Isnin, 13 Mei 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Jendral Merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada kesemua Jentera N50

Posted: 13 May 2013 01:22 AM PDT









PRU-13 telah berlalu dengan penuh pancaroba penipuan , masalah bangla serta ketidaktelusan SPR, namun alhamdulillah Selangor kita dapat pertahankan malah menang bergaya dengan penambahan majoriti dan kerusi.


Walaupun seteru kita menyerang dengan tipu daya tetapi kemenangan 44 kerusi ini petanda bahawa rakyat selangor Melayu , Cina , India dan Singh menyeluruh bangkit menangkis penipuan murah yang dilakukan sewaktu PRU-13.

Kemenangan majoriti bertambah di N50 Dun Sri Muda bukan "one man show" tetapi kerjasama baik kesemua jentera yang tidak kenal penat jerih mempertahankan N50 daripada musuh.


"Dont forget the unsung heroes that completed the circle" - Jendral N50





PRU-12 majoriti 5000 , PRU-13 majoriti 12510 pertambahan 60% ini jelas bahawa kesemua jentera dibawah pimpinan Jendral N50 ada kelas tersendiri.Kesemua bilik gerakan aktif dengan jaya dan yang paling menakjubkan kubu kuat UMNO-BN di Jalan Kebun berjaya kita robek dan tawan dengan bergaya, hinggakan menitis air-mata salah seorang jentera kita.TAKBIR!



Srikandi N50 saban hari menyiapkan alatan perang (bahan kempen) dengan sempurna untuk diedarkan.Hampir kesemua pasar malam di daerah ini ditawan hasil kerjasama jentera N50.Manakala pihak lelaki pula berpeluh-peluh hingga lewat malam memasang panji-panji KEADILAN di sekitar Dun Sri Muda.

Pasukan PACABA juga tidak ketinggalan memainkan peranan penting di saat genting. Sehari semalam tidak lena hanya untuk memastikan kemenangan PR di N50 Dun Sri Muda.


Jendral merakamkan ribuan Terima Kasih kepada kesemua Jentera-jentera N50 Dun Sri Muda yang terlibat mempertahankan kemenangan dan Meneruskan Kecemerlangan Selangor.


https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=f84a7b866f&view=att&th=13e9cf1b4eca07b5&attid=0.1&disp=inline&realattid=1434905669785354240-local0&safe=1&zw&saduie=AG9B_P8O2LGkyP5qcSLOFCv3SQjl&sadet=1368432712470&sads=cWV0jG2kQmAx89IoFQ-MBku0KR8&sadssc=1


Tahniah kita berjaya dengan bergaya !



We Will Never Surrender !

PRU-14 Watchout!









We Will Never Surrender! - DSAI

Posted: 13 May 2013 12:10 AM PDT



KUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.

Pemimpin de facto PR, kelihatan bertenaga dan penuh bersemangat apabila berucap di hadapan penyokong PR berpakaian hitam dalam perhimpunan ketiga selepas Pilihan Raya 2013 di Ipoh, Perak mengakui ianya seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.

Akan tetapi beliau menegaskan walaupun Datuk Seri Najib Razak telah mengangkat sumpah dan gabungan tersebut kelihatan berurusan seperti biasa di Putrajaya, pengerusi BN dan presiden Umno bukanlah orang sebenar yang dipilih untuk jawatan itu.

"Pemimpin Umno akan kata, kami mempunyai mandat jadi kamu diam. Tetapi saya kata — No way. Kita mempunyai mandat dan akan… lawan tetap lawan," kata beliau mengundang hadirin untuk menjeritkan slogan tersebut.

"Najib telah disahkan menang… dan telah mengangkat sumpah. Apa harus kita lakukan?
"Sebab itu saya kata… di Kelana Jaya ratusan ribu rakyat hadir hanya dengan notis dua hari… Di Pulau Pinang, ratusan ribu hadir di Batu Kawan… kebangkitan rakyat.

"Kenapa? Kerana suara rakyat suara keramat," kata Anwar.

"Hari Selasa kita akan berhimpun di Kuantan. Rabu kita akan berhimpun di Johor. Dan kita tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan di negara ini.

 "Kita tidak akan berhenti sehingga keputusan sah diumumkan. Ya. Kita akan teruskan dan tidak akan mengalah," tambah beliau melalui siaran secara langsung di Internet malam tadi.

Anwar dan pasukannya dalam PR menegaskan keputusan pilihan raya 5 Mei yang baru diumumkan dicemari dengan penipuan, corak pengundian luar biasa, cara menguruskan kotak undi diragui dan isu lain.

Dengan mengatakan mempunyai bukti mencukupi untuk menyokong dakwaan mereka, peguam dari kedua-dua DAP dan PAS akan menjalankan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan tersebut.

Pemimpin PR mengatakan mereka akan mencabar 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, bergerak ke Pulau Pinang pada Sabtu dan di Perak malam semalam, akan diteruskan di Kuantan pada Selasa dan Johor pada Rabu.

Gabungan BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Lebih menyedihkan bagi BN adalah mereka kehilangan undi popular, hanya mendapat 48 peratus daripada undi, tiga mata peratusan lebih rendah dari 51 peratus oleh PR.

Di Perak, nasib BN lebih parah lagi, hanya mendapat 507,123 atau 45.25 peratus daripada undi, dibelakang PR yang mendapat 613,490 undi atau 54.75 peratus, walaupun menang 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PR Perak telah mengatakan keputusan pilihan raya tidak sah, menegaskan pentadbiran negeri ditangan mereka kerana majoriti daripada rakyat Perak telah mengundi menentang BN.

Dalam ucapan awalnya, Anwar turut menyelar pemimpin kanan Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mendakwa komuniti CIna yang undi menentang BN dikelirukan kerana memikirkan kerajaan pimpinan PR akan memansuhkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menafikan ini, menegaskan persetujuan tiga parti dalam PR — DAP, PKR dan PAS — secara rasminya mengiktiraf semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153, yang menyentuh tentang hak keistimewaan etnik dominan negara ini.

-malaysianinsider

Sambutan Hari Ibu Bersama Warga Emas

Posted: 12 May 2013 08:41 PM PDT



Shah Alam, 12 MEI- Masalah tekanan ekonomi dan pengurusan masa menjadi punca masyarakat zaman sekarang menghantar orang tuanya ke Rumah Kebajikan.

Ini yang berlaku di kawasan bandar dimana orang berpusu-pusu mengejar kesenangan sehingga mengabaikan tanggungjawab seorang anak kepada Ibu-bapanya.

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=f84a7b866f&view=att&th=13e9bf5a45cd6c45&attid=0.1&disp=inline&realattid=1434888334785642496-local0&safe=1&zw&saduie=AG9B_P8O2LGkyP5qcSLOFCv3SQjl&sadet=1368416282941&sads=OtPSpLSRLxVnFf01mpo9sfEpXyE&sadssc=1
Sempena Hari Ibu ADUN Sri Muda dan pasukannya meraikan hari yang bahagia ini bersama Warga Emas di Pusat Jagaan Orang Tua Saint Judes Taman Iswara dimana 38 warga emas yang bermastautin disini di bawah seliaan En. Ravi dan isteri.

Majoriti adalah kaum India,kedatangan YB Shuhaimi Shafiei menceriakan suasana warga emas yang gembira menyambut Hari Ibu yang penuh makna.Sedikit sumbangan kepada setiap warga emas Saint Judes dan sekumtum bunga Mawar sebagai simbolik Hari Ibu.

Ini merupakan lawatan yang ke 5 YB Shuhaimi Shafiei di Pusat Jagaan Orang Tua Saint Judes ini.En. Ravi amat menghargai bantuan yang disaluirkan oleh ADUN Sri Muda selama ini yang memberi nafas agar Rumah Orang Tua ini terus-menerus beroperasi.

20130512_115700.jpg"Kehidupan bandar ini banyak mengubah cara hidup masyarakat sehinggakan mengabaikan tanggungjawab seorang anak, justeru Rumah Kebajikan Orang Tua ini harus dibela agar nasib warga emas ini lebih terjamin"  katanya.


ADUN Sri Muda menyarankan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama-sama kita membendung masalah kebajikan rakyat dibawah yang mana semakin hari semakin tertekan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.


Justeru orang ramai boleh menyalurkan bantuan kepada Pusat Jagaan Orang Tua Saint Judes Taman Iswara dengan menghubungi En. Ravi di talian 016-3552084 .







Azmin kecam fitnah Umno, terus berjuang bersama KEADILAN

Posted: 10 May 2013 08:16 PM PDT



(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 10 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengecam khabar angin yang disebar Umno kononnya beliau akan meninggalkan parti.

Tegasnya, ia bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan mempersoal kesetiaan beliau kepada parti bagi memporak perandakan Pakatan Rakyat.

Azmin
"Khabar angin itu dimulakan Umno BN, dan saya percaya ia dikaitkan dengan isu perlantikan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Azmin yang juga Pengerusi KEADILAN Selangor tegas menolak persepsi buruk yang dirancang Umno kononnya beliau kemaruk untuk menjadi Menteri Besar.

"Mereka telah bersungguh-sungguh membina persepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi MB. Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya," katanya.

Justeru, Azmin sekali lagi menegaskan akan tetap bersama KEADILAN dan kekal dengan jawatan beliau.

"Saya tidak akan meninggalkan perjuangan rakyat. Ia pembohongan yang dasyat bahawa saya akan menyertai Umno.

"Kepada saudagar khabar angin, saya menegaskan bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih dan tidak berhasrat meletakkan jawatan sama ada dari parti mahupun wakil rakyat," kata Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu.


Tiada ulasan:

Nuffnang