Mohamad Taufek Abd Ghani |
Projek Waqaf Rehal Al Quran di N.Sembilan Posted: 02 Oct 2011 06:42 PM PDT PROJEK WAQAF REHAL AL-QURAN - Sekolah Rendah Agama Rakyat An-Naim (SARA An-Naim) , Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan memberi peluang kepada semua umat Islam yang berkemampuan dan prihatin untuk bersama menyertai Projek Waqaf Rehal Al Quran Rehal Al Quran yang disumbangkan nanti adalah khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar SARA An-Naim semasa sesi pembelajaran Al-Quran dan Fardu Ain. Sumbangan untuk satu rehal adalah sebanyak RM40. Sebarang nilai sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut : SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AN-NAIM RHB : 25508300000793 Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Fuad 019-3941353 atau Ustazah Masiah 019-2570813. |
Posted: 02 Oct 2011 03:24 AM PDT Arahan JPJ tidak munasabah Sinar Harian 2 Okt 2011 SEREMBAN - Arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya semua kenderaan terutama lori satu dan tiga tan yang memasang pelapik besi atau alumumium supaya membuat pemeriksaan Puspakom disifatkan keterlaluan. Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, arahan berkuat kuasa Julai lalu menyebabkan pemilik lori terpaksa membayar RM50 setiap kali membuat pemeriksaan ternyata membebankan mereka. Sedangkan, katanya, lori terbabit sudah pun melakukan pemeriksaan berkala setiap enam bulan. "Pemeriksaan tambahan ini membebankan pemilik lori, khususnya mereka yang berpendapatan kecil. "Kita berpendapat arahan JPJ ini tidak wajar, menyusahkan dan meningkatkan kos tuan punya lori," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Mohd Taufek berkata, pemasangan pelapik besi di bahagian lori hanya sekadar pengubahsuaian fizikal dan bukannya seperti ubahsuai enjin dan teknikal yang mungkin boleh membahayakan pemandu dan pengguna lain. "Alasan pemasangan pelapik besi atau aluminium oleh tuan punya lori seperti peniaga pasar malam adalah untuk memastikan bekalan bahan mentah basah yang mereka bawa seperti sayur, ikan, ayam dan buah-buahan tidak merosakkan permukaan lori tersebut yang dibuat daripada bahan kayu. "Pemeriksaan yang diarahkan pula sekadar pemeriksaan visual dan timbang berat lori supaya tidak melebihi Berat Tanpa Muatan (BTM) yang dibenarkan. Malah, ada pemandu yang terpaksa ambil lesen kelas E kerana lesen kelas D tidak boleh digunakan lagi kerana lori telah melebihi BTM dibenarkan," katanya. Berikutan itu, Mohd Taufek yang juga Adun Paroi mencadangkan pemeriksaan lapisan besi dan aluminium tersebut dibuat sekali dengan pemeriksaan berkala enam bulan tanpa sebarang bayaran tambahan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9581435.asp |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan