Rabu, 23 Mac 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


VIDEO SEKS - NAJIB BELUM KATA, `LEMBU KULIM' SUDAH TAHU SIAPA TERLIBAT

Posted: 23 Mar 2011 02:00 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

GEMPAR dengan video Seks di Seri Carcosa. Tayangan Perdana secara percuma dan dijemput para wartawan untuk menyaksikannya. Bertepatan dengan pembubaran Dun Sarawak, tiba-tiba muncul video seks ini seperti mana kisah seorang pemuda yang tidak mencuci duburnya beberapa hari yang bersumpah laknat di dalam masjid menjelang Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh dahulu.

Sumpah laknat pemuda yang kini bergelar`haji' yang pernah seluar dalamnya didapati berada di rumah seorang wanita itu mungkin kebetulan dengan Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh, dan video seks yang didedahkan oleh Mr `T' itu pun mungkin kebetulan juga dengan pembubaran Dun Sarawak. Di zaman Najib memang banyak yang terjadi secara `kebetulan', bahkan peruntukan serta projek-projek banyak dicurahkan kebetulan dengan Pilihanraya Kecil.

Seorang lelaki dari Kulim yang digelar `firaun besar' dan saya namakan di sini sebagai Mr `Z' telah mengeluarkan kenyataan di TV 3 Suku dan akhbar pencacai Utusan Meloya berkaitan video seks seperti yang didedahkan oleh Mr `T'. Mr Z menyebut beliau percaya melebihi 100 peratus bahawa memang pemimpin pembangkang ternama itu terlibat dengan skandal di dalam video berkenaan.

Tidak pula beliau nyatakan samada beliau sudah menonton atau tidak video tersebut. Itu tidak penting, kerana kita tahu Mr Z ini kalau dia bermimpi bahawa tokoh pembangkang yang amat dibencinya itu melakukan `projek' dengan bini dia sekali pun, Mr Z pasti percaya bahawa mimpinya itu benar-benar berlaku. Kerana apa? Sebab Mr Z terlalu busuk hatinya dan dendamnya terhadap tokoh pembangkang tersebut.

Sebelum ini ramai yang menghormati Mr Z bukan kerana kewarakan atau alimnya dia di dalam ugama, tetapi semata-mata kerana dia adalah salah seorang pejuang yang bersama-sama rakyat untuk menjatuhkan rejim sekutu Apco. Itu dulu, kini Mr Z dari Kulim ini telah pun berselimut dengan sekutu Apco setelah diterajang keluar dari PKR.

Kelebihan Mr Z ini adalah berbohong. Beliau sendiri pernah mengaku bahawa sepanjang beliau berada di dalam PKR beliau selalu berbohong kununnya atas arahan bosnya dulu. Ertinya, sepanjang beliau berada di dalam PKR, beliau menjadi lembu dicucuk hidung. Sekarang pun, beliau masih lembu cuma tuannya berbeza, kali ini tuannya lebih kaya raya, maklumlah sekutu Apco. Perut Mr Z sentiasa berisi sekarang setelah bersama puak sekutu Apco itu.

Perangai suka berbohong memang tidak boleh diubah oleh Mr Z, mungkin dia dilahirkan memang untuk menjadi `lembu yang suka berbohong'. Sebagai contoh, dia pernah menulis menghentam ahli DAP kununnya menentang Azan di sebuah masjid. Sebenarnya yang berlaku bukan ahli DAP tetapi kes tersebut melibatkan ahli MCA.

Itu satu contoh betapa Mr Z ini akan menulis atau bercakap tanpa menyiasat terlebih dahulu dan tidak menggunakan otaknya. Benarlah kata orang, otak lembu memang tidak boleh berfikir. Begitulah juga dengan kes video seks yang terbaru ini. Samada beliau sudah menonton atau tidak, Mr Z terus menuduh musuh ketatnya itu terlibat. Beliau terpaksa tonjolkan sifat lembu kepada tuannya.

Percayalah, orang Kulim Bandar Baru tidak mahu `lembu bodoh' lagi. Tunggulah saat dan waktunya lembu bodoh ini dikorbankan walaupun nanti tiada siapa yang mahu memakan dagingnya kerana lembu ini busuk berbau bangkai luar dan dalam.

oleh WFAUZDIN NS

SUMPAH SI PENDERHAKA BOLEH DIPERCAYAI ?

Posted: 23 Mar 2011 01:11 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ANWAR mahu jadikan Malaysia sebuah Negara Republik? Otak yang waras mana mahu percaya cerita ini? Tetapi itulah yang dijaja oleh mak cik Ummi sewaktu berceramah di Besut baru-baru ini.

Saya rasa sudah bermacam-macam tuduhan dan gelaran diberikan kepada Anwar semenjak beliau dipecat dari kabinet dan Umno. Dari fitnah moral, pengkhianat negara, pengkhianat Melayu, Pro Cina, ejen Amerika, pluralisme dan macam-macam lagi dan terkini Anwar dikatakan mahu mewujudkan Negara Republik.

Siapa yang bercakap? Mak cik Ummi yang bapanya tidak mengaku anak itu yang bercakap begitu. Melucukan, mak cik ummi menjadikan `roh' sebagai saksi atas dakwaannya itu. Beliau mendakwa bapanya tahu perkara itu setelah diberitahu oleh abangnya Azmin. Harus diingat, bapa azmin (bapa Ummi ?) telah meninggal dunia dan tidak boleh mengesahkan dakwaan mak cik Ummi tersebut.

Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu. "Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya. Ceramah mak cik Ummi tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.

Saksi yang masih hidup hanyalah Azmin, dan Azmin sahaja yang boleh mengesahkan dakwaan mak cik Ummi itu. Nampaknya mak cik Ummi belajar dari Tun Mahathir dua perkara; Pertama, berani menuduh tapi tidak berani bercakap di dalam mahkamah. Kedua, menjadikan `roh' (orang mati) sebagai saksi.

Dulu Mahathir kata dia mempunyai banyak bukti tentang salah laku Anwar, tapi bila di sapina hadir ke mahkamah Mahathir tidak datang. Mak cik Ummi pun telah hadir ke mahkamah dulu dalam kes fitnah liwat 1, tetapi tidak timbul langsung cerita-cerita yang beliau jaja sekarang. Mahathir kaitkan yang sudah meninggal di dalam bukunya tentang pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mak cik Ummi pula kaitkan insan yang telah meninggal di dalam dakwaan terbarunya tentang penubuhan Negara republik. Apa beza mak cik Ummi dengan Mahathir?

Hakikatnya, puak mereka amat terdesak untuk membunuh karier Anwar kerana dengan membunuh karier Anwar sahaja sekutu Apco ini akan terus menipu dan mencekik darah rakyat. Amat malang bagi kita yang masih gagal untuk menggunakan akal yang Allah kurniakan ini bagi menilai sesuatu isu. Tidak menghairankan jika ada yang berani bersumpah apatah lagi yang bersumpah itu berani menderhaka kepada bapanya sendiri.

Oleh: WFAUZDIN NS

Mangsa banjir Kerian meningkat 280 orang

Posted: 23 Mar 2011 01:00 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian dekat Ipoh meningkat daripada 88 orang semalam kepada 280 orang sehingga pagi ini.

Mereka yang dipindahkan terdiri 163 orang dari Kampung Alor Setangguk, 18 dari Kampung Batu 37 dan 38, 41 dari Kampung Parit Abu Hasan, 44 dari Batu 40 Bukit Merah, empat dari Kampung Parit Mat Keling, lapan dari Kampung Tebuk Pancur dan dua dari Kampung Perlis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa banjir itu dipindahkan ke dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah.

Mereka dipindahkan sejak petang semalam hingga tengah malam tadi setelah kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Mat Fauzi berkata jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Malaysiakini/-

Najib Pengaruhi Keputusan Mahkamah, Kata Anwar

Posted: 23 Mar 2011 01:00 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 23 MAC : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menerima pakai tiga barangan sebagai bahan bukti kes Fitnah 2 sebagai tindakan terdesak dan berada di bawah tekanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata demikian mengulas keputusan hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah yang mengubah keputusan perbicaraan dalam perbicaran sebelum ini bagi membenarkan tiga bahan tersebut, yang diperoleh secara tipu helah dijadikan bukti di mahkamah.
"Saya juga faham bahawa tekanan dalam kes ini terutama keputusan awal hakim daripada Perdana Menteri dan kabinet itu dibuat secara terbuka.

"Jadi tentunya keputusan hari ini tidak mengejutkan," ujarnya mengulas keputusan berkenaan.

"Bagi kita, ia tidak selaras dengan hukum dan undang-undang tetapi saya bincang dengan peguam, kita akan hadapi dan kita akan lakukan sebaiknya.
Malah, Anwar turut mempersoalkan tindakan hakim Zabidin menukar keputusan itu dalam masa yang singkat.

"Cara hakim merubah keputusan dalam masa terlalu singkat atas alasan teknikal itu juga belum pernah berlaku tetapi dalam kes Anwar ini banyak yang belum pernah berlaku, berlaku," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan perbicaraan dalam perbicaran sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Tv Selangor/-

Jagalah Dirimu

Posted: 23 Mar 2011 12:59 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Peringatan penting wahai Saudaraku seagama…. Wahai orang yang memperhatikan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala , " Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. "( At-Tahrim : 6 )

Inilah peringatan dari orang yang mencintaimu, rindu kepadamu, bacalah dengan pandangan yang adil, jauh dari hawa nafsu, fikirkanlah dimanakah posisimu ? " Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman ,untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan pada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) " (Al Hadid : 16)

Ingatlah wahai saudaraku, keadaanmu di saat engkau merasakan pedihnya sakaratul maut, yang pada saat menghadapinya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Aalihi Wasallam sebagai makhluk yang paling dicintai Allah bersabda : " Tiada Ilaahyang berhak disembah selain Allah , sesungguhnya dalam kematian itu terdapat rasa kesakitan. " (H.R. Bukhari) Bayangkan wahai saudaraku, engkau berada di hadapan kematian ini. Malaikat Maut tepat berada di atas kepalamu.

Nafasmu tersengal, nyawamu meregang, mulutmu terkunci, anggota badanmu lemas, lehermu berkeringat, matamu terbelalak, pintu taubat telah tertutup untukmu, dahimu berkeringat, di sekitarmu penuh dengan tangisan dan suara rintihan, sedang engkau dalam kesedihan yang mendalam, tiada yang dapat menyelamatkan dan menghindarkanmu darinya.

Engkau saksikan peristiwa mengerikan tersebut setelah sebelumnya kenikmatan dan kesenangan yang kamu rasakan. Telah datang kepadamu ketentuan Allah , lalu nyawamu diangkat ke langit. Kebahagiaan atau kesengsaraankah yang engkau peroleh ? Cukuplah kematian sebagai nasihat, cukuplah kematian menjadikan hati bersedih, menjadikan mata menangis, perpisahan dengan orang-orang tercinta,penghilang segala kenikmatan, pemutus segala cita-cita.

Wahai orang yang tertipu oleh dunianya,wahai orang yang berpaling dari Allah , wahai orang yang lengah dari ketaatan kepada Rabbnya, wahai orang yang setiap kali dinasihati, hawa nafsunya menolak nasihat ini, wahai orang yang dilalaikan oleh nafsunya dan tertipu oleh angan-angan panjangnya…

Pernahkah engkau memikirkan saat-saat kematian sedangkan engkau tetap dalam keadaanmu semula? Tahukah kamu apa yang akan terjadi pada dirimu di saat kematianmu ? Tentu saat ini engkau mengucapkan dalam hatimu, saya akan mengucapkan Laa Ilaaha Illallah . Tidak mungkin wahai saudaraku, jika engkau masih tetap lalai dan berpaling dari kebenaran hingga tiba saat-saat kematianmu, tentu engkau tidak akan mampu mengucapkannya, bahkan kamu akan berharap untuk dihidupkan kembali.

Saudaraku, tahukah engkau kapan hari kematianmu ? di mana kamu akan mati? engkau tentunya tidak akan tahu secara pasti ! Jadi kenapa kamu menunda-nunda taubatmu, dan selalu berkata, " Aku akan taubat, aku akan taubat." Seorang terpercaya bercerita kepadaku," Ada seorang pemuda yang mendapat kecelakaan.

Salah seorang polisi segera datang ke tempat kecelakaan tersebut untuk menolongnya, namun ia mendapati pemuda itu sudah dalam keadaan sekarat. Polisi itu berkata kepada pemuda tersebut ' Ucapkanlah Laa Ilaaha Illallah !' Pemuda itu kemudian mengangkat telunjuknya ke atas dan berkata, ' Laa Ilaaha Illallah .' Lalu ia meninggal dunia.

Setelah dimandikan dan dishalatkan, polisi tadi pergi ke rumah keluarga pemuda tersebut untuk memberitahukan bahwa anaknya telah mengucapkan syahadat sebelum meninggal. Ia berkata,'saya membawa berita gembira untuk anda, bahwa anak anda mengucapkan syahadat sebelum meninggal.' Orang tua pemuda tersebut menjawab,'kami pun memberitahu anda, sesungguhnya anak kami tersebut baru saja bertaubat kepada Allah sekitar dua minggu yang lalu'."

Saudaraku,… bayangkanlah jika badanmu telah berpisah dengan roh-mu dan engkau sudah dimandikan, dikafani dan dishalatkan. Setelah itu engkau akan dimasukkan ke dalam kubur dengan diangkat di atas pundak, padahal sebelumnya engkau menjadi orang yang mengangkat jenazah atau orang yang berziarah ke kubur. Di saat itu, apa kata jenazahmu, akankah mengucapkan " Cepat, cepat…..!" ataukah akan mengucapkan," Hai, ke mana kalian akan membawaku ?

"( Hadits riwayat Al-Bukhari, An-Nasaa'i,Al-Baihaqy dan Ahmad, dalam hadits : " Di saat jenazah diletakkan di liang kuburnya dari pundak-pundak orang yang mengangkatnya, jika jenazah itu dulunya orang yang shalih, ia akan berkata,' cepat,cepat…!' Dan apabila jenazah itu dulunya bukan orang yang shalih,ia akan berkata,'Hai, ke mana kalian akan membawaku ?' Suara ini terdengar oleh setiap makhluk selain manusia, dan jika manusia mendengarnya,niscaya ia akan pingsan.

" ) Kemudian engkau dimasukkan ke dalam kuburanmu oleh orang-orang yang engkau kenal. Mereka meletakkanmu ke dalam lubang bumi dan menutupi liang lahatmu dengan papan kemudian mereka menimbun kuburanmu dengan tanah. Lalu mereka mendo'akanmu. Kemudian mereka meninggalkanmu sendirian dalam kegelapan. Di atasmu hanya ada tanah, di bawahmu tanah, di kananmu tanah,di kirimu tanah.

Kemudian ruh-mu dikembalikan ke jasadmu, dan datanglah kepadamu dua malaikat yang biru kehitam-hitaman.Lalu keduanya bertanya kepadamu, "Siapa Rabbmu ? Apa agamamu ? Siapa nabi yang diutus kepadamu ? Maka dengan apa kamu akan menjawab ? Jika di saat mati engkau telah bertaubat, jujur dan beriman, maka Allah akan menetapkan imanmu pada saat itu. Allah berfirman :

" Allah meneguhkan ( iman ) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, dan ALLAH menyesatkan orang-orang yang zhalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki." ( Ibrahim : 27 ) Dengan demikian engkau mampu mengucapkan," Allah Rabbku, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam Nabiku, Islam agamaku.

" Lalu terdengarlah suara dari langit ,"Hambaku berkata benar,berikan dia selimut dari Surga, bukakan pintu Surga baginya !" Maka engkau pun bisa mencium bau Surga, merasakan kenikmatannya, dilapangkan kuburmu sejauh mata memandang.

Lalu datanglah kepadamu seseorang yang tampan,berpakaian indah dan beraroma wangi lalu berkata kepadamu," Aku membawa kabar baik yang menyenangkanmu. Inilah hari yang telah dijanjikan sebelumnya kepadamu.

" Lalu engkau bertanya kepadanya," Siapakah engkau, wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan?" ia menjawab,"Saya adalah amal shalihmu." Selanjutnya dibukakan bagimu pintu Surga dan ditunjukkan kepadamu pintu Neraka, dan amalmu berkata,"

Inilah tempatmu bila engkau berbuat maksiat terhadap Allah , Allah menggantikannya bagimu dengan Surga karenaku." Di saat engkau melihat surga engkau berkata," Ya Rabbku, segerakan hari Kiamat. Rabbku, segerakan hari kiamat. Oh kebahagiaan, oh kesenangan, oh kemenangan…!"

Namun apabila seorang hamba meninggal –semoga Allah melindungi kita- ia menyia-nyiakan agamanya, meninggalkan shalatnya, mengejek orang-orang shalih, mengerjakan kemungkaran dan ia meninggal dalam keadaan demikian.

Tahukah kamu, dengan apa ia akan menjawab pertanyaan kedua malaikat tadi, siapa Rabbmu, apa agamamu, siapa Nabi yang diutus kepadamu ? Ketahuilah, ia akan menjawab dengan, " Hah… hah…,aku tidak tahu !" Lalu terdengarlah seruan " Bohong ! Baringkan ia di Neraka, bukakan baginya pintu Neraka !"

Maka ia pun merasakan panas dan racun Neraka,kuburannya menghimpit dia hingga meremukkan tulang-tulangnya. Kemudian datanglah kepadanya seseorang yang berwajah buruk, berbaju lusuh dan berbau busuk, ia berkata," Saya datang membawa berita buruk untukmu. Inilah hari yang dijanjikan kepadamu." Ia menjawab, " Siapakah kamu ? Wajahmu membawa berita buruk. " Orang itu menjawab," Saya adalah amal burukmu." Kemudian orang tersebut dijadikan buta, bisu dan tuli, di tangannya ada sebatang besi, apabila sebuah gunung dipukul dengan besi itu niscaya akan menjadi debu.

Orang yang banyak dosa itu lalu dipukul sekali dengan palu godam lalu menjadi debu, kemudian Allah mengembalikan lagi seperti semula, selanjutnya ia dipukul lagi hingga ia menjerit dengan lengkingan yang bisa didengar oleh seluruh makhluk, selain jin dan manusia. Kemudian dibukakan pintu Neraka dan disiapkan baginya tempat di Neraka.

Lalu ia berkata," Ya Rabbku, janganlah Engkau datangkan hari Kiamat, janganlah Engkau datangkan hari Kiamat !" ( Hadits riwayat Abu Daud, An-Nasaa'i,Imam Ahmad dan Hakim, ia berkata bahwa hadits ini shahih menurut kriteria Al-Bukhari dan Muslim, dari hadits panjang Al-Barra bin 'Azib radhiallahu 'anhu)

Wahai calon penghuni kubur, apa yang menjadikanmu terpedaya oleh dunia ? Tidakkah engkau mengetahui bahwa kamu akan meninggalkan duniamu dan duniamu akan meninggalkanmu ? Mana rumahmu yang megah ? Mana pakaianmu yang indah ? Mana aroma wewangianmu ? Mana para pembantu dan keluargamu ?

Mana wajahmu yang tampan ? Mana kulitmu yang halus ? Bagaimana keadaanmu setelah tiga hari dikubur ? Saat itu tubuhmu telah ditumbuhi ulat dan cacing ; mengoyak kafanmu ; mengahapuskan warnamu ; memakan dagingmu ; masuk ke dalam tulangmu ; mencerai-beraikan anggota tubuhmu ; merobek sendi – sendimu ; melelehkan biji matamu di pipimu …..

( Sebagian ungkapan ini nasehat Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang zuhud ) Coba perhatikan, apa yang telah engkau persiapkan untuk menjadikan kuburanmu sebagai taman Surga ? Kemudian renungkanlah, wahai saudaraku, keadaan para makhluk yang takut dengan kedahsyatan hari Kiamat, mereka berdiri menanti datangnya penentuan dan menunggu munculnya yang memberi syafa'at kepadanya.

Pada saat itu orang-orang yang berdosa diselimuti oleh kegelapan yang pekat, dan dijilat oleh api-api yang membara,diperdengarkan kepada mereka suara yang mengerikan yang muncul dari neraka. Hiduplah sesuka hatimu. Tumpahkan dan hamburkan kesenangan demi kesenangan untuk memuaskan nafsumu.

Katakan semaumu tentang Islam, orang – orang shalih, keta'atan dan kebaikan. Bergembiralah dan tertawalah sepuas-puasmu kepada dunia. Kelak pada akhirnya, engkau juga akan meregang di tengah sakaratul maut, dan entah kapan, itu pasti menimpamu, lalu engkau mati.

Saat itu, malaikat maut tepat berada di atas kepalamu ; hatimu bergetar ; nyawamu meregang ; mulutmu terkunci ; anggota badanmu lemas ; lehermu berkeringat ; matamu terbelalak , pintu taubat telah tertutup, orang –orang di sekitarmu menangis, sedang kamu sendiri mengerang menerima sakit, lalu nyawamu diangkat ke langit.

Pada waktu itu barulah engkau tahu pasti dan yakin bahwa selama ini kamu terpedaya. Tak berguna lagi air mata darah, yang ada siksa, derita dan merana selamanya. Saudara,…….. Sebelum semua itu terjadi, sebelum semuanya terlambat, selamatkanlah dirimu ! Yakinilah bahwa dunia ini bukan akhir dari segalanya.

Masih ada akhirat, yang justru di sanalah kehidupan yang sesungguhnya. Tempat pembalasan amal perbuatan manusia di dunia dengan seadil-adilnya. Selamatkanlah dirimu ! Bertaubatlah ! Dan ta'atilah petunjuk Rabbmu !

Dikutip dengan perubahan seperlunya dari buku " Jagalah dirimu " ( edisi terjemahan ) oleh penerjemah Ahmad Amin Sjihab, Lc terbitan Darul Haq, Jakarta. Judul buku asli : " Fasatadzkuruuna maa aquulu lakum waqafaat liman araadan najaat ", tulisan ABDUL MUHSIN BIN ABDUL RAHMAN BIN ABDUL MUHSIN, terbitan Daar Al Qaasim, Riyadh, cet.pertama 1416 H

Nur Ihsan

Senarai hitam syarikat terlibat rasuah

Posted: 23 Mar 2011 12:30 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA, 23 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil segala tindakan ke atas semua bentuk jenayah rasuah di negara ini.

SPRM dalam satu kenyataan menyatakan tindakannya merangkumi siasatan ke atas maklumat jenayah rasuah, menjalankan pemeriksaan dan perundingan ke atas sistem dan prosedur sesuatu agensi bagi menutup segala ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah serta menasihati ketua badan awam tentang perubahan dalam amalan, sistem dan tatacara yang sesuai untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah sebagaimana peruntukan Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM secara amnya telah membuat cadangan kepada Kerajaan Malaysia agar menyenarai-hitam, menggantung atau mengambil sebarang tindakan yang wajar ke atas mana-mana syarikat tempatan atau syarikat antarabangsa yang diketahui atau didapati melakukan perbuatan jenayah rasuah dalam memperoleh kontrak perkhidmatan, pembekalan atau pembangunan sama ada daripada agensi Kerajaan mahupun syarikat-syarikat milik kerajaan.

Pihak kerajaan pada dasarnya telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh SPRM.

SPRM secara khususnya juga telah membuat cadangan kepada pihak TM supaya syarikat antarabangsa ALCATEL-LUCENT SA termasuk anak syarikatnya ALCATEL-LUCENT Malaysia Sdn Bhd diambil sebarang tindakan yang sewajarnya kerana pengakuan yang telah dibuat oleh pihak ALCATEL di Amerika Syarikat mengenai pembayaran kepada konsultan di negara ini bagi mendapatkan marketing report and studies dan strategic intelligence report on Celcom’s positioning in the cellular industry in relation to its competitor yang mana dikatakan pihak konsultan berkenaan tidak mengemukakan kedua-dua laporan tersebut.

Cadangan penyenaraian-hitam, penggantungan atau sebarang tindakan ke atas syarikat tempatan mahupun syarikat antarabangsa adalah sebagai salah satu langkah pencegahan (deterrent) terhadap mana-mana syarikat yang terlibat dalam perbuatan jenayah rasuah bagi mendapatkan sebarang kontrak perkhidmatan, pembekalan atau pembangunan.

Cadangan yang dibuat kepada pihak kerajaan dan pihak berkaitan ini tidak sekali-kali menghalang atau menghadkan tindakan siasatan SPRM terhadap sesuatu kesalahan jenayah rasuah yang telah dilakukan.

Harakahdaily/-

Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April Ini

Posted: 23 Mar 2011 12:00 AM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR telahpun menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 21 Mac lalu berhubung pembubaran DUN Sarawak.

"Dengan ini kita mengumumkan 23 Mac tarikh keluar writ iaitu hari ini, 25 Mac tarikh notis pilihan raya, 6 April hari penamaan calon, 16 April tarikh pengundian," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata SPR akan menggunakan daftar pemilih suku pertama, kedua, ketiga dan empat tahun 2010 yang diwartakan pada 25 Mac iaitu membabitkan seramai 979,796 pengundi iaitu 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.

Katanya pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi dan saluran mangundi mereka melalui laman web rasmi SPR, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi terus ke pejabat SPR.

Abdul Aziz berkata bagi pilihan raya Sarawak kali ini, seramai 24,379 pegawai SPR termasuk 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya iaitu membabitkan 1,740 pusat pengundi dan 2,561 saluran pengundi.

Beliau berkata daripada segi bajet, sebanyak RM50 juta digunakan oleh SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan dua pesawat ringan, helikopter (24), bot laju (63), perahu panjang (919) selain kenderaan pacuan empat roda (4,124).

Katanya SPR juga akan memastikan semua pusat penjumlahan undi mempunyai kemudahan perhubungan iaitu telefon talian tetap untuk memastikan proses penjumlahan undi dapat dibuat dengan lebih lancar.

"Untuk melancarkan proses pada hari mengundi, SPR juga mendapatkan bantuan pasukan polis bagi kawasan-kawasan yang jauh di pedalaman untuk memastikan peti undi selamat sampai di pusat penjumlahan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR juga akan menyerahkan kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil sebarang tindakan jika ada calon dan parti yang bertanding melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Katanya sebarang laporan rasuah yang dilaporkan kepada SPR akan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut kerana mereka lebih arif dan pakar dalam bidang tersebut.

"SPRM juga diberi kuasa untuk memantau apa-apa aktiviti bagi memastikan mana-mana orang yang melanggar Akta 5 disiasat dan didakwa," katanya.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya DUN ialah pada 20 Mei 2006.

mStar/-

AS mahu Gaddafi lepas kuasa

Posted: 22 Mar 2011 11:56 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PENDUDUK Benghazi meninjau keadaan pesawat F-15E Amerika yang terhempas semalam tetapi juruterbangnya selamat.
Jet pasukan tentera bersekutu serang pertahanan Libya, lindungi pemberontak

TRIPOLI: Presiden Amerika Syarikat mahu Muammar Gaddafi menyerah kuasa tetapi mengakui tidak ada mandat untuk menggulingkan ketua negara itu ketika serangan diteruskan terhadap pertahanan Libya buat hari ketiga bagi mewujudkan zon larangan terbang meliputi bandar dikuasai pemberontak hingga ibu negara, Tripoli.

Pada masa sama, Obama berharap 'senjata' lain yang digunakan termasuk membekukan aset Libya bernilai berbilion dolar dapat membantu menjatuhkan Gaddafi.

Bedilan senjata antipesawat terus kedengaran di ibu negara Libya buat hari ketiga, ketika serangan udara dilaporkan di timur Libya.

Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Amerika dan Britain melancarkan 12 peluru berpandu Tomahawk terhadap pangkalan tentera Libya termasuk markas pelancaran Scud. Kira-kira 80 serangan udara dilakukan kelmarin.

Stesen televisyen Libya berkata beberapa kawasan di Tripoli diserang kelmarin.
Serangan peluru berpandu bagaimanapun sudah cukup memusnahkan kebanyakan pertahanan udara Libya.

Stesen televisyen Libya melaporkan, beberapa kawasan di Tripoli menjadi sasaran serangan baru oleh apa yang disifatkan 'musuh tentera salib'.

"Serangan ini tidak akan menakutkan rakyat Libya," kata stesen televisyen itu. Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan dua sistem radar di dua pangkalan udara di timur terkena serangan itu.

Sementara itu, penduduk yang terkepung di dua bandar yang dikuasai pemerontak di Misrata dan Zintan di selatan Libya berkata mereka diserang tentera Gaddafi.

Penganalisis keselamatan berkata mereka percaya tentera kerajaan cuba memasuki kawasan orang awam untuk mengelak serangan udara.

Kuasa Barat, bagaimanapun, tidak mengesahkan serangan terbaru selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan zon larangan terbang dan semua tindakan wajar bagi melindungi orang awam daripada serangan tentera Gaddafi.

Berita Harian/-

Idham Care jelajah DUN Pasir Panjang bantu warga miskin.

Posted: 22 Mar 2011 11:32 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
http://n51pasirpanjang.blogspot.com/

16 Mac 2011(Rabu), Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim bersama isteri telah berada di Kg Teluk dan Telaga Nenas dalam kawasan Pasir Panjang untuk menyampaikan sedikit sumbangan Idham Care kepada penduduk miskin di kedua-dua kampung tersebut. Beliau dan isterinya menyampaikan sendiri sumbangan yang berupa barangan keperluan dapur dan sedikit wang kepada golongan miskin dan susah terus kepada penerima. Penerima yang ditemui menyatakan rasa syukur dan terimakasih kepada Allah kerana masih ada wakil rakyat PAS yang simpati dengan mereka. Semoga segala pemberian dan sumbangan mendapat berkat dam diredhai Allah. Sepuluh penerima dari kedua-dua kampung menerima sumbangan dari Yb Idham Lim dan isteri pada petang itu

Yb Drs Khalil Idham Lim @ Cina Islam@ Idham Care menyampaikan sumbangan kepada Bekas Imam Masjid Telaga Nenas.
Mantan Imam Masjid Telaga Nenas menadah tangan berdoa kepada Allah tanda syukur di atas pemberian diberikan oleh wakil rakyat PAS, Yb Drs Khalil Idham Lim. Semoga Allah memberkati pemberian tersebut.

Yb Khalil Idham Lim dan pembantunya menziarahi dan mengunjungi keluarga miskin di Kg Telaga Nenas dalam kawasan Pasir Panjang.

Wargaemas dan Ibu tunggal ini tinggal dirumah usang ini, untuk meneruskan kehidupan dua beranak di Kg Telaga Nenas kawasan Pasir Panjang.
Yb Idham Lim dan isteri menyampaikan sumbangan daripada Idham Care tanda ingatan dan keperihatinan wakil rakyat PAS terhadap golongan yang memerlukan.
Terima kasih Yb kerana ingatan terhadap golongan susah dan dhaif.

Bergambar bersama penduduk Kg Teluk

Kilang mi, kuew teow kotor diserbu kali ketiga

Posted: 22 Mar 2011 11:00 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KEPONG – Kuew teow siap diproses dan dibungkus dijadikan alas 'bantal' tempat tidur kakitangan yang berehat selepas penat bekerja, antara situasi boleh dilihat dalam serbuan pihak Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke premis kilang mi, di sini kelmarin.

Selain itu, premis penghasilan mi dan kuew teow yang diedarkan sekitar Lembah Klang ini kotor serta jijik, kebanyakan pekerjanya pula hanya berseluar pendek dan tidak memakai apron serta penutup kepala.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainol Abidin berkata, tindakan ke atas premis pembuatan mi itu dilakukan masuk kali ketiga, sebelum kali pertama diserbu Oktober tahun lalu.

Menurutnya, pihak Jabatan Kesihatan Daerah (PKD) Gombak turut melakukan operasi sama pada bulan lalu, namun tahap kebersihan premis terbabit masih kotor dan tidak memuaskan.

"Lantai premis berair, licin dan kotor disebabkan tiadanya sistem saliran sempurna disediakan pemilik. Selain itu, pekerjanya tidak memakai uniform sempurna dengan apron dan penutup kepala serta penutup hidung.

"Keadaan premis ini memang kotor, namun ia lebih baik berbanding sebelum ini. Bagaimanapun kali ini kita tetap mengambil tindakan penutupan selama dua minggu," katanya.

Razif berkata demikian selepas mengetuai operasi berkaitan susulan aduan penduduk berkenaan kilang mi kotor disiarkan akhbar ini 20 Mac lalu, berkaitan premis terletak di jalan utama, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menegur wakil pengusaha berikutan keadaan pintu masuk ke dua pintu masuk utama yang juga kotor dan berbau busuk dari longkang dan bekas sampah berhampiran.

Bagaimanapun, wakil pengusaha berkenaan memaklumkan premis kilang berhampiran turut menyumbang pembuangan sisa ke dalam longkang dan kawasan di situ menyebabkan timbul masalah berkenaan.

Makanan di atas lantai

Wakil pemilik ketika ditemui semasa operasi dilakukan di premis terbabit tidak menafikan pernah memberitahu akan berpindah ke kawasan lain sejak tahun lalu, namun mengambil masa kerana mencari lokasi sesuai.

Dia memberitahu demikian ketika ditegur tindakan berikutan peletakan stok makanan sudah siap dibungkus seperti mi, kuew teow dan 'yee mi' di dalam kuantiti yang banyak di atas lantai.

Tinjauan juga mendapati, sisa makanan seperti beras bagi membuat mi berkenaan dan kulit telur dibuang ke dalam longkang.

Bekas beras hendak diproses juga diletakkan hanya dalam besen plastik di atas lantai begitu sahaja dan terdedah, selain keadaan tandas premis yang tiada sistem pengudaraan baik serta terlalu kotor.

Difahamkan, tindakan penutup premis itu diambil mengikut tiga Seksyen Undang-undang Kecil (UUK) di bawah kesalahan Seksyen 27, Sisa Makanan Atas Lantai dan Seksyen 19 (1)(d) Sisa Makanan Dibuang Ke Dalam Longkang.

Kesalahan mengikut UUK sama ini juga adalah di bawah Seksyen 8(5) di mana setiap pengendali makanan perlu memakai penutup kepala dan apron.

Selain penutupan premis, tindakan kompaun RM1,000 boleh dikenakan bagi setiap satu kesalahan mengikut seksyen berkaitan.

Difahamkan, pantauan dari masa ke semasa akan dibuat pihak Jabatan MPS, sepanjang tempoh penutupan ini.

Premis steamboat ditutup

Dalam pada itu, mengulas laporan Sinar Harian bertarikh 16 Februari lalu berkenaan pengusaha steamboat menggunakan lidi terpakai di kawasan Prima Selayang, Razif memaklumkan tindakan berhubung laporan sudah diambil.

"Pemeriksaan telah dijalankan pada 22 Februari lalu mendapati premis ini berada dalam keadaan tidak bersih dengan rating kebersihan 38 peratus. Pihak jabatan telah mengarahkan penutupan selama empat hari bagi pemilik premis menjalankan kerja pembersihan.

"Antara kesalahan dilakukan pemilik kilang tersebut ialah terdapat pekerja tidak mengamalkan ciri pengendali makanan dengan baik, seperti berkuku panjang, tidak memakai topi apron, memakai cincin dan gelang," katanya.

Menurutnya, penyediaan makanan di situ juga didapati dilakukan di atas lantai yang licin dan bertakung air, selain keadaan premis yang sesak serta tidak teratur.

Premis steamboat itu kini sudah boleh beroperasi selepas didapati mematuhi penetapan dan pantauan oleh Unit Kawalan Mutu Makanan, Jabatan Kesihatan MPS.

Sinar Harian/-

Kenyataan Akhbar Johari Abdul, MP Sg Petani : Siapa Datuk T ?

Posted: 22 Mar 2011 10:42 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.



Datuk Eskay Shazril

Datuk Rahim Tamby Chik

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Video Seks: Jangan Amal Undang-Undang Rimba, Serah Rakaman Kepada Polis

Posted: 22 Mar 2011 10:34 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
ANALISIS mStar oleh HAIRULAZIM MAHMUD

SATU kejutan yang tidak disangka-sangka berlaku pada Isnin lalu selepas sekumpulan wakil media diminta ke Seri Carcosa Negara tiak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tujuannya bagi dipertontonkan dengan klip rakaman video yang berdurasi hampir 30 minit. Kesemua wartawan terbabit mengurut dada masing-masing selepas melihat dengan mata kepala sendiri video yang memaparkan individu yang didakwa sebagai pemimpin tertinggi parti pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.

Rakamannya jelas, menampakkan wajah si lelaki beraksi bersama wanita yang tidak dikenali itu.

Individu yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media klip berkenaan pula hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' yang mendakwa menemui secara tidak sengaja perakam selepas diminta mengambil jam tangan jenama Omega dari bilik yang dikatakan sebagai lokasi perbuatan maksiat itu dilakukan.

Rentetan pendedahan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah dirinya dengan mengemukakan alibi bahawa pada 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam - tarikh dan masa yang tertera pada klip berkenaan itu - beliau mendakwa berada di rumah bersama kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu.

Dan sambil tersenyum sinis semasa sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin, beliau berkata: "Individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit. Lihat, saya lebih kurus."

Dan kemudiannya beliau, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meminta siasatan sepenuhnya dilakukan atas dakwaan yang dikatakan fitnah yang mahu menjatuhkan nama dan karier politiknya.

Pemimpin pembangkang lain dengan pantas menafikan pembabitan Anwar dan mengecam kononnya ini perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi.

Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kiriman e-mel kepada media yang dikatakan daripada 'Datuk T' yang seolah-olah mahu membelakangkan undang-undang kerana berkeras enggan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa.

Sebaliknya beliau menegaskan hanya mahu menyerahkan video tersebut untuk dianalisa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

'Datuk T' berkata, keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi Selasa bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Tindakan itu ternyata mengundang 1,001 persoalan, adakah Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang? Di manakah kedaulatan undang-undang? Jika 'Datuk T' mahukan keadilan berasaskan proses perundangan, dia sepatutnya menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa untuk disiasat. Kenapa memilih 'suruhanjaya awam' dan atas kapasiti apakah suruhanjaya itu boleh ditubuhkan?

Jika itu caranya, perundangan rimbakah yang mahu diaplikasikan?

Serahkan kepada polis dengan kepakaran mereka untuk menyelesaikan kes ini. Jangan memandang rendah kepada pihak berkuasa.

Tindakan degil enggan menyerahkan pita rakaman itu seolah-olah mahu mengheret rakyat melanggari Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.

Anwar yang terkenal sebagai pembangkang tegar yang pernah mempertikaikan kredibiliti polis pun, melangkahkan kaki ke IPD Dang Wangi menuntut siasatan yang adil dilakukan.

Kita perlu ingat bahawa negara memiliki undang-undang sama ada konvensional dan syariah melibatkan kesalahan ini. Gunakan segala saluran yang betul jika mahukan keadilan.

Jika Anwar bersalah, beliau akan dibuktikan dengan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa. Rakyat akan menilai siapakan sebenarnya pemimpin pembangkang tersebut.

Dan jika sebaliknya, rakyat akan berpuas hati dan ini sekaligus mengangkat kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa yang telus dan meletakkan keadilan itu mengatasi segala-galanya.

Biarkan polis menjalankan tugas mereka merungkai persoalan di benak kira-kira 25 juta rakyat Malaysia ketika ini.

Pegang pada janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa polis akan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Dan jika sabit kesalahan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.

Untuk Pertama Kalinya Keputusan SPM Boleh Diketahui Melalui SMS

Posted: 22 Mar 2011 10:30 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Untuk pertama kalinya dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon-calonnya boleh memperolehi keputusan melalui sistem pesanan ringkas atau SMS.

Untuk melakukannya, apa yang perlu dilakukan ialah menaip SPM SEMAK, kemudian diikuti oleh nombor kad pengenalan dan selepas itu nombor calon sebelum mengirimnya kepada 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan selepas jam 10 pagi Rabu sehingga tengah malam 30 Mac.

Lembaga Peperiksaan Malaysia berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, para calon juga boleh memperolehi keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Seramai 467,970 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu yang berlangsung dari 23 November sehingga 20 Disember.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cara menggunakan perkhidmatan SMS tersebut secara lebih lanjut, calon-calon bolehlah melayari http://apps2.moe.gov.my/

PRN Sarawak : 6 April Penamaan, 16 April Pengundian

Posted: 22 Mar 2011 10:10 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING 23 MAC : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, di sini sebentar tadi.

Dengan keputusan itu bermakna, tempoh kempen yang ditetapkan ialah 10 hari.

DUN Sarawak dibubarkan pada Isnin dan mengikut perlembagaan ia perlu diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Tv Selangor/-

Banjir: 134 penduduk di Perak dipindah

Posted: 22 Mar 2011 10:00 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Hujan lebat yang berterusan dan pelepasan air di Empangan Bukit Merah di Daerah Kerian sejak beberapa hari lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 311 penduduk di tiga daerah di Perak dipindahkan ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dilanda banjir.

Daerah Perak Tengah merekodkan mangsa banjir tertinggi apabila 134 orang dipindahkan ke satu pusat pemindahan banjir, diikuti Kerian dengan 96 mangsa di tiga pusat pemindahan dan 81 mangsa di dua pusat di Hilir Perak.

Semua penduduk terbabit terpaksa dipindahkan selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam antara 0.5 hingga satu meter, sejak beberapa hari lalu.

Air dari Empangan Tasik Bukit Merah ke Sungai Kurau terpaksa dilepaskan melalui dua pintu air di Alur Limpah Selatan berikutan bacaan paras air empangan itu kelmarin mencecah 9.86 meter (dari paras laut) iaitu paras kritikal iaitu sedikit lagi mencecah paras bahaya (9.9 meter), sekali gus menyebabkan banjir di Kerian.

Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, meninjau kejadian banjir di Kerian yang membabitkan 25 keluarga di lima kampung iaitu Batu 40, Batu 38, Parit Mat Keling, Ban Abu Hassan dan Tebuk Panchor.

Semua mereka dipindahkan ke tiga pusat pemindahan setakat jam 4.30 petang, selepas rumah mereka dinaiki air sedalam satu meter. Mereka dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah, SK Haji Dahalan, Semanggol dan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata hujan lebat berterusan di hulu kawasan tadahan seperti Selama, Ijok, Pondok Tanjung dan Batu Kurau menyebabkan air Tasik Bukit Merah meningkat ke paras kritikal. Berikutan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran terpaksa melepaskan air terbabit ke Sungai Kurau bagi mengelak benteng kolam pecah.

"Beberapa kampung lagi dijangka dinaiki air dan penduduk akan dipindahkan kerana hujan masih berterusan di kawasan tadahan, manakala paras air Empangan Bukit Merah masih kritikal," katanya.

Sementara itu, 81 mangsa banjir di Hilir Perak membabitkan penduduk di Teluk Intan seperti Sungai Manik dan Labu Kubong dipindahkan selepas hujan lebat dan fenomena air sungai pasang sejak dua hari lalu.

Di Perak Tengah, banjir kilat sedalam 0.75 hingga satu meter di Kampung Parit 6, Layang-Layang Kiri, Bota, dekat Parit, malam kelmarin menyebabkan 115 penduduk daripada 24 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat.

Berita Harian/-

Fitnah 2 : Mahkamah Putus Terima Tiga Barang Bukti Yang Ditolak

Posted: 22 Mar 2011 09:30 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 23 Mac – Perbicaraan Fitnah 2 yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan – ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan – permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Tv Selangor/-

SPM 2010: 368,559 Dapat Sijil, 9,239 Peroleh Gred Cemerlang

Posted: 22 Mar 2011 09:00 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA 23 MAC : Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.

Tv Selangor/-

BN: Mala petaka di akhir zaman

Posted: 22 Mar 2011 08:15 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya 'harju'. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Dan fitnah ini cukup jelas dan nyata dihamburkan oleh pihak BN ketika di PRK, melalui saksi mata saya sendiri dan dari mata sahabat yang lain ketika di sana. Strategi perang saraf BN tidak mengenal erti benar dan salah, erti hakikat fakta dan palsu malah erti pahala dan dosa asalkan matlamat utama mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara yang cukup jijik dan dayus tercapai.

Itulah BN yang dilihat seiras kaum yang dimaksudkan oleh persoalan Huzaifah yang dikatakan mengambil sunnah dan petunjuk selain daripada sunnah dan petunjuk nabi.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; 'Ya', ada tetapi bercampur dengan 'dakhan'".

Huzaifah bertanya, "Apakah 'dakhan' itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, 'Ya' ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah SWT berfirman, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari syaitan.

Dan untuk tidak bersama-sama dengan sikap buruk itu, maka amatilah dengan fikiran terbuka dan dengan penuh sabar maklumat yang saya kumpul dari risalah-risalah ketika di PRK sebelum ini termasuk memeriksa kebenarannya sebagai bukti berimannya kita kepada Allah S.W.T.

Antaranya ialah:

DAP anti Melayu dan anti ISLAM? (Hampir 21 contoh dikemukakan untuk mengukuhkan tuduhan itu).

Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu termasuk Institusi Raja-Raja Melayu?

Perbezaan di antara kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menentang rasuah dengan tindakan beliau yang juga pengamal rasuah?

Kes liwat Datuk Seri Anwar termasuk tiada bukti yang dikemukan beliau terhadap tuduhan beliau dalam isu pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya dan APCO?
Mungkir janjinya Anwar untuk menyelesaikan isu Kg. Buah Pala di Pulau Pinang?
Anwar sebagai penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1 tetapi mempunyai defisit RM70 juta serta pejabat di luar Negara?
Datuk Seri Anwar dan Khalid Samad ingin meliberalkan ISLAM?
Melayu untuk dijual?

Isu pimpinan DAP di dalam dan di sekitar kawasan masjid?
Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah?
Doa pecah perut untuk orang Islam. Doa qunut nazilah dan solat hajat untuk orang kafir?

PAS tidak mempertahankan nama Allah kerana membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah termasuk menggunakan perkataan Allah di gereja?
Sejauh mana benar tuduhan di atas terletak di bahu kita semua untuk sama-sama menelitinya, dan jika ia tidak benar, maka wajiblah untuk sama-sama kita memeranginya.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Dan janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya fitnah ini kerana azab siksanya amatlah pedih.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Memberi undi atau menyokong mereka tanpa usul periksa yang menyeluruh atau berat-sebelah pasti akhirnya akan meruntuhkan seluruh struktur sosio-ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada masa hadapan anak-anak kita yang akan hancur kerananya. Adakah itu yang kita mahu?

Dan jika BN khususnya Umno berada di landasan yang benar dan yakin dengan setiap tuduhan mereka, dan yakin bahawa setiap rakyat malaysia berhak diberi kebebasan untuk melaksanakan usul periksa secara adil dan saksama demi agama dan negara, kenapa kebebasan media khususnya kepada Pakatan Rakyat disekat sebegitu rupa? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kenapa dilihat begitu takut? sehingga tiada ruang langsung disediakan oleh media Radio dan Televisyen untuk Pakatan Rakyat memperjelaskan setiap dari tuduhan di atas.

Untuk rakyat khususnya para pengundi fikirkan.

Harakahdaily/-
Oleh : Huzir Sulaiman .

Maut dilanggar lori

Posted: 22 Mar 2011 08:06 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PASIR PUTEH – Seorang pemuda, Mohd Farid Che Nordin,27, ditemui maut di Kilometer 3.3Jalan Sri Aman ke lampu isyarat Kemunting, di sini dipercayai dilanggar oleh sebuah lori ketika melintas jalan jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, ketika kejadian, lori yang dipandu oleh pemuda berumur 30an itu dari arah Jerteh ke Kota Bharu.

"Mengikut pemandu tersebut, ketika itu dia melihat Mohd Farid berdiri di bahu jalan yang lurus itu dan tiba-tiba melintas sehingga berlakunya pelanggaran tersebut,'' katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pemandu yang berasal dari Kampung Beris itu datang membuat aduan ke Balai Polis Pasir Puteh selepas sahaja kejadian tersebut berlaku.

Mohd Kamal berkata, manakala Mohd Farid yang berasal dari Kampung Surau meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Kanun Keseksaan.

"Kepada orang ramai yang ada menyaksikan kejadian itu diharap dapat tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan polis ini," katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Farid, Khadijah Abdul Rahman,58, berkata, kebiasaannya setiap pagi, anak ketiga daripada enam adik beradik itu akan mengikutnya ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

"Tetapi hari ini dia tidak ikut serta kerana pagi sebelum kejadian, makcik sempat tengok dia berjaga malam menunaikan solat Tahajud serta berzikir dan terlelap seketika, sebelum makcik kejutkan dia untuk ke masjid.

"Mohd Farid sudah tiga bulan berada di kampung apabila dia berhenti kerja di Kuala Lumpur kerana mengalami masalah rumah tangga,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khadijah berkata, anaknya itu mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan dan kini berada bersama bekas isterinya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, berita kematian Mohd Farid diketahuinya sebaik sahaja dihubungi oleh jiran tetangga.

Menurutnya, dia yang ketika itu masih berada di masjid terus bergegas ke tempat kejadian bersama suaminya, Che Nordin Hassan, 58.

Sinar Harian/-

Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai

Posted: 22 Mar 2011 07:35 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda.

Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda.

"Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?" katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi.

Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen.

Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda.

Harga getah turun hingga 48 peratus

Posted: 22 Mar 2011 07:12 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.

Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.

Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.

Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.

"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.

Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.

Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.

Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.

"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.

"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.

"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda.

Orang Gaddafi cari jalan keluar: Clinton

Posted: 22 Mar 2011 07:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

WASHINGTON: Mereka yang rapat dengan Muammar Gaddafi menghubungi sekutu Libya di seluruh dunia untuk melihat bagaimana mereka dapat "keluar daripada kemelut ini", kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, kepada ABC News.

"Kami mendengar mengenainya...mereka yang rapat dengan beliau menghubungi orang yang mereka kenali di seluruh dunia - Afrika, Asia Barat, Eropah, Amerika Utara dan seterusnya - dengan bertanya: Apakah yang harus kami lakukan? Bagaimana kami keluar daripada kemelut ini? Apa yang akan berlaku kemudian" katanya.

"Saya tidak tahu bahawa Gaddafi sendiri menghubungi pihak luar tetapi saya tahu orang yang dikatakan bertindak bagi pihaknya berbuat demikian," kata Clinton menurut sedutan temubual yang akan disiarkan ABC World News.

Berita Harian/-

Semakin terhimpit

Posted: 22 Mar 2011 06:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Rakyat Libya semakin terhimpit dalam konflik di negara itu selepas tentera bersekutu meneruskan serangan udara bagi hari ketiga berturut-turut, semalam.

Letupan kuat menggegarkan ibu negara, Tripoli, semasa pasukan tentera Gaddafi cuba menghentikan sebarang serangan baru oleh tentera antarabangsa yang melaksanakan zon larangan terbang di negara itu.

Sementara itu, sebuah jet pejuang milik Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas di sebuah kawasan di Libya tetapi juruterbangnya dilaporkan selamat.

Nahas itu dipercayai berpunca akibat kerosakan alatan di dalam pesawat.

Kebangkitan rakyat di Libya bertukar menjadi besar-besaran, Februari lalu, selepas protes antikerajaan berkembang sehingga membentuk pergerakan pemberontak bagi menuntut Gaddafi meletak jawatan.

Serangan udara ke atas Libya yang diketuai AS, Perancis dan Britain dimulakan, Sabtu lalu, selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan usul mewujudkan zon larangan terbang di negara pengeluar minyak itu.

Sinar Harian/-

295 rakyat Malaysia selamat pulang dari Yemen hari ini

Posted: 22 Mar 2011 05:30 PM PDT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seramai 295 rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini menerusi pesawat Finnair, AY864 dari Sana'a, Yemen.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang proses evakuasi sejak Khamis lalu, seramai 459 rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke Malaysia termasuk 164 yang menaiki penerbangan komersil yang ditanggung oleh kerajaan.

Proses evakuasi itu dijayakan dengan kerjasama antara MKN dengan Kementerian Luar dan Kementerian Pengajian Tinggi serta beberapa agensi kerajaan selain dibantu oleh Malaysia Airlines (MAS).

"Proses pemindahan ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan rakyat dapat keluar daripada zon konflik dengan aspirasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," kata MKN dalam kenyataan.

Pergolakan politik di Yemen menyebabkan kerajaan melancarkan operasi membawa pulang rakyat dari negara itu.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan:

Nuffnang