Lim Guan Eng |
Era Baru: Mengeratkan Malaysia, Masa Depan Milik Bersama Posted: 17 Dec 2012 02:00 AM PST Ucapan Oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kongres Kebangsaan DAP Pada 15.12.12 Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Pulau Pinang dalam kapasiti saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat, sesuatu yang mustahil untuk satu tempoh masa yang panjang sehingga rakyat Pulau Pinang memberikan mandat kepada kita pada 8hb Mac 2008. Sebagai Setiausaha Agung, saya mengalu-alukan kehadiran para perwakilan DAP kebangsaan, para pemerhati dan ahli-ahli parti; pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat; para diplomat dari kedutaan, konsul-jeneral dan ahli-ahli kor konsular; anggota masyarakat sivil; pihak media dan semua tetamu dan peserta yang lain ke Kongres Kebangsaan DAP kali ke 16. Kongres kali ini akan menetapkan hala tuju parti dan memilih kepimpinan baru untuk tempoh tiga tahun akan datang. Namun, yang jauh lebih penting, dalam rangka kita menantikan Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan dalam masa seratus hari akan datang, kita berhimpun di sini hari ini untuk memikirkan tentang masa depan Malaysia. Sesungguhnya, rupabentuk Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dalam dekad yang akan datang serta peranan DAP dalam memungkinkan wawasan tersbut adalah dua tema yang saling berkait rapat, yang ingin saya sebutkan pagi ini. Kita berkumpul bersama-sama dengan penuh rasa bangga untuk apa yang telah dicapai oleh seramai 150,000 orang ahli DAP di seluruh Malaysia (berbanding hanya 84,000 orang pada tahun 2008), dengan rasa berterima kasih ke atas segala pengorbanan dan sumbangan daripada veteran-veteran parti; dan dengan kesungguhan untuk memuliakan mereka melalui tugas kita demi menggantikan rejim yang korup dengan Pakatan Rakyat yang mencipta ssebuah permulaan baru untuk Malaysia. Penghormatan Bilangan perwakilan yang layak untuk menghadiri Kongres kali ini adalah tiga kali ganda lebih ramai berbanding perwakilan yang berkelayakan untuk hadir ke Kongres ke-15 pada 23 dan 24 OGOS 2008; dari 948 orang kepada 2576 orang perwakilan. Secara organisasi, DAP telah berkembang dengan bilangan cawangan berdaftar yang meningkat daripada 311 pada tahun 2008 kepada 1,128 sejak Kongres ke-15 pada tahun 2008. Bagi pihak parti, saya mengalu-alukan semua ahli baru yang telah menyertai DAP dengan harapan untuk membawa perubahan kepada negara kita yang tercinta. Untuk itu, saya harap anda dapat bersama saya dalam mengucapkan jutaan terima kasih kepada para veteran yang telah begitu banyak berkorban sejak sekian lama dalam perjuangan yang sunyi ini, tidak kira apa sahaja kemungkinan. Saya tidak akan dapat menyebut nama semua pemimpin dan ahli yang tidak mengenal erti lelah, yang semangatnya sentiasa memberi inspirasi kepada kita untuk memastikan bendera Roket berkibar megah di seluruh Malaysia, termasuk di tempat-tempat yang tidak pernah dimenangi sebelum ini. Kongres Parti kali ini memuji sumbangan para veteran terutamanya mereka yang telah menyertai parti selama lebih daripada 35 tahun. Satu tanda mata kecil simbol penghargaan parti akan diberikan kepada mereka sebagai pengiktirafan perkhidmatan dan kesetiaan mereka. Sebelum tsunami politik pada tahun 2008, sesebuah cawangan DAP biasanya akan terdiri daripada beberapa veteran yang terus meniup api semangat. Ramai daripada mereka bekerja sebagai penjaja, peniaga kecil, bekerja sendiri, peniaga-peniaga kecil, pemilik kecil getah dan kelapa sawit, pemandu lori dan pekerja rencam. Dengan kata lain, mereka adalah rakyat Malaysia biasa. Mereka selalunya hidup bersama-sama seperti keluarga kerana mereka sering menjadi sasaran kepada cemuhan orang kerana keahlian DAP mereka itu. Akibatnya, mereka menjadi lebih dekat dan semakin komited kepada perjuangan parti. Kini kita mempunyai tapak sokongan yang agak besar dari kalangan komuniti Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah, tidak kira lelaki dan wanita, ramai antaranya yang bersama dengan kita pada hari ini semua untuk melakukan sedikit pertunjukan pendek dan menyanyikan lagu Ubah dalam bahasa Kadazan dan menari Gangnam Style. Saya amat kagum dengan usia dan kualiti ahli-ahli DAP di Sabah, termasuk wanita orang asal. Ahli kita di Sabah akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang akan datang dan saya ingin mengucapakan kepada anda semua “Umohon!”. DAP kini juga mempunyai banyak ahli baru dari Sarawak, termasuk dari kalangan masyarakat Dayak. Saya amat yakin bahawa kita bukan sahaja boleh menambah baik lagi kerja di dua kerusi parlimen yang kita pegang di negeri tersebut, malah memenangi semua kawasan bandar di Sarawak dan menghantar sekurang-kurangnya satu wakil DAP dari kalangan masyarakat Dayak ke parlimen selepas PRU-13. Dalam sebuah ceramah DAP di Serian, kita berasa kagum dengan bilangan peserta seramai 2,000 di mana 80% daripadanya adalah berketurunan Bidayuh, penyertaan yang terbesar dari kalangan orang asal dalam sejarah DAP. Saya ingin memuji pencapaian baik Majlis Perundingan Dayak dan DAP Sarawak dalam mengetengahkan dan membawa kepada ke hadapan isu-isu yang penting kepada Sarawak dan masyarakat Dayak. Kepada saudara Iban kita, marilah kita Ngap Sayot! Di Johor, kita telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Kita sudah dapat merasa angin perubahan bertiup setiap kali melawat negeri itu dan saya yakin bahawa kita akan mempertingkatkan prestasi di satu kawasan parlimen dan empat DUN yang kita menangi pada tahun 2008. Saya juga berasa terdorong dengan pembentukan jawatankuasa negeri Perlis yang pertama di bawah Sdr Teh Seng Chuan. Walaupun Perlis adalah sebuah negeri kecil, DAP mempunyai peranan yang penting untuk dimainkan di negeri itu jika Pakatan Rakyat menang di Perlis. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Wanita DAP yang telah mengadakan pilihan raya sulung mereka pada minggu lepas, dan saya yakin bahawa sayap Wanita tersebut akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan baru yang diketuai oleh Sdri Chong Eng. Saya juga ingin memuji DAPSY atas pertandingan matang dalam kongres kebangsaan mereka yang diadakan bersama dengan Wanita DAP. Kepimpinan DAPSY yang baru di bawah Sdr Teo Kok Seong pasti akan memberi inspirasi kepada anak muda kita untuk menggapai lebih tinggi. Saya juga ingin menarik perhatian kepada pindaan yang dibuat kepada perlembagaan DAPSY oleh bekas ketuanya Sdr Anthony Loke yang telah menurunkan had umur ahli daripada 40 tahun kepada 35, yang bakal memastikan sayap pemuda akan diketuai oleh pemimpin muda, dan bukan pemimpin berusia yang menyangkakan bahawa mereka masih muda. Ini menjadikan DAPSY antara organisasi belia dengan had umur terendah di negara ini, dan menjadikan DAP parti anak muda bagi menangani hakikat bahawa 72 peratus daripada rakyat Malaysia berusia di bawah 40 tahun manakala 48 peratus adalah di bawah 25 tahun. Sambil kita merenung masa depan parti, sambil angka keahlian kita semakin bertumbuh, dan sambil kita melihat ke dalam prospek mendapat kuasa di peringkat nasional dalam gabungan Pakatan Rakyat, saya mahu kita semua untuk beringat: bahawa bukan bilangan ahli, dan bukan kekuatan kuasa mahupun wang yang diambil kira dalam politik. Itu boleh menjadi elemen penting dalam politik Barisan Nasional. Tetapi dalam politik DAP, sebenarnya prinsip kita, ide kita, dan cita-cita kita menjadi ukuran. Ingat – kompas moral kita lah yang mentakrifkan dan membezakan DAP daripada parti-parti Barisan Nasional. Saya boleh mengaku dengan bangga bahawa dalam tahun-tahun saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak ada anggota parti yang pernah meminta layanan khas atau kontrak daripada saya. Tidak seperti BN, ahli-ahli DAP menyumbang tanpa memikirkan diri sendiri kerana kita percaya dengan parti DAP yang boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Itulah perbezaan asas antara kita dan mereka. Kita bersedia untuk berkorban untuk apa yang kita percaya. Malah, ramai di antara kita telah teraniaya kerana apa yang kita percaya termasuk Sdr. Teoh Beng Hock yang meninggal dunia semasa berkhidmat untuk parti dan rakyat. Sama ada parti menang satu kerusi atau 100 kerusi, kita sentiasa bersedia untuk berjuang bagi memastikan bahawa rakyat biasa boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik daripada kerajaan yang mereka pilih. Keadaan Parti Sebelum pilihan raya umum 2008, DAP sentiasa tewas dengan politik kaum dan agama kepada BN. UMNO mengunjurkan satu bentuk perkauman dan eksklusiviti agama melampau yang menenggelamkan pandangan-pandangan rasional yang menyokong dasar-dasar unggul DAP. MCA, MIC, SUPP dan Gerakan mengikut rentak perkauman dan politik ketakutan melampau yang sama dalam mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan satu putar belit – bahawa mesti ada beberapa perwakilan bukan Melayu jika tidak golongan Melayu yang sudah terpinggir akan terus ketinggalan dan terbiar. Permainan berubah dalam pilihan raya umum 2008 apabila rakyat menyedari bahawa mereka telah ditipu dan dirompak. Sifat perkauman dan ekstremisme UMNO adalah topeng untuk menghalalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Melayu tiba-tiba menyedari bahawa bukanlah orang bukan Melayu yang telah merompak mereka tetapi sebenarnya pemimpin UMNO. Daripada saham RM54 bilion yang diberikan, tidak ada Melayu biasa yang memiliki satu bahagian pun, malah semuanya dimonopoli oleh pemimpin UMNO. Sehingga kini hanya RM2 bilion saham bumi kekal dan tiada perakaunan penuh untuk kehilangan RM52 bilion skandal saham tersebut. Rakyat bukan Melayu juga turut menyedari bahawa perwakilan bukan Melayu dalam kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk mereka kecuali untuk memperkayakan diri sendiri. Jika orang bukan Melayu mahu mendapatkan transaksi perniagaan, adalah lebih berkesan untuk mendapatkan bantuan kroni UMNO. Sama ada MCA, MIC, Gerakan atau SUPP berada dalam Kabinet adalah tidak relevan. Pihak-pihak ini juga tidak akan menyerahkan jawatan Menteri, lihat sahaja SUPP yang masih berpaut kepada jawatan Menterinya walaupun berjanji untuk meninggalkan kabinet negeri Sarawak. Tanpa mengira mehnah dan tribulasi, DAP tidak pernah berputus asa. Kita telah menerima ganjaran dalam pilihan raya umum 2008 apabila DAP membantu untuk membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan bersama Pakatan Rakyat. Kita telah berjaya untuk mencapai perkara-perkara berikut: a. Keterangkuman gender yang lebih besar. DAP menurunkan 19 calon wanita di seluruh negara, 14 daripada mereka telah terpilih. a. Sebuah parti yang benar-benar Malaysia yang mempunyai kehadiran yang ketara di setiap negeri Malaysia; a. 28 Ahli Parlimen pada tahun 2008, Sdr. Wong Ho Leng menyertai kaukus parlimen DAP selepas kemenangan bersejarah dan menakjubkan di Sibu dalam pilihan raya kecilnya pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun kejayaan dalam perkembangan parti tidak akan bermakna apa-apa jika kita tidak bersatu. Negara sedang memerhatikan kita yang berani untuk mengadakan pemilihan parti sebelum berlangsungnya pilihan raya umum. Marilah kita membuktikan kepada negara bahawa selepas pemilihan parti, menang atau kalah, pemimpin dan ahli-ahli DAP mesti kekal bersatu dengan satu fikiran, satu jiwa, satu semangat dan satu pasukan untuk membantu Pakatan Rakyat mengalahkan BN. Prestasi Kerajaan Negeri BN mendakwa bahawa Malaysia akan bankrap jika PR mendapat kuasa. Prestasi cemerlang kita melalui lebihan belanjawan yang mencatat rekod dan pengurangan hutang di negeri-negeri PR yang dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah jawapan yang terbaik. DAP boleh turut bangga dengan rekod dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor yang mendahului carta pelaburan di Malaysia dengan nilai gabungan RM50 bilion antara tahun 2009-11, bersamaan dengan 36% atau lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pelaburan di seluruh negara semasa tempoh ini. DAP juga boleh berbangga dengan hakikat bahawa kedua-dua kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor telah memperkenalkan reformasi undang-undang yang penting serta langkah-langkah urus tadbir; seperti Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan akses lebih luas kepada dokumen kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang giat mencari jalan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dengan meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang bersejarah, manakala kerajaan negeri Selangor telah bereksperimen dengan mengadakan pilihan raya untuk jawatan ‘Ketua kampung’ di tiga kampung baru Cina. Pulau Pinang baru-baru juga ini telah memperkenalkan rang undang-undang pindaan perlembagaan anti lompat parti untuk mencegah perdagangan wakil-wakil rakyat dan Selangor menjadi badan perundangan negeri pertama untuk menamakan wakil pembangkang BN negeri sebagai ketua Jawatankuasa Kira-kira Awam. Pulau Pinang adalah bandar yang paling sesuai didiami di Malaysia sejak 2011 dan baru-baru ini berjaya menarik pembangunan dua Pusat Pameran dan Konvensyen dan sebuah taman tema buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun. Kedua-dua Pulau Pinang dan Selangor turut melabur dalam membina rumah mampu milik, dengan dana Pulau Pinang sebanyak RM500 juta digunakan untuk melibatkan HDB Singapura untuk membina perumahan mampu milik terbaik yang ada di Singapura supaya turut disediakan di Pulau Pinang. Jelas Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik dan layak untuk menang dan memerintah Malaysia. Pakatan Rakyat Cabaran tiga serangkai kita adalah, pertama, untuk memastikan Pakatan Rakyat utuh di tengah-tengah demikian banyak cubaan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat, dua, untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dan, ketiga, untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang baru apabila Pakatan Rakyat memenangi kuasa di peringkat persekutuan. Kegagalan pada setiap cabaran bermakna Malaysia kekal pada takat yang sama, jika tidak memburuk lagi. Mandat yang sedang dicari oleh DAP daripada pengundi Malaysia adalah untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan yang bertanggungjawab dalam kerajaan bersama-sama dengan Parti KEADILAN Rakyat dan Parti Islam SeMalaysia dalam rangka kerja Pakatan Rakyat untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam Common Policy Framewok dan Buku Jingga. Kita menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong DAP, PKR dan PAS untuk memberi tumpuan bagi memenangi warga pertengahan Malaysia (Middle Malaysia) dan menjuarai agenda bersama Pakatan Rakyat untuk Malaysia baru. Pakatan Rakyat mesti memenangi majoriti 2.9 juta pengundi kali pertama serta pengundi atas pagar yang lain. Tanpa memenangi 4 juta pengundi jalan tengah, tidak akan ada Kerajaan Persekutuan baru pimpinan Pakatan Rakyat. Hampir 3 tahun yang lalu dalam Persidangan Kebangsaan DAP di Ipoh pada 17 Januari 2010, saya telah membincangkan konsep “Jalan Tengah Malaysia”. Persidangan Kebangsaan tersebut telah diadakan ketika memuncaknya kontroversi ke atas penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam yang telah dieksploitasi oleh kumpulan-kumpulan pelampau dengan tujuan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Saya gembira bahawa Pakatan Rakyat bukan hanya bertahan tetapi terus berjuang. Sekarang MCA sedang cuba untuk menggambarkan PAS sebagai parti yang mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam seperti berkhalwat, yang pastinya tidak benar. Tentang isu salun rambut, itu adalah satu masalah pentadbiran yang sedang diselesaikan. DAP berharap bahawa saman yang dikenakan ke atas pengendali salun rambut wanita yang memotong rambut lelaki bukan-Islam akan dibatalkan bagi membuktikan bahawa PAS dapat memberi keadilan kepada bukan Islam. DAP mempertahankan Islam apabila MCA menyerang Islam dengan cuba mengaitkannya dengan rasuah dan kemiskinan. DAP mempertahankan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Tok Guru Nik Aziz terhadap pembohongan oleh MCA kononnya beliau merelakan lelaki Islam untuk merogol wanita bukan Islam. UMNO, New Straits Times dan Utusan Malaysia terus melabelkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu walaupun sebenarnya MCA lah yang memperkecilkan calon wanita PAS di pilihan raya kecil DUN Tenang kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki. Apabila kerajaan negeri Pulau Pinang menambah peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 300% di negeri ini, pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow secara terbuka menuduh kerajaan negeri cuba menjalankan Islamisasi secara besar-besaran sedangkan ini sebenarnya adalah berdasarkan keperluan dan akibat dari pengabaian oleh kerajaan negeri sebelumnya. Mengapa pula Teng tidak anti-Islam apabila Teng membiarkan MCA mempersoal kenapa kerajaan negeri memperoleh tanah milik Cina untuk dibuat tanah perkuburan Islam apabila jelas sekali lagi ini adalah berdasarkan keperluan? Ini serupa sahaja dengan UMNO yang mempersoalkan penambahan peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina, Tamil, sekolah mubaligh, perletakan papan tanda jalan dwibahasa serta penubuhan portfolio EXCO Hal Ehwal bukan Islam. Adakah Utusan berani untuk menuduh Gerakan sebagai anti-Islam? DAP tidak akan mengambil pendirian melampau seperti BN. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hanya ada satu jalan tengah dalam politik Malaysia, dan ia adalah jalan tengah yang penting. Jalan Tengah Malaysia lah yang akan memutuskan gabungan mana yang akan mentadbir seterusnya. Untuk ‘mengimani’ Jalan Tengah Malaysia, Pakatan Rakyat mestilah dilihat sebagai sederhana dan inklusif, menjarak dan membezakan diri kita dari lawan kita yang eksklusif, rasis dan pelampau. Dalam konteks ini, adalah penting untuk diperhatikan bahawa Deklarasi Shah Alam yang disepakati di Persidangan Kebangsaan tersebut antara lain menyebut: a. Untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan raja berperlembagaan bagi negeri-negeri; dan komited untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini dan menghormatinya sesuai dengan semangat Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963. Kita sedang berhadapan dengan kiraan akhir 100 hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Sama ada kita mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Ancien Ragime’ Malaysia, kerajaan paling lama berkhidmat di dunia; atau kita membiarkan BN untuk terus merompak masa depan anak-anak kita pula, sepertimana mereka telah mencuri masa depan kita dahulu. Misi kita bukan sahaja untuk mengalahkan BN yang korup tetapi juga UMNO yang mengamalkan politik perkauman melampau, MCA yang tidak bermoral dan tidak beretika, Gerakan yang tidak mempunyai apa-apa keberanian atau pun pendirian, dan MIC yang tidak mempunyai arah tuju dan hanya memimpin dari belakang. Misi kita adalah untuk mendemokrasikan sistem politik dan untuk mencipta keteraturan ekonomi yang berkhidmat untuk rakyat biasa. Pendemokrasian Misi yang paling penting dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat yang baru dengan DAP sebagai rakan kongsi gabungan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian penuh semua aspek kehidupan rakyat Malaysia untuk sebuah negara Malaysia yang bersatu: a. Pendemokrasian hendaklah mengambil tempat di dalam, tetapi tidak terhad kepada proses politik, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, pihak polis, kerajaan tempatan, proses maklumat, susunan ekonomi, kehidupan berbudaya dan pendidikan. DAP mengulangi seruan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan pelaksanaan penuh 125 cadangan Laporan Suruhanjaya DiRaja untuk Penambahbaikan Polis, 2005. Pendemokrasian perlu juga dilaksanakan dalam ekonomi. Sebuah ekonomi yang inklusif dan terbina atas prinsip-prinsip setiakawan mencipta peluang bagi mereka yang bekerja keras untuk mempunyai kualiti hidup yang baik, keluarga mereka dapat hidup dengan maruah dan yang lemah dapat dijaga supaya tiada sesiapa pun yang ketinggalan. Melihat kepada keadaan ekonomi Malaysia, kita harus menyedari kewujudan percanggahan berikut: a. Bahawa Malaysia mencapai status negara berpendapatan sederhana pada tahun 1992 dan telah tersekat dalam perangkap pendapatan tersebut untuk 20 tahun yang lalu. a. Mengiktiraf rasuah sebagai halangan yang paling penting bagi ekonomi Malaysia untuk bergerak ke tahap seterusnya; untuk menghapuskan budaya rasuah yang berleluasa di Malaysia yang ditadbir BN dengan melaksanakan 6 langkah integriti dan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas sepenuhnya dengan diberikan kuasa pendakwaan. 6 langkah-langkah integriti membanteras rasuah adalah: Menghentikan kejatuhan dalam standard pendidikan adalah penting jika Malaysia ingin berjaya dalam mengubah dirinya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, bernilai tambah dan berekonomi maju. Laporan Trends in International Math and Science Study (TIMSS) 2011 yang baru sahaja dikeluarkan, menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh dari tangga 20 hingga ke 26 dalam Matematik dan dari tangga 21 hingga ke 32 dalam Sains. Skor purata matematik jatuh sebanyak 34 mata daripada 474 pada tahun 2007 kepada 440 pada tahun 2011. Skor purata sains jatuh lebih 45 mata, dari 471 pada tahun 2007 kepada 426 pada tahun 2011. Keputusan diringkaskan dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Kejatuhan dalam kedudukan TIMMs Malaysia dan Skor purata dalam Sains dan Matematik, 2007-2011 Pun begitu Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berani untuk mendakwa bahawa kita mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik daripada Amerika Syarikat, UK dan Jerman! Kedudukan Malaysia dalam Matematik jatuh dari tangga ke 20 pada tahun 2007 kepada 26 pada tahun 2011 manakala kedudukan Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, dari 21 pada tahun 2007 kepada 32 pada tahun 2011. Purata skor Matematik jatuh dari 474 pada tahun 2007 kepada 440 dan skor Sains purata jatuh pada tahap yang lebih besar daripada 471 pada tahun 2007 kepada 426 pada tahun 2011. Sebaliknya, AS dan UK telah menduduki tempat ke-9 dan ke-10 dengan skor Matematik purata 509 dan 507 masing-masing, jauh lebih awal ke hadapan berbanding Malaysia. Janji Tan Sri Muhyiddin untuk meningkatkan taraf pendidikan kita masih belum tercapai. Keputusan TIMSS 2011 terbaru hanya mengesahkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) tahun 2009 bahawa pelajar-pelajar kita terkebelakang 3 tahun berbanding standard antarabangsa dan separuh daripada pelajar-pelajar kita tidak mempunyai kebolehan dan penguasaan dalam ilmu sains dan matematik. Agar Malaysia berjaya berubah memasuki ekonomi maju, pra-syaratnya adalah asas yang kukuh dalam sains dan teknologi. Satu lagi janji yang tidak kesampaian adalah janji BN bahawa lesen bagi loji nadir bumi Lynas akan dibatalkan jika Lynas gagal untuk menghantar keluar atau mengeksport sisa toksik mereka. BN kini mempunyai alasan yang baik untuk menutup loji nadir bumi tanpa membayar satu sen pun pampasan kerana Lynas telah melanggar syarat asas. Dengan kegagalan untuk memenuhi janji mereka untuk menutup kilang tersebut, BN telah menunjukkan bahawa mereka bersedia menggadaikan kesihatan dan keselamatan anak-anak kita dalam rangka mengejar keuntungan secara menggila tanpa mengira kos. Satu lagi janji yang tidak tercapai adalah untuk menyelesaikan masalah yang sudah berzaman iaitu rakyat Malaysia yang tidak berkerakyatan, kebanyakannya dari kalangan masyarakat India. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menerima pakai pendekatan yang praktikal untuk melantik 5 pegawai pendaftaran berpengalaman untuk membantu pemohon mengisi borang mereka. Penghormatan bagi kaum India ini dicerminkan bukan sahaja dengan peruntukan tahunan kepada sekolah Tamil tetapi juga dana untuk menubuhkan tadika di sana, pembukaan bangunan kerajaan pertama yang diberikan kepada Hindu Endowment Board, peruntukan tahunan RM1 juta kepada Hindu Endowment Board, pemberian tanah untuk kuil Hindu dan sekolah-sekolah Tamil, dan siapnya Kuil Murugan terbesar di luar India di Kuil Waterfall selepas 10 tahun. Penutup Kami yakin dengan Malaysia kerana keberanian yang anda, ahli-ahli DAP paparkan, komited kepada nilai terbaik yang memaparkan Malaysia – satu bangsa bersatu dalam kebebasan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan kebajikan kepada rakyatnya. Ini adalah nilai-nilai yang kita perjuangkan, dengan ujian yang paling getir pun masih tabah bukan hanya apabila ketika senang, tetapi juga ketika susah. Jalan menuju ke Putrajaya akan menjadi lebih sukar kerana BN dan UMNO akan memastikan berlangsungnya pilihan raya paling tercemar dalam sejarah Malaysia dengan bergantung kepada pembohongan, ketakutan dan ancaman untuk menang dengan dengan apa cara sekalipun. Sehingga kini, Perdana Menteri masih enggan menerima peralihan kuasa secara aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang. DAP bertujuan mencari permulaan baru bagi Malaysia berdasarkan kepercayaan dan menghubungkan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia atas prinsip-prinsip sejagat tentang keadilan dan kemajuan, toleransi dan maruah semua manusia. Dan yang paling penting untuk berkongsi masa depan kita bersama-sama dengan berkongsi aspirasi sejagat – untuk hidup di dalam keamanan dan keselamatan; untuk mendapatkan pendidikan dan pekerjaan dengan bermaruah; untuk mengasihi keluarga kita, komuniti kita, dan Tuhan kita. Saya tahu terdapat banyak – yang Islam dan bukan Islam – yang mempersoalkan sama ada kita mampu menjalin permulaan baru ini. Dalam usaha mereka untuk kekal berkuasa, BN telah mengeksploitasi kaum dan agama sejak 55 tahun yang lalu dengan menarik kita kepada sentimen terburuk dalam diri kita dan bukannya merayu ke arah nilai kebaikan terbaik dalam perwatakan nasional kita. Terdapat banyak ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap satu sama lain seperti juga halnya terhadap perubahan. Tetapi jika kita memilih untuk terikat dengan masa lalu, kita tidak akan boleh maju kehadapan. Kita memang mempunyai perbezaan dalam agama, budaya dan latar belakang kaum. Namun, jika kita membenarkan hubungan kita ditakrifkan dengan perbezaan, kita akan memberi kuasa kepada orang-orang yang menyemai kebencian dan bukannya keamanan, yang menjadikan kita lebih kecil dan bukannya membantu kita menggapai bintang-bintang, dan yang menggalakkan konflik bukan kerjasama yang boleh membantu semua orang untuk mencapai keadilan dan kemakmuran. Kita mesti menghormati perbezaan kita sebagai hadiah yang dicipta oleh Tuhan untuk membenarkan perpaduan dalam kepelbagaian. DAP percaya bahawa semua orang mahukan keupayaan untuk bersuara dan mempunyai pendapat dalam tatacara bagaimana anda ditadbir; keyakinan dalam kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan yang saksama; kerajaan yang telus dan tidak mencuri dari rakyat. Kerajaan yang melindungi hak-hak ini adalah berteraskan rakyat, mentadbir dengan hormat kepada sekalian rakyat mereka. Kita tidak percaya dengan kerajaan “anda bantu saya, saya bantu anda”, yang hanya melaksanakan projek-projek apabila sokongan diberikan. Sebaliknya, DAP percaya dalam kerajaan yang membantu rakyat sepanjang masa tanpa mengira sama ada sokongan diberikan atau tidak yang menjadi kewajipan asas mereka sebagai kerajaan yang demokratik. Sebuah kerajaan yang mesra rakyat mensyaratkan bahawa kuasa mesti dilaksanakan melalui konsensus, bukan paksaan; melalui integriti dan rasuah; anda mesti menghormati hak minoriti, dan mengambil bahagian dengan semangat toleransi dan kompromi; anda mesti mengutamakan pendidikan, perumahan dan kesihatan berbanding menara 100 tingkat atau reaktor nuklear; golongan belia dan wanita mesti dihormati dengan memberikan mereka kuasa membuat keputusan dan membasmi kemiskinan adalah lebih penting daripada menjadi destinasi membeli-belah terkemuka di dunia. Inilah masanya. Ini kali lah. Marilah kita semua yakin dengan kuasa perubahan. Jika kita berani untuk mencipta sejarah dan perubahan untuk kali pertama dalam 55 tahun, kegemilangan untuk setiap daripada satu anda menanti kita. Pilihanraya umum yang akan datang bukanlah mengenai nasib parti politik. Ia adalah tentang nasib negara. Ia bukan tentang pemimpin yang menang atau kalah, ia adalah tentang anda, sama ada anda mempunyai keberanian untuk berubah kepada pementukan semula Malaysia ke arah era baru dengan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia Melayu, Dayak, India, Iban dan Cina; lelaki atau perempuan; warga emas atau anak muda untuk berkongsi masa depan yang makmur milik kita bersama. Sebuah Malaysia yang bersih, selamat hijau dan sihat. Biarlah perubahan datang ke Malaysia. Perubahan di Tanganmu. DAP berikrar setiakawan Malaysia UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA. UBAH POEM Malaysia sees a new beginning Threatening the rakyat with abusive police powers From Bukit Kayu Hitam to Tawau Ordinary Malaysians, And we're winning. Believe verily, Fear suppress us down Let a new beginning come |
You are subscribed to email updates from Lim Guan Eng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan