PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri Posted: 07 Apr 2011 08:43 PM PDT KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka. Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia. Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja. Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu. Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini. "Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, disamping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya. Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini. Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media yang dikawal Umno dan BN. Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media perdanan kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim. Bagi beliau, tindakan media perdana ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak. Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini. Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya. "PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya. Sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan; 1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ramai lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat. 2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati. 3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)." 4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti. Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama, tambah beliau. |
PAS perjuang keadilan buat Allahyarham Sarbani Posted: 07 Apr 2011 08:41 PM PDT KOTA SAMARAHAN : PAS akan memperjuangkan keadilan terhadap kematian pegawai Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, hingga punca kematian tersebut didedahkan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika ditemui di Muara Tuang, mengulas isu kematian pegawai Kastam tersebut semasa berada di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Katanya, satu siasatan komprehensif yang telus perlu dilakukan mengenalpasti punca kematian, dan yang paling penting adalah bagaimana kenyataan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai 'kematian mengejut'. Ujarnya, polis perlu memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan kematian mengejut, sedangkan terdapat kecedaraan parah dikepala mangsa. Malah, siasatan juga perlu tertumpu kepada bagaimana adanya dakwaan beberapa akhbar dan pihak tertentu Sarbini mati dan ditemui di tingkat satu bangunan SPRM Kuala Lumpur dekat Jalan Cochrane, katanya. Selain itu, terdapat laporan yang menyatakan Sarbini juga murung selepas siasatan SPRM, justeru bagi Mahfuz siasatan juga perlu meneliti aspek bagaimana kemurungan itu berlaku ke atas mangsa. "Apakah punca kemurungan itu, dan bagaimana dia boleh murung," katanya. KPI Najib lemah Dalam pada itu, Mahfuz juga menyelar ketidakcekapan dan KPI menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya hingga menyebabkan kehilangan wang yang begitu banyak di petringkat kastam. Malah lebih malang, bukan setakat kehilangan wang, ianya juga menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menghadapi siasatan oleh SPRM, katanya. Dalam isu ini, Menteri Kewangan sebenarnya menunjukkan KPI yang sangat lemah dan tidak menepati apa yang telah digariskan sebelum ini terhadap kementerian-kementerian lain, katanya. Mahfuz akan mencadangkan satu Jawatankuasa Bebas dengan memanggil pihak-pihak yang berwibawa, bebas dan memiliki kepakaran dalam kes-kes sebegini untuk menjalankan penyiasatan awam. PAS juga bersedia membawa pasukan guaman kepada keluarga mangsa bagi memperjuangkan kes kematian ini agar keluarga mangsa mendapat keadilan yang sebenar, katanya. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan