Rabu, 27 Julai 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Kunjungan Santai

Posted: 26 Jul 2011 05:46 PM PDT

Semalam dalam kepenatan selepas pulang bermesyuarat penting Pejabat Agung PAS Pusat YB masih meluangkan masa untuk bertemu dan menyampai sumbangan 3 buah kerusi roda kepada  warga emas yang sakit dan memerlukan di Sri Serawak.

Kira-kira pukul 6.00 petang YB yang diiringi oleh Sekretariat Parlimen Kota Raja, Ahli Dewan Muslimat PAS Kota Raja dan Ahli Cawangan PAS Sri Serawak telah berkunjung ke 3 buah rumah warga emas yang amat memerlukan sumbangan tersebut.

Sumbangan ini diusahakan oleh YDP PAS Kota Raja En Jaafar Samsuddin yang turut hadir pada majlis ini.

Penerima kerusi roda ingin amat gembira apabila menerima sumbangan ini untuk membolehkan mereka bergerak dengan lebih selesa.

Usaha-usaha yang dijalankan ini menepati manifesto Pakatan Rakyat pada PRU 12 berkenaan Negeri Berkebajikan walau pun peruntukan Wakil Rakyat Parlimen Pembangkang disekat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Syukur kerana kita masih mempunyai penderma budiman.

Selesai majlis YB turun juga ke Pasar malam Sri Andalas untuk bertemu pengunjung dan peniaga pasar malam tersebut yang rata-rata kesal dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos yang tinggi.

Seorang perniaga Roti John memberitahu jika sebelum harga barang naik melambung beliau boleh menjual 200 ketul roti tapi kali ini sekitar 80 ~ 100 ketul sahaja ... 'maklumlah semua orang kena berjimat', katanya.

Dalam keadaan ini pun DS Rosmah masih berbelanja mewah dengan memakai cincin USD24 juta dan pelbagai beg tangan berjenama berharga ratusan ribu ringgit dengan menggunakan wang cukai yang dibayar oleh rakyat untuk memuaskan nafsu serakah sendiri.











Tiada ulasan:

Nuffnang