:: cina islam | 2011 :: |
- MPKB juara portal terbaik kebangsaan 2012
- Bebas berkeliaran tanpa tuan
- Perah kudrat mayat berat
- Penangguhan AES, GST, cukai tel pra-bayar hanya sementara?
- Anwar mahu Rais mohon maaf kebiadaban Zainudin pada Habibie
- Aksyah: Saya ‘kenal’ siapa kamu, kata Lahirul
- Orang Melayu- Teruskan Bersatu Diluar UMNO!
- Cuba sorok dalam tandas
- Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka
- Geun-hye presiden wanita pertama Korea
- Rasuah punca Stadium Sultan Mizan bernilai RM300 juta runtuh
- Larian Sihat Titiwangsa Ahad ini
- BERLAKUKAH KIAMAT PADA 2012?
- Mangsa Rumah Terbakar Kpg Riam Jaya Mohon Bantuan Segera
- Jambatan Kayu Rosak dan Runtuh Mengancam Nyawa Penduduk Tukau Jaya
- 'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas'
- Seksa hidup bau busuk
- Bayangkan mereka anak, adik atau saudara anda (gambar)
- Mayat bayi tanpa tangan
- Dr Ariffin lapor polis ekoran didakwa fitnah
- Banglo Dipecah Masuk, Orang Kenamaan Rugi RM2 Juta
- Keajaiban Dunia Ke 10 Di Malaysia: Harga Lorong 0.9km RM14.9 Juta
- 'Utusan perlu berubah, fikir masa depan'
- Sidang DUN Perak hari ke 4
- Palestin ancam bawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
MPKB juara portal terbaik kebangsaan 2012 Posted: 20 Dec 2012 12:16 AM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Agensi-agensi di bawah kerajaan negeri membuktikan keunggulan pengurusannya, biar pun sering diketepikan dalam banyak keadaan oleh kerajaan pusat. Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) muncul sebagai juara anugerah laman web dan portal terbaik peringkat kebangsaan 2012. Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporatnya, Azman Mohd Daham (gambar) berkata, anugerah tersebut juga secara tidak langsung memberi pengiktirafan 5 bintang bagi laman web dan portal MPKB BRI. Katanya, anugerah itu diterima Yang Dipertua MPKB BRI, Fauzi Mat pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 12 Disember lalu. "Anugerah berkenaan disampaikan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Mohamad Zabidi Zainal," katanya di sini. Sebelum ini pihak berkuasa tempatan terbabit juga pernah menerima anugerah peringkat kebangsaan bagi pelaksanaan Amalan 5 S pada 2009 dan johan anugerah Ceria Bahasa 2009. Malah pejabat kerajaan negeri di Kota Darulnaim juga banyak menerima anugerah peringkat kebangsaan dalam beberapa kategori. harakah/- | ||
Posted: 20 Dec 2012 12:13 AM PST KUALA LANGAT - Penternak lembu sekitar daerah ini perlu bertanggungjawab dan tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya apabila ianya berisiko mengundang padah kepada pengguna. Tinjauan Sinar Harian di Jalan Sungai Buaya dan Tali Air di sini, mendapati haiwan ternakan itu dibiarkan berkeliaran di jalan raya yang boleh mengancam nyawa pengguna terutama pada waktu malam. Malah, sekumpulan lembu berkenaan yang tidak dikurung pemiliknya juga dilihat menggunakan pondok menunggu bas untuk berteduh dan menjadikan tempat tidur pada waktu malam selain berada di tepi jalan. Pemandu lori, Rasif Rizki, 32, berkata, dia menggunakan jalan itu setiap hari mengangkut pasir bimbang kerana haiwan itu sering melintas secara mengejut. "Lembu berkeliaran di tepi dan di tengah jalan cukup membimbangkan saya kerana haiwan itu akan melintas. "Lebih membimbangkan apabila ada lembu yang duduk atas jalan pada waktu malam dan keadaan ini cukup membahayakan pengguna," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Rasif turut kesal apabila lembu tidak bertuan itu menjadikan pondok menunggu bas tempat tidur. "Ada dalam kalangan pelajar sekolah yang menggunakan kemudahan awam ini mengeluh bau najis ternakan ini menyebabkan tidak selesa malah ada kalanya ternakan yang memasuki kawasan kediaman orang juga menyebabkan penduduk terpaksa membersihkan kotoran ditinggalkan. "Terdapat juga rungutan haiwan ini memasuki kebun dan halaman rumah seterusnya merosakkan tanaman penduduk kampung," katanya kepada Sinar Harian. Bagi M Samy, 55, lembu yang berkeliaran itu menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna lalu lintas. Menurutnya, dia pernah hilang kawalan ketika memandu apabila ternakan itu melintas. "Pemilik ternakan ini harus memantau haiwan mereka bagi memastikan pengguna tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya," katanya. sinar/- | ||
Posted: 20 Dec 2012 12:10 AM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam. KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat. Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu. Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar. Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin. "Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka. metro/- | ||
Penangguhan AES, GST, cukai tel pra-bayar hanya sementara? Posted: 20 Dec 2012 12:00 AM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jangan seronok dengan penangguhan sistem AES (Automated Enforcement System), GST (cukai barangan dan servis), tarif elekrik, cukai telefon pra-bayar dan sebagainya kerana ini semuanya bersifat sementara saja sehingga BN berkuasa lagi. "Kesemua 'hadiah penangguhan' ini hanya menanti keputusan pilihanraya umum sahaja sebelum ditarik balik. "Kalau keputusan menyebelahi BN, maka semua yang ditangguhkan ini akan dikuatkuasa semua, dan rakyat akan terus terbeban dengan pelbagai peraturan yang menyusah dan tidak masuk akal," Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) memberikan peringatan kepada rakyat dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim turut berkata bahawa disebabkan PRU13 dianggap sebagai pilihanraya umum yang paling penting dalam sejarah negara, maka banyak projek mega untuk kroni terpaksa ditangguh dahulu kerana BN khuatir ia akan menjadi peluru bagi PR. "Rakyat mempunyai kuasa memilih, samada ingin peraturan yang membebankan mereka diterus atau dibatalkan sahaja. Mengekalkan BN bermakna penangguhan sementara akan dikuatkuasa semula, atau menumbangkan BN, maka peraturan itu akan terus dibatalkan," tegas beliau. Mengulas mengenai penangguhan sistem AES, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata kemelut itu bukti jelas kepada rakyat untuk melihat caca-merba yang sedang melanda Malaysia. "Walaupun Menteri Pengangkutan serta anggota kabinet telah berulang kali menyatakan AES tetap akan dilaksanakan, namun terkini ia ditangguhkan oleh Jabatan Peguam Negara. "Yang aneh menteri putus untuk laksana, manakala peguam negara boleh batal arahan menteri. Inilah caca-merba yang sedang melanda Malaysia," kata beliau. Beliau turut menyindir bahawa situasi ini menimbulkan kekeliruan terhadap "siapa buat polisi dan siapa pelaksana polisi" dan untuk menyelesaikan situasi ini adalah "lebih baik salah seorang letak jawatan." "Kalau kira patut peguam negara kerana melanggar arahan menteri, tetapi kalau difikir semula arahan peguam negara dijadikan keputusan, bukan arahan menteri, maka eloklah menteri tu letak jawatan," kata beliau. Sebelum ini, atas bantahan rakyat dan desakan PRU13, kerajaan BN telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan GST, cukai telefon pra-bayar dan kenaikan tarif elektrik sehingga selesainya PRU13. Dua hari yang lalu, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya semua prosiding kes saman di mahkamah melalui AES digantung serta merta kerana timbul pelbagai masalah yang lain, meskipun saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) serta Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) terus komited dalam usaha mendesak kerajaan menghapuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). harakah/- | ||
Anwar mahu Rais mohon maaf kebiadaban Zainudin pada Habibie Posted: 20 Dec 2012 12:00 AM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 19 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan Umno khususnya, Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim memohon maaf di atas perlakuan biadap Tan Sri Zainudin Maidin ke atas BJ Habibie. Katanya, serangan dangkal dan biadab bekas Menteri Penerangan ke atas mantan Presiden Indonesia itu kini merebak pula kepada Almarhum Gus Dur dan tokoh perjuangan reformasi republik itu, Amien Rais. Beliau berkata, Rais sewajarnya tidak lagi berdolak-dalik memandangkan rancangan penghinaan terhadap tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, media yang diketahui dimiliki Umno. "Apakah tidak wajar untuk pimpinan Umno mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka? "Ternyata, Zainudin mewakili sosok pimpinan Umno yang angkuh dan anti-demokrasi," katanya dalam kenyataan petang ini. Beliau percaya dan yakin kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut. keadilandaily/- | ||
Aksyah: Saya ‘kenal’ siapa kamu, kata Lahirul Posted: 19 Dec 2012 11:44 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak Ketua Penerangan Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah meletak jawatan dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara terhormat bagi menjamin ketelusan pengendalian pilihan raya akan datang. Ketuanya Lahirul Latigu berkata, biarpun Aksyah membuat pengakuan telah meletakkan jawatan dalam Pemuda Umno sebelum dilantik Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Negeri Sabah , namun beberapa persoalan berkaitan 'kecenderungan' beliau masih boleh dipersoalkan. "Sungguhpun beliau (Aksyah) sudah menjawab kenyataan dengan memberikan gambaran sudah lama meletak jawatan dalam pemuda Umno sebelum terlibat sebagai pegawai di SPR Sabah, namun itu bukanlah satu jaminan kukuh bahawa beliau tidak terlibat sepenuhnya. "Persoalannya, adakah benar beliau sudah meletak jawatan dalam Umno, dan dengan memegang jawatan penting dalam pemuda Umno, adakah beliau benar-benar 'bersih' dan tidak 'bias' terhadap parti yang diwakilinya?" soal Lahirul dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Lahirul lagi, hasil siasatan pihaknya mendapati Aksyah mempunyai peranan penting dalam memenangkan Umno dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu serta beberapa Pilihanraya Kecil (PRK) sama ada secara langsung mahupun tidak atau di belakang tabir. Oleh kerana itu jelasnya, pihaknya khuatir sekiranya Aksyah masih memegang jawatan SPR, pelbagai kemungkinan yang tidak mustahil bakal berlaku. "Justeru, kita mendesak supaya Aksyah meletak jawatan daripada memegang sebarang jawatan yang berkaitan SPR secara terhormat. "Saya kenal siapa Aksyah," tegasnya. harakah/- | ||
Orang Melayu- Teruskan Bersatu Diluar UMNO! Posted: 19 Dec 2012 11:41 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air? Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras. Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah. Setalah 55 tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketnggalan dalam ekonomi. 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan. Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata? Kenapa kita mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari memegang kuasa kerajaan. Sebab walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa Melayu. Ketika merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2 1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar. Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat? Daripada RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera. Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu. Sebab itu, 3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk memerikasa kesihatan otak mereka. Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu. Untuk menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa % dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes? Kita tidak tahu. Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno. Hayunan undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata nya, 12.2%. berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi tersebut? Kita mesti faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok, mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa % dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO? Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi. Maka jika masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi. Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi. Maka kita biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat 2/3 kerusi parlimen. Jadi jangan kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi. Dengan 90 kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO, dia akan bersara. Janganlah begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka. Maka tolong faham signifikens perkara ini. orang Melayu bersatu, tapi mereka bersatu tanpa UMNO. -sakmongkol | ||
Posted: 19 Dec 2012 11:35 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - BERKAS...suspek ditahan polis selepas cuba larikan peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman. MELAKA Seorang penjenayah bukan saja gagal melarikan beberapa peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman, malah turut dicekup polis ketika bersembunyi di dalam tandas, awal pagi semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 pagi, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan lot kedai menempatkan pejabat syarikat itu di Plaza Mahkota, di sini. Menurut sumber, anggota peronda yang kebetulan melalui kawasan itu curiga selepas melihat sebuah Honda EX5 diletakkan di belakang premis berkenaan. "Curiga dengan keadaan itu, mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada pintu premis. "Malah, pemeriksaan di tingkat bawah premis itu menemui lelaki berkenaan yang bersembunyi di dalam tandas," katanya, semalam. Menurutnya, pemeriksaan menjumpai kain dan tali yang diikat melalui cermin tandas premis itu dipercayai untuk digunakan suspek bagi melarikan diri. Katanya, polis turut menemui komputer riba di dalam dua kotak dipercayai dikumpul suspek untuk dicuri serta pemutar skru. "Panik kegiatannya dihidu, lelaki itu mengikat beberapa helai kain dan tali dipercayai digunakan untuk keluar dari premis melalui tingkap tandas namun gagal," katanya. Sementara it, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. "Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, malah ujian air kencing turut mendapati suspek ketika itu positif mengambil dadah jenis methamphetamin" katanya ketika dihubungi, semalam. metro/- | ||
Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka Posted: 19 Dec 2012 11:34 PM PST KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka. Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan. Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu. "Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini. Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara. Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan. "Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya. Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan. "Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan. "Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya. Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain. Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut. "Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais. harakah/- | ||
Geun-hye presiden wanita pertama Korea Posted: 19 Dec 2012 11:32 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - SEOUL - Park Geun-hye muncul sebagai wanita pertama memenangi jawatan Presiden Korea Selatan dan bertekad untuk memulihkan ekonomi negara Asia itu. Geun-hye, anak bekas presiden Park Chung-hee menewaskan Moon Jae-in. Geun-hye setakat ini dilaporkan memperoleh 50.1 peratus undi manakala Jae-in menerima 48.9 peratus. Jae-in telah mengaku kalah dalam pemilihan. "Kemenangan ini disumbangkan oleh rakyat yang mahukan pemulihan ekonomi dan krisis," kata Geun-hye yang berusia 60 tahun di sini semalam. sinar/- | ||
Rasuah punca Stadium Sultan Mizan bernilai RM300 juta runtuh Posted: 19 Dec 2012 11:30 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 20 Dis: Penyelewengan dan rasuah punca Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh pada 2009 sehingga kini tidak dibaik pulih. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, stadium tersebut tidak mungkin dibaik pulih semula selagi Umno BN memerintah negeri itu "Stadium tersebut dibina oleh tiga syarikat kroni kerajaan Umno BN. Nilai asalnya berjumlah RM191 juta. Kemudian kosnya dinaikkan kepada RM300 juta kerana kononnya akibat kelewatan ia disiapkan. "Mengapa setelah lebih tiga tahun tidak ada sebarang kerja baik pulih? Ini kerana mereka telah mendapat durian runtuh hasil keruntuhan stadium tersebut," katanya ketika dihubungi. Menurut Azan, beliau berulang kali membangkitkan isu ketirisan dan pembaziran di Parlimen tetapi tiada sebarang jawapan. "Banyak negara dalam dunia yang menghadapi malapetaka alam yang menyebabkan keruntuhan bangunan. Namun laporan hasil siasatan terus dikemukakan selepas itu untuk menjelaskan puncanya. "Dalam kes ini, berkali-kali kita minta hasil siasatan, tapi ia tidak pernah diumumkan, walaupun kita tahu hasil siasatan sudah ada dan ia berpunca dari kelemahan struktur yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. "Ini jelas membuktikan kerajaan sememangnya melindungi aktiviti rasuah, kerana pembaziran adalah keuntungan kepada mereka," tegas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi. Azan turut menempelak Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bisu berhubung isu keruntuhan tersebut. "Sebagai seorang menteri dalam hal ehwal sukan yang juga anak Terengganu, beliau patut prihatin dalam kes ini bukannya mendiamkan diri. "Apakah beliau sendiri turut terlibat dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan ini? Sebab itu beliau terus diam," kata Azan. Stadium yang runtuh pada 2 Jun 2009 itu menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah. Stadium yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008, dengan upacara gilang gemilang menandakan 'impian menjadi kenyataan' sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Malangnya, struktur bangunan itu yang satu ketika dahulu mengacarakan Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ia tumbang, kini dipenuhi lalang dan semak samun. harakah/- | ||
Larian Sihat Titiwangsa Ahad ini Posted: 19 Dec 2012 11:28 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) dengan kerjasama Nisa' Wilayah Persekutuan (NISA WP) akan menganjurkan Larian Sihat Titiwangsa 2012 (LARIS 12) 23 Disember ini. Ia akan jam 7.30 pagi bermula dari Taman Tasik Hiliran Ampang, Kuala Lumpur bakal merentas kawasan sekitar Desa Pahlawan, Desa Pandan, Taman Maluri, Kampung Pandan dan kembali ke Taman Tasik Hiliran Ampang semula. Menurut pengarah projek ini, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz, larian ini diadakan dengan tujuan menyahut seruan agar menggalakkan masyarakat hidup dalam budaya yang sihat sejahtera. Program ini dianjurkan menyedari bahawa kadar kesihatan rakyat Malaysia semakin menurun dengan pelbagai penyakit menyerang masyarakat khususnya terhadap generasi muda, dan kebanyakannya berpunca dari amalan kesihatan yang tidak dijaga seperti pemakanan tidak seimbang serta kurangnya senaman. LARIS 12 juga diadakan bagi memupuk semangat persaudaraan dalam masyarakat serta kehidupan positif. "Apa yang diharapkan, LARIS 12 dapat membina masyarakat yang prihatin, harmonis, toleransi serta saling membantu bagi menangkis budaya kehidupan liar dan tidak sihat seperti dadah, jenayah dan zina," kata Suhaimi (gambar) dalam satu kenyataannya. Antara tetamu yang bakal hadir adalah saudara Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Penasihat Undang-Undang Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) yang akan merasmikan LARIS 12, Dr Rosni Adam dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ustaz Nur Raihan Abdul Aziz (PKWR), Mej (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab (YDP Titiwangsa), Puan Khairi Syutina Mahmood, Ketua Nisa WP dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti sampingan disajikan bagi menarik kehadiran tetamu ke LARIS 12. Antaranya aktiviti kanak-kanak dengan pertandingan mewarna dan origami, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah untuk peserta LARIS 12 serta gerai jualan. Semua peserta LARIS 12 juga akan diberikan T Shirt percuma dengan yuran penyertaan hanya RM 10 (dewasa dan veteran) manakala RM 5 untuk remaja. Malah, maskot PASTI Hadi dan Huda turut menceriakan suasana program tersebut. Dianggarkan seramai 500 peserta akan menyertai larian ini dengan pelbagai kategori disediakan seperti veteran lelaki dan perempuan (45-60 tahun), dewasa (18-44 tahun) bagi lelaki dan perempuan serta remaja (13-18 tahun) untuk lelaki dan perempuan. Hadiah utama untuk 10 pemenang utama setiap kategori disediakan dengan nilai RM2,000 jumlah keseluruhannya. Bagi mereka yang ingin menyertai LARIS 12, boleh menghubungi Sdri Aminah di talian: 019 3694720 atau Sdr Hilman Muslim di talian : 013 3006125. harakah/- | ||
Posted: 19 Dec 2012 10:52 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَا ۖ قُلِ ٱلَّذِى فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚفَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَ ۖ قُلْ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ قَرِيبًا ﴿٥١﴾ Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?" Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!" Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat sekalian, Akhir-akhir ini masyarakat dunia heboh memperkatakan tentang tarikh berlakunya hari kiamat. Di ruang internet, malahan televisyen, sibuk memperkatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari ini iaitu Jumaat bertarikh 21.12.2012. Maka khutbah pada hari ini akan mengulas berkaitan dengan hal ini. Sidang Jumaat sekalian, Tarikh 21.12.2012 disebut-sebut, akan menjadi tarikh yang menakutkan kerana pada tarikh inilah, kiamat akan berlaku. Tarikh ini pada asalnya disandarkan pada satu kalendar masyarakat Mayan yang hidup satu ketika dulu di selatan Mexico. Mereka dikatakan menguasai ilmu falak sehingga telah meninggalkan banyak hasil peradaban mereka terutamanya sistem kalendar yang digunakan. Menurut mereka yang mendakwa telah mengkaji kalendar Mayan ini, kalendar ini ia akan tamat pada tahun 2012. Tarikh 21.12.2012 pula ditetapkan sebagai permulaan berlakunya satu perubahan besar pada alam ini dan ianya ditafsirkan sebagai kemusnahan alam ini atau berlakunya kiamat. Cerita ini kemudian ditokok tambah dengan kononnya NASA iaitu sebuah agensi angkasa di Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kemunculan sebuah planet bernama NiBiruyang akan menghentam bumi pada hari ini. Saiz planet ini teramat besar sehingga mencapai 20 kali ganda lebih besar dari planet Musytari. Pada mulanya planet ini dijangkakan akan menghentam bumi pada Mei 2003, tetapi setelah tiada apa pun yang berlaku maka timbul pula tarikh jangkaan seterusnya iaitu 21 Disember 2012. Begitu juga dengan sebuah lagi berita yang dikaitkan juga dengan NASA, bahawa bumi ini akan bergelap selama 3 hari, bermula 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini disebabkan berlakunya "Penjajaran Alam Semesta", di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan berubah kedudukannya berbanding sekarang. Seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari. Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Sebagai seorang mukmin, kita telah diajarkan untuk menapis dan mempertimbangkan segala maklumat yang diperolehi agar kesahihannya dapat disabitkan berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Dakwaan pertama yang mengaitkan tarikh kiamat dengan kalendar Mayan sebenarnya timbul dari penafsiran pengkaji semata-mata. Ini kerana di dalam kalender tersebut tidak menyebutkan pun bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2012. Catatan di kalendar hanya menyatakan tahun 2012 diletakkan sebagai tahun terakhir dalam pusingan kalender tersebut. Ini bermakna bagi tahun 2013, ia perlu dimulakan semula berdasarkan kiraan permulaan kalender seperti mana kalendar-kalendar lain. Dakwaan kedua yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan melanggar bumi juga merupakan satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas. Jika fakta ini telah disandarkan kepada NASA, pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. Tambahan pula dengan saiz Nibiru yang sangat besar iaitu 20 kali ganda saiz Musytari, tidak munasabah sekiranya semua balai balai cerap dan ratusan ribu ahli falak di seluruh dunia tidak dapat mengesan planet ini dengan teleskop mereka. Apatah lagi dengan langit yang terbuka luas untuk sesiapa saja meneropong dan mengkajinya. Dakwaan ketiga iaitu bumi akan bergelap selama 3 hari, juga telah dinafikan oleh Pihak NASA bahawa mereka atau mana-mana organisasi astronomi pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Penjajaran planet-planet yang dikatakan akan berlaku juga hanya merupakan khabar angin semata-mata. Berdasarkan kajian ahli-ahli falak, penjajaran ini tidak akan berlaku. Apa yang akan berlaku ialah pada 21 Disember, matahari akan berada di sebelah selatan pada garis lintang 21 darjah yang menandakan peralihan musim luruh ke musim sejuk, dan ianya adalah satu fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun. Muslimin yang dirahmati Allah, Berdasarkan beberapa hujah di atas maka dapat kita simpulkan bahawa, ramalan kiamat akan berlaku pada hari ini, Jumaat 21.12.2012 adalah tidak berasas. Kepercayaan berlakunya Kiamat memanglah merupakan salah satu dari rukun iman setiap dari orang Islam wajib mempercayainya. Menolak berlakunya hari kiamat akan menyebabkan rosaknya iman seseorang dan mengeluarkan dia dari agama yang suci ini. Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf : 187 : يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿١٨٧﴾ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya ilmu mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui". Imam Ibn Kathir ketika menghuraikan ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT mengarahkan Nabi SAW menjawap persoalan bilakah berlakunya kiamat itu dengan menyatakan waktu berlakunya hanyalah semata-mata berada di dalam pengetahuan Allah SWT. Manusia walau secanggih manapun teknologi yang dicapai tidak akan sama sekali dapat mengkaji mengenai ketepatan waktunya. Hadis dari Umar Ibn Khattab r.a, menyatakan ketika Jibril menemui Baginda SAW dan bertanyakan tentang hari kiamat, dengan katanya : فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ ، قَالَ : مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat? Baginda SAW menjawab : " Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui dari yang bertanya."- Riwayat Muslim: Hadis no 12 Dr. Said Ramadhan al-Buti menyatakan bahawa : " Berhatilah-hatilah jika anda mendengar sesiapa yang menetapkan tarikh dan masa datangnya kiamat. Ketahuilah bahawa dia sesungguhnya telah dikongkong oleh kejahilan yang teramat sangat dalam agama." Muslimin yang dirahmati Allah, Tidak ada manusia waras di dunia ini yang tidak mengakui bahawa Hari Kiamat pasti akan berlaku. Perbincangan mengenai Hari Kiamat bukan seperti perbincangan mengenai alam ghaib yang lain, malah ianya juga dikaji dan dibuktikan secara saintifik. Namun tidak ada manfaatnya kita mengetahui tarikh berlakunya Hari Kiamat jika tidak ada sebarang usaha untuk menyediakan bekalan bagi menghadapinya. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan dengan membahaskan tarikh berlakunya Kiamat jika tidak ada keinsafan dalam diri bahawa kita semua pasti akan melaluinya. Terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadis nabi yang sahih menceritakan tentang kiamat dan persediaan menghadapinya, namun tidak kita pedulikan. Maka marilah kita mengubah sikap daripada terlalu mengambil berat tentang tarikh berlakunya Kiamat kepada bersungguh-sunguh membuat persediaan bagi menghadapinya. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ ﴿١﴾وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ ﴿٢﴾ أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿٣﴾ بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ ﴿٤﴾ بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَـٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ ﴿٥﴾ يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَـٰمَةِ ﴿٦﴾ 1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; 2. dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" 3. Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya. 4. Bahkan Kami berkuasa menyusun dan menyamakan jari-jemarinya. 5. Bahkan manusia sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat. 6. Mereka bertanya-tanya bilakah akan berlakunya Kiamat. ( Surah al-Qiyamah : 1-6 ) أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ Sidang Jumaat yang dimuliakan sekalian, Antara pengajaran yang dapat diambil dari khutbah hari ini ialah : 1. Dari masa ke semasa pasti akan ada ramalan-ramalan berkaitan tarikh kiamat yang akan tersebar. Namun mempercayainya dan menyebarkannya tanpa sebarang kajian akan hanya memberikan kita saham dalam menyebarkan khabar angin. Kiamat yang menjadi rukun Iman kita berdasarkan nas-nas yang jelas, akan bercampur aduk dengan berita-berita yang tidak berasas seperti ini. 2. Berdasarkan sumber al-Quran, Sunnah dan Ijmak para ulama, kiamat akan berlaku setelah berlakunya beberapa alamat kecil dan besar. Marilah kita mempelajari, membaca dan menghayati alamat-alamat yang telah diberitahu dengan jelas dengan sumber yang paling boleh dipercayai dari Allah dan RasulNya dengan penjelasan oleh para ulama. Berpegang teguhlah kepadanya berbanding cerita-cerita mitos dan tahyul yang disebarkan. 3. Ketika mana kita sibuk memikir dan membincangkan mengenai tarikh kiamat, adakah kita pernah bertanyakan diri kita, apa yang telah kita sediakan untuk menghadapi hari kiamat? Di samping kiamat besar yang pasti akan berlaku, janganlah lupa bahawa kiamat kecil, iaitu kematian juga sedang rapat mengekori kita. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | ||
Mangsa Rumah Terbakar Kpg Riam Jaya Mohon Bantuan Segera Posted: 19 Dec 2012 08:57 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - MIRI - Kampung Riam Jaya jalan lapangan terbang Miri terletak dalam kawasan DUN Lambir. Kebanyakan penduduk di situ berketurunan Melayu dan terdapat juga Bumiputera lain. Baru-baru ini, PAS Miri telah melawat mangsa rumah terbakar iaitu Pn Sarifah Attiah yang tinggal bersama dengan dua orang anaknya dan juga beberapa orang cucu. Beliau seorang balu dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan, hanya bergantung Ikhsan dengan hasil pendapatan anak lelaki beliau yang tinggal bersama dengannya. Mereka sudah tinggal di situ lebih daripada 20 tahun dan inilah satu-satunya tempat peninggalan arwah suami beliau. Menurut Pn Sarifah, kebakaran berlaku dibahagian atas rumah ketika itu bekalan elektrik terputus. Mereka harap pihak bomba dapat menyiasat punca sebenar kebakaran tersebut kerana yang peliknya bagaimana boleh terbakar sedangkan tiada berlaku litar pintas ketika itu bekalan elektrik terputus. Di belakang rumah beliau, terdapat projek perumahan yang masih dalam pembinaan dan belakang rumahnya juga tanah hampir terhakis akibat pembinaan perumahan tersebut. Oleh itu beliau amat memerlukan bantuan segera dari pihak berwajib agar rumahnya yang terbakar baru-baru ini dapat dibaiki semula. Apa yang penting sekarang adalah kayu papan untuk membuat dinding, lantai serta zink untuk atap rumah. Keperluan tersebut amat diperlukan untuk melindungi mereka dari terkena hujan dan panas. Sekurang-kurangnya dengan adanya bahan binaan tersebut sudah tentu mereka dapat membina semula tempat tinggal mereka dengan lebih selesa lagi. Memandangkan pendapatan keluarga beliau sekadar cukup makan sudah tentu tidak mampu untuk menanggung segala kerosakan rumah akibat kebakaran tersebut. Mereka juga pernah memohon bantuan dari badan kebajikan masyarakat tetapi sampai sekarang masih belum ada bantuan yang datang. Kita juga berharap lain-lain badan kebajikan seperti Baitulmal juga perlu datang membantu dari segi membeli bahan binaan untuk membina semula rumah mereka yang teruk terbakar itu. Sekarang mereka terpaksa menumpang di rumah anak perempuannya yang tinggal berdekatan dalam keadaan yang bersesak akibat rumahnya kecil. Mereka memohon dan merayu agar masalah mereka ini dapat diatasi segera dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Marilah kita bersama-sama memberi bantuan segera kepada keluarga berkenaan untuk meringankan bebanan serta menampung keperluan pembinaan semula rumah mereka tanpa mengira bangsa dan agama. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai dan semoga masalah keluarga ini dapat diatasi dengan segera. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | ||
Jambatan Kayu Rosak dan Runtuh Mengancam Nyawa Penduduk Tukau Jaya Posted: 19 Dec 2012 08:50 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - MIRI – Masalah jalan dan jambatan di Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Perkampungan yang agak terpencil dan penduduknya berbilang kaum terdiri dari Melayu,Iban dan juga Cina yang kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan juga pekebun/petani. Sebelum ini penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri juga pernah memohan bantuan segera dari pihak kerajaan agar dapat memperbaiki jambatan kayu yang rosak dan juga jalanraya yang berlumpur itu tetapi sehingga kini tiada sebarang kerja baikpulih dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Masalah jambatan kayu usang dan sudah beberapa kali runtuh menyebabkan mereka terpaksa membaiki sendiri kerana terlalu lama menunggu bantuan dari pihak berkenaan. Mereka menyuarakan masalah ini kepada pihak kami kerana mereka tidak mampu terus menanggung pembelanjaan sendiri hanya untuk memperbaiki jambatan kayu usang itu. Mereka meminta pihak kami menyampai masalah ini kepada pihak yang berkenaan untuk segera mengatasi masalah ini dari berterusan. Kalau masalah jambatan kayu rosak ini dibiarkan berterusan dan tidak dibaiki sepenuhnya, ianya boleh merbahayakan keselamatan dan mengancam nyawa penduduk yang menggunakan jambatan itu untuk keluar dan masuk ke tempat kediaman mereka. Perkara ini telah diluahkan oleh penduduk kampung kepada pihak kami, katanya ada sebuah kenderaan yang terjatuh dan masuk kedalam anak sungai akibat jambatan tersebut runtuh. Mereka terpaksa menarik kereta tersebut keluar secara beramai-ramai, nasib baik tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa semasa kejadian tersebut. Walaupun kita sudah mengadu masalah ini melalui talikhidmat tetapi jawaban yang diberi oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) akan menjalankan siasatan terperinci dan juga menyediakan anggaran dan tawaran untuk dana dari ibu pejabat JKR, Kuching. Satu salinan surat juga akan dikemukakan kepada Pegawai Daerah Miri untuk maklumat dan tindakan yang sewajarnya menurut kata pihak JKR. Kita harap pihak yang berkenaan dapat turun padang dan melihat sendiri keadaan jalanraya dan jambatan kayu di kampung tersebut dan dapat mengatasi masalah ini dengan segera demi keselamatan dan keselesaan penduduk di situ. Sekali lagi kita mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan, jangan memilih bulu dalam urusan kebajikan serta keselamatan rakyat. Hasil peruntukan untuk membina jalan, jambatan dan sebagainya adalah daripada hasil pungutan duit cukai rakyat, bukannya sumber dari parti tertentu, maka kita sangat berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera tanpa mengambil kira bangsa, agama dan fahaman politik. Tindakan segera dan kerjasama dengan pihak berkenaan yang bertanggungjawab dalam urusan kebajikan rakyat sangat dihargai. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | ||
'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas' Posted: 19 Dec 2012 08:37 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya. Peter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia. Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP) - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan - menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat. Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq. Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi. Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand. Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan. harakahdaily/- | ||
Posted: 19 Dec 2012 08:04 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - PEKAN - Pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) cawangan Pekan menyarankan penduduk sekitar daerah ini agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran. Pengurusnya, Alex Robert Anak Murat@Imsul berkata, penduduk harus membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan bukan di tempat awam seperti sebelah tapak pasar Peramu Jaya 3 yang dilaporkan Sinar Harian, semalam. Menurutnya, PPSPPA peka dengan masalah pembuangan sampah haram di beberapa lokasi melalui aduan orang ramai malah mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera. "Pihak kami berharap agar mereka yang tidak bertanggungjawab ini berhenti membuang sampah di lokasi itu dan memikirkan kepentingan orang awam berikutan terpaksa berdepan dengan masalah bau busuk yang meloyakan dan pemandangan menyakitkan mata. "Pihak tidak bertanggungjawab ini juga dinasihatkan supaya membuang sampah di lokasi yang betul agar tidak menyusahkan pihak lain untuk membersihkan sampah di lokasi haram ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan sampah haram penduduk dan peniaga di perumahan Peramu Jaya 3. Mengulas mengenai tindakan lanjut, Alex meminta agar peniaga pasar tani setiap Isnin dan pasar malam pada Jumaat membersihkan kawasan mereka secara serta merta selepas selesai berniaga. Alex Robert turut mendedahkan beberapa lokasi pembuangan sampah bersebelahan dengan laluan utama Pekan–Kuantan yang secara langsung menjatuhkan imej Pekan. "PPSPPA amat berharap agar penduduk sekitar daerah ini bersama menjalankan tanggungjawab masing-masing agar kesedaran mengenai aspek kebersihan dapat ditingkatkan dari masa ke masa," katanya. sinar/- | ||
Bayangkan mereka anak, adik atau saudara anda (gambar) Posted: 19 Dec 2012 07:54 PM PST | ||
Posted: 19 Dec 2012 07:45 PM PST SEREMBAN – Manusia tidak berhati perut! Itu yang boleh digambarkan terhadap individu yang sanggup membuang bayinya sendiri sehingga mati di Tapak Pelupusan Sampah Pajam di sini, kelmarin. Lebih menyayat hati, mayat bayi yang ditemui oleh salah seorang pekerja di situ dalam keadaan pergelangan tangan kanannya putus. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bayi yang dipercayai berusia seminggu dan mempunyai anggaran berat dua kilogram itu, dijumpai kira-kira jam 3 petang di dalam longgokan sampah di kawasan berkenaan. Katanya, kejadian disedari oleh salah seorang pekerja yang ketika itu sedang membersihkan kawasan pelupusan sampah berkenaan. "Kita percaya bayi tersebut telah dibuang ke dalam tong sampah di suatu kawasan lain, dan kemudian baru ditemui di tempat pelupusan sampah ini. "Hasil bedah siasat yang dilakukan kita tidak mengetahui punca sebenar kematian kerana ianya tidak berjaya ditemui. "Begitu pun kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. Sementara itu, menurut saksi kejadian, Fauzi Tukijo, 45, pada mulanya dia menyangka bahawa bayi tersebut adalah anak patung. Namun, apabila dia meneliti bungkusan tersebut, rupa-rupanya adalah mayat seorang bayi. "Semasa sedang meratakan kawasan pelupusan sampah ini dengan menggunakan jentolak, tiba-tiba jentolak itu tidak bergerak. "Lalu saya melihat di bahagian bawah dan mendapati sebuah bungkusan yang dibaluti dengan kemeja hitam berada di bawah jentolak tersebut. "Sebaik sahaja membuka bungkusan itu, saya amat terkejut melihat seorang bayi perempuan yang cukup sifat tidak bernyawa lagi dan segera mengalihkannya sebelum menghubungi polis," katanya. sinar/- | ||
Dr Ariffin lapor polis ekoran didakwa fitnah Posted: 19 Dec 2012 07:40 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan difitnah oleh sebuah portal berita, Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin SM Omar akan membuat laporan polis hari ini. Beliau akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Jalan Stadium dekat sini tengahari ini. Sebelum ini laman web pro-Umno, Antarapos.com telah melaporkan kononnya Ariffin mendakwa monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah. Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin mendakwa, Ariffin menuduh orang Melayu sebagai paling korup. "Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian," kata Muhyidin sebagaimana dilaporkan laman web yang dipimpin bekas kakitangan CCSB, organ penerangan kerajaan negeri Selangor yang menamatkan perkhidmatan mereka. Laman AntaraPos penuh dengan berita negatif tentang kerajaan negeri Selangor, bekas majikan mereka sebelum ini. (Kandungan AntaraPos..penuh dengan laporan negatif hal Selangor) Senator Dr Ariffin SM Omar menafikan tuduhan beliau mengatakan monopoli orang Melayu dalam perkhidmatan awam punca berlakunya rasuah dan salahguna kuasa seperti didakwa Muhyiddin. Dr Ariffin sebaliknya berkata beliau hanya mencadangkan supaya kerajaan menambah bilangan penjawat awam daripada pelbagai kaum serta menuduh laman portal pro Umno, Antara Pos memutar-belitkan kenyataannya. Berikut adalah transkrip yang disiarkan oleh AntaraPos hari ini yang menunjukkan kata-kata Ariffin yang mencadangkan masyarakat berbilang kaum menyertai pejawat awam. AntaraPos: Boleh YB jelaskan semula apa mesej yang YB cuba sampaikan dalam usul tadi bersabit penjawat awam dan PDRM? Ariffin : Masyarakat yang berbilang kaum daripada dimonopoli oleh satu kaum saja. Ini untuk menentukan bahawa negara ini aman dan stabil dan juga yang paling penting dan kalau kita perkenalkan penjawat awam ini daripada berbilang kaum, maka kita juga boleh cegah rasuah tau." Ini satu cara untuk mencegah rasuah, terdiri daripada satu kaum saja atau satu bangsa, amalan rasuah akan bertapak dan ini satu perkara paling dahsyat. AntaraPos: Maknanya YB mahu penjawat awam ini dimonopoli oleh semua kaum secara sama rata lah kan? Ariffin: Maknanya di sini (penjawat awam) perlu terdiri daripada berbilang kaum, lebih elok itu yang saya rasa. harakahdaily/- | ||
Banglo Dipecah Masuk, Orang Kenamaan Rugi RM2 Juta Posted: 19 Dec 2012 07:30 PM PST PETALING JAYA: Sebuah banglo dua tingkat milik seorang kenamaan di sini, dipecah masuk malam Selasa, dan mengakibatkannya kerugian kira-kira RM2 juta. Mangsa yang berusia 70 tahun dan enggan dikenali itu berkata sepucuk pistol dan 62 biji peluru juga didapati hilang dari kediamannya. Katanya kejadian berlaku ketika beliau dan lima penghuni lain termasuk seorang pembantu rumah keluar menghadiri satu majlis sejak pukul 3 petang semalam dan hanya kembali tengah malam Selasa. Ketika tiba di rumah, didapati tingkap dapur terbuka dan setelah masuk ke dalam rumah saya dapati tiga bilik tidur di tingkat atas diselongkar dan enam utas jam tangan berjenama, barangan kemas, koleksi syiling emas serta wang tunai yang disimpan dalam peti keselamatan hilang, katanya kepada pemberita, di sini Rabu. Selain itu, beberapa gajet elektronik termasuk iPad, kamera dan komputer turut lesap, katanya. Menurut mangsa, kejadian itu merupakan yang keempat sejak beliau mendiami banglo berkenaan 31 tahun lepas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut. - BERNAMA | ||
Keajaiban Dunia Ke 10 Di Malaysia: Harga Lorong 0.9km RM14.9 Juta Posted: 19 Dec 2012 07:15 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - Jingga 13 Sabah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM14.9 juta yang dianggarkan jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia. Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km. Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Sedangkan Jingga 13 Sabah mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu. Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut, namun malangnya tidak ada sebarang penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu telah disembunyikan. Jingga 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan skandal jalan termahal tersebut terhadap: 1. Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Musa Aman, 2. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan 3. Pengarah JKR Negeri Sabah 4. Syarikat yang diberikan kontrak oleh JKR Jingga 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan tersebut berharga RM14.9 juta. Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi mengheret penjenayah ke muka pengadilan. Erveana Ansari Ali Koordinator Jingga 13 Sabah | ||
'Utusan perlu berubah, fikir masa depan' Posted: 19 Dec 2012 06:50 PM PST 6 Safar 1433H. [MOD] - Utusan Malaysia perlu berubah jika mahu terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa, kata mantan ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang. Menurutnya, Utusan pernah dikenali sebagai akhbar yang "meniup semangat kemerdekaan tetapi zaman kini telah berubah". Menurutnya, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro-Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak. Liputan akhbar itu terhadap kenyataan-kenyataan NGO pendesak Melayu, PERKASA yang menyinggung sensitiviti rakyat di Sabah Sarawak dan menjejaskan sokongan rakyat negeri itu terhadap Umno dan Barisan Nasional, katanya. "Utusan gemar mainkan kalau ada Ibrahim Ali (dan sentimen) anti-Kristian dan sebagainya tanpa mengambil kira sentimen orang Kristian di Sabah Sarawak. "Majoritinya masih lagi tugu kuat kepada Barisan Nasional - yang menyokong Umno dan Barisan Nasional," katanya. "Akhbar seperti Utusan yang mirip kepada agenda Melayu - orang di Sabah Sarawak tidak begitu dapat menjiwai akhbar ini," katanya. Akhbar itu juga menurutnya, dilihat tidak begitu lunak terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam pemberitaannya. "Pada saya Utusan mempunyai toleransi yang agak rendah terhadap parti-parti pembangkang "Ahli-ahli politik pembangkang, kita tak perlulah sebut nama mereka, dikritik hebat oleh Utusan," katanya sewaktu bercakap di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam. Pendirian itu, dakwanya turut menjadikan Utusan bukan pilihan utama pengiklan yang kebanyakannya mempunyai eksekutif pengiklanan bukan Melayu. Krisis kredibiliti Pemecatan mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 turut menjadi titik tolak penting dalam dasar beberapa akhbar yang akhirnya memberikan kesan kepada pengedaran mereka, kata Azman. Tanpa merujuk secara langsung kepada Utusan, Azman menjelaskan sebahagian akhbar berkenaan mengalami krisis kredibiliti yang membawa kepada kemerosotan jualan. "Setelah mereka mengambil dasar berat sebelah, mereka banyak hilang (jumlah) edaran dan sampai sekarang tidak boleh pulih semula dan dilihat oleh khalayak sebagai hilang kredibiliti," katanya. Seorang lagi ahli forum, pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Profesor Ahmad Murad Merican turut mengutarakan pendapat yang senada dengan Azman. "Setiap ahli kewartawanan dan di sini Utusan, saya sudah sebutkan lebih kurang sepuluh tahun dulu, perlu berubah dalam konteks memperbaiki persembahan, hujah dan menerima kritikan," katanya. Beliau turut menggesa Utusan agar menjadi akhbar nasional yang bukan sahaja mensasarkan orang Melayu tetapi juga orang bukan Melayu di Sabah dan Sarawak sebagai pembacanya. Ahli panel ketiga, pengkritik filem Mansor Puteh pula secara umumnya menyeru agar pengamal media berwaspada dengan cubaan pihak Zionis untuk menguasai media. Menurutnya, usaha itu tidak dilakukan melalui pemilikan saham sebaliknya melalui penyebaran elemen Zionisme yang dihidangkan sebagai budaya popular. "Gosip Hollywood yang disiarkan setiap hari, dia (Zionis) tak paksa kita tapi kita jadi barua dia dengan rela hati beri empat muka surat dan kalau kita tak siar, kita rasa bodoh. "Kalau kita tak siar filem Hollywood, kita rasa bodoh. Kalau kita tak sanjung Manchester United, kita rasa bebal," katanya. Forum itu yang berlangsung di Dewan Seminar Hassan Ahmad dimudahcara Editor Bahagian Buku Am DBP, Padilah Ali. malaysiakini/- | ||
Posted: 19 Dec 2012 06:49 PM PST | ||
Palestin ancam bawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Posted: 19 Dec 2012 06:40 PM PST Perunding kanan Palestin Rabu lalu berkata aktiviti penempatan baru telah mempercepatkan pelan Palestin untuk mengemukakan kes terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. "Aktiviti penempatan yang semakin pesat dan semua tindakan Israel, dari pembunuhan sehingga ke tangkapan, semakin mendesak kami untuk mempercepatkan usaha kami ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)." Mohammed Shtayyeh memberitahu agensi berita AFP. Dengan status baru mereka di PBB, Palestin berpotensi untuk mempunyai akses kepada ICC di The Hague, Belanda, mencetuskan kebimbangan tenang kemungkinan mereka menyaman pegawai kerajaan Israel kerana jenayah perang - terutamanya kerana membina penempatan haram. Shtayyeh berkata insiden terkini mengenai memberi kebenaran untuk membina penempatan baru sebenarnya tiada kaitan dengan usaha Palestin di PBB, tetapi sebahagian daripada "kempen pilihanraya untuk kerajaan haluan kanan" Netanyahu menjelang pilihan raya umum pada 22 Januari. "(Keputusan) Ini adalah pengumuman berakhirnya penyelesaian dua negara," katanya. Minggu lepas, Shtayyeh berkata satu pasukan undang-undang Palestin sedang mencari badan-badan antarabangsa untuk mengemukakan kes, termasuk ICC dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan memberi amaran bahawa tindakan Israel telah "mendesak" mereka ke arah yang lebih cepat daripada yang mereka mahukan. harakah/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan