:: cina islam | 2011 :: |
- Banjir
- Rasuah: Ketua Umno Pandan dipenjara 8 tahun
- Deepak ikrar akan terus buat pendedahan
- Banjir beransur pulih di Pahang, Kelantan dan Terengganu
- Bot karam, sekurang-kurangnya 22 maut, 69 hilang
- Apple diarah bayar pampasan berjumlah RM498,920
Posted: 28 Dec 2012 03:09 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya" (HR. Muslim). Tiada hari tanpa kehadiran air dalam kehidupan kita di dunia ini. Di dalam tubuh, sebahagian isinya berupa air. Air juga perlu untuk melepaskan dahaga sekaligus menyelaraskan makanan dalam tubuh. Bukan hanya itu, karunia Allah dalam bentu cair itu juga diperlukan untuk membersihkan diri. Kerap juga digunakan untuk menyirami tanaman dan jakur angkutan. Demikian banyak manfaat air yang bisa dinikmati setiap hari, sehingga sepantasnya disyukuri sebanyak-banyaknya kepada Allah sebagai Pencipta air. Karena itu, kiranya tak pantas merasa marah tatkala sesekali air datang dalam jumlah besar, atau bahkan dalam bentuk bencana banjir. Musibah banjir sepantasnya disikapi dengan bersabar. Apalagi banjir seringkali datang sebagai akibat dari perilaku buruk manusia juga. Pasalnya, sebahagian orang serampangan menebang pohon dan tidak menjaga lingkungan. Apalagi Allah telah berjanji akan menampakkan sebahagian akibat dari perilaku buruk manusia di dunia ini. Munculnya sebahagian dari akibat tersebut, termasuk banjir, manusia diharapkan menjadi sadar diri, dan kembali ke jalan yang benar (QS. Ar-Ruum: 41). Sabar sebaiknya dipadukan dengan belajar. Belajar dari kesalahan, termasuk kesalahan dalam mempergunakan alam, merupakan sifatnya orang-orang beriman. Kesalahan yang pernah dilakukan sebelumnya akibat kekurangtahuan dijadikan pelajaran untuk memperbaiki perilaku diri seraya mencari solusi. Bukan bertambah bebal dalam perilaku buruk, meskipun bencana telah berulangkali ditimpa. Serambi/- |
Rasuah: Ketua Umno Pandan dipenjara 8 tahun Posted: 28 Dec 2012 03:00 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - Ketua Umno Bahagian Pandan dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007. Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pembelaan. Dalam penghakimannya, beliau berkata keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata serta satu pembelaan yang berbentuk "difikirkan kemudian". "Penjelasan tertuduh semasa pembelaannya adalah tidak konsisten, ia direka bagi menyesuaikan keterangan saksi pendakwaan," katanya. Rozilah turut tidak membenarkan Abd Ghani untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah mengambil kira bantahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Roziza Sidek yang berhujah bahawa tiada sebarang alasan yang membolehkan mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara berikutan ia bukan sesuatu keadaan yang istimewa. Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta denda RM120,945 terhadap tertuduh yang didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189. Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam, 4 Ogos 2006. Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM120,945 bagi kesalahan menerima rasuah daripada Abdul Rahman berjumlah RM24,189. Rozilah turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara serta denda berjumlah RM725,670 bagi enam lagi pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Abd Ghani bagi kesalahan sama iaitu menerima rasuah sebanyak RM145,134 daripada Abdul Rahman. Bagi pertuduhan kedua hingga kesembilan itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di ibunegara, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007. Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman penjara bagi sembilan pertuduhan tersebut berjalan serentak iaitu lima tahun. Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 Abd Ghani dihukum penjara tiga tahun serta denda RM10,000 bagi kesalahan memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub-kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006. Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ. Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan. Terdahulu ketika penghakiman dibacakan, Abd Ghani yang diwakili peguam Md Yunos Shariff, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba sehingga prosiding terpaksa ditangguhkan selama lima belas minit sebelum diteruskan semula. - Bernama |
Deepak ikrar akan terus buat pendedahan Posted: 28 Dec 2012 02:59 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya. "Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama. Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu. Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan. Sumber : Malaysiakini/- |
Banjir beransur pulih di Pahang, Kelantan dan Terengganu Posted: 28 Dec 2012 02:54 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Keadaan kawasan yang dilanda banjir di negeri-negeri Pantai Timur beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Pahang, Kelantan dan Terengganu terus menurun, petang semalam. Menurut portal portal rasmi kerajaan negeri-negeri berkenaan, jumlah terkini keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ialah 21,013 orang berbanding 22,093 pagi semalam. Di KELANTAN jumlah mangsa banjir menyusut kepada 5,951 orang berbanding 6,000 pada sebelah pagi semalam. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mereka membabitkan 1,933 buah keluarga yang ditempatkan di 18 buah pusat pemindahan di tiga jajahan, di mana mangsa banjir di Pasir Mas kini berjumlah 3,318 orang diikuti Tumpat (2,467) dan Kota Bharu (166). Jajahan Pasir Puteh bagaimanapun kini bebas banjir selepas sebuah pusat pemindahannya ditutup secara rasmi tengah hari tadi apabila kesemua 18 mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencecah paras bahaya namun ia semakin susut secara beransur-ansur berikutan cuaca yang terus baik. Di TERENGGANU jumlah mangsa yang berada di pusat penempatan menurun kepada kira-kira 14,880 orang keluarga berbanding 16,413 pada pagi semalam yang membabitkan 3,510 keluarga. Menurut portal banjir negeri, di daerah Kemaman mangsa seramai 9,601 orang (1,214 keluarga), Dungun 4,026 orang (1,017 keluarga), Kuala Terengganu 953 orang (220 keluarga), Setiu 185 (44 keluarga), Hulu Terengganu 77 (18 keluarga) dan Marang 22 (5 keluarga). Setakat ini, daerah Besut pulih dari banjir dan pusat penempatan banjir yang masih beroperasi sehingga petang ini ialah 74 iaitu Dungun sebanyak 37, Kemaman (24), Kuala Terengganu (6), Setiu (3), Marang dan Hulu Terengganu masing-masing 1. Di PAHANG, hanya daerah Kuantan yang masih menempatkan mangsa banjir seramai 182 orang daripada 46 keluarga di mana kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di SK Galing selepas penempatan mereka di tiga buah kawasan masih dinaiki air. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Penempatan yang terlibat adalah di Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan. Daerah Pekan yang mencatatkan mangsa pemindahan seramai 44 orang daripada 9 keluarga di SK Sinar Mutiara dibenarkan pulang pada 11 pagi tadi. Sementara itu hanya Jalan Kuantan By Pass di KM18 ditutup kepada kenderaan ringgan selepas air menaiki jalan setinggi 0.18 meter. Di PUTRAJAYA, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai di negeri-negeri terlibat banjir supaya menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pesakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang perlu mengambil ubat secara berterusan, perlu mempunyai bekalan ubat yang mencukupi untuk dibawa ke pusat pemindahan. "Jika terputus bekalan, sila bawa kad rawatan ke pusat pemindahan dan tunjukkan kepada anggota kesihatan bertugas kerana klinik yang biasa mereka kunjungi mungkin dinaiki air atau terputus hubungan kerana jalan dinaiki air," katanya dalam satu kenyataan semalam. Dr Lokman berkata, ibu-ibu mengandung terutamanya yang hampir mendekati tarikh jangkaan bersalin pula dinasihat berpindah ke kawasan berdekatan hospital atau di luar kawasan banjir untuk memudahkan ke hospital. Beliau berkata, mangsa banjir juga perlu mengelakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak dimasak serta mendapatkan rawatan dari pasukan perubatan yang melawat pusat pemindahan jika berasa kurang sihat. Anak-anak juga perlu diawasi daripada bermain dengan air banjir kerana ia tercemar dan kotor yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit berjangkit seperti cirit-birit, demam kepialu (tifoid), hepatitis A dan leptospirosis (penyakit kencing tikus), katanya. - BERNAMA |
Bot karam, sekurang-kurangnya 22 maut, 69 hilang Posted: 28 Dec 2012 02:50 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - BISSAU, 29 Dis. - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 69 lagi hilang selepas bot yang mereka naiki karam di kawasan laut Guinea-Bissau, semalam. Seramai 97 penumpang dilapor menaiki bot tersebut yang dalam perjalanan dari pulau Boloma di Lautan Atlantik ke Bissau. Seorang anggota penyelamat yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata, mereka menemui 22 mayat dan berjaya menyelamatkan enam orang. Insiden tersebut dipercayai akibat bot berkenaan membawa lebih muatan, ditambah lagi dengan keadaan ombak kuat di kawasan terbabit. - AFP |
Apple diarah bayar pampasan berjumlah RM498,920 Posted: 28 Dec 2012 02:48 PM PST 15 Safar 1433H. [MOD] - BEIJING 29 Dis. - Sebuah mahkamah China di sini semalam mengarahkan syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. membayar pampasan kepada lapan penulis rakyat negara ini dan dua syarikat selepas didapati bersalah menjual buku tanpa lesen secara dalam talian. Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikat yang berpangkalan di California itu diarahkan membawa pampasan berjumlah 1.03 juta yuan (RM498,920) kerana melanggar hak cipta kesemua plaintif. Xinhua yang memetik kenyataan seorang peguam plaintif berkata, mereka mendapati beberapa aplikasi yang mengandungi buku versi elektronik yang tidak berlesen boleh dimuat turun melalui produk Apple pada tahun lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan