Jumaat, 28 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


PENTAS RAKYAT

Posted: 27 Sep 2012 09:29 PM PDT


Kg Bogel dan Kg Penajis

Posted: 27 Sep 2012 08:30 PM PDT


Jika nama Kg Bogel boleh ditukar ke Kg Beliku, takkan nama Kg Penajis di Rembau tak boleh ditukar nama atau ditukar ejaannya ke Kg Penajeh?

Kampung Bogel bertukar nama 'Beliku'
28 September 2012

BESUT – Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya. Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Kemiskinan ada di mana-mana

Posted: 27 Sep 2012 05:53 PM PDT


Kemiskinan ada di mana-mana. Sama-samalah kita menjadi umat yang prihatin, lebih-lebih terhadap sanak saudara dan jiran tetangga serta masyarakat keseluruhan secara amnya.

Lima sekeluarga terpaksa ikat perut

KOTA KINABALU 27 Sept. 2012 - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu, Fatimah @ Suria Jamrin, 41, bukan hanya terpaksa mengikat perut, malah dia dan empat anaknya sering makan nasi berlaukkan garam dan gula.

Akibat tiada mata pencarian dan hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, dia juga terpaksa memberi minuman milo cair bagi menggantikan susu kepada anaknya yang berusia dua bulan.

"Apabila kesemua anak saya tidur, saya sering menangis sendirian mengenangkan nasib diri dan anak-anak," katanya ketika ditemui di Perumahan Rakyat Telipok Ria, di sini hari ini.

Fatimah kini tinggal bersama empat anaknya termasuk seorang bayi yang berusia dua bulan selepas suaminya ditahan akibat penyalahgunaan najis dadah baru-baru ini.

Kanak-kanak masalah jantung perlukan bantuan

Posted: 27 Sep 2012 05:52 PM PDT


Sama-samalah kita bantu sekiranya mampu melalui akaun BSN ibu kepada kanak-kanak ini yang mempunyai masalah jantung yang kritikal

Salur terbalik

REMBAU 27 Sep 2012 : Seorang ibu kepada lima anak di Kampung Sungai Layang, dekat sini, buntu memikirkan kos pembedahan anaknya yang menghidap penyakit salur jantung terbalik sejak dilahirkan.

Noraini Akin, 37, berkata anak bongsunya itu Muhammad Nazrul Zaquan Adha Mohd Zahid, 2, mengalami masalah salur jantung terbalik sehingga menjejaskan perkembangannya seperti kanak-kanak lain.

Menurutnya, walaupun sudah menjangkau usia dua tahun, anaknya itu tidak mampu berjalan dan mengalami kebiruan di jari kaki dan tangan dan perlu menjalani rawatan susulan tiga bulan sekali di hospital.

Menurutnya, masalah anaknya sudah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dan akan menjalani pembedahan bulan depan kerana anaknya itu didiagnosis memiliki dua lubang di salur jantungnya yang boleh membahayakan nyawa.

"Kos pembedahan sebanyak RM15,000 dan kami hanya perlu membayar RM4,000 bagi memastikan pembedahan ini dapat dijalankan. Buat masa ini, saya sudah mendapat bantuan RM1,000 dari Baitulmal dan wang sedia ada belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos," katanya.

Noraini berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan kurang RM500 sebulan serta perlu menanggung tiga lagi anak yang masih bersekolah. menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga amat sukar.

"Dua anak perempuan saya masing-masing berumur sembilan dan 11 tahun mengalami masalah lembam dan bersekolah di kelas khas. Kami anak beranak menumpang tinggal di rumah orang tua kerana tidak mampu menyewa rumah," katanya yang turut mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400.

Noraini berharap, ada pihak prihatin dengan masalah dihadapi dan membantu meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya untuk menampung kos pembedahan anaknya.

"Sebelum ini, doktor ada memberitahu tiga atau empat tahun lagi anak saya perlu menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan sebanyak RM60,000 tetapi buat masa ini anak saya perlu dibedah segera kerana terdapat lubang di salur jantung," katanya.

Sumbangkan boleh disalurkan ke akaun Noraini Akin, Bank Simpanan Nasional 0530041000045803.

Hati-hati memakai barang kemas

Posted: 27 Sep 2012 05:51 PM PDT


Semoga para wanita lebih-lebih lagi warga emas lebih berhati-hati. Sebaiknya barang kemas yang dipakai tidak peragakan. Penjenayah sentiasa mencari peluang apabila mangsa memberi sedikit ruang.

Peragut bertanya

LEDANG 27 Sep 2012 : "Lelaki itu bertanya sama ada saya mengenali Aziz. Tiba-tiba, rakannya turun dari motosikal dan merentap rantai emas berharga RM3,000 yang saya beli bagi menggantikan rantai pusaka yang dilarikan pencuri dua bulan lalu," kata Saminam Md Alias, 71, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Saminam membasuh lantai beranda rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, sebelum didatangi dua lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal Honda EX5.

Seorang daripada lelaki terbabit menghampiri Saminam dan bertanyakan perihal Aziz. Menurutnya, ketika kejadian, suaminya, Musian Abu, 78, berada di bilik air dan baru pulang dari menziarah jiran yang kematian bapa.

"Lelaki itu turut meminta saya menunjukkan lokasi rumah Aziz. Saya memaklumkan tidak kenal dengan nama individu dicarinya.

"Tiba-tiba rakan lelaki terbabit turun daripada motosikal lalu menarik tangan kanan yang sedang memegang penyapu sambil merentap rantai leher saya," katanya ketika ditemui di rumahnya. Saminam berkata, kedua-dua penjenayah terbabit gagal dikejar dan dia melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Gambir.

MAJLIS BACAAN HADIS SOHIH MUSLIM

Posted: 27 Sep 2012 01:58 AM PDT


Bersama Sheikh Samir Al Nash dan Sheikh Firas Salu

Di Madrasah Islamiah Haji Ibrahim
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 11 -19 Nov 2012

Majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, lelaki dan wanita, terhad kepada 300 peserta sahaja,pengajian sepenuhnya dalam Bahasa Arab,boleh menginap di madrasah atau berulang alik ke rumah atau hotel berhampiran untuk lebih selesa.

Jadual Pengajian :
Sesi 1 : 6.30 pagi-8.30 pagi ,
Sesi 2 : 10.30 pagi- 1 tengahari,
Sesi 3 : 5 petang - 7 malam,
Sesi 4 : 9 malam – 11 malam,

Yuran penyertaan RM 200, selama 9 hari, makanan dan penginapan disediakan

Kitab Sohih Muslim lengkap untuk ditempah RM110 satu set (Jami' Tirmizi pun boleh didapatkan dengan harga yang sama)

Untuk penyertaan, sila hubungi :
Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff 012-3752240
Saudara Mohd Faizal bin Abdullah 013-2300595
Saudara Ismail bin Osman 013-6055875

Faks : 06-6858468

NO AKAUN CIMB ISLAMIC
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
0501-0000157-10-5

MAJLIS PERIWAYATAN DAN PENGIJAZAHAN SANAD HADIS-HADIS SOHIH MUSLIM SERTA SYARAHAN HADIS PILIHAN

Ikutilah Pengajian Jami' Tirmizi bersama Sheikh di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Raof, Repah, Tampin pada 20 November 2012 hingga 30 November 2012


Kurang dana untuk mengkaji piramid di Malaysia

Posted: 27 Sep 2012 01:04 AM PDT


Pada tahun 1998, ahli arkeologi Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dari UK telah menjalankan kajian mengenai piramid di Tasik Chini, Pahang. Namun disebabkan kekurangan dana, eksplorasi selama 2 minggu tidak dapat diteruskan.

Ancient Khmer city discovered in Malaysia?

The pyramid-like hills near Tasik Chini have sparked interest in the legend of a lost civilisation.

Monday, December 10, 2007
Lost city of Khmer empire?
The New Straits Times (Malaysia)

PEKAN: The existence of seven pyramid-like hills near Tasik Chini has again sparked interest in the legend of a lost civilisation in the area that could date back to the 12th century.

While there is no proof that the hills are man-made, there is a possibility that it is part of a lost city or may at least shed some light on the mystery.

It is long believed that the ancient city could only be found in the depths of the lake. This is based on a theory that the area was inundated with water after the fall of the Khmer empire, of which the city was a part of in the 15th century.

Although many people have made claims of a sunken city, little effort has been made to unravel the mystery. Based on pieces of porcelain found in the area, the city could have been built when the Khmer empire was at the height of its power.

The Khmer empire was ruled, between 802 and 1432, by a succession of "god kings" and had its capital in Siem Reap, Cambodia, where the famed Angkor Wat temple complex stands.

According to a villager, the "pyramid" was more evident when one of the unique hills in Padang Kerbau was cleared by a plantation company recently.

"Before this, all the hills looked normal. However, the way they were 'positioned' is not natural and that is quite interesting," said Ahmad Najib Mohd Don of Kampung Melayu, Chini.

Ahmad Najib, 57 and his wife, Pauziyah Abdullah, 49, later drove their pick-up truck to the hills and found that the formations stood in a swampy area.

Although she was born in Kampung Melayu, Pauziyah said she never realised the peculiar shape of the hills as they were covered by vegetation.

"The hills are also inaccessible because of the swampy land which surrounds them."

The new development has excited archaeologist, Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, who was known for his leading role in the expedition to locate the lost city in 1998.

"There's a possibility as we cannot say for sure its exact location. It can be in the lake or on land," said the senior research fellow at Universiti Kebangsaan Malaysia when contacted.

He said there was no conclusion during the two-week exploration nine years ago as the team had lacked funds.

"We managed to drain a small part of the lake but the compartment walls collapsed when we were about to clear a layer of mud on top of a rocky base."

Tiada ulasan:

Nuffnang