:: cina islam | 2011 :: |
- Peniaga perabot ditemui mati ditikam
- Lelaki Cedera Parah Diserang Di Butterworth
- CEO Baru Maybank Akan Diumumkan Bulan Ini - Zeti
- Kenderaan pemain hoki kebangsaan yang maut dalam kemalangan
- Jurulatih anjing ditahan reman kes video 'raya'
- Pendedahan kenapa Morsi perlu dijatuhkan
- Hari itu saya sendiri yang lawan hakim
- Kuala Brang catat kos petisyen paling tingggi, RM150,000
- Selangor Mohon Penguasa PBT Jadi Polis Bantuan
- Pemain Hoki Negara, Boon Huat Maut Kemalangan
- Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat
- Pemandu van mati ditembak
- Lelaki AS kena 165 tahun penjara kesalahan penderaan seks di Haiti
- 08:57:58 AM Parlimen Lembah Pantai kekal milik PKR, mahkamah tolak petisyen
- Kabinet Mesir arah polis hentikan keganasan pro-Morsi
Peniaga perabot ditemui mati ditikam Posted: 01 Aug 2013 03:15 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - MELAKA: Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam. "Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA | ||
Lelaki Cedera Parah Diserang Di Butterworth Posted: 01 Aug 2013 03:10 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan Flat Kelisa di sini malam Rabu. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pukul 10.05 malam itu, mangsa S.Jayaselan, 34, sedang menunggu rakannya yang tinggal di flat berkenaan sebelum empat lelaki yang tidak dikenali menyerangnya. "Empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal dan memakai topi kaledar penuh itu berhenti berhampiran mangsa dan terus menyerangnya dengan menggunakan parang serta besi. "Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan parah di badan dan kepala. Terdapat lima kesan tetakan di kepalanya," katanya di sini, Khamis. Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Taman Inderawasih di sini dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesahketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. "Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian dan pihak polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi kita bagi membantu siasatan," katanya. Kes disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA | ||
CEO Baru Maybank Akan Diumumkan Bulan Ini - Zeti Posted: 01 Aug 2013 03:06 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, akan diumumkan bulan ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz. "Proses kelulusan dan penelitian akan dilakukan memandangkan kami mahu memastikan CEO, terutama membabitkan sebuah bank yang besar ini, lulus. "Ejen-ejen sedang melakukannya dan kini semakin hampir selesai supaya namanya diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pengenalan jenama ikon baharu Pasaran Kewangan Islam Malaysia, di sini Khamis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Zeti berkata, calon sudah dikenal pasti dan CEO baru kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu akan diumumkan bulan ini. Sementara itu, Zeti berkata, kerajaan dan BNM sedang menangani kebimbangan yang ditimbulkan oleh Fitch Ratings terhadap tabungan awam dan struktur belanjawan. "Kami akan meningkatkan daya tahan dan memperkukuh potensi yang ada bagi mengekalkan pertumbuhan," katanya. Agensi penarafan itu juga menyemak unjuran penarafan kredit negara Malaysia daripada 'stabil' kepada 'negatif' dan pada masa yang sama mengesahkan mata wang asing dan mata wang tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing pada 'A-' dan 'A'. Mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai opsyen dalam mengukuhkan kedudukan fiskal dan makro negara dalam belanjawan akan datang, Zeti berkata Malaysia masih mempunyai masa untuk berbuat demikian, namun kini menjadi semakin penting memandangkan persekitaran global semakin mencabar. "Kita perlu mengurangkan pendedahan dan antaranya ialah bidang fiskal. Malaysia mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk menanganinya secara berperingkat-peringkat dan mengikut turutan," katanya. Zeti berkata, pemulihan yang dijangkakan daripada ekonomi maju tidak mengukuh, dan untuk masa depan ia terus kekal menyederhana. - BERNAMA | ||
Kenderaan pemain hoki kebangsaan yang maut dalam kemalangan Posted: 01 Aug 2013 03:03 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - REMUK... Beginilah keadaan kereta Proton Perdana yang dipandu oleh pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi Khamis. Beliau berusia 33 tahun yang berasal dari Bukit Cina, Melaka antara salah seorang pemain hoki paling lama bermain untuk negara dan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. -fotoBERNAMA | ||
Jurulatih anjing ditahan reman kes video 'raya' Posted: 01 Aug 2013 02:57 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
| ||
Pendedahan kenapa Morsi perlu dijatuhkan Posted: 01 Aug 2013 02:48 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - (Penyokong Morsi berterawih di Medan Raba'ah. Di belakang tertera poster Morsi, Presiden Mesir yang sah yang telah diguling tentera) MESIR: Satu rakaman video memamarkan ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui Presiden Dr Muhammad Morsi perlu "dihancurkan". Ucapannya pada satu himpunan besar itu antara lain menyebut Morsi perlu disingkirkan kerana pemikirannya adalah Ikhwanul Muslimin dan cubaan menegakkan syariat dan khilafah Islam di Mesir.Mesirkini yang membuat terjemahan dan ringkasan dari petikan ucapan itu melaporkan, Afif melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah.Ianya termasuk Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain, malah sudah berupaya membina kekuatan di Syria dan Jordan.Kekuatan Ikhwanul Muslimin katanya ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia. "Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan. Pertama, mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. "Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem syura yang merupakan satu konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam. "Kedua adalah strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim tidak demokratik, pada masa sama demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza," tulisnya merujuk ucapan Afif dalam bahasa Hibrew itu. Afif juga mendakwa, Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat tersebut bagi mengukuhkan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir. Dua misi besar ini menurutnya, akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka katanya, parti-parti sealiran Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan Islam dan mereka akan bertanggungjawab menjadi peneraju utama. Malah kata Afif, tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh dan kuat. "Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir. "Penggulingan atas Morsi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya," tulis Mesirkini. [LIHAT VIDEO] ucapan Afif Khufifi | ||
Hari itu saya sendiri yang lawan hakim Posted: 01 Aug 2013 02:43 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dengan kos, saya sebagai pempetisyen memberanikan diri bangun untuk minta izin bercakap. Kelihatan pegawai polis yang bertugas cuba bangun untuk menghalang tetapi Yang Arif Hakim membenarkan saya bercakap. Dalam kesempatan itu saya bercakap dua perkara. Yang pertama mohon kos yang dikenakan ditolak @ dikurangkan kadarnya. Keran kos yang dikenakan membebankan dan mendera pempetisyen. Saya beritahu kos yang dikenakan kepada semua pempetisyen sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah. Yang kedua saya bercakap sepatutnya kes ini tidak perlu ditolak hanya kerana masalah yang begitu teknikal. Penolakan petisyen ini menyekat hak pemetisyen untuk membuktikan dakwaan yang terkandung dalam afidavit. Namun hakim tetap dengan keputusannya menolak dengan kos sebanyak RM35 ribu. 30 ribu kepada SPR dan 5 ribu kepada Adun BN. Saya menghormati keputusan yang arif. Teknikalnya, ada satu salinan avidavit dalam bahasa Melayu dalam satu halaman ditanda tangani oleh peguam, tetapi satu salinan lagi dalam bahasa Inggeris saya menanda tangani. Namun kesilapan penanda tangan itu telah diperbetulkan sebelum ini. Yang hairan peguam kita tidak pula dibenarkan bercakap untuk berhujah di mahkamah. Saya sebagai pempetisyen dibenarkan pulak oleh mahkamah bercakap selepas hakim buat keputusan. Kalau begitu apa guna ada peguam, lebih baik pempetisyen sahaja yang mewakili dirinya sendiri untuk berhujjah lawan peguam SPR dan umno. Tak faham betul sistem perbicaraan pilihanraya kali ini. Persoalan lain, mengapa kos-kos yang dikenakan berbeza antara satu sama lain. Rungkup rasanya yang paling rendah berbanding yang lain, ada yang dikenakan sehingga lebih RM100 ribu. Isu penolakannya pula berkisar isu teknikal sahaja. Ini menunjukkan hakim boleh guna budi bicara bagi menentukan kos. Adilkah sistem perundangan di negara ini? Rakyat berhak buat petisyen bila meragui perjalanan pilihanraya, tetapi petisyen ditolak mentah-mentah di peringkat awal lagi tanpa membenarkan pihak peguam menjawab di mahkamah. Sepatutnya bantahan itu yang ditolak supaya bila perbicaraan dijalankan masing-masing pihak akan buat penghujahaan. Pempetisyen ada hujahnya, responden juga ada hujahnya. Selepas itu hakim buatlah keputusan. Saya percaya pempetisyen dan rakyat lebih puas hati dengan cara begini sekalipun keputusan tidak menyebelahinya. Sebelum ini rakyat sering dicabar oleh SPR, kerajaan dan umno untuk failkan petisyen di mahkamah kalau tidak puas hati. Bila petisyen dibuat, peringkat awal lagi ditolak dengan alasan-alasan yang begitu teknikal dan setengah tu tidak munasabah. Jadi apa ertinya petisyen dibenarkan tetapi keputusannya seolah-olah sudah ada. Ini menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap sistem perjalanan bicara pilihanraya di negara ini. * Penulis adalah calon PAS Dun Rungkup, Perak dan membuat petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 untuk Dun ini. | ||
Kuala Brang catat kos petisyen paling tingggi, RM150,000 Posted: 01 Aug 2013 02:40 AM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] KUALA TERENGGANU: Petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos RM150,000. Hakim Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya menolak petisyen yang dibuat oleh seorang pengundi di kawasan itu, Ahmad Zamani Yusof. Mahkamah menganugerahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada setiap respondan petisyen ini iaitu Adun Kuala Brang, Tengku Putera Tengku Awang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pengurus pilihan raya DUN ini. Sebelum ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat PAS dari Dun Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun. Dalam petisyen itu, petisyen BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah yang sama. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada Tengku Putera dengan majoriti 449 undi di Dun Kuala Brang. Sebelum ini, rekod kos petisyen dicatat oleh calon PKR untuk parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, apabila dikenakan kos RM120,000. Ekoran itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen. Semalam Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu membangkit isu ini dalam sidang medianya. (Mohamad Sabu dan rakan-rakannya dalam sidang media semalam) "Kes-kes pengendalian pilihan raya semacam ada pengarahan. Ia diselesaikan tanpa perbicaraan dan kos yang dituntut mahkamah amat luar biasa yang dikenakan ke atas petisyen dari PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata Mohamad Sabu dalam sidang media itu. Ekoran itu, beliau mewakili PAS melahirkan rasa pelik dengan kepincangan yang berlaku sedangkan sebelum ini pihak SPR dan kerajaan berkata, mana-mana yang tidak berpuashati dengan perjalanan pilihan raya ini boleh membawanya ke mahkamah. "Jangan salahkan rakyat jika ada persepsi di kalangan mereka mahkamah sekarang telah kembali ke zaman Dr Mahathir dulu yang boleh ditentukan keputusannya dan berlaku beli belah hakim yang menyebabkan rakyat tidak mendapat keadilan sebenarnya," tambah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media yang sama. Beliau bimbang, selepas protes kepada SPR, rakyat akan buat protes pula di depan Istana Keadilan kerana tidak berpuashati dengan pengadilan kes petisyen pilihan raya ini. | ||
Selangor Mohon Penguasa PBT Jadi Polis Bantuan Posted: 31 Jul 2013 07:16 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. SHAH ALAM: Berikutan peningkatan kes jenayah berat melibatkan senjata api, kerajaan Selangor akan memohon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan pasukan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai polis bantuan bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setelah permohonan sama ditolak sebelum ini, kerajaan Selangor akan sekali lagi memohon kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa membanteras jenayah. "Justeru, kami bersedia mengadakan perbincangan bersama menteri Dalam Negeri dan ketua Polis Negara bagi mencapai kata sepakat dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu. Abdul Khalid berkata baru-baru ini, PDRM hanya meluluskan permohohonan untuk membenarkan 20 penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai polis bantuan tetapi kuasa itu sangat terhad kepada satu tugas sahaja iaitu mengawal bangunan MBPJ. Beliau berkata dalam keadaan sekarang, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor akan sependapat bahawa sudah tiba masanya usaha menjaga keselamatan dipertingkatkan termasuk dengan membuka peluang kepada lebih ramai pelantikan anggota polis bantuan yang mempunyai kuasa sama seperti anggota polis. "Kami akan cuba cari jalan bagaimana penambahan tenaga pasukan keselamatan itu diberikan lebih luas lagi kuasa dan sudah tentu untuk diberikan lebih kuasa, latihan serta penempatan diperlukan dan untuk itu kerajaan negeri bersedia membiayainya. "Bagaimanapun mereka (anggota penguatkuasa yang dilantik sebagai polis bantuan) akan mempunyai kuasa yang sama dengan polis hanya bila polis bersetuju mereka dilantik sepenuhnya dan telah diberi pentauliahan," katanya. Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor bersedia mengemukakan kira-kira 30 anggota penguatkuasa PBT dengan anggaran kos latihan dan penempatan melibatkan lebih daripada RM3,000 seorang. BERNAMA | ||
Pemain Hoki Negara, Boon Huat Maut Kemalangan Posted: 31 Jul 2013 07:10 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] | ||
Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat Posted: 31 Jul 2013 06:48 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
| ||
Posted: 31 Jul 2013 06:40 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Ada tiga kesan tembakan pada perut, pinggang Parit Buntar: Seorang pemandu van kilang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di persimpangan Jalan Permai Utama berdekatan Taman Seri Semarak, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa, N Jeevandran, 26, yang tinggal di taman berkenaan maut di tempat kejadian dengan tiga kesan tembakan iaitu di perut dan pinggang. Mangsa yang juga bekerja sambilan memasang khemah ditemui mati dalam keadaan terlentang di tepi jalan selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersendirian ditembak sebaik tiba di persimpangan berkenaan. "Tembakan mengenai perut dan pinggang mangsa menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya. Mati tempat kejadian "Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat," katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk membabitkan kes jenayah mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan dipercayai baru dibebaskan daripada tahanan Disember tahun lalu. "Polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian. Polis masih mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Terima panggilan Sementara itu, bapa saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Ajamanikam, 60, berkata beliau difahamkan anak saudaranya itu keluar dari rumah selepas menerima panggilan daripada seseorang yang memintanya berjumpa di satu tempat. Malam Ahad lalu, seorang lelaki maut dan dua lagi rakannya parah ditembak dalam kejadian di Kampung Simee, di Ipoh, ketika mangsa minum bersama rakan lain di sebuah restoran.BH/- | ||
Lelaki AS kena 165 tahun penjara kesalahan penderaan seks di Haiti Posted: 31 Jul 2013 06:26 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - MIAMI: Seorang lelaki dari Michigan dijatuhi hukuman penjara 165 tahun oleh Mahkamah Miami hari ini kerana sanggup ke Haiti dari Florida beberapa kali untuk melakukan penderaan seks kepada puluhan kanak-kanak di rumah penjagaan untuk orang miskin yang dimilikinya. Juri mahkamah memutuskan Matthew Andrew Carter, 68, didapati bersalah atas lima tuduhan pada Februari lalu kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak, termasuk cubaan mengadakan pelancongan seks membabitkan kanak-kanak. Pada hari kedua keputusan penghakiman, Hakim Joan Lenard memerintahkan Carter dikenakan hukuman maksimum iaitu 15 tahun penjara untuk kesalahan pertama dan 30 tahun penjara untuk tuduhan berikutnya. Carter yang turut menggunakan nama "William Charles Harcourt" dan "Bill Carter," menguruskan pusat penjagaan Morning Star Center di Croix-des-Bouquets dan di ibu negara, Port-au-Prince, mulai 1995. Pihak pendakwa tertuduh mensasarkan orang miskin dan kanak-kanak tidak berumah sebagai mangsa mereka. Bekas penghuni Morning Star yang dipanggil untuk perbicaraan dan juga ketika sesi penghakiman, memberitahu tertuduh memaksa mereka mengadakan hubungan seks ketika tertuduh mengagihkan makanan, pakaian, patung permainan, tempat perlindungan dan kelas tuisyen ketika mereka berusia kanak-kanak. "Perbuatan Carter menyebabkan reputasi Amerika tercalar sebagai negara yang ikhlas memberi bantuan kepada golongan memerlukan," kata Lenard. "Ingin saya nyatakan di sini kepada semua mangsa tertuduh, saya sebagai warga Amerika, saya meminta maaf kepada anda. Ini bukan cara Amerika," katanya. Ribuan kanak-kanak hidup di rumah anak yatim atau pusat penjagaan seperti Morning Star meskipun salah seorang ibu bapa mereka masih hidup akibat kemiskinan. - AFP | ||
08:57:58 AM Parlimen Lembah Pantai kekal milik PKR, mahkamah tolak petisyen Posted: 31 Jul 2013 06:20 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Lembah Pantai kekal menjadi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Mahkamah Pilihan Raya, hari ini, menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Petisyen bagi kawasan itu yang difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan. | ||
Kabinet Mesir arah polis hentikan keganasan pro-Morsi Posted: 31 Jul 2013 06:16 PM PDT 23 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Kabinet Mesir hari ini mengarahkan polis membanteras penunjuk perasaan oleh penyokong setia Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ketika wakil Eropah tiba di Kaherah untuk membantu mengangani krisis itu. Arahan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan di Mesir selepas tunjuk perasaan besar-besaran itu menyebabkan lebih 82 orant terbunuh. Usaha diplomatik bagi mengembalikan semula keamanan di Mesir itu turut membabitkan Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman yang menghantar wakil bagi tangani krisis berkenaan. Kabinet Mesir mengumumkan bahawa protes yang dilancar penyokong Morsi di dua tempatan di Kaherah itu boleh mengancam keselamatan negara. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan