N45 Dr Halimah Ali |
45 minit yang tidak ternilai harganya bagi YB DR HALIMAH Posted: 03 Aug 2012 09:34 AM PDT 31.7.12 KOTA BHARU KELANTAN Setelah 45minit berada di rumah seorang ulamak besar yang sudah pasti namanya terkenal di seantero dunia saya boleh buat satu rumusan penting. Iaitu ulamak yang dikagumi dan diakui keikhlasannya serta diyakini bersih jiwanya oleh kawan dan lawan ini seorang manusia dan BUKAN MALAIKAT! Beberapa kali saya dengar dia batuk. Dia kata dia kurang sihat selepas program turun padang melawat orang Asli di Kelantan. Jauh ke dalam. YB Dato' Nik Amar yang menemaninya dalam program itu mengakui keletihan kerana perjalanannya agak 'taxing'. Beliau diberi cuti selama 3 hari. Namun temujanji bersama saya masih dipenuhinya. Sebenarnya saya serba salah. Nak teruskan pertemuan dengannya atau batalkan sahaja. Saya sudah berada di Kota Bharu untuk mesyuarat atas jemputan EXCO KERAJAAN Kelantan bagi tujuan program bersama dengan EXCO Pendidikan Selangor yang mahu diadakan di Selangor. Setiausahanya memberitahu beliau bersedia berjumpa pukul 11pagi di kediaman peribadinya di Pulau Melaka. Saya bersyukur Allah beri kesempatan dan penghormatan untuk berjumpa insan yang dipilihNya sebagai khalifah yang mentadbir negeri Serambi Mekah.Sudah 22tahun lamanya. Penuh dengan onak dan duri.Namun Tok Guru sebagai pahlawan pewaris Nabi s.a.w. menganggap semua itu sebagai kemuncup di tengah jalan. Tidak perlu panik.Tidak perlu lemah semangat.Tidak perlu bersedih. Yang penting baginya perjuangan perlu diteruskan.Katanya kepada saya, hidup ini mesti ambilkira syurga neraka.Ideologi lain tidak faham syurga neraka, pahala dosa. Hanya Islam yang mengambilkira apa yang kita lakukan di dunia ini ada kaitan dengan syurga pahala. Dalam semua perkara dosa pahala mesti diambilkira. Kekadang dia memegang dadanya apabila batuk. Sakit sikit katanya. Hati saya sayu melihat kegigihan TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT yang masih mahu meraikan kedatangan saya. Datin Tuan Sabariah bersama-sama dalam perjumpaan itu. Datin pun nampak letih. Tujuan sebenar saya mahu berjumpa dengan TOK GURU ialah meminta restu Tok Guru sebagai mursyidul am dalam usaha saya mahu menyemai benih 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' atau yang dikenali sebgai Mini Serambi Mekah @Kpg Delek. Saya berkongsi cita-cita saya untuk melihat pusat tamaddun Rabbani ini terjelma dalam masa yang terdekat dan memohon jalinan Serambi Mekah Kelantan sebagai pendorong dan pembantu daripada berkongsi pengalaman dan kemungkinan jaringan kerjasama dari segi pendidikan , ekonomi dan agama. Beliau seorang yang berpandangan jauh.Beliau bertanya samada saya tahu berbahasa Cina kerana wajah saya seperti orang Cina. Beliau terus menyambut, 'Yang Berhormat perlu belajar bahasa Cina'! Saya teringat Hu Pang Chaw , Pengerusi DHPP dan lain-lain rakan. Malangnya memang saya belum mahir berbahasa Cina. Nampaknya kena tambah lagi catuan masa... Yang menarik segala pertuturannya berkisar ke akhirat!! Segala permasalahan dan perbincangan saya dengannya tentang impian saya sebagai wakil rakyat yang saya kongsikan dengannya dikaitkan dengan akhirat! Beliau terus mencelah bila dia dengar apa yang saya katakan itu menimbulkan minatnya...Tidak ada cerita habuan dunia, keseronokan dunia.... Beliau begitu tenang walaupun keadaannya tidak selesa kerana keuzuran fizikalnya. Namun yang jelas emosi nya sangat stabil. Rohaninya bersambung terus dengan AL KHALIQ. Subhanallah. Sebenarnya, semasa saya menjadi insan biasa lebih 20tahun yang lepas, suami dan anak-anak saya pernah menziarahnya. Ketika itu, saya tidk masuk ke rumah kerana isteri Tok Guru tidak berada di rumah. Saya menunggu di kereta. Jadi saya sempoat melihat persekitaran rumahnya. Di rumah, Tok Guru menghidang air teh yang dibancuh dan dituang sendiri olehnya kepada suami dan anak-anak saya. YAB Menteri Besar Kelantan melayan tetamunya sendiri tanpa pengawal dan orang gaji! Berapa ramai ketua menteri di dunia ini yang seperti YAB Dato' Menteri Besar Kelantan. Rumah yang saya pergi dahulu hanya sekarang ini ditambah sedikit perabot.Itu pun dibeli orang lain semasa mula menjadi Menteri Besar. Dan beliau telah menegah supaya jangan dibeli lagi. Bersama saya Bendahari Persatuan Ulamak Malaysia, Ustaz Mohammad Ya, Timb Pengarah YIK dan Hj Azmi, PA EXCO Pendidikan Selangor. Orang muda sekarang harus menilai kewujudan ulamak di tengah-tengah mereka dan merebut peluang bersama dengan ulamak tersebut. Allah mencabut ilmu daripada sesuatu masyarakat dengan pemergian ulamaknya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan