Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Munajat dan Solat Hajat DUN Chembong 21 Jun 2012
- Duit habis, masalah CF belum selesai
- Program Pocket Talk Sempena MAHA NS 2012
- Terpaksa jalan kaki 4 jam
- Jamuan Rakyat 23 Jun 2012 di Rembau
- Mazlan Aliman 20 Jun 2012 di DUN Paroi
Munajat dan Solat Hajat DUN Chembong 21 Jun 2012 Posted: 19 Jun 2012 01:24 AM PDT MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT Tarikh : 21/06/2012 ( Khamis) Masa : 9.30 Malam Tempat : Bilik Operasi PR Kg. Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah) Maklumat lanjut di http://parchembong.blogspot.com |
Duit habis, masalah CF belum selesai Posted: 19 Jun 2012 12:29 AM PDT 19 Jun 2012 SEREMBAN – Impiannya untuk menduduki rumah banglo di Taman Tuanku Ja'afar, di sini masih belum jadi kenyataan angkara masalah sijil layak menduduki (CF). Itulah nasib menimpa sepasang suami isteri di sini apabila rumah idaman sepatutnya siap pada 2007 masih belum ada tanda boleh diduduki selepas diberitahu rumah berkenaan masih belum punyai CF. Zulkifli Mohd Ghadzali, 56, dan isteri, Mazenah Ibrahim, 55, mendakwa mengikut perjanjian awal, rumah tersebut yang dibeli pada tahun 2005 sepatutnya dapat diduduki dua tahun kemudian. Namun, katanya, pihak pemaju berhadapan masalah dengan pihak kontraktor menyebabkan rumah berkenaan hanya dapat dimulakan pembinaan pada 2009. Menurutnya, rumah tersebut kini telah siap sepenuhnya dan pihak pemaju telah pun menyerahkan kunci kepada pembeli, 7 Januari lalu. "Saya dimaklumkan bahawa kami boleh masuk rumah berkenaan selewat-lewatnya lepas Tahun Baru Cina lalu. Tapi sampai sekarang, masalah CF masih belum selesai," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Zulkifli berkata, lebih membingungkan apabila dia sudah pun menjelaskan sepenuhnya harga tanah dan rumah terbabit kira-kira RM165,000 kepada pihak pemaju. Akibat masalah itu, katanya, dia kini terpaksa menumpang di rumah anaknya di Kuala Lumpur. "Saya dan isteri beli rumah itu kerana berhasrat tinggal di Negeri Sembilan selepas bersara. Kami tidak mahu menyusahkan anak-anak dengan berterusan tinggal dengan mereka. "Saya telah menghabiskan semua duit simpanan dan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk membayar rumah tersebut. Tapi, lain pula jadinya dan saya tidak boleh bersabar lagi," katanya. Menurutnya, ditambah pula rasa tidak puas hati apabila perlu menjelaskan bil cukai taksiran sejak 2005, walaupun rumah tersebut belum lagi mempunyai CF. "Saya ada menghubungi pihak bertanggungjawab untuk mendapatkan kepastian soal status rumah terbabit, namun saya dimaklumkan pihak pemaju dan kontraktor tidak menyerahkan borang permohonan untuk dapatkan CF," katanya. Sehubungan itu, katanya, dia tidak menolak kemungkinan akan menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan masalah berkenaan. |
Program Pocket Talk Sempena MAHA NS 2012 Posted: 18 Jun 2012 11:48 PM PDT Sumber dari http://usahawann9.blogspot.com JEMPUTAN PROGRAM POCKET TALK DAN BUSINESS MATCHING MAHA NS 2012 DAN SAMBUTAN MINGGU PKS PADA 25 JUN 2012 HINGGA 1 JULAI 2012 Untuk makluman, SME Corporation Malaysia dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan (UPEN) dan agensi akan mengadakan program pocket talk/ ceramah dan business matching sempena sambutan MAHA NS 2012 serta Sambutan Minggu PKS yang akan berlangsung pada 25 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012. Pocket talk dan business matching ini akan diadakan di marquee tent/ khemah / pavilion Minggu PKS di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban. Jadual Pocket talk dan business matching adalah seperti berikut: Bil ; Tarikh ; Nama Agensi ; Masa 1. 25 Jun 2012 (Isnin) (Pocket Talk / Ceramah) Credit Guarantee Corporation (CGC) ; 3.00 petang 2. 26 Jun 2012 (Selasa) (Pocket Talk / Ceramah) SME Bank ; 10.00 pagi SME Corp. Malaysia ; 3.00 petang 3. 27 Jun 2012 (Rabu) (Sesi Business Matching) Business Matching ; Pasaraya Carrefour ; 10.00 pagi hingga 5.00 petang 4. 28 Jun 2012 (Khamis) (Sesi Business Matching) Business Matching ; Pasaraya Mydin ; 10.00 pagi hingga 5.00 petang 5. 29 Jun 2012 (Jumaat) (Pocket Talk / Ceramah) Koperasi KUAT ; 10.00 pagi Pernec Corporation ; 3.00 petang 6. 30 Jun 2012 & 1 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad) ; Product Presentation ; Sepanjang hari Tuan/ Puan adalah dijemput untuk hadir untuk mendengar dan mendapat maklumat serta sesi soal jawab semasa program pocket talk/ ceramah dan sesi business matching ini. Sekian terima kasih SME Corporation Malaysia (Negeri Sembilan State Office) Tel: 06-763 5264 Fax: 06-763 5260 |
Posted: 18 Jun 2012 11:47 PM PDT |
Jamuan Rakyat 23 Jun 2012 di Rembau Posted: 18 Jun 2012 08:42 PM PDT JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA Tarikh : 23 Jun 2012, Sabtu Masa : 8.45 mlm Tempat : Pusat Khidmat PR DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau) Penceramah : ~ Dato' Paduka Husam Musa ~ YB Taufek ~ YB Dato Kamarul Baharin ~ YB Anthony Loke ~ Dr. Rosli Yaakop ~ Chegubard Semua dijemput hadir Aturcara : 8.45 pm - Jamuan Makan / Tayangan video isu semasa. 9.15 pm - Ceramah Umum Jamuan makan adalah percuma Maklumat lanjut sila hubungi Azmy 012-6833740 , Ustaz Nazri 019-6823159 Anjuran: MTD PAS Chembong dengan kerjasama MTD PAS Kota dan PKR Cabang Rembau |
Mazlan Aliman 20 Jun 2012 di DUN Paroi Posted: 18 Jun 2012 07:50 PM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 20 Jun 2012, Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah : 1. Sdr Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat/Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) 2. Sdr Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan) 3. Ustaz Kamaruddin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) 4. Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau) |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan