Selasa, 19 Mac 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] UMNO Guna Isu Lahad Datu Bukan Sebagai Isu Keselamatan

Posted: 19 Mar 2013 01:33 AM PDT

Kita Mempunyai Harapan Tinggi Di Sabah & Sarawak

Posted: 19 Mar 2013 01:31 AM PDT

[VIDEO] Jelajah MerdekaRakyat Kuala Lipis Pahang

Posted: 19 Mar 2013 01:27 AM PDT

PR Gesa Najib Tubuh Kerajaan Sementara

Posted: 19 Mar 2013 12:15 AM PDT

Sinar Harian

Pakatan Rakyat (PR) mendesak atas nama keadilan agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengambil kira lima penambahbaikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.

“Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional,” kata Anwar dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di sini, hari ini.

Katanya, Najib selaku perdana menteri pada hari ini sudah tidak ada status etika untuk meluluskan apa-apa projek jika sistem kerajaan sementara diaplikasikan.

Menurut kenyataan media itu lagi, PR juga mahu tempoh berkempen yang diputuskan sekurang-kurangnya 11 hari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dipanjangkan kepada 21 hari.

“Ini akan memberi ruang kepada semua parti terutamanya parti yang memiliki keupayaan kewangan terbatas untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Anwar.

Pihaknya juga menggesa supaya agar capaian media yang sama rata diperuntukkan kepada semua parti politik yang bertanding dalam PRU13.

SPR katanya, boleh mengarahkan supaya ia dilaksanakan oleh media kerajaan dan perdana menerusi TV, radio, media cetak dan elektronik di negara ini untuk berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Negera (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa juga diminta mengarahkan semua penjawat awam supaya mengamalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.

“Walaupun SPR yang merancang dan menguruskan pilihan raya, para penjawat awam yang bertugas dengan SPR dalam menguruskan pilihan raya merupakan penentu kepada proses pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya.

SPR juga dituntut supaya mengendalikan tugas mereka khususnya melibatkan undi pos, undi awal, akses kepada pemerhati dalam dan luar negara serta pengurusan pegawai petugas,” katanya.

Menurut Anwar, jika tuntutan-tuntutan ini dipenuhi berpandukan kepada laporan ini, proses pilihan raya akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Laporan persidangan antarabangsa yang berlangsung awal bulan ini turut diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz Khamis lalu.

Bekas DO Dakwa Mahathir Lulus ‘Projek IC’

Posted: 19 Mar 2013 12:02 AM PDT

Malaysiakini

Seorang bekas pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui terlibat dalam ‘Projek IC’ di Sabah pada tahun 1980-an dan mendakwa mengetahui bahawa skim tersebut diluluskan oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hassnar, berkata beliau menyertai satu "mesyuarat rahsia" pada tahun 1980-an, di mana Timblan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub "secara terbuka mengakui penglibatan Mahathir".

Sejumlah 15 orang pegawai menghadiri mesyuarat tersebut, dakwanya, termasuk "tiga orang anggota pasukan polis, termasuk wakil daripada jabatan imigresen dan jabatan pendaftaran negara", katanya.

Hassnar, 62, berkata demikian pada malam tadi dalam satu forum mengenai pencerobohan kumpulan Suluk di Lahad Datu, Sabah.

Acara berkenaan dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau yang kini mengetuai PKR Batu Sapi berkata skim berkenaan untuk memberi kerakyatan kepada pendatang asing beragama Islam itu bermla pada awal 1980-an.

Beliau berkata, pengundi Cina pada masa itu menjadi kumpulan yang menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya di negeri berkenaan.

"Jadi, timbul perasaan bahawa kehadiran orang Islam di negeri itu mesti diperkukuhkan untuk memastikan negeri berkenaan kekal di tangan orang Islam," katanya.

Beliau seterusnya mengimbau kembali pengalamannya pada hari pertama sebagai pegawai daerah Sandakan pada 1982 – jawatan yang disandangnya atas desakan ketua menteri Sabah masa itu, Tan Sri Harris Salleh – di mana beliau diarahkan untuk menandatangani 500 borang pendaftaran kewarganegaraan yang tidak mempunyai butiran pemohon.

"Di antara 1976 dan 1984, saya boleh kata tidak kurang dari 125,000 pendatang asing diberi kewarganegaraan di Sabah," dakwanya.

[PRESS STATEMENT] Anwar sues UMNO-linked blogger Papa Gomo over latest fake sex video allegations

Posted: 18 Mar 2013 09:23 PM PDT

March 19, 2013

Federal opposition leader Dato’ Seri Anwar Ibrahim has today commenced legal proceedings against one Wan Muhammad Azri b Wan Deris who is the owner/operator of the Umno-linked website known as ” Papa Gomo “. On 16th March 2013, the Papa Gomo website published fake photos and vicious allegations against Dato’ Seri Anwar in an attempt to implicate him in another fabricated sex video. The faking and distribution of photos and false allegations of a sexual nature against Dato’ Seri Anwar has become a trademark of the gutter politics practised by Umno and its bloggers.

The blogger Papa Gomo is notorious for his close and confidential ties with the Umno leadership, including Umno Vice President Datuk Ahmad Zahid Hamidi. In December 2011, the blogger was even allowed privileged access to KD Tun Razak, which is one of our Navy’s newest and most advanced submarine, during a controversy between BN and PR on defence capabilities.

The hidden hand of Umno is thus clearly present behind this latest disgusting attack upon the character and reputation of the leader of Pakatan Rakyat. Umno’ s heavy reliance upon this type of sleazy politics and dubious bloggers highlights their utter moral and ethical collapse. It proves Umno-BN’s complete unfitness to continue to rule and administer our nation.

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million. The sum of damages demanded reflects the blogger’s close ties with Umno amd Umno’s clear backing for him.

N SURENDRAN
Vice President
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan:

Nuffnang