Khamis, 10 Mei 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Bertuahnya penduduk Bukit Payong

Posted: 09 May 2012 12:01 PM PDT


(Gambar  atas)Ustaz mendoakan jenazah allahyarhamah Mak Som selepas selesai mengimami solat jenazah di Kampung Tok Rimau.

Penduduk DUN Bukit Payong sebenarnya sangat bertuah kerana mempunyai wakil rakyat yang bukan sahaja  selalu mengambil berat terhadap masalah kehidupan penduduk tetapi juga beliau juga mengambil berat tentang masalah akhirat penduduk.

Ini terbukti apabila YB Ustaz Mohd Nor sering mengepalai acara-acara keagamaan dan mengadakan kuliah-kuliah agama di surau-surau sekitar Bukit Payong yang boleh dikatakan saban hari selain daripada membuat lawatan atau menziarahi penduduk Bukit Payong bagi bertanya khabar.

Dalam kuliah-kuliahnya juga, beliau sering menasihati orang ramai agar menjadi mukmin yang sejati supaya selamat hidup di dunia dan akhirat nanti.Itulah tanda kasih dan sayang YB Ustaz kepada penduduk Bukit Payong kerana bukan habuan dunia sahaja yang perlu dicari, akan tetapi habuan akhirat terlebih lagi pentingnya.

Bukan itu sahaja tuah penduduk Bukit Payong, beliau juga mempunyai seorang isteri yang juga hebat ilmu agamanya, iaitu Ustazah Zainun Abd Wahab yang sentiasa membantu Ustaz Mohd Nor dalam menyebarkan dakwah.


(Gambar) Ustazah Zainun (berpurdah) sedang mengetuai majlis bacaan Yaasin di Kampung Surau Panjang.

Jika sekiranya Ustaz Mohd Nor mempunyai tugasan di luar kawasan Bukit Payong, ustazah terkadang akan mengambil alih tugasan seperti mengetuai majlis bacaan yaasin bersama kumpulan muslimah.

Ustazah juga akan memberi kuliah khusus kepada muslimat tentang permasaalahan berkaitan agama.

Alangkah bertuahnya penduduk Bukit Payong dengan gabungan kedua-dua insan ini, mereka telah dan akan terus memimpin penduduk ke jalan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat insyaAllah


(Gambar atas) Membaca tahlil sudah menjadi kebiasaan Ustaz. Ustaz seringkali diberi penghormatan mengepalai tahlil dikebanyakan tempat

(Gambar bawah) Kadang-kadang ada penduduk yang meminta jasa baik Ustaz untuk membacakan doa bagi menyembuhkan sakit. Ustaz tidak pernah menolak, pesan Ustaz, kita hanya berikhtiar, yang menyembuhkan sakit, Allah.




Tiada ulasan:

Nuffnang