:: cina islam | 2011 :: |
- Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?
- Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek?
- Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud
- 200 aktivis tuntut hubungan Jordan-Israel diputuskan
Haram mengundi MCA, Umno bagaimana? Posted: 19 Oct 2012 04:49 PM PDT 4 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain. Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan. Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan 'menikus' untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu. Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan. Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini. Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka. MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini? DPPM percaya, umat Islam di negara ini merasa malu kerana mendapat pemimpin negara yang begitu lemah sehingga ada pemimpin parti komponennya yang menghina Islam lalu mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Sehubungan itu, DPPM mencabar Perkasa keluarkan kenyataan dan pendirian tegas berhubung sokongan terhadap UMNO dalam Barisan Nasional dalam PRU13. Jika mengundi MCA dianggap haram, mengundi Umno yang bersekongkol dengan MCA bagaimana pula? Justeru, Jika benar Perkasa mahu mendaulatkan Islam dan menjaga kesucian Islam, mereka perlu tegas dalam menyatakan 'amar ma'aruf nahi mungkar' sekalipun mereka akan dihina dan dicemuh oleh Umno. Persimpangan ini perlu dipilih dan Perkasa perlu ikhlas dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka dengan berpandukan perkara berikut: Mahu menjaga kepentingan agama Islam atau kepentingan politik dan dunia yang sempit sehingga mengundang kemurkaan Allah SWT. Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||
Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek? Posted: 19 Oct 2012 04:48 PM PDT 4 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut. Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama. Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam. Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas? Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam. Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Umno menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi. Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya. Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina. Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang. Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud. Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah. Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam. Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam. Penulis ialah Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat). | ||
Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud Posted: 19 Oct 2012 04:45 PM PDT 4 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan. "Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini. Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA. Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu. Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali. Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali. Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut. Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya. Sumber Asal : Malaysiakini/- | ||
200 aktivis tuntut hubungan Jordan-Israel diputuskan Posted: 19 Oct 2012 04:31 PM PDT 4 Zulhijjah 1433H. [MOD] - AMMAN 20 Okt. - Kira-kira 200 aktivis Jordan mengadakan demonstrasi di pejabat kedutaan Israel di sini, semalam, menuntut kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Aktivis-aktivis sayap kiri dan kemerdekaan menggesa Amman menamatkan "dasar-dasar pemulihan" dengan Israel yang mereka dakwa telah "memusnahkan perjuangan rakyat Palestin" pada satu tunjuk perasaan sempena 18 tahun perjanjian damai di tandatangani antara kedua-dua negara, yang di sering dirujuk sebagai Perjanjian Wadi Araba. Peserta demontrasi bertindak membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel sambil melaungkan ke arah pejabat kedutaan "Tidak seorang Zionis di tanah Jordan" . - DPA |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan