Jumaat, 4 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

Posted: 04 Mar 2011 01:01 AM PST

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

6 Mac 2011 (Ahad)

Program 1
3 ptg – Wacana Ilmu

Lokasi : Balai Tassawur Islam, Simpang Empat,
Gunung Semanggol, Bagan Serai

Pewacana:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Siddique Fadzil
3. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty

Program 2
7.30 – 8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Mujahidin, Kampung Kedai, Parit Buntar

Program 3
9.00 – 12.00 malam – Ceramah 1 – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Mujahid Yusof
3. YB Chan Ming Kai
4. YB Yunus Jamhari
5. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty

Program 4
9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Dataran KeADILan, Pekan Batu Kurau, Larut

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB S Kasevan
3. YBhg Anuar Tahir
4. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty

Kronologi Fitnah2: Taufik Menggigil Ketika Disoal Balas

Posted: 03 Mar 2011 11:28 PM PST

Dari KeadilanDaily

Bicara dalam perbicaraan untuk mengenepikan bukti kes Fitnah II yang diperoleh secara tidak sah bersambung hari ini.

Pasukan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memanggil Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sebagai saksi peguam bela.

Sivarasa bertindak sebagai peguam Anwar pada hari beliau ditahan pada 16 Julai 2008.

Berikut adalah kronologi perbicaraan hari ini:

8.50 am – Anwar dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim tiba di galeri awam.

9.23 am – Mahkamah mula bersidang. DPP Yusof memberitahu Hakim Zabidin beliau mahu menyoal Anwar sekali lagi.

9.24 am – Anwar mengambil tempat di kandang saksi.

9.27 am – DPP Yusoff menunjukkan satu dokumen kepada Anwar dipercayai salinan waran tangkap pada hari beliau ditahan pada 16 Julai 2008.

9.28 am – Peguam Anwar, Karpal Singh membantah Yusoff dan mahu salinan asal ditunjukkan di mahkamah dan bukannya salinan semata-mata.

9.33 am – Karpal marah kepada DPP Yusoff dan mahu beliau lebih serius dalam membentangkan kes pendakwa.
"Jangan ketawa!" bentak Karpal kepada Yusoff.

9.37 am – DPP Yusoff meneruskan soal balas dan bertanya Anwar sama ada beliau boleh mengingati ada menandatangani sebarang dokumen pada hari beliau ditahan.

9.38 am – Anwar menjawab beliau ada menandatangani dokumen tertentu pada hari beliau ditahan.

9.40 am – DPP Yusoff menunjukkan satu dokumen dipercayai rakaman keterangan Anwar di bawah Seksyen 112 Kanun Jenayah Keseksaan pada hari beliau ditahan.

Sewaktu menunjukkan dokumen tersebut, Yusoff seakan-akan cuba menyindir Karpal 'ia salinan asal'.

9.42 am – Anwar mengambil masa untuk meneliti dokumen tersebut. Menurut beliau, beliau sudah melalui pengalaman dokumen dipinda dan dipalsukan sebelum ini. Justeru beliau perlu meneliti rakaman percakapan yang ditandatanganinya untuk memastikan tiada pindaan dilakukan.

9.52 am – Mahkamah berehat selama 15 minit untuk membolehkan pendakwa raya membuat salinan borang rakaman percakapan Anwar untuk rujukan mahkamah dan peguam bela.

10.25 am – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba di galeri awam.

10.32 am – Mahkamah bersidang semula.

10.35 am – Anwar meneliti salinan rakaman percakapan dan juga borang rakaman percakapan asal. Terdapat perbezaan besar antara kedua-duanya. Dalam salinan asal, tertera perkataan 'SULIT' pada muka satu namun perkataan itu tiada pada salinan fotokopi muka surat yang sama. Muka surat kedua yang mengandungi tandatangan Anwar pada salinan asal tidak terdapat dalam salinan fotokopi yang diberikan pendakwa raya.

10.51 am – DPP Yusoff cuba menjelaskan perbezaan antara salinan asal dan salinan fotokopi borang rakaman percakapan yang ditanda sebagai TWT2 tetapi Zabidin serta mahkamah tidak faham.

Anwar berkata melihat kepada salinan asal serta salinan fotokopi, ia tidak sama.

"Apa yang diberikan kepada saya, yang didakwa sebagai sebagai salinan fotokopi borang asal, bukanlah salinan kepada borang itu," kata Anwar.

11.02 am – Zabidin kelihatan seperti berang dan bosan dengan DPP Yusoff yang terus membuang masa mahkamah dan memanjangkan perbicaraan dengan memberi salinan fotokopi borang rakaman percakapan yang berbeza daripada salinan asal.

11.04 am – Sivarasa Rasiah mengambil tempat sebagai saksi.

11.07 am – Menurut Sivarasa, Anwar sepatutnya sudah dilepaskan selepas percakapan beliau dirakam. Namun, DSP Jude Pereira walaupun sebelum ini memberitahu kenyataan Anwar sudah selesai dirakam, membuat keputusan untuk terus menahan Anwar di lokap tersebut. Menurut Sivarasa Rasiah, DSP Jude menyatakan itu adalah keputusan beliau sendiri untuk menahan Anwar.

"Ini keputusan saya untuk menahan beliau," kata Jude Pereira, seperti diceritakan Sivarasa.

11.26 am – Karpal memberitahu mahkamah beliau mahu memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin untuk memberi keterangan

11.31 am – Mahkamah berehat sebentar.

11.53 am – DPP Yusoff memanggil Superintendan Ahmad Taufik Abdullah, 49 tahun untuk memberi keterangan. Taufik, beliau bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Khas D9, Bukit Aman dan berkhidmat dalam polis selama 29 tahun.

11.57 am – DSP Taufik memberitahu writ waran tangkap diterima Superintendan Taufik daripada pegawai penyiasat DSP Jude Pereira.

12.01 pm – DSP Taufik memberitahu beliau diarah menangkap Anwar sekiranya Ketua Pembangkang itu tidak terus ke IPKKL selepas selesai memberi keterangan di Putrajaya berhubung pemalsuan bukti kes mata lebam 1998.

12.03 pm – Menjawab soalan Karpal Singh, Taufik memberitahu Anwar ditangkap berhampiran kediaman beliau di Jalan Segambut namun waran tangkap hanya diserah di IPKKL.

Bermula daripada masa mengangkat sumpah saksi sehinggalah sepanjang menjawab soalan daripada pendakwa raya dan peguam bela, Taufik kelihatan menggigil.

12.10 pm – Mahkamah ditangguh dan bersidang semula Isnin jam 8.30 pagi.

Bagaimana Negara Boleh Maju Jika PM Pun Kena Tipu?

Posted: 03 Mar 2011 06:39 PM PST

Dari Blog Idham Lim

JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu’ PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik?

Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti.

Skandal PKFZ ini bukan baru kita dengar. Pemimpin pembangkang terutamanya DS Anwar lebih awal mendedahkan kes ini, tetapi seperti biasa pemimpin Umno mendakwa DS Anwar suka mencipta isu dan menyebarkan fitnah. Ketika itu Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini turut dilibatkan di dalam skandal ini masih menjadi Menteri dan Presiden MCA. Tan Sri Chan Kong Choy juga begitu. Justeru itu, situasi yang selamat buat mereka ketika itu.

Sekarang mereka menjadi `bekas’ dan `power’ pun sudah hilang. Habis sepah, madu dibuang. Tentulah tidak masuk akal jika mahu dakwa Abdullah Badawi atas skandal ini walaupun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab. Mungkin kerana `tertidor’, maka beliau tidak menyedari ada `penipuan’ berlaku. Benar atau tidak Pak Lah ditipu kita tidak tahu tetapi kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah menipu.

Lojiknya, tentulah semasa proses kelulusan projek itu melibatkan banyak pihak bukan di antara Pak Lah dengan mereka sahaja. Agak sukar mahu difikirkan kesemua yang terlibat tidak mengetahui adanya `penipuan’. Jika tahu, mengapa tidak dilaporkan waktu itu kepada PM? Tidakkah itu sebagai satu subahat? Ada dakwaankah kepada yang bersubahat ini?

Akhirnya ada yang berkata wujud `kambing hitam’ untuk menyelamatkan seseorang. Siapa seseorang itu? Atau, sememangnya PM kita ditipu? Jika benar, malang sungguh kita ada PM yang mudah tertipu.

OLEH WFAUZDIN NS

Fracturing Malaysia

Posted: 03 Mar 2011 06:17 PM PST

From Wall Street Journal

Malaysia was once regarded as one of Asia’s most promising emerging economies, but over the last decade that story has soured. Output growth has cooled, and foreign investment plummeted from its peak in 2008. The government’s failure to speed up economic reform is partly to blame, but the underlying cause of the policy gridlock is social tension. With the United Malays National Organization at its head, the ruling National Front coalition maintains an uneasy peace between the country’s three main ethnic groups: Malays, Indians and Chinese.

Protests by Indian activists last month reveal just how fragile that peace is. The controversy arose late last year when the government announced the addition of “Interlok,” a 1971 Malay-language novel, to the curriculum in some public schools. Cabinet ministers from the Malaysian Indian Congress, the largest ethnic-Indian party in the National Front, cried foul, saying that the novel depicted the Indian community in an offensive way.

The issue ignited furious debate in the Malaysian media but did not at first seem to threaten broader unrest. A group of ethnic-Indian NGOs undertook a formal investigation of the novel’s content and found that it did contain a number of historical errors and misrepresentations. In mid-January the Ministry of Education convened a committee to amend the novel’s offensive bits, apparently satisfying the MIC.

View Full Image

STR/AFP/Getty Images
Protesters gather near Kuala Lumpur to urge the government to ban the controversial Malay-language book Interlok.

The situation intensified, however, when two Indian-rights organizations—the Hindu Rights Action Force, or Hindraf, and a splinter group, the Human Rights Party—called for nationwide protests against both the book and what they say are UMNO’s “racist” policies generally. Hindraf was banned in 2008 for holding a massive antiracism rally the year before, at which hundreds of its supporters were jailed under the country’s stiff Internal Security Act. Last month, police denied the groups’ requests for public-assembly permits and threatened to charge anyone who attended protests with participating in unlawful organizations.

Undeterred, demonstrators took to the streets in several cities, first on Feb. 13 and then in greater numbers last Sunday. Police delivered on the promised crackdown, patrolling the protest route with trucks and keeping water cannons menacingly nearby. Around Kuala Lumpur, officers appeared to be accosting anyone even suspected of being a Hindraf sympathizer. On Sunday over 100 people were jailed, and though most were released the next day, 11 remain under investigation.

This sort of response to peaceful protests shows the troubled state of civil liberties in Malaysia. Since taking office in 2009, Prime Minister Najib Razak has clamped down on the press, jailed bloggers and suppressed public demonstrations, all in the name of maintaining unity and stability. In a speech early last month, he cautioned his countrymen against getting any ideas from the revolutions unfolding in the Arab world. “We will stop any attempt to bring such trouble into Malaysia,” he said.

In part, it was the National Front that created the conditions for the present turmoil to begin with. Less well-off than Malaysia’s Chinese, Indians attribute their economic woes to affirmative-action rules that favor ethnic Malays in hiring and education. Groups like Hindraf accuse the ruling coalition of yielding too readily to nativist Malay voices that agitate against meritocratic reforms.

Political games seem also to be afoot in the Indian groups’ rabble-rousing, though. Hindraf and the HRP are likely using the present conflict to galvanize the Indian community ahead of a general election expected later this year. They may even calculate that an excessively harsh reaction by the government or ethnic-Malay factions to protests will win them additional public favor.

But the MIC has distanced itself from last month’s unrest, and even opposition parties like the National Justice Party, or PKR, appear uneasy about siding with the protesters. Addressing his supporters in January, PKR chief Anwar Ibrahim advised against using the “Interlok” issue to score political points. “It would be extremely useful for the Ministry of Education to listen to reasonable comments on ‘Interlok’ and not to turn it into a divisive political issue,” he said.

Too late for that, it seems. Malaysia’s Indians have legitimate reason to feel marginalized in society and ignored by their own leaders. But the risk now is that political parties representing the three races will be steered by extremist groups that exacerbate conflict for their own gain. The past month’s events suggest that years of redistributive policies designed to paper over ethnic divisions have only perpetuated the strife instead.

Tiada ulasan:

Nuffnang