Selasa, 9 April 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Pengundi India Tolak Calon HRP Di P111 Kota Raja

Posted: 08 Apr 2013 07:01 PM PDT


Kebanyakan penyokong Hindraf di kawasan tersebut kecewa kerana kehadiran Uthayakumar hanya untuk memecah undi



SHAH ALAM: Hasrat pemimpin Parti Hak Asasi (HRP) P Uthayakumar untuk memiliki kerusi Parlimen Kota Raja tidak mungkin tercapai kerana majoriti pengundi India di situ menolak kepimpinannya.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor S Letchumanan berkata, kebanyakan penyokong Hindraf di kawasan tersebut kecewa kerana kehadiran Uthayakumar hanya untuk memecah undi Pakatan Rakyat.
"Banyak penyokong naik marah dan koyak banner dia," katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
Menurut Letchumanan, Uthayakumar pernah meminta bantuan kepadanya menjadi orang tengah untuk meminta PAS memberikan kerusi Parlimen Kota Raja dan PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas.
Katanya, Uthayakumar bertegas tidak mahu ke tempat lain kerana yakin beliau mampu menang hanya berdasarkan pengundi India.
"Kota Raja mempunyai bilangan pengundi India paling ramai di Malaysia sebab tu dia yakin boleh pecahkan undi," katanya.
Tidak selari
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Rakyat sukar menyokong Uthayakumar sebagai calon kerana tidak selari dengan perjuangan mereka.
"Kita bukan memperjuangkan hanya satu kaum jadi perjuangan mereka sukar nak diselarikan dengan Pakatan Rakyat," katanya.
Uthayakumar dilaporkan akan bertanding di dua kawasan tersebut menggunakan slogan "Undi MP Hindraf Pertama ke Parlimen" dan "Peluang Terakhir Hantar Calon Hindraf Pertama ke Parlimen".
Tindakan beliau itu bagaimanapun mendapat pelbagai respon kerana melihat ia akan memecahkan undi sekaligus membuka laluan mudah untuk calon pihak ketiga, Barisan Nasional (BN) meraih undi majoriti.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata calon Parlimen dan DUN Selangor akan diumumkan esok sejurus selepas selesai Mesyuarat Tertinggi PAS Pusat.
Katanya, PAS Selangor akan kekal dengan status quo dengan meletakkan 20 calon DUN dan 7 calon Parlimen bertanding Pilihanraya Umum (PRU) 13 nanti.

fmt

Manifesto BN Tidak Mampu Tangani Masalah Ekonomi Rakyat - DSAI

Posted: 08 Apr 2013 06:50 PM PDT




KUALA LUMPUR 8 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Manifesto BN tidak akan mampu membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi.
Paling ketara menurutnya, Manifesto BN langsung tidak mempunyai roh reformasi untuk mengubah kepincangan negara.
"Secara umum, saya tidak yakin Manifesto BN secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit.
ciplak"Paling ketara Manifesto BN tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan rakyat.
"Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi BN," katanya pada kenyataan.
Menyifatkan Manifesto BN ketandusan idea dan diulang semula tanpa perincian, Anwar berkata ini ketara berbeza dengan manifesto Pakatan Rakyat yang lebih kondusif.
"Tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan daya saing jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang," tegasnya.
"Pada masa sama, Manifesto BN ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa Manifesto Pakatan.
"Lebih 90 peratus dari program yang disenaraikan sudah pun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus," kata Anwar.
Penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, lebih malang apabila Manifesto BN tanpa segan silu menciplak Manifesto Pakatan yang mulanya ditentang sebelum terpaksa mencedok idea tersebut.
Turunkan harga kereta"Ketandusan idea baharu akhirnya Datuk Seri Najib Razak terpaksa menciplak beberapa dasar utama Pakatan untuk disuntik ke dalam Manifesto BN terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional.
"Selain itu pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak," katanya.
Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti disaran Pakatan, Anwar yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30 peratus seperti dijanjikan Manifesto BN.
Tambahnya, Manifesto BN masih diselubungi mentaliti lapuk dan kepercayaan usang bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli.
"Tunjang kempen BN jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunannya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang.
"Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun. Saya yakin ia akan terus meningkat saban tahun, sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan BN meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang," kata Anwar. – NS

keadilandaily

BN Copy Paste Manifesto PR , Terbukti Manifesto Harapan Rakyat Ini Boleh Dilaksana

Posted: 08 Apr 2013 06:47 PM PDT




PETALING JAYA 8 APRIL: BN menciplak 22 idea yang sama dari Pakatan Rakyat mengesahkan Manifesto Harapan Rakyat realistik, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
"Mereka selama ini kata tawaran kita akan bankrapkan negara. Bila dia buat perkara yang sama itu membuktikan kira-kira kita betul," kata Rafizi kepadaKeadilan Daily mengulas dakwaan BN mengatakan Manifesto Pakatan tidak realistik.
ciplakManifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu menawarkan penurunan harga kereta sehingga 20 hingga 30 peratus sama seperti dibentangkan Pakatan dalam manifesto yang diumum enam minggu lebih awal.
BN turut menciplak idea untuk memberi permit individu kepada pemandu teksi, peruntukan khas kepada semua jenis sekolah dan banyak lagi.
"Sebelum ini BN kata Manifesto Pakatan tidak realistik kerana kononnya tidak ada asas kewangan dan kira-kira kita akan bankrapkan negara.
"Kemudian, bila kira-kira kita betul, ia mengesahkan program yang kita tawarkan realistik, malah semua program lain yang menggunakan kaedah kira-kira yang sama pun realistik," kata Rafizi.
"Ini juga menguatkan hujah Tun Musa Hitam bahawa melaksanakan tawaran Pakatan tidak akan memufliskan negara," sambungnya.
Berikut senarai penuh 22 janji BN yang diciplak dari idea Pakatan Rakyat:
1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam
Senarai ini mengikut kenyataan Rafizi hari ini. – NS

keadilandaily

Polis Wajib Jamin Peralihan Kuasa Yang Aman

Posted: 08 Apr 2013 06:43 PM PDT





KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.
"Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.
pilihan raya"Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa (yang buruk, ketika) peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak, selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.
"Kena 'cool head' untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
"Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri.
"Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya," katanya.
Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya.
"Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk.
"Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi.
"Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang," kata Musa. – SDQ

keadilandaily

Tiada ulasan:

Nuffnang