Selasa, 8 Mei 2012

.

.


Panas: Durian Runtuh, Jika Jujur Kenapa Hanya Yang "Sign Loan Bank Layak" Tapi Tidak Semua !!

Posted: 08 May 2012 03:38 AM PDT

JENGKA, 8 Mei - Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkenaan durian runtuh Felda, kami cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda. Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000. Walaupun begitu, kita merasakan Najib tidak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu "digelapkan" oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka. Malah, mungkin juga jumlah itu ada tetapi peneroka tidak akan mendapat wang tunai atas durian runtuh tersebut. Ini kerana ia akan dijadikan saham yang mana akan dibayar semula oleh peneroka menerusi perjanjian sulit Felda dengan bank-bank terpilih. Malah, ada yang mendakwa borang perjanjian pinjaman dengan bank yang diedarkan baru-baru ini juga umpama ada "udang di sebalik mee" yang akan menjerat leher para peneroka. Ia terbukti apabila dokumen yang ditandatangani menunjukkan persamaan tawaran share oleh syarikat kepada pekerja dengan kaedah pinjaman bank seperti yang berlaku kepada Titan chemicals, Telekom dan Petronas Chemical Bhd, dimana selepas 6 bulan mereka perlu membayar semula pinjaman bank berkenaan. Bayangkan jika jumlahnya RM50,000 hingga RM100,000?. Felda ketika itu akan "lepas tangan" dan yang akan menjadi mangsa ialah peneroka akhirnya. Inilah dia "grand design" yang akan menjerat mereka. Jangan nanti peneroka "menang sorak kampung tergadai".


Inilah sebahagian daripada dokumen perjanjian kosong yang akan menjerat
peneroka felda seluruh negara tidak lama lagi sebenarnya (klik pada imej)


[Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit. Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. Sudah pasti peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka].

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/10146-panas-durian-runtuh-jika-jujur-kenapa-hanya-yang-qsign

Peneroka FELDA berhak mendapat RM50K/ keluarga, bukan RM15K

Posted: 08 May 2012 03:18 AM PDT

Pengumuman yang dibuat Najib Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.

KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA.  Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.  Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini.  Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Najib Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka.  Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Najib Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka.  Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan.  KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Najib Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

*Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) ialah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, dan Wong Chen ialah Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri.

Source: http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13060

Ambiga, PAS sama berjuang pilihan raya adil – Ustaz Hadi

Posted: 07 May 2012 05:02 PM PDT

KUALA KRAI: Biar pun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi  isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting.
"Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru, kerana apa yang lebih penting ialah berjuang bagi memastikan pilihan raya di negara ini benar-benar bersih dan adil," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kuala Krai hari ini.
Hadir sama Pengarah Pillihan raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.
Turut hadir wakil PKR cabang Kuala Krai dan anggota-anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan berkenaan. Mesyuarat tersebut diadakan di Markaz PAS kawasan di Sungai Durian.
Sebelum ini Umno mempertikaikan kehadiran Ambiga sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 dan dikait dengan pelbagai tomahan negetif.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata,  bagi Umno semua perkara dalam kehidupan harian menjadi halal apabila dilulus lesen oleh kerajaan  termasuk kegiatan perjudian.
Pada majlis itu juga Presiden PAS memakaikan baju t-shirt bergambar Tok Guru Nik Abdul Aziz kepada Ketua Penaja PAS Cawangan Sungai Tias, Wan Nor Abdullah, 46 yang menyertai PAS bersama 50 pengikutnya baru-baru ini.
Cawangan Sungai Tias berjaya diwujudkan selepas ahli dan penyokong Umno di kampung terbabit menyertai PAS beramai-ramai sebelum ini.
Wan Nor ketika ditemui berkata, sudah sampai masanya beliau dan rakan-rakan kembali kepada perjuangan sebenar selepas sekian lama bersama dengan Umno.
"Pemimpin Umno hanya datang ketika menjelang musim pilihan raya sahaja dan selepas itu hilang. Masalah rakyat bukan menjadi keutamaan mereka. Sebab itulah wakil rakyat Umno jarang tinggal di kawasan pilihan raya.
"Penggal lalu wakil rakyat yang menang di Dabong tinggal di Tumpat dan datang ke Dabong hanya sekali sekala ketika mengharapkan undi rakyat menjelang pilihan raya," ujarnya.
Rakannya Mohamad Omar, 40 yang kini menjadi setiausaha penaja cawangan Sungai Tias berkata, beliau begitu terharu kerana sering didatangi wakil rakyat PAS bagi membantu menyelesaikan setiap masalah yang timbul.
Sementara itu Arifabillah memberitahu program ziarah yang sering diadakan di Dun berkenaan dengan mengunjungi rumah-rumah penduduk tanpa mengira parti mana dapat mendekatkan pemimpin dengan rakyat.
"Saya diberitahu ramai di kalangan penyokong Umno terharu ketika rombongan ziarah diadakan di rumah mereka," katanya sambil memberitahu dalam  masa terdekat ini ada lagi ahli Umno akan menyertai PAS termasuk di Kampung Lachang.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10098-ambiga-pas-sama-berjuang-pilihan-raya-adil--ustaz-hadi

Respons fatwa Bersih 3.0

Posted: 07 May 2012 04:50 PM PDT

Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.
Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.
Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.
Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.
Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.
Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)
Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib  dan dituntut sebelum memberi hukum?
Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:
1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.
2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.
3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap  :
  • Penyebaran video dan gambar lucah
  • Tuduhan tanpa bukti dan saksi
  • Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
  • Penyalahgunaan wang zakat
  • Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
  • Hukum menipu dalam pilihanraya
  • Hukum menafikan hak royalti Kelantan
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.

Source: http://202.190.180.135/index.php/letter/10133-respons-fatwa-bersih-30?device=desktop

Awas ulama’ jahat

Posted: 07 May 2012 08:28 AM PDT

Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau menghalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya - Surah Al-'Araaf: 176.
FEATURE
Oleh Idris Ahmad
Ulama' ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama'.
Ulama' ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah, ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulama' wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulama'.
Ulama' mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan.
Manakala ulama' al-su' (jahat) ialah ulama' yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.
Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahayanya ulama' jahat di dalam sabdanya:"Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya: siapa mereka itu? Jawab Baginda: ulama' su'.
Munafik yang durjana
Ulama' jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.
Awas! kita hendaklah membezakan antara ulama' jahat dengan ulama' akhirat.
Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah.
Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat.
Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim, kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.
Sebenarnya ulama' jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulama' jahat ini dipandang dan oleh Allah seperti keldai dan anjing.
Firman Allah SWT (maksudnya): "Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustkan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang menganiaya dirinya"( Surah al-Jumaah:5).
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat." (al-Araf 175)
Ulama' jahat seperti anjing
"Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau menghalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya." (Al-'Araaf: 176).
Ulama' jahat ini muncul sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat kursi dan A'uzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran.
Ulama' jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.
Mereka akan cuba mencara dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka.
Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan.
Realiti yang berlaku kehidupan ulama' jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tidakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat- ayat yang meyenangkan pemimpin ynag zalim mereka juga akan diketepikan.
Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.
Ciri-ciri ulama' jahat
Di antara ciri-ciri ulama' jahat ialah:
0 Takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum.
0 Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat.
0 Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT.
0 Tamak kepada dunia dan pangkat.
0 Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim.
0 Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.
0 Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca.
0 Bijak bermadah pujangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa bikin.
0 Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada pada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.
*Penulis ialah AJK PAS Pusat dan bekas Ketua Penerangan parti. Rencana ini pertama kali terbit di harakahdaily.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/07/awas-ulama-jahat/

Tiada ulasan:

Nuffnang