Direct Free Kick |
PEMBENTANGAN YB ISKANDAR A. SAMAD DI SEMINAR RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR 2011. Posted: 03 Jul 2011 09:30 PM PDT TAJUK PEMBENTANGAN : RUMAH MAMPU MILIK – DASAR DAN HALATUJU KERAJAAN NEGERI SELANGOR. A) RUMAH SEBAGAI "PRIMARY NEEDS" Perumahan adalah keperluan asas ( primary needs ). Bukan 'secondary needs'. Juga bukan 'tertiary needs'. Perlu dilunaskan terlebih dahulu dari keperluan keperluan lain. Singapura – Housing Development Board membina 90 peratus perumahan di negara itu. Tetapi ia mendapat bantuan kewangan kerajaan – tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan. Negara kapitalis yang 'extreme'/melampau juga tidak melihat perumahan rakyat sebagai tempat untuk mencari keuntungan. Keuntungan diperolehi dari sektor-sektor lain. B) KESAN KEPADA NEGARA Rakyat yang mempunyai rumah yang sempurna akan menjadi penyumbang yang produktif kepada pembangunan negara. Tetapi rakyat tidak mempunyai rumah yang sempurna tidak akant menjadi penyumbang yang produktif. Ia tidak akan dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat atau pembangunan negara. Malah, masyarakat jugat tidak akan menjadi satu masyarakat yang stabil akibat dari perumahan yang tidak sempurna. Kesan dan akibat kepada suami isteri, Berlaku konflik akibat dari tekanan hidup di rumah yang tidak sempurna. Berlaku konflik kerana tidak cukup wang sebab sebahagian besar dari pendapatan untuk membayar rumah dan kos pengangkutan. Berlaku konflik kerana tidak terdapat 'quality time' untuk keluarga kerana masa terlalu lama untuk pergi dan balik dari kerja atau terpaksa mencari pekerjaan kedua. Kesan dan akibat kepada anak-anak, Tidak mendapat perhatian yang secukupnya kerana ibu atau bapa terpaksa balik lambat atau keluar awal kerana lokasi rumah terlalu jauh dari tempat Tidak mahu duduk di rumah akibat dari konflik yang berlaku. Tidak mahu belajar kerana keadaan rumah tidak selesa atau tidak ada tempat yang sesuai untuk belajar. Akhirnya terlibat dengan gejala-gejala sosial kerana tidak mahu duduk rumah, tidak mahu belajar atau tidak terdapat kemudahan rekreasi yang secukupnya. Jenayah akan meningkat. Masalah ini bukan hanya akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah atau sederhana rendah tetapi kepada seluruh masyarakat, kepada negara secara menyeluruh. Apabila seorang pekerja itu dibebani dengan masalah keluarga atau kewangan ia tidak akan menjadi pekerja yang baik. Kesan masalah sosial adalah menyeluruh kepada seluruh masyarakat, seluruh negara. Jika dapat selesaikan masalah perumahan separuh masalah rakyat dapat diselesaikan. Ia bukan masalah golongan berpendapatan rendah atau menengah rendah sahaja, ia masalah semua orang. Tempias kepada semua orang. C) LANGKAH PERTAMA – MENUKAR SIKAP Sebelum merancang merekabentuk atau membina, sikap (attitude) 'The attitude must change' Kita bukan hanya membina untuk mereka. Tetapi kita membina untuk diri kita sendiri. Walaupun kita tidak akan tinggal di dalam tetapi kesan atau sebarang masalah yang timbul darinya akan kita semua rasakan. Jika kita tidak mahu rumah sempit, adakah kita akan membina rumah yang sempit? Jika kita tidak mahu rumah dengan kemudahan yang tidak mencukupi, adakah kita akan membina rumaht dengan kemudahan yang tidak mencukupi? Jika kita tidak mahu rumah dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi, adakah kita akan membina rumah dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi? Jika sikap ini dapat ditukar, tiga suku dari masalah akan dapat diselesaikan. D) MASALAH-MASALAH Di antara masalah masalah adalah 1) Hanya membina bangunan dan bukan membina masyarakat. 2) Kemudahan yang tidak mencukupi. 3) Lokasi rumah yang jauh dari tempat kerja atau pusat pekerjaan. 4) Pembinaan rumah yang tidak menurut keperluan setempat. 5) Akibatnya rumah-rumah yang tidak terjual. 6) Menjadi kawasan-kawasan usang. 7) Menjadi sarang jenayah. 8) Lokasi di dalam pembangunan yang terpencil seperti di tepi 'sewerage 9) Satu saiz rumah untuk semua. 10) Tidak ada kepelbagaian. 11) Satu saiz untuk yang 1 anak dan 6 anak sama sahaja. 12) Memaksa semua orang membeli rumah. 13) Perlaksanaan oleh swasta, polisi oleh kerajaan negeri. E) CADANGAN-CADANGAN 1) Di antara cadangan-cadangan penambahbaikan untuk polisi-polisi akan datang, 2) Membina masyarakat bukan sekadar membina bangunan. 3) Pembangunan yang boleh menggalakkan hidup bermasyarakat. 4) Menyediakan kemudahan yang mencukupi. 5) Kemudahan yang mencukupi. 6) Lokasi yang dekat dengan tempat kerja atau mempunyai pengangkutan awam yang secukupnya. 7) Membina menurut keperluan setempat bukan 20:20:10 atau 20 10:10 – Di Southwark 35:65 dan Di Croydon 50:50. 8) Lokasi yang adil di dalam pembangunan. 9) Pelbagaikan saiz bergantung kepada jumlah keluarga dan keperluan. 10) Tidak memaksa rakyat membeli rumah ada yang perlu menyewa. 11) Terdapat golongan masyarakat yang akan terus menjadi kumpulan 'proletariat'. 12) Penglibatan yang lebih oleh kerajaan negeri dan bukan hanya membuat polisi sahaja. F) CADANGAN INISIATIF-INISIATIF BARU 1) Memperbanyakkan 'council home' di tempat yang ada keperluan. 2) Pembelian berkongsi bagi yang tidak mampu. 3) Integrasi sosial atau social integration dengan ruang untuk rakyat pelbagai kelas untuk berinteraksi. 4) Pembangunan semula untuk menambah rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang hampir dengan pusat pekerjaan. 5) Insentif kepada pemaju untuk membina rumah mampu milik seperti peningkatan kepadatan. 6) Penglibatan secara aktif oleh kerajaan negeri melalui kerajaan negeri sendiri, GLC-GLC atau penubuhan GLC baru. 7) Pembinaan rumah mampu milik menurut keperluan setempat. Iskandar Abdul Samad |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan