Rabu, 10 April 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Apa Kata Rakyat Berkenaan Status Pengundi Meragukan ?

Posted: 09 Apr 2013 08:13 PM PDT





Sehingga kini SPR masih belum membersihkan senarai pengundi meragukan atau lebih dikenali sebagai pengundi hantu.
Menerusi Projek Pendemokrasian anjuran Kerajaan Selangor, mendapati sekurang-kurangnya hampir 135 ribu pengundi meragukan dikesan menjalar diserata Selangor.
Sebagai rekod, DUN Serdang mencatat bilangan penambahan tertinggi iaitu lebih 9,000, diikuti Subang Jaya 8,000, Hulu Klang 6,000 dan Sri Muda hampir 5,000 pengundi meragukan dikenal pasti.

Kerja Sambil Lewa Yang Sudah Di Bersihkan ?
Intergriti SPR hari ini dipertikai , Rakyat mula bising bukan dengan basis yang kosong tanpa sebab malah ia datang dengan justifikasi jelas. Ini kerana pimpinan Pakatan Rakyat sendiri memberi makumat kepada SPR berkenaan senarai pengundi yang sudah dikesan meragukan.Malangnya tindakan lewa SPR ini sudah menjadi momokan masyarakat.
Jika pimpinan Pakatan Rakyat sendiri berjaya mengesan pengundi hantu , mengapa SPR selama ini berdiam diri ? bukankah maklumat yang diberi memudahkan SPR ? Bagaimana mekanisme SPR bekerja sehinggakan berlaku kepincangan ? 

Kepincangan yang sudah dibetulkan ?


Bukan ingin menuding jari namun Rakyat inginkan intergriti dan jelas bahawa SPR ini dahulunya satu badan yang gah dan punya kreadibiliti. Rakyat memohon agar SPR berdiri teguh di tengah menjalankan tanggungjawab dengan amanah.
Kepincangan sesebuah institusi negara akan merencatkan perjalanan sihat Malaysia , jika semua bersama-sama menjalankan tanggungjawab yang sekata , maka negara ini makmur aman sentosa.

-MJ




Anak Muda Sabah Bangkit Untuk Perubahan

Posted: 09 Apr 2013 07:36 PM PDT




SABAH 9 APRIL: Seramai 600 anak muda Tuaran menyertai KEADILAN sekaligus menujukkan gelombang kebangkitan rakyat di Sabah, tak boleh ditahan-tahan lagi.
Diketuai bekas ahli Umno Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran, Mohd Nazlin Awang Puasa, mereka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program.
Penyertaan mereka disambut tepukan gemuruh 5,000 penyokong KEADILAN yang menyaksikan majlis itu pada Jelajah Merdeka Rakyat 31 Mac lalu.
anwar di tuaran"Sebilangan besar dari kalangan anak muda DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran. Saya harap penyertaan ini akan menambah kekuatan Pakatan Rakyat," kata Nazlin.
Beliau percaya lebih ramai anak muda dari BN bakal menyertai KEADILAN kerana perjuangan parti pemerintah itu tidak lagi releven untuk anak muda.
Dalam majlis sama, Pengarah Media dan Perang Saraf Jentera Pilihan raya KEADILAN Sulaman, Ghulabdin Enjih, berkata anak muda  hilang keyakinan terhadap pimpinan Umno di Tuaran.
"Kepimpinan Umno Tuaran mengabai kepentingan rakyat, contohnya penyusunan rumah di Kampung Mengkabong yang dibina secara semberono dan sambil lewa.
"Lebih ketara lagi pembangunan perumahan itu dibuat tanpa sistem kumbahan dan pusat pembentungan najis, malah ada penduduk yang masih tidak mendapat rumah mereka," katanya pada kenyataan media.

keadilandaily

Pas Perak Bertanding 22 Kerusi Dun & 7 Kerusi Parlimen

Posted: 09 Apr 2013 07:31 PM PDT




LUMUT, 10 April — PAS Perak semalam mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding di 22 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan pada perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.
Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.
Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.
"Dun Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.
"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya.

 – Bernama

Tiada ulasan:

Nuffnang