Khamis, 10 Mei 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PEMUDA PAS TELUK INTAN BUAT ZIARAH KEBAJIKAN

Posted: 10 May 2012 07:05 AM PDT


TELUK INTAN, 9 Mei - Dewan Pemuda PAS Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikannya telah melakukan program Ziarah kebajikan ke Kg. Changkat Jong. Turut serta ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Ketua Dewannya Ustaz Abdul Fatah Awang, Ketua Cawangan PAS Batu 9 Sdr. Salleh Ibrahim dan beberapa orang ahli jawatankuasa pemuda kawasan.
YB Anuar menuju ke salah sebuah rumah.

Menyantuni warga emas.

Menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati.
Antara ahli jawatakuasa pemuda kawasan yang turut serta.

Sebanyak lima buah rumah di Batu 7, Jalan Changkat Jong telah disinggahi oleh rombongan kebajikan tersebut dengan beramah mesra serta menyampaikan sumbangan kebajikan. Ia juga turut diambil peluang oleh pihak ADUN Changkat Jong untuk menyelami permasalahan rakyat di kampung tersebut.
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada ibu Allahyarham Adik Yusri. Turut serta Sdr. Salleh, Ketua PAS Cawangan Batu 9.

Kemudian, YB Anuar telah singgah ke rumah Allahyarham Adik Yusri yang telah meninggal dunia dua minggu lalu. Di sana, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan serta merakamkan rasa simpati kepada ibu Allahyarham.

intanhijau.blogspot.com

SUKANEKA MESRA TAMAN MELOR MERIAH

Posted: 10 May 2012 03:51 AM PDT


TELUK INTAN, 5 Mei - Pusat Khidmat DUN Changkat Jong dengan kerjasama pihak komuniti Taman Melor, Teluk Intan telah berjaya diadakan dengan meriahnya. Ia telah diadakan di Padang Awam Taman Melor dekat sini.

Antara objektif program tersebut adalah untuk mengeratkan persaudaran serta mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat di sana yang semakin bertambah jumlah penduduknya. Program santai berkonsepkan kekeluargaan ini telah bermula seawal 8.30 pagi dengan menyediakan pelbagai acara yang meliputi pelbagai peringkat umur.

Antaranya ialah ulat bulu, bola hikmah, kura-kura bata, puteri lilin, boling kelapa dan ratu batik. Cabutan bertuah juga diadakan untuk setiap pengunjung yang hadir dan menyertai program tersebut. 
YB Anuar meniup wisel bagi memulakan acara.


Ahli Jawatankuasa Nisa Teluk Intan turut hadir membantu.
ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah diberi penghormatan melepaskan beberapa acara sukaneka pada sebelah pagi. Beliau juga turut berpeluang untuk beramah mesra dengan para penduduk yang hadir.
YB Anuar bertemu para pengunjung sukaneka.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran juara Akademi Nasyid, Sdr. Azhan Atan yang turut memperdengarkan dua buah lagu. Beliau juga berpeluang menyampaikan hadiah kepada pengunjung bertuah.
Penyanyi Azhan Atan menyampaikan sebuah lagu.
Azhan Atan menyanyi bersama sekumpulan kanak-kanak.
Azhan menemu bual seorang penerima hadiah cabutan bertuah.

Akhirnya, YB Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan perasmian penutupan sukaneka serta telah menyampaikan hadiah kepada setiap pemenang bagi acara-acara yang telah dipertandingkan. Turut hadir ialah isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hjh. Faridah Rajiah serta Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan Puan Robiatun Abas serta beberapa saf kepimpinan PAS Kawasan Teluk Intan.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian penutupan sukaneka.

Isteri YB bersama Ketua Muslimat Kawasan (kiri).

YB Anuar menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang.

Seorang wanita menerima hadiah daripada Puan Hjh. Faridah.

Bergambar beramai-ramai bersama ahli jawatankuasa sukaneka dan para pemenang.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang