Rabu, 21 November 2012

.

.


Dewan Rakyat sebulat suara kutuk serangan Israel

Posted: 20 Nov 2012 03:56 PM PST



KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.

"Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence" pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia," katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz  di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

"Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza," katanya lagi.

Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dewan-rakyat-sebulat-suara-kutuk-serangan-israel-1.105349

Harga kamera had laju polis RM23.5j - Menteri

Posted: 20 Nov 2012 03:40 PM PST


Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya. 

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.
http://www.malaysiakini.com/news/214658

Tiada ulasan:

Nuffnang