH/- | ||||
Posted: 21 Jan 2013 11:26 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa. Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011. Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu. "Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual. Emas bermutu rendah' dilelong langsung tiada nilai. "Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas. metro/- | ||||
Tujuh dulang hantaran untuk Kelantan Posted: 21 Jan 2013 08:22 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kerana kecantikannya yang luar biasa maka ramai lelaki mahu masuk meminang, antaranya dari Putrajaya. Tanggal 19 Januari datang satu rombongan, ketua rombongan, masih ganteng orangnya meskipun usia 50an, mulutnya merah bab delima merkah, rambutnya putih bagaikan kapas dijemur, berkata kepada si gadis ayu: jika menerima pinanganku akan ku berikan padamu tujuh dulang hantaran yang mahal-mahal, ada lagi pemberian istimewa lain yang tak disebutkan sekarang. Antara tujuh jenis hantaran itu, sebuah masjid berkubah emas, jalan raya dengan aspal daripada emas hitam import dari luar negara, stadium bolasepak berbumbungkan perak dan lain-lain. Stadium bolasepak diulangsebut beberapa kali kerana lelaki itu tahu si gadis ayu merupakan peminat tegar bolasepak. Bunyinya seperti hantaran yang akan dibawa Sultan Melaka ketika mahu meminang Tuan Puteri Gunung Ledang sepertimana diriwayatkan dalam hikayat Melayu klasik. Hanya sedikit berbeza ialah hantaran yang akan dipersembahkan Sultan Mahmud Shah adalah atas kemahuan Puteri Gunung Ledang, sementara hantaran lelaki dari Putrajaya, Najib Shah itu atas kehendaknya sendiri, belum tahu sang gadis menerima atau tidak. Puteri Gunung Ledang bukan sembarangan manusia, leluhurnya dari kaum bangsawan yang terhormat. Kepintaran akalnya melebihi Sultan Melaka. Puteri Gunung Ledang tak mahu menjadi permaisuri sultan yang sudah tua renta itu, lalu dicarinya helah supaya sultan membatalkan hasrat memperisterikannya dengan cara yang berhemah. Hati sultan harus dijaga, jangan sampai terluka atau gila, maruah sultan harus dipelihara, jangan sampai malu. Lalu Puteri Gunung Ledang mengenakan syarat yang berat dengan harapan sultan tak sanggup menunaikannya. "Baginda sultan perlu menyediakan tujuh dulang hantaran, antaranya; jambatan emas dari Kota Melaka ke Gunung Ledang, jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati hama, 7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan satu mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu putra Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak. Demi cinta yang berkobar-kobar, sang sultan sanggup menunaikan sepertimana dipinta, kecuali semangkok darah Sultan Ahmad, sangat sukar baginya, mengenangkan itulah satu-satunya putra lelaki kesayangan baginda. Akhirnya hasrat mempersuntingkan Puteri Gunung Ledang hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu. Begitu juga dengan Kelantan, sekiranya lelaki ganteng dari Putrajaya itu benar-benar tergila-gilakan Kelantan, tak perlu hantar tujuh dulang hantaran, memadai dengan hanya satu dulang, iaitu Umno mesti terima Islam sebagai wadah perjuangannya!. harakah/- | ||||
FGVH catat nilai terendah RM4.36, peneroka rugi besar Posted: 21 Jan 2013 07:30 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam. Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian. Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar. Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank. Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin. Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011. Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI. Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor "risiko". "Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya," katanya. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH). Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya. Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. harakah/- | ||||
1,062 hektar sawah di Kedah, Perlis diancam bena perang Posted: 21 Jan 2013 07:20 PM PST Seluas 1,062 hektar sawah dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Kedah dan Perlis diancam bena perang sejak Oktober tahun lalu. Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Wira Mohd Johari Baharum berkata, akibat serangan itu, industri padi di kawasan Mada itu mengalami kerugian kira-kira RM3.628 juta. Menurut beliau, daripada keseluruhan kawasan terbabit, seluas 841 hektar adalah di Kedah yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM2.468 juta sementara 221 hektar di Perlis menyebabkan kerugian kira-kira RM1.160 juta. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan sawah yang teruk diancam makhluk perosak itu di Kampung Simpang Sanglang dekat Kangar semalam. Turut mengiringinya ialah Timbalan Pengurus Besar Mada, Datuk Roslee Baharom dan Pengurus Wilayah 1 Mada Perlis, Ruslan Abdul Ghani Ahmad. Johari berkata, ancaman itu mula dikesan Oktober tahun lalu dengan kebanyakan kawasan yang terbabit tidak dapat diselamatkan lagi. Antara punca masalah ancaman itu ialah sikap para petani yang jarang turun ke sawah sehingga mereka tidak dapat mengesan ancaman itu pada peringkat awal yang akhirnya merebak. Beliau menasihati para petani khususnya di kawasan Mada agar memperuntukkan masa yang mencukupi untuk memantau sawah mereka supaya ancaman makhluk perosak dapat dikesan pada peringkat awal dan tanaman padi dapat diselamatkan. Mohd Johari berjanji akan mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin peladang peringkat kawasan dan unit dalam kawasan Mada sebelum Tahun Baru Cina ini bagi membincangkan pendekatan yang lebih berkesan untuk menangani masalah itu. - Bernama | ||||
Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak Posted: 21 Jan 2013 07:00 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] SYDNEY - Seorang lelaki warga Britain yang sedang menikmati percutian di Sunshine Coast, Queensland di sini bertindak berani menangkap seekor ikan jerung yang mendekati sekumpulan kanak-kanak di pesisir pantai, lapor akhbar Mail Online semalam. Paul Marshallsea, 62, telah bergelut dengan ikan jerung berukuran 91 sentimeter itu ketika ia berenang di air cetek mendekati pantai. Sejurus terdengar jeritan orang ramai mengenai kemunculan ikan jerung itu, Paul dengan pantas berkejar ke pantai dan menarik ekor ikan jerung tersebut sebelum ia bertindak ganas. Ikan jerung itu hampir mencederakan kaki Paul sebelum ia ditarik ke tengah laut oleh pasukan penyelamat menggunakan jet ski dan helikopter. "Ketika itu air di pantai cetek sedalam 5.4 meter dan ramai kanak-kanak dan bayi sedang bermain di situ. Jika saya tidak campur tangan, kejadian yang tidak diingini akan berlaku. "Gerak hati saya menyuruh saya melakukannya dan saya terus menangkap ekor ikan jerung itu," katanya. Menurut Marshallsea, ikan tersebut berpusing ke arahnya dan hampir menggigitnya. "Ia hampir membaham kaki saya dalam sekelip mata. Ia sangat pantas," kata lelaki itu. - Agensi | ||||
Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hasan Ali Posted: 21 Jan 2013 06:29 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum PKR itu dalam Utusan Melayu. "Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam," kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi. "Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan. "Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan," jelas Anwar. Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme. "Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas," tegasnya. "Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya," kata Anwar lagi. Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini. harakah/- | ||||
Sekat masuk Felda: Anak fail saman pemula Posted: 21 Jan 2013 06:20 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula memohon satu pengisytiharan bahawa tindakan Felda melarang sebarang ceramah politik diadakan di tanah rancangan adalah tidak sah. Peguam Anak, Mohd Harris Abdullah berkata, tindakan menghalang itu bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Dalam Fasal 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, undang-undang itu menyebutkan, 'Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan'. "Kita sebagai rakyat Malaysia berhak untuk bergerak bebas di mana-mana bahagian Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Difahamkan, tindakan melarang program Pakatan Rakyat di Felda adalah bersandarkan kepada Seksyen 34 Akta Group Settlement Area (GSA) yang kononnya memperuntukkan kuasa pengurus rancangan. Di bawah Seksyen 34. 2 (b) menyebutkan: "that upon such declaration being made, the area shall vest in the development authority" iaitu bahawa apabila perisytiharan dibuat, kawasan itu hendaklah terletak hak pada pihak berkuasa pembangunan. Namun Harris berkata, Felda hanyalah agensi yang menguruskan tanah yang tertakluk kepada kerajaan negeri. "Jadi Felda tidak ada hak untuk menghalang mana-mana pihak untuk masuk ke Felda," tegasnya. Justeru saman pemula itu akan difailkan Isnin depan di Mahkamah Tinggi Kuantan dengan menamakan Pengurus Pejabat Felda Jengka 12, Mohd Yazid Abdullah dan Penolong Pengurus Besar Komoditi wilayah Jengka yang mengeluarkan arahan sekatan itu. Sementara itu, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, sekatan ke atas mereka untuk masuk ke Felda semakin melampau sejak Faizol ahmad mengambil alih jawatan Penagrah Besar Felda. "Sekarang ini kita nak buat majlis di rumah ahli sendiri pun disekat. Tapi kalau program Umno boleh sahaja dibuat di Felda," katanya. harakah/- | ||||
Akhbar Pemfitnah, Utusan Tetap Binasa Akhirnya Posted: 21 Jan 2013 06:00 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kalah saman: Eloklah Utusan 'gulung tikar' KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia dinasihatkan supaya 'gulung tikar' atau tutup sahaja operasinya kerana sering kalah dalam kes saman. Demikian saranan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi. Justeru, beliau merasa simpati kepada Utusan Malaysia kerana kerap kalah di mahkamah dan terbaru adalah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar tersebut di atas kesalahan memfitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar tersebut awal tahun lalu. Katanya, dengan siri kekalahan Utusan Malaysia di mahkamah, apalah malang bagi rakyat Malaysia memiliki akhbar nasional yang rendah mutunya sehingga boleh dibakulsampahkan. "Hampir setiap kes yang dibawa di mahkamah, akhbar ini kalah dan terpaksa membayar gantirugi. "Selepas ini berapa banyak lagi kes akan dibawa ke mahkamah dan berapa banyak lagi kes Utusan akan kalah," ujarnya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, beliau sendiri merasa malu untuk menatap dan membaca akhbar tersebut. "Saya merasa malu akhbar ini dijadikan akhbar rasmi di mana-mana perpustakaan, dihidang disekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, dijual di kedai-kedai buku ternama, malah dijual di kedai kaki lima, seolah-olah apa yang dibaca dan ditatap oleh rakyat adalah akhbar pembawa berita palsu dan penyebar fitnah tersohor di negara ini," ujarnya yang juga seorang peguam. Menurutnya, reputasi Utusan di mata rakyat kini sudah jatuh merudum. "Apakah ada berita yang ada dalam akhbar itu boleh dipercayai lagi?" tanya beliau, Kerana itulah, ujarnya ada rakyat yang nakal membaca akhbar Utusan secara terbalik, sama ada benar-benar terbalik atau memahami maksud Utusan dari sudut yang terbalik. Jika benar kata akhbar tersebut, kata beliau maknanya berbohonglah ia, jika bohong kata Utusan maka benarlah berita itu. Sepatutnya, tambah beliau lagi keputusan mahkamah itu menjadi suatu pengajaran paling berharga buat Utusan atau mana-mana akhbar, termasuk media televisyen dan radio. Beliau berkata, budaya fitnah, menokok tambah cerita, mengadu domba, dan melaga-lagakan pemimpin adalah budaya liar yang ditolak oleh masyarakat negara ini. Katanya, rakyat tidak menerima sama sekali budaya pemberitaan yang dibohongi bagi menyenangkan pihak tertentu. "Saya nasihatkan Utusan supaya 'gulung tikar' atau tutup sahaja akhbar tersebut daripada menanggung malu di samping kos yang banyak untuk membayar saman di mahkamah, lebih baik Lembaga Pengarah Urusan Utusan berbincang untuk menjalankan perniagaan lain yang lebih menguntungkan. "Lebih baik menjadi sebuah majalah dakwah alternatif untuk kepentingan umat Islam di negara ini, setidak-tidaknya ada juga manfaat dan pahalanya kepada umat Islam," ujarnya. -HD | ||||
Gadis 24 tahun bungkus dan campak bayi luar nikah Posted: 21 Jan 2013 05:45 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUANTAN – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh. "Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut. "Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah. Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan. "Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu. "Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya. Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan. Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – Bernama | ||||
Posted: 21 Jan 2013 05:40 PM PST MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat. Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan. Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan. Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim). "Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam. Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an. Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah. Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini. "Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul," katanya. Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan. "Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat," katanya yang juga Ketua Menteri Melaka. Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah. Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat. "Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat. "Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru," katanya. sinar/- | ||||
Posted: 21 Jan 2013 05:30 PM PST 10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - JAKARTA, Indonesia - Polis Indonesia menyatakan, banjir yang melanda Jakarta pada 15 Januari lalu sekurang-kurangnya telah meragut 26 nyawa dan menyebabkan lebih daripada 100,000 warganya terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, kebanyakan mangsa mati akibat renjatan elektrik atau lemas. Kira-kira 103,000 orang kini tinggal di pusat-pusat penempatan sementara. Banjir yang melanda sampai ke kemuncak pada Khamis lalu dan telah melumpuhkan Jakarta. Air banjir dilaporkan meliputi kira-kira 30 peratus daripada bandar yang dihuni oleh 14 juta penduduk itu. Banyak tempat perniagaan dan penempatan penduduk ditenggelami air. Menteri Industri, M.S. Hidayat berkata, kejadian tersebut mungkin akan menyebabkan pelabur asing lari ke negara-negara jiran. - Agensi |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan