N50 Dun Sri Muda |
Posted: 08 Aug 2011 09:44 PM PDT MyKad - JPN, SPR dan konspirasi terkotor? ![]() ![]() ![]() Fakta persekongkolan Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu. Siasatan Awam Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini? Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.
Komen: Umgok Penipu Sampai Kiamat · Pengulas Tertinggi · Atas pokok
| |
Posted: 08 Aug 2011 09:23 PM PDT Hentikan politik di kampus, titah Sultan Selangor ![]() ![]() Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (Unisel) demi masa depan pelajar institusi itu. ![]() Baginda bertitah adalah amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. "Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor. "Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda. Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di Unisel dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini. "Beta telah dimaklumkan bahawa terdapat pergolakan di dalam pengurusan Unisel tetapi Beta berangkat juga ke Unisel pada hari ini kerana merasmikan Masjid Unisel dan berjumpa dengan penuntut-penuntut di sini," titah Baginda. Sekiranya politik dalam kampus terus berlaku, ia akan menjadi satu kerugian kepada universiti ini dan juga kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini akan menjadi projek Gajah Putih nanti, titah Baginda. Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak pengurusan tertinggi Unisel termasuk dekan dan pensyarah institusi itu supaya sentiasa bersepakat menaikkan taraf Unisel sebagai sebuah universiti yang terbaik daripada segi teknologi, operasi dan pengurusan kewangannya. Baginda percaya dengan persefahaman dan kerjasama erat di peringkat dalaman, Unisel akan menjadi satu institusi pengajian yang terunggul dan berkualiti yang diiktiraf di peringkat negeri, negara dan seterusnya antarabangsa. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. - Bernama Sumber Malaysiakini dan Bernama
| |
Posted: 06 Aug 2011 10:05 PM PDT Serbuan JAIS: Perspektif Dakwah dan Undang-undang
![]() Saya merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila JAIS menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam. | |
Posted: 06 Aug 2011 03:06 AM PDT PERIHATIN BERKEBAJIKAN TETAP BERTERUSAN DEMI RAKYAT JALAN KEBUN - Semenjak mac 2008 selepas memenangi pilihanraya umum yang ke 12, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ( PR ) telah melaksanakan pelbagai usaha didalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ) agar segala hasil yang diperolehi oleh Kerajaan negeri akan dinikmati bersama oleh rakyat.Pelbagai helah serta kaedah yang digunakan oleh Pihak pembangkang umno dan barisan nasional untuk menyerang dan menggagalkan usaha murni Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana hasad dengki mereka. Namun akan tetapi walau apa cara sekali pun yang diguna pakai oleh umno dan bn untuk menghalang dan menggagalkan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat ia tidak sama sekali melunturkan semangat serta kesungguhan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk terus Merakyatkan Ekonomi Selangor.Keperihatinan serta kesungguhan YB Shuhaimi Hj Shafiei dalam membantu rakyat terbukti dengan lebih jelas bila mana baru - baru ini telah meluangkan masa hadir ke Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun untuk menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit. Majlis serba ringkas telah berlangsung dihadapan ratus pelajar sekolah tersebut dan pelajar - pelajar menjadi saksi sumbangan yang telah disampaikan baru - baru ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei merupakan penaung bagi Sekolah Agama tersebut telah menghulurkan sumbangan bernilai RM50,000 ( Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu ) yang mana diharapkan pihak pentadbiran Sekolah tersebut dapat menggunakan sumbangan yang diterima dengan sebaik yang mungkin demi masa depan pelajar - pelajar yang menuntut di sekolah tersebut. YB Shuhaimi Hj Shafiei ketika sidang media ringkas selepas majlis tersebut telah memaklumkan bukan hanya sekolah Rendah Agama Jalan Kebun sahaja yang menerima sumbangan daripada beliau akan tetapi hampir kesemua sekolah Agama serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada beliau.Untuk Sekolah Menenggah Kebangsaaan Jalan Kebun pula YB Shuhaimi telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 ( Ringgit Malaysia sepuluh ribu ) baru beberapa hari yang lepas.Ujar beliau biarpun umno dan barisan nasional menghalang dan menyekat pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki mana - mana sekolah bantuan penuh kerajaan pusat ia sedikit pun tidak menghalang hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk terus membantu sekolah - sekolah tersebut. | |
Posted: 30 Jul 2011 09:48 PM PDT Polis ganggu pelancaran Demi Rakyat di Petaling Jaya SelatanKUALA LUMPUR: KEADILAN kesal kerana Umno memperalatkan polis bagi membuat gangguan dengan mengepung lokasi dijadual berlangsung pelancaran bilik gerakan Demi Rakyat di Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS) kelmarin. Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, sekurang-kurangnya 250 anggota bersama kumpulan n Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat membuat kepungan bagi menghalang program di Taman Medan itu.
"Akibatnya, restoran berdekatan mengalami kerugian kerana pelanggan tak datang. Pengurusan restoran ada beritahu, kemungkinan mahu saman pihak berkuasa," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini. Latheefa berkata, polis tetap berkeras enggan membatalkan kepungan itu walaupun pemimpin parti cuba mengajak pihak berkuasa itu untuk berbincang. "Pengarah pilihan raya Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS), Maharul Ismail cuba berbincang tetapi mereka berkeras tidak benarkan ceramah dijalankan. "Polis cuma benarkan 30 orang bagi majlis pelancaran. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Adun Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hanya mengedar pen Demi Rakyat kepada orang ramai," katanya. Sumber: Keadilandaily | |
Posted: 27 Jul 2011 09:52 PM PDT SPR bohong, ada kuasa laksana tuntutan Bersih- Pakar perlembagaanKUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah. "Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws)," kata Aziz.
"Terpulang kepada SPR untuk buat (perubahan) atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang," kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini. Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah. "Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," jelas Aziz. Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara. "Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada 'pemain'. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR). "(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan. "Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil," tegas Aziz. Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Malah, katanya, SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti. "Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang. "Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan