:: cina islam | 2011 :: |
- Kuala Besut : ‘Kuala Ujian’
- 280 terkorban, 7000 cedera sejak rampasan kuasa
- Khutbah Jumaat : “JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN”
- Perakuan Pengislaman Tiga Anak Guru Tadika Batal & Tidak Sah
- Guru Besar Seri Pristana Ambil Cuti Sukarela Selepas Terima Ugutan Bunuh
- Kawasan kerap kemalangan turun kepada 146
- Jumaat Furqan: Penyokong Morsi di Raba'ah, Al-Sisi di Tahrir
- Lebih 2,000 terbunuh di Syria sepanjang Ramadan
Posted: 26 Jul 2013 12:01 AM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Saya membaca keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan UMNO/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah UMNO kelmarin. Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihanraya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada UMNO/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit. Inilah rahsia sebenar kekuatan UMNO. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah UMNO/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya. Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri. Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." – Surah Yasin, ayat 6. Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat. Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak UMNO/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap. Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana. Nyata sekali Kuala Besut adalah 'kuala ujian'. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di 'kuala ujian' ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi. Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa' ayat 104). Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala! Salam hormat. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M |
280 terkorban, 7000 cedera sejak rampasan kuasa Posted: 25 Jul 2013 11:46 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - (Puluhan ribu penyokong Morsiberarak ke Dataran Raba'ah malam tadi untuk himpunan Jumaat Furqan hari ini) MESIR: Bantahan terhadap rampasan kuasa Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi yang masuk minggu ketiga, telah menyaksikan ratusan terkorban ditangan tentera yang dipimpian jeneral Abdul Fatah Al-Sisi. Menurut sumber Ikhwan Muslimin, jumlah korban di kalangan penyokong Morsi mencecah 280 orang manakala lebih 7000 cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap kumpulan penyokong yang berhimpun secara aman di beberapa kawasan.Paling ramai mencatat angka korban adalah pada tragedi "Subuh Berdarah" 8 Julai lalu ketika penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik diserang polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup ketika sedang menunaikan solat Subuh. Dalam insiden itu lebih 50 dilapor terkorban manakala 300 lagi cedera. Selain itu juga, sejumlah 800 lagi termasuk pimpinan tertinggi Ikwan Muslimin, pemimpin kumpulan parti Islam lain, ulama dan rakyat biasa yang bersolidariti menyokong Morsi, ditangkap dan ditahan oleh pihak tentera. Biarpun berdepan pelbagai tekanan oleh pemerintah sementara khususnya pihak tentera, himpunan menyokong Morsi tidak pernah berkurang malah sentiasa bertambah dari masa ke masa. (Penyokong Morsi sedang menampal poster tertulis "Akan pulang ke istanamu, Akan pulang kepada rakyatmu") Kini masuk minggu ketiga mereka berkampung dan tidak berganjak dari tempat himpunan yang menjadikan Dataran Raba'ah sebagai pusat tumpuan. Hari ini sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlangsung di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa dan desakan agar Morsi dibebaskan dari tahan tentera dan dikembalikan sebagai presiden. Himpunan hari ini digelar himpunan "Jumaat Furqan" atau "Jumaat Pembeza". Biarpun himpunan rasmi akan berlangsung selepas Jumaat hari ini, namun sejak malam tadi Dataran Raba'ah telah dipenuhi oleh penyokong Morsi. Di sebelah pihak tentera pula, mereka juga menyeru rakyat untuk turun berhimpun di Dataran Tahrir sebagai memberi mandat kepada mereka menggunakan segala kekuatan untuk mengekang dan menyuraikan himpunan penyokong Morsi. Banyak pihak melihat seruan himpunan oleh tentera ini sebagai cara mendapat persetujuan untuk membuat "pertumpahan darah" bagi menyuraikan penyokong Morsi. Dalam pada itu, perkembangan terkini di Mesir menyaksikan Kelab Hakim Mesir memecat 75 ahlinya yang mengumumkan sokongan mereka terhadap Morsi. Harakahdaily/- |
Khutbah Jumaat : “JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN” Posted: 25 Jul 2013 09:08 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil" - Surah al Baqarah ayat 185. اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ. Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Sidang Jumaat Sekelian, Penurunan Al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Dengan segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran, semestinya semua Umat Islam meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya. Sidang Jumaat Sekelian, Berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah merupakan mukjizat yang paling besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Kehebatan bahasanya, keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya menjadikan al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Ini disebabkan kebanyakan kita gagal mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran dan gagal memahami apakah yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran. Saudara Sidang Jumaat yang dimuliakan, Al-Quran telah terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik ( جِيْلُ الْقُرْآنِ الْفَرِيْد ) di bawah pentarbiahan secara langsung oleh Rasulullah saw. Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh umat manusia sejagat. Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman sistem dan undang-undang ciptaan manusia kepada keadilan sistem dan undang-undang Allah. Semua ini disebabkan mereka benar-benar menghayati seluruh ajaran Al-Quran tanpa memilih-milih. Malangnya sebahagian Umat Islam hari ini mengambil Al-Quran jika dirasakan sesuai dengan kepentingan mereka, namun mencari berbagai alasan untuk tidak mengamalkan ajaran Al-Quran jika tidak memenuhi kehendak nafsu mereka. Apa yang peliknya mereka masih tanpa segan silu menganggap diri mereka sebagai Muslim Mukmin yang terbaik tanpa merasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 85-86 : ...........أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (85) أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ فَلاَ يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلاَ هُمْ يُنْصَرُونَ (86) Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian Kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu darpada kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat kelak akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai tentang akan apa yang kamu lakukan. Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan menggadaikan kehidupan mereka di akhira,; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. Sidang Jumaat Sekelian, Ramai antara kita yang takut dilaknat oleh Al-Quran jika salah ketika membacanya. Namun berapa ramai yang benar-benar takut dilaknat oleh Allah kerana meninggalkan Quran sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud meninggalkan Quran sebagai berikut : a. Tidak membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya. b. Tidak beriman dengan ajaran Al-Quran. c. Tidak mengkaji dan memahami Al-Quran. d. Tidak membenarkan isi kandungan Al-Quran. e. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran. f. Berpaling daripada Al-Quran kepada yang lain Maka Bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Bacalah, fahamilah dan hayatilah isi kandungan Al-Quran jika kita benar-benar beriman. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ : وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ مَهْجُورًا ﴿٣٠﴾ Dan berkatalah Rasulullah : Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan - Al-Furqan : 30 أَشْهَدُ أَن لاَ ِإلــهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Hadirin yang dirahmati Allah, Rasulullah SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang amat mengasihi Umatnya. Sehebat manapun kejahatan dan kefasiqan Umatnya terhadap Allah dan Rasul, tidak pernah menyebabkan baginda berputus asa terhadap tugas dakwah yang dilakukan. Seboleh mungkin baginda tidak sekali-kali akan merintih dan mengadu kepada Allah terhadap perbuatan umatnya melainkan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan jika ianya dilakukan maka ianya adalah akibat kebimbangan baginda terhadap kemurkaan Allah terhadap umatnya. Kembalilah kita kepada Al-Quran dan jangan sekali-kali meninggalkan Al-Quran dalam segala tindak tanduk kita sepanjang kita menumpang bumi tuhan. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ،إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ Ya Allah, Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang membantu saudara segama mereka samada dengan kekuatan senjata, kekuatan harta benda termasuk yang mencurahkan tenaga dan idea untuk membantu saudara-saudara mereka. Ya Allah Ya Rahim, Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka menunaikan menunaikan zakat dan memberi bantuan kepada Umat islam yang memerlukan. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan. |
Perakuan Pengislaman Tiga Anak Guru Tadika Batal & Tidak Sah Posted: 25 Jul 2013 08:48 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - IPOH: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memutuskan perakuan pengislaman terhadap tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Gandhi, adalah batal dan tidak sah. Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuatMohd Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan."Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan. "Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit. Lee berkata penukaran agama itu juga tidak sah dan batal kerana tiga beradik itu tidak hadir di hadapan pegawai agama bagi tujuan melafazkan pengisytiharan memeluk Islam (mengucap dua kalimah syahadah). Katanya keputusan itu dibuat bukan untuk kemenangan mana-mana pihak tetapi lebih penting adalah keharmonian untuk semua agama dalam negara ini. Mohd Ridzuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, membuat pertukaran agama daripada Hindu kepada Islam bagi ketiga-tiga anaknya pada April 2009 dan memperoleh sijil pertukaran itu daripada Jabatan Agama Islam Perak untuk ditunjukkan kepada Indira Gandhi sebagai bukti. Pada 25 Okt 2009, Indira Gandhi, 38, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya. Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976. Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan manaterpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga ke Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama. Keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan secara tidak adil. Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya iaitu Indira Gandhi. Sementara itu, Indira Gandhi ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau gembira dengan keputusan ini setelah menanti selama empat tahun. "Saya berterima kasih kepada peguam saya yang banyak membantu dalam kes ini," katanya. Kes berkenaan membabitkan enam responden iaitu Penolong Penasihat Undang-Undang negeri, Norazura Mokhtar mewakili responden satu, dua dan tiga iaitu Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan kerajaan Perak serta turut menyebut bersama responden empat dan lima iaitu Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia. Peguam Hatim Musa mewakili responden keenam iaitu Mohd Ridzuan manakala Indira Gandhi diwakili peguam M. Kulasegaran, N. Selvam dan K. Shanmuga. - BERNAMA |
Guru Besar Seri Pristana Ambil Cuti Sukarela Selepas Terima Ugutan Bunuh Posted: 25 Jul 2013 08:43 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh mengambil cuti seminggu atas kehendaknya sendiri, berikutan kekecohan di media sosial mengenai isu murid makan di bilik persalinan. Mohamad Nasir Mohd Noor menafikan laporan sebuah portal berita bahawa beliau telah "dipaksa" untuk mengambil cuti."Saya memutuskan untuk mengambil cuti secara sukarela selama satu minggu bermula dari hari ini (Khamis). Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama selepas saya menerima dua ugutan bunuh. "Saya memutuskan bahawa saya perlu berada jauh untuk keselamatan saya sendiri selepas saya mendapat ugutan bunuh. "Saya harap orang ramai tidak akan membangkitkan perkara itu lagi, dan saya telah meminta pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar sekolah adalah selamat," katanya kepada The Star dalam satu temuramah malam Khamis. Kantin di sekolah berkenaan telah dibuka semula pada Khamis manakala Kementerian Pelajaran mungkin memperuntukkan dana untuk sekolah rendah itu untuk membesarkan kantin tersebut bagi menampung 1,300 murid. Mohamad Nasir berkata, kantin sementara yang kini telah beroperasi selama tiga bulan sekarang diwjudkan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kantin sekolah. "Pada waktu pagi, cahaya terik matahari menghala ke arah kantin. Dan kerana kawasan ini adalah sangat panas, murid-murid yang tidak mahu makan apa-apa di sana dan sebaliknya mereka makan berhampiran dengan longkang. "Saya menyatakan bahawa tempat itu tidak bersih, jadi saya menempatkan mereka di bilik mandi yang tidak digunakan sepenuhnya," katanya. Guru besar menjelaskan bahawa murid-murid jarang menggunakan bilik mandi kerana mereka dibenarkan untuk memakai pakaian sukan untuk aktiviti ko-kurikulum. Beliau juga berkata, notis telah diletakkan bagi melarang murid-murid menggunakan bilik berkenaan sebagai tandas, malah telah mengunci pair air di dalam bilik tersebut. mstar.com.my |
Kawasan kerap kemalangan turun kepada 146 Posted: 25 Jul 2013 08:40 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Beliau berkata antara lokasi itu ialah antara KM 12 hingga KM 70 di Kuala Lipis menuju Merapoh, KM 14 hingga KM 15 di Kuala Lumpur menuju Ipoh dan KM 4 hingga KM 13 di Johor Baharu menuju Air Hitam. "Daripada 146 kawasan itu, 72 adalah di bawah JPJ manakala 74 di bawah polis," katanya pada sidang media di Plaza Tol Puchong arah Selatan (menghala Putrajaya) dekat Kuala Lumpur. Terdahulu, beliau menyertai praoperasi bersepadu sempena Aidilfitri yang dijalankan bersama oleh JPJ, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Puspakom Sdn Bhd di plaza tol itu. Ismail berkata praoperasi itu akan dijalankan sehingga 31 Julai ini sebelum Operasi Bersepadu diadakan serentak di seluruh negara dari 1 hingga 18 Ogos depan. "Operasi ini lebih ditumpukan kepada kenderaan motosikal dan bas ekspres kerana ia sebagai penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya di seluruh negara," katanya. Ismail berkata sebanyak 69 saman dan sembilan notis dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu, memasang cermin gelap melebihi tahap ditetapkan dan plat nombor tidak mengikut spesifikasi. Beliau menasihatkan para pemandu dan penunggang motosikal supaya mengutamakan keselamatan menjelang hari raya berikutan peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya. - Bernama |
Jumaat Furqan: Penyokong Morsi di Raba'ah, Al-Sisi di Tahrir Posted: 25 Jul 2013 08:28 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Harakahdaily/- (Berpuluh-puluh ribu rakyat sedang bergerak dari Masjid Nur,Abbasiyah selepas solat terawih ke dataran Raba'ah sebagai persediaan "Jumaat Furqan") MESIR: Dua himpunan besar-besaran akan berlangsung hari ini masing-masing bagi menyatakan sokongan satunya kepada Presiden sah Dr. Muhammad Morsi yang digulingkan tentera, dan satu lagi kepada jeneral tentera Abdul Fatah As-Sisi yang menjadi dalang penggulinagn Morsi. Para penyokong Morsi akan menjadikan Dataran Raba'ah - yang diduduki mereka masuk minggu ketiga - sebagai pusat himpunan hari ini manakala penyokong Al-Sisi di Dataran Tahrir.Bagi penyokong Morsi, himpunan selepas solat Jumaat hari ini digelar sebagai "Jumaat Furqan" atau "Jumaat pembeza" antara hak dan batil. Sejurus selesai solat terawih malam tadi, berpusu-pusu penyokong Morsi bergerak ke Raba'ah bagi persediaan himpunan ini petang nanti. Medan Raba'ah menyaksikan beberapa siri himpunan besar para penyokong Morsi sejak presiden itu digulingkan pihak tentera melalui rampasan kuasa awal Julai lalu. Sementara itu, di Dataran Tahrir Barisan 30 Jun dan kumpulan Tamarrud yang menyokong pihak tentera juga merancang untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Al-Sisi. Himpunan ini ekoran seruan Al-Sisi semalam yang menggesa rakyat Mesir keluar beramai-ramai bagi memberi mandat kepada tentera bertindak ke atas penyokong Morsi yang digelar Al-Sisi sebagai "pengganas". Sehingga hari ini, kumpulan penyokong tentera masih gagal mengumpul rakyat Mesir bagi menunjukkan sokongan kepada tentera yang telah merampas kuasa. Kedua-dua himpunan ini hari ini sangat penting bagi kedua-dua pihak khususnya pihak tentera yang mahukan mandat rakyat untuk menggunakan kekerasan menyuraikan penyokong Morsi yang telah berhimpun di seluruh Kaherah sejak tiga minggu lalu. |
Lebih 2,000 terbunuh di Syria sepanjang Ramadan Posted: 25 Jul 2013 05:58 PM PDT 17 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BEIRUT 26 Julai - Sekurang-kurangnya 2,014 penduduk Syria dengan kebanyakannya tentera dan pemberontak terbunuh dalam perang saudara sejak umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadan 10 Julai lalu. Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, lebih 1,323 yang terkorban merupakan tentera dan pemberontak dengan jumlah kematian terus meningkat dalam empat hari lalu. Selain itu, sebanyak 639 orang awam terbunuh termasuk 105 kanak-kanak dan 99 wanita dengan kebanyakannya terbunuh sewaktu serangan tentera. Dalam kejadian terbaharu, sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 62 lagi cedera dalam serangan bom kereta di pedalaman Jaramana di tenggara Damsyik, semalam. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan