:: cina islam | 2011 :: |
- Letupan kuat kebakaran kilang penapisan Shell, Singapura
- Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa.
- Jaga 7 Sunnah Rasul
- Bangla dipenjara 80 bulan lupus mayat
- Web k'jaan negeri Melaka 'kembalikan' kerusi DAP
- PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu
- Pemimpin yang tidak jujur
- Lagi kes buang al-Quran
- Perkasa desak Sime Darby batal beli saham E&O
- Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..
- Kembar Siam di Terengganu
- Terangkan maklumat hudud kepada rakyat
- Memang ada ejen dalam jentera kerajaan tetapi bukan ejen anwar
- Polis Saudi rampas pesawat peluncur bawa 700,000 pil dadah
- 11 jenis manusia didoa malaikat
- Switzerland pula haram purdah
- Makan bangkai harimau elak gout
- Kabinet arah media jalani latihan ketenteraan
- Mengapa Perkasa melenting ceramah Mohd Sabu
- Samun di KLIA: Pegawai SPRM didakwa hari ini
- Dihukum 10 sebatan
- Seekor KUCING BERMUKA DUA Catat Rekod Dunia
- Hanya Logo Halal JAKIM Boleh Digunakan Mulai 1 Januari Depan
- PM Thailand miliki kekayaan RM53.7 juta
- 11 budak korban letupan bom
Letupan kuat kebakaran kilang penapisan Shell, Singapura Posted: 29 Sep 2011 01:55 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - SINGAPURA 29 Sept. - Satu letupan kuat kedengaran di kilang penapisan minyak Shell di Pulau Bukom kira-kira tengah hari semalam ketika operasi memadamkan kebakaran dijalankan di kilang penapisan itu. Kebakaran di kilang penapisan itu dipercayai membabitkan produk petroleum daripada paip dalam tangki di kawasan kilang itu. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan kini adalah terkawal. Operasi penyejukan masih dijalankan bagi mengelak bahang panas merebak ke tangki simpanan berhampiran. Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, tiga jentera bomba SCDF mengalami kerosakan dengan dua daripadanya rosak teruk. - Bernama | ||
Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa. Posted: 29 Sep 2011 01:50 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - 12 das tembak tauke tarik kereta KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang pemilik syarikat tarik kereta cedera parah di perut dan tangan akibat ditembak secara rambang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Prima 2, Taman Metro Prima, di sini, semalam. SIASAT ...pegawai forensik melihat kereta terkena peluru dalam kes suspek melepaskan 12 das tembakan ke atas pemilik syarikat penarik kereta Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran syarikat miliknya apabila secara tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang motosikal dan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan secara rambang ke arahnya yang turut menyebabkan dua orang lain cedera. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata kedua-dua suspek melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa yang tidak menyedari kehadiran mereka. "Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru menggunakan pistol jenis automatik dan melepaskan tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum memecut laju. "Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di perut dan tangan manakala seorang lelaki berusia 40-an yang minum di restoran sama dan seorang pekerja wanita warga Indonesia cedera di kaki," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, mangsa bersama dua lagi orang awam berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil. -HM Parah dihujani peluru mafia LOKASI Subramaniam terkena tembakan ala mafia di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila melepaskan 12 das tembakan ke arah seorang penarik kereta menyebabkan mangsa dan dua orang awam cedera dalam kejadian di Jalan Metro Prima, Kepong di sini semalam. Kejadian yang menggemparkan pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 43, sedang minum di sebuah kedai di situ. Dia mempunyai dua rekod jenayah lampau. Tanpa diduga, salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan memakai topi keledar berpenutup terus melepaskan 12 das tembakan tanpa henti ke arah mangsa pada jarak kira-kira 20 meter. Dua tembakan itu mengenai perut dan tangan lelaki itu manakala bakinya tersasar lalu terkena pada dua orang awam. Dua mangsa itu terkena serpihan peluru pada kaki masing-masing. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu bermotifkan dendam berdasarkan cara suspek menyerang mangsa yang seolah-olah ingin membunuh lelaki itu. -kosmo | ||
Posted: 29 Sep 2011 01:40 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. " wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia". Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim. -Bujangsusah | ||
Bangla dipenjara 80 bulan lupus mayat Posted: 29 Sep 2011 01:38 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan melupuskan mayat seorang wanita warga Indonesia dan anak lelakinya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang. Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani memerintahkan hukuman penjara 40 bulan bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan terhadap Mosharof Hossain bermula tarikh dia ditangkap pada 15 Ogos lalu. Mosharof, 23, didakwa melupuskan mayat Siti Sando, 35, dan anaknya, Mohd. Shukri berusia dua tahun, untuk melindungi pesalah daripada tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di No 40 Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang di sini antara 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan 11 pagi, 3 Ogos lalu. Kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. - Bernama | ||
Web k'jaan negeri Melaka 'kembalikan' kerusi DAP Posted: 29 Sep 2011 01:26 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Portal web rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini membuat pindaan dan memasukkan lima kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh pembangkang yang sebelum ini dicicirkan. Semalam, Malaysiakini melaporkan semua kerusi DUN yang dimiliki oleh pembangkang 'hilang' dari laman web itu. Semakan di laman web itu juga mendapati kawasan parlimen Bukit Katil hanya sebelum ini hanya menyenaraikan dua daripada empat kerusi dewan undangan negeri telah memasukkan semula kerusi Bachang dan Ayer Keroh. Meskipun kawasan-kawasan dan kerusi yang lengkap telah disenaraikan semula, namun sehingga jam 2.30 petang tadi, mendapati perwakilan pembangkang yang dipilih oleh rakyat negeri Melaka terus 'tercicir'. Ini berbeza dengan kerusi-kerusi yang dipegang oleh BN yang dibekalkan dengan maklumat dan nombor yang boleh dihubungi apabila diklik. Pindaan juga dibuat pada laman pautan. Pautan kepada "Umno Malaysia" dan "Daftar Ahli Umno" kini telah dikeluarkan. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin .semalam mengkritik kerajaan negeri Melaka kerana gagal membezakan antara parti dan kerajaan dengan tidak menyenaraikan wakil rakyat pembangkang. Kerusi yang tercicir atau hilang itu adalah lima kawasan yang dipegang oleh DAP - N15 Bachang, N16 Ayer Keroh, N19 Kesidang, N20 Kota Laksamana dan N22 Banda Hilir. | ||
PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu Posted: 29 Sep 2011 01:21 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah. Ketua PERKASA negeri itu, Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. "Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis. "Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu," kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian. Amaran itu dikeluarkan selepas pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu ceramah di Ampangan, Seremban Sabtu lalu. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA daripada mara menuju ke pentas ceramah. Bertindak liar Mat Sabu menimbulkan kontroversi selepas beliau pada ucapan pada 21 Ogos lalu memuji Mohamed Indera, seorang pemimpin pemberontak yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan. Kenyataan itu telah menimbulkan perdebatan hangat di seluruh negara berhubungan perjuangan kemerdekaan negara. Tetapi Mat Sabu mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa bahawa mereka yang berada di balai polis ketika itu berkhidmat kepada kerajaan Inggeris. Mengulas pergaduhan Sabtu lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata PERKASA sengaja cuba menimbulkan suasana huru-hara. "PERKASA sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas. Sepak terajang politik "PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan PAS sendiri. "PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," katanya. Menurut Riduan, menganggu program PAS serta memukul penyokong parti itu adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran. "PAS sama sekali tidak izinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan akan tetap istiqomah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan. "DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran disebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya," katanya lagi. MALAYSIAKINI/- | ||
Posted: 29 Sep 2011 01:00 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti." [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi ] Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:"Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa." (HR Muslim) Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". (Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi) Nabi saw. bersabda, "Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman" (Riwayat Ahmad, Abu Ya'la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani). Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari) TAZKIRAH/- | ||
Posted: 29 Sep 2011 12:50 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - ABDUL BASIDH (kiri) dan Abdul Mohsein Abdul Wahab menunjukkan cebisan tulisan ayat al-Quran di Alor Setar semalam. ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini. Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu. Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang. "Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah. "Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam. Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis. Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak. Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya. KOSMO/- | ||
Perkasa desak Sime Darby batal beli saham E&O Posted: 29 Sep 2011 12:45 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Sept — Perkasa mendesak Sime Darby membatalkan rancangan untuk membeli 30 peratus saham syarikat Eastern & Oriental (E&O) Bhd yang disifatkan tidak perlu memandangkan syarikat milik kerajaan (GLC) itu mempunyai kepakaran dalam sektor hartanah. Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata alasan yang diberikan Sime Darby tidak boleh diterima dan dipersoalkan banyak pihak terutamanya berhubung untuk mendapatkan kepakaran E&O. "Kita harap Sime Darby dapat meneliti semula rancangan itu dan seterusnya membatalkan hasrat untuk membeli saham E&O. "Kita yakin Sime Darby mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah dan tidak perlu untuk mendapatkan khidmat syarikat lain, jadi kita desak Sime Darby memberhentikan pembelian yang tidak wajar ini," kata beliau selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Sime Darby di sini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi pembelian 30 peratus saham syarikat E&O oleh Sime Darby dengan kos RM776 juta secara tunai, didakwa 60 peratus lebih mahal daripada harga pasaran sehingga menimbul pelbagai keraguan orang ramai. Dalam memorandum itu, Perkasa menyifatkan langkah diambil Sime Darby itu satu pengkhianatan kepada amanah yang diberikan. "Ia juga runtuhnya tanggungjawab moral dan kredibiliti Sime Darby sebagai syarikat terbitan awam, imej buruk terhadap jentera pentadbiran kerajaan kerana gagal memantau perjalanan syarikat terbitan awam supaya menepati kehendak perundangan negara serta amalan profesionalisme. "Ia juga merupakan pelanggaran tatasusila korporat dan pencabulan undang-undang negara, mekarnya rasuah dan integriti dan terjejasnya usaha kerajaan bagi melakukan transformasi yang menyeluruh dalam semua sektor," kata Ruslan ketika membacakan memorandum itu. Selain itu, Perkasa juga menuntut Sime Darby mengemukakan alasan yang bernas tentang rancangan pembelian itu. malaysian insider/- | ||
Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik.. Posted: 29 Sep 2011 12:30 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw; Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan." Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula. Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua Oleh Ustaz Zahazan Mohamed | ||
Posted: 29 Sep 2011 12:20 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA TERENGGANU: "Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada," kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu. Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu. Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan. "Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka," katanya. Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun. "Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga," katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ. "Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah," katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435. Harian Metro | ||
Terangkan maklumat hudud kepada rakyat Posted: 29 Sep 2011 12:15 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - RAWANG, 29 Sept: Selaras dengan agama rasmi negara ini iaitu Islam, sudah sampai masanya maklumat berhubung hukum hudud yang heboh diperkatakan pada masa kini diterangkan secara rasmi kepada rakyat. Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum berkata, kerajaan dan agensi berkaitan perlu menghidupkan majlis forum dan program mendidik rakyat berhubung hukum hudud. "Pendidikan mengenai perkara ini (hudud) penting supaya rakyat faham apa itu hudud dan pelaksanaannya. Namun sekarang, peringkat inipun masih belum beres. "Rakyat tidak kira Islam atau bukan, masih tidak faham berkenaan hukum hudud. Sebab itu perlu teruskan program pendidikan dan setelah faham barulah perkara ini boleh dilaksanakan," katanya kepada Harakahdaily dalam program bersama penduduk Taman Rahmat Jaya, di sini semalam. Dalam pada itu, ujarnya amat dikesalkan apabila golongan yang bukan arif berhubung agama Islam memberikan komen berlebihan berhubung isu hudud terutama di media. Katanya, ini menyebabkan golongan memberikan kenyataan itu boleh menimbulkan kecelaruan pemahaman terhadap hukum yang sudah ditetapkan dalam Islam itu. "Sepatutnya biar hanya orang alim dan berwibawa untuk bercakap hal hudud ini kerana sudah menjadi kewajipan golongan ini memberikan kefahaman kepada rakyat. "Namun secara peribadi, pada saya tidak wajar kita sebagai orang Islam menafikan hukum yang telah ditetapkan Tuhan ini dan harus berusaha untuk ke arah itu," katanya. Menurut Badrul Amin, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Perlembagaan Persekutuan. harakahdaily/- | ||
Memang ada ejen dalam jentera kerajaan tetapi bukan ejen anwar Posted: 29 Sep 2011 12:09 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - EDITOR Kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mendakwa terdapat `orang-orang Anwar' di dalam jentera kerajaan khususnya di bahagian-bahagian strategik untuk menjatuhkan Najib sebagai PM. Dakwaan beliau ini membuatkan DS Anwar tertawa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan. Dalil buat Datuk Zaini beranggapan demikian seperti katanya, " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang? "Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' (Malaysiakini). Jika begitulah keadaannya, Utusan sebenarnya mengaku bahawa pengaruh DS Anwar bertambah hebat, jika tidak masakan Ketua Pembangkang ini boleh `menyerapkan' orang-orangnya di dalam jentera kerajaan lebih-lebih lagi di bahagian-bahagian strategik yang tentunya sentiasa diawasi oleh perisik-perisik kerajaan? Ini membuktikan bahawa segala fitnah dan propaganda yang dimainkan oleh media `berlidah Syaitan' ini gagal samasekali untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej DS Anwar. Akibat kekecewaan mereka, maka keluarlah kenyataan seperti itu. Sewajarnya persoalan yang harus ditanya adalah, "benarkah kos perbelanjaan lawatan resmi Najib dan Rosmah serta penerbangan percutian suami isteri ini mencapai jumlah seperti yang didakwa oleh Pembangkang? Benarkah kos senggaraan rumah PM termasuk bil letrik dan air mencapai jumlah puluhan juta ringgit setahun? Benarkah Rosmah mendiami hotel mewah di Dhubai yang bernilai ratusan ribu semalam? Ini yang patut dipersoalkan oleh Datuk Zaini dan ini juga yang perlu dijawab oleh Najib dan Rosmah kalaupun Rosmah tidak mahu menjawab tentang isu cincin 24 Juta itu. Mengapa yang ditekankan sangat atau yang dirisaukan sangat oleh Datuk Zaini adalah `siapa yang menyalurkan maklumat semua itu"? Datuk Zaini boleh menyebut beliau merasa lega dan boleh tidor lena jika tiada ejen DS Anwar di dalam jentera kerajaan. Katanya, "Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku." Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau tidak boleh tidor lena sekiranya beliau tahu maklumat bahawa Najib dan Rosmah berbelanja boros menghabiskan wang rakyat. Sebaliknya, beliau merasa lega jika tiada ejen DS Anwar walaupun mungkin ada kebenaran dari maklumat tersebut. Beliau lebih takut kepada DS Anwar daripada takut hilangnya wang rakyat jauh sekali takut kepada Allah. Tahap `pengampu' Editor Kanan Utusan ini mungkin sudah sampai ke tahap maksima. Memang ada lojiknya jika terdapat `ejen' di dalam jentera kerajaan kerana setiap orang Islam adalah `ejen' kepada Allah untuk mencegah yang mungkar. Jika saya berada di dalam kerajaan sekali pun, saya akan dedahkan jika saya tahu ada kemungkaran yang berlaku tetapi bukan kerana Anwar. Tidak dapat dinafikan sekarang ini majoriti kakitangan kerajaan adalah mereka yang tidak mahu bersekongkol dengan sifat rakus Najib dan Rosmah. Justeru itu, tanpa diminta oleh DS Anwar atau Pembangkang maklumat ini sampai juga. Maka, memang wajarlah DS Anwar merasa lucu dan tertawa dengan dakwaan Datuk Zaini itu. Najib dan Rosmah harus ingat, ejen-ejen ini akan terus bekerja selagi Umno/Bn memerintah kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi berputih mata melihat betapa rakusnya hak rakyat dibolot dan dijamu semahu-mahunya oleh dua insan bernama Najib dan Rosmah ini. wfauzdin.blogspot.com | ||
Polis Saudi rampas pesawat peluncur bawa 700,000 pil dadah Posted: 29 Sep 2011 12:00 AM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - RIYADH: Polis sempadan Arab Saudi merampas sebuah pesawat peluncur yang penuh dengan dadah yang memasuki ruang angkasa negara itu dari Iraq, minggu lalu. Polis sempadan di utara negara itu menahan juruterbangnya dan merampas lebih 700,000 pil captagon yang tersembunyi dalam pesawat peluncur itu. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansour al-Turki berkata, pesawat peluncur itu terbang merentasi sempadan Saudi pada awal pagi 20 September lalu. Menurutnya, polis turut menangkap 10 orang berhubung cubaan menyeludup dadah itu. Ini kali pertama pesawat peluncur digunakan untuk tujuan jenayah di Arab Saudi. | ||
11 jenis manusia didoa malaikat Posted: 28 Sep 2011 11:48 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf." Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat." Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'" Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. Related News: | ||
Posted: 28 Sep 2011 11:30 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - GENEVA: Parlimen Switzerland semalam meluluskan usul kumpulan pelampau berhaluan kanan untuk mengharamkan pemakaian purdah atau apa saja yang menutup muka di tempat awam. Seramai 101 anggota Parlimen menyokong usul itu dan 77 menolak. Bagaimanapun, Dewan Negara perlu meluluskan usul terbabit sebelum ia dapat disahkan untuk dijadikan undang-undang. Setakat ini empat negara sudahpun mengharamkan pemakaian purdah dengan yang pertama berbuat demikian ialah Itali, diikuti oleh Belgium dan kemudian Belanda. - AFP | ||
Makan bangkai harimau elak gout Posted: 28 Sep 2011 11:00 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam. Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal. "Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera," katanya. "Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan," katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP | ||
Kabinet arah media jalani latihan ketenteraan Posted: 28 Sep 2011 09:16 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Kabinet memutuskan pengamal media yang ingin bertugas di zon bencana dan perang perlu menjalani latihan bersama Media Askar Wataniah Kementerian Pertahanan untuk persiapan fizikal dan mental. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil kira dan penting untuk tujuan keselamatan pengamal-pengamal media menempuh pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas. "Hanya selepas selesai atau telah menjalani latihan barulah mereka dibenarkan turut serta mengikuti mana-mana misi kemanusiaan atau tugas di kawasan bencana," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, malam semalam. Jelasnya, Kementerian Pertahanan menyeru mana-mana agensi dan syarikat media menjalani latihan untuk menghantar pengamal media bagi menyiapsiagakan diri mereka dengan latihan keselamatan yang berguna untuk mereka. Beliau turut menyarankan agar misi bantuan kemanusian atau tugasan di zon bencana dan perang dibekalkan dengan peralatan yang mempunyai tahap keselamatan tinggi seperti pemakaian jaket keselamatan dan jaket kalis peluru. "Apabila pengamal media menjalani latihan bersama kementerian kami, kelak mereka akan sedar betapa pentingnya aspek keselamatan diutamakan dan didahulukan daripada tugas," katanya. Dalam pada itu, beliau menuntut pampasan sewajarnya daripada tentera Burundi berikutan penglibatan tentera mereka dalam insiden tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor pada 2 September lalu. Ahmad Zahid berkata pampasan itu penting sebagai pengajaran dan iktibar kepada pihak lain. Semalam, AMISOM memohon maaf terhadap kejadian itu dan melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan akan dihantar pulang ke Burundi untuk dibicarakan. Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. - Bernama | ||
Mengapa Perkasa melenting ceramah Mohd Sabu Posted: 28 Sep 2011 09:10 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ahli-ahli Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat mereka sendiri berhubung ceramah Mohamad Sabu. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap ahli-ahli kumpulan Perkasa yang bertindak menyerang dan menumbuk penyokong PAS dalam ceramah umum yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Ampangan, Seremban, beberapa hari lalu. "Bagi DPPM, tindakan ahli atau penyokong Perkasa tidak wajar kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu ketenteraman awam," ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, ceramah tersebut dianjurkan oleh PAS dan telah diberi permit. Penceramahnya pula adalah Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Semuanya, ujar beliau dilangsungkan dalam keadaan terkawal dan secara sah. Menurutnya, dalam suasana demokrasi di negara ini, setiap parti berhak mengadakan aktivitinya dan ahli-ahli Perkasa tidak seharusnya mengganggu majlis yang sedang berlangsung. PAS, jelasnya telah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Mohamad Sabu berhubung fakta sejarah negara. Bahkan, kata beliau ahli sejarawan juga menyatakan bahawa Mohamad Sabu telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam pengkajian sejarah negara. Katanya lagi, meskipun ada yang melihatnya dari sudut negatif, tidak kurang juga yang memandang kenyataan Mohamad Sabu dari sudut positif. "Mengapa perlu ahli-ahli Perkasa melenting?" soalnya. Katanya, DPPM melihat Perkasa sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas. Beliau menjelaskan, PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanah air. "Ahli-ahli Perkasa tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan Perkasa sendiri," ujarnya. Menurutnya, PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga. Akhirnya, kata beliau DPPM menegaskan bahawa hujah perlu dilawan hujah, bukan dengan tindakan ganas. "Mengganggu program PAS serta memukul penyokong PAS adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran," tegasnya. DPPM, ujar beliau sama sekali tidak mengizinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan PAS akan tetap istiqamah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan. "DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran di sebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya," katanya lagi. harakahdaily/- | ||
Samun di KLIA: Pegawai SPRM didakwa hari ini Posted: 28 Sep 2011 08:40 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Ketiga-tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini. Ketiga-tiga mereka dikatakan telah digantung tugas dan kemudian dipindahkan ke bahagian pentadbiran suruhanjaya berikutan penangkapan itu. Ketiga-tiga pegawai - berusia antara 20 hingga 25 tahun itu - memegang jawatan pemangku penolong pesuruhjaya (Gred P48), penolong kanan penguasa (Gred P32) dan penolong penguasa (Gred P29). Mereka akan didakwa di mahkamah di Sepang. Sehingga berita ini ditulis, belum ditentukan mahkamah mana yang akan mendengar kes berkenaan. Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000. malaysiakini/- | ||
Posted: 28 Sep 2011 08:30 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - JEDDAH: Mahkamah di bandar raya ini, semalam menjatuhkan hukuman 10 sebatan kepada seorang wanita rakyat tempatan yang melanggar undang-undang pengharaman memandu. Shayma Jastaniah didapati bersalah kerana memandu di jalan raya di Jeddah. Dua lagi wanita atas dakwaan sama dijadualkan hadir di mahkamah dalam waktu terdekat. "Saya masih terkejut dan tidak dapat berfikir dengan waras atas apa yang berlaku. Saya akan merayu terhadap hukuman dikenakan," katanya. Dia memberitahu Arab News yang dia memandu hanya sekali iaitu sebelum Manal-al-Sharif, kempen berprofil tinggi wanita memandu yang dihentikan. Shayma mempunyai lesen memandu antarabangsa. Peguam Shayma, Adnan al-Saleh memberitahu media, anak guamnya menunggu keputusan adil dan telus mengenai isu wanita memandu. Dia berkata, wanita yang memandu tidak dianggap melakukan jenayah mengikut undang-undang Saudi atau ajaran Islam. "Ini bukan isu berkaitan moral atau adat, mahupun jenayah yang perlu dihukum. Mahkamah kini menganggap mana-mana wanita yang memandu tanpa lesen memandu Arab Saudi telah melakukan jenayah yang perlu dihukum sebat. Ini bermakna, mana-mana wanita yang ditangkap kerana memandu pada masa depan akan menerima hukuman sama atau mungkin dipenjarakan," katanya. "Dalam situasi ini, pemandu wanita berhak membuat rayuan dan mengemukakan bantahan kerana ia adalah hukuman berat. Kes akan dipindahkan ke mahkamah rayuan," katanya. Dia berkata, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah memberi keizinan supaya wanita mengambil bahagian dalam Majlis Syura dan mengundi serta bertanding dalam pilihan raya majlis perbandaran, tetapi mahkamah Saudi menghukum wanita kerana memandu. "Bagaimana wanita diizinkan menerajui negara jika dia tidak dibenarkan memandu?," katanya. | ||
Seekor KUCING BERMUKA DUA Catat Rekod Dunia Posted: 28 Sep 2011 08:27 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Frank dan Louie memang istimewa. Haiwan itu kini digelar sebagai kucing berwajah dua yang tertua di dunia. Menurut Reuters, kucing yang juga mempunyai dua mulut, dua hidung, dan tiga mata, namun hanya mempunyai satu otak ini telah berusia 12 tahun. Pencapaian Frank dan Louie ini diakui oleh lembaga pencatat rekod terkemuka dunia, Guinness World Records. "Mereka adalah kucing Janus yang paling lama bertahan hidup," kata juru cakap Guinness World Records, Sara Wilcox, Selasa lalu. Diperkenalkan oleh Dr. Karl Shuker, Janus merupakan kumpulan kucing yang memiliki kelainan genetik. Menurut Wilcox, Frank dan Louie ini akan dicatatkan di dalam buku rekod edisi 2012. Kucing itu lahir pada 9 September 1999 dan dipelihara oleh Marty, warga AS yang tinggal berdekatat Kota Worcester, Massachusetts. Bagi Marty, kucing Janus itu tergolong sebagai luar biasa kerana boleh hidup begitu lama. "Biasanya, kucing dengan keadaan seperti itu hanya bertahan hidup antara satu hingga empat hari," kata Marty. "Saat kucing itu lahir, setiap hari adalah berkat," tambah Marty. Marty mengatakan bahawa kucing Janus ini berkelakuan seperti anjing. "Ketika dibawa berjalan, kucing itu dipandu dengan tali dan dia suka dibawa di dalam kenderaan ," kata Marty. kosmo/- | ||
Hanya Logo Halal JAKIM Boleh Digunakan Mulai 1 Januari Depan Posted: 28 Sep 2011 08:17 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - PUTRAJAYA: Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 Nov. "Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Jan, logo halal sedia ada adalah terbatal. "Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Ismail Sabri berkata bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim. Bagi barangan yang diimport pula, pihak yang memasarkan barangan itu boleh mendapatkan perakuan atau sijil halal melalui 53 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim. "Semua pihak terbabit dinasihat membuat permohonan awal menerusi Majlis Agama Islam negeri masing-masing kerana Jakim sudah memberi kuasa kepada semua majlis agama Islam negeri bagi melicinkan proses permohonan," katanya. Dianggarkan 1,500 termasuk premis perniagaan seperti restoran, gerai, hotel dan pihak industri seperti kilang tidak menggunakan logo halal daripada Jakim. – BERNAMA | ||
PM Thailand miliki kekayaan RM53.7 juta Posted: 28 Sep 2011 08:00 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) memiliki aset bersih berjumlah 541 juta baht (RM53.7 juta) sekali gus jauh kurang daripada kekayaan abangnya Thaksin, kata sebuah badan pencegah rasuah semalam. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam laporannya menyatakan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun memiliki aset sebanyak 4.4 juta baht (RM449,233) manakala suaminya mengisytiharkan pemilikan aset berjumlah 76.8 juta baht (RM7.84 juta) bersama hutang sebanyak 369.7 juta baht (RM37.74 juta). Yingluck yang memiliki aset termasuk hartanah dan pelaburan bukan merupakan anggota kabinet terkaya di Thailand. Kedudukan tersebut adalah milik Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi dengan aset berjumlah 963 juta baht (RM98.3 juta). Sebelum menjadi Perdana Menteri, Yingluck merupakan Presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam empayar perniagaan abangnya, Thaksin. Pada Februari 2010, Mahkamah Tinggi Thailand merampas sejumlah AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion) kekayaan Thaksin iaitu lebih separuh asetnya kerana dakwaan salah guna kuasa. - AFP | ||
Posted: 28 Sep 2011 07:51 PM PDT 2 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KABUL - Seramai 11 kanak-kanak dan empat wanita antara 16 penumpang yang terkorban, selepas bas mini yang mereka naiki terperangkap di dalam letupan bom di wilayah Herat, Afghanistan, menurut jurucakap polis, kelmarin. Walaupun pihak berkuasa Afghanistan memaklumkan bas mini itu terlanggar periuk api, Jabatan Negara Amerika Syarikat pula mendakwa ia adalah angkara pejuang Taliban yang meletupkan bom di tepi jalan. Dalam satu kenyataan lain, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) turut mengutuk serangan tersebut, yang turut mencederakan orang awam kerana ia memberi ancaman terhadap kebebasan dan keselamatan penduduk Afghanistan. sinar harian/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan