Sabtu, 23 Julai 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SERLAHKAN IZZAH PARTI - DR. KHAIRUDDIN

Posted: 23 Jul 2011 12:20 AM PDT


TELUK INTAN, 20 Julai - Pimpinan serta ahli PAS diseru menonjolkan kehebatan dari sudut organisasi, gerak kerja sehinggalah kepada cara berpakaian dan peribadi. Demikian telah dinyatakan Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malek semasa menyampaikan pengisian di dalam majlis Liqa Fikri PAS Teluk Intan bagi bulan Julai ini. Program telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.


"Kita jangan dipandang lekeh oleh musuh kita. Tunjukkan izzah kita kerana di dalam sirah, Rasulullah sendiri sentiasa mengambil berat akan penonjolan kehebatan dan kekuatan terutama semasa berhadapan dengan musuh di medan peperangan," tambah beliau.

"Kita juga perlu ambil kira aspek remeh seperti kebersihan markaz, bilik air dan sebagainya. Seterusnya, tunjukkan juga setiap tindakan kita mempunyai matlamat dan berwawasan dan gerak kerja yang terurus."

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak itu juga menyarankan agar ahli PAS tidak bersikap eksklusif hanya berada di kelompoh sendiri. Sebaliknya, mereka perlulah melebarkan jaringan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Di samping itu, beliau juga berharap amalan sihat dalam jemaah seperti wala', mesyuwarah, suka berkorban menjadi contoh dan diikuti oleh masyarakat.

"Kekalkan ketulenan ciri-ciri sihat dalam jemaah tadi selama-lamanya walaupun kita berada dalam suasana kemenangan selesa nanti."

Beliau juga menerangkan konsep psikologi pengurusan dan bagaimana ia bermanfaat diamalkan di dalam jemaah semasa mengurus ahli-ahli seperti memahami perasaan dan kehendak ahli, berjiwa besar, fleksibel dan sebagainya.

Akhir sekali, beliau berharap agar setiap pimpinan dan ahli mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih yang boleh menjadi motivasi kepada para penggerak parti untuk terus bekerja di samping dapat mengukuhkan ukhuwwah.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang