Jumaat, 11 Mac 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Diari YB: Majlis Penyerahan Cop MKK Pengkalan Kundor

Posted: 10 Mar 2011 06:23 PM PST

markaz pas telok bagan.
10 Mac 2011- Seramai 40 orang Ahli MKK kawasan Pengkalan Kundor hadir untuk menerima cop di Majlis Penyerahan Cop MKK kelmarin. Majlis yang bermula pada pukul 4 petang bertempat di Dewan Besar Al-Amin Telok Bagan.



Dipengerusikan oleh Saudara Kasim  Md. Isa, Pegawai Perhubungan exco negeri,seterusnya ucapan ringkas disampaikan oleh Yb Dato ' Phahrolrazi. Didalam ucapannya menyebut supaya MKK mengenalpasti permasalahan sekeliling kawasan disamping melihat bantuan yang tercicir serta belum dilaksanakan agar diketengahkan secepat mungkin, berikutan rungutan dan rasa tidak puas hati kalangan penduduk.
ahli MKK bertanya soalan.


Katanya lagi, gerak kerja perlu dikemas kini bagi merujuk KPI semasa dan melihat keberkesanan gerak kerja dalam menangani masalah rakyat.

Saudara Kasim juga mengingatkan penyampaian Tauliah Perlantikan MKK oleh Menteri Besar kepada semua ahli MKK pada 16 Mac 2011 bertempat di Dewan Utama Kolej Universiti INSANIAH.


Majlis diakhiri dengan Penyerahan Cop MKK beserta buku rancangan aktiviti kepada Ahli MKK yang hadir.  Jamuan minum petang disediakan sebaik acara selesai sekitar jam 5.00 petang.


Tiada ulasan:

Nuffnang