Anwar Ibrahim |
- Program Dato Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak
- Mufti: Letak Jawatan Tanda Protes,Wujudkan Media Sendiri
- Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Bintulu
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Miri
Program Dato Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak Posted: 08 Apr 2011 02:41 AM PDT 9 April 2011 (Sabtu) 10.00 pagi – Ceramah – Kedai Ngu, Niah (DUN Kemena) 1.00 tghari – Ceramah – Sebauh (DUN Kemena) 5.00 ptg – Ceramah – Tatau (DUN Kakus) 8.00 mlm – Ceramah – Taman Seaview, Bintulu (DUN Jepak) 9.00 mlm – Ceramah – Restoran 96, Bintulu (DUN Kidurong) 10.30 mlm – Ceramah – Kampong Jepak, Bintulu (DUN Jepak) |
Mufti: Letak Jawatan Tanda Protes,Wujudkan Media Sendiri Posted: 08 Apr 2011 02:15 AM PDT Dari Harakah Daily PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka. Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar bawah) amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia. Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja. Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu. Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini. “Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama,” cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya. Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini. Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN. Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media tradisional kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim. Bagi beliau, tindakan media tradisional ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak. Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini. Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya. “PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah,” katanya. Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan; 1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat. 2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati. 3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah “Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya).” 4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti. |
Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan Posted: 08 Apr 2011 01:54 AM PDT Dari Keadilan Daily Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'. KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. 1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini. 3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal. 4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan. 5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus. 6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak. 7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun. 8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. 9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain. 10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak. Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa. |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Bintulu Posted: 08 Apr 2011 01:37 AM PDT 9 April 2011 (Sabtu) 10.00 pagi – Ceramah – Kedai Ngu, Niah (DUN Kemena) 1.00 tghari – Ceramah – Sebauh (DUN Kemena) 5.00 ptg – Ceramah – Tatau (DUN Kakus) 8.00 mlm – Ceramah – Taman Seaview, Bintulu (DUN Jepak) 9.00 mlm – Ceramah – Restoran 96, Bintulu (DUN Kidurong) 10.30 mlm – Ceramah – Kampong Jepak, Bintulu (DUN Jepak) |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Miri Posted: 07 Apr 2011 10:34 AM PDT 8 April 2011 (Jumaat) 4.30 ptg – Ceramah – Kampong Luak (DUN Senadin) 5.45 ptg – Hi-Tea – Kampong Dagang (DUN Bekenu) 6.45 ptg – Solat Maghrib – Masjid Kampong Dagang (DUN Bekenu) 8.00 mlm – Ceramah Umum – Kampong Tunku Abdul Rahman (DUN Lambir) 9.30 mlm – Ceramah Umum – Taman Tunku Abdul Rahman (DUN Lambir) 11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Rakyat – Miri (DUN Senadin/Piausau/Pujut ) |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan