Khamis, 20 Disember 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Rezeki anak Selangor negeri berkebajikan

Posted: 20 Dec 2012 04:36 AM PST

Sejak diperkenalkan pada April lalu, lebih 14,000 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 di Selangor sudah menikmati manfaat program 'Jom Shopping Bonus Selangorku'.

Program tersebut dikhususkan kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menerima baucer membeli-belah bernilai RM 100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran mereka.
Sehingga kini, RM 1.4 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan inisiatif ini di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Selangor negeri berkebajikan: bantu Syria

Posted: 20 Dec 2012 04:20 AM PST

S'gor cadang tabung di masjid bantu rakyat Syria 9:11AM Dis 20 2012 Kerajaan Selangor bercadang untuk mengadakan Tabung Kemanusian Rakyat Syria di seluruh masjid di negeri ini bagi membantu rakyat negara itu yang ditimpa kesusahan berikutan pergolakan politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau telah meminta Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Dr Rani Osman untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). "Sebagai umat Islam, kita sepatutnya prihatin dengan nasib malang yang menimpa rakyat Syria yang kini hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Dengan kutipan derma ini kita berharap dapat meringankan penderitaan yang ditanggung rakyat Syria," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi daripada Syria yang diketuai Ketua Kesatuan Ulama Syam, Sheikh Dr Muhammad Ali As Soubuni di pejabatnya semalam. Sebagai tanda persahabatan dan penghargaan atas kunjungan itu, menteri besar menghadiahkan al-Quran yang ditempah khas kepada delegasi berkenaan. Sementara itu, Sheikh Muhammad Ali menceritakan kekejaman yang ditanggung rakyat Syria dan menggesa masyarakat Islam memperjuangkan kebebasan dan menentang kezaliman pemerintah terhadap rakyat. "Kami datang ke Malaysia kerana rakyat Islam di negara ini lebih prihatin dengan penderitaan umat Islam di Syria berbanding negara-negara Arab dan negara Islam lain," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang