N45 Dr Halimah Ali |
WANG SIAPA YANG BN GUNA UNTUK IKLAN? Posted: 09 Apr 2013 10:21 PM PDT BN berbelanja besar untuk kuasai ruang iklan KUALA LUMPUR, 10 April — Barisan Nasional (BN) dan Pejabat Perdana Menteri sekurang-kurangnya telah berbelanja sebanyak RM73 juta pada bulan lepas dalam membeli ruang iklan, salah satu usaha menguasai pengiklanan serta mengekalkan Putrajaya dan berkemungkinan peruntukkan paling besar dibelanjakan dalam pilihan raya kali ini. Pejabat Perdana Menteri berbelanja RM67.8 juta dalam pengiklanan bulan lepas menurut data yang dikeluarkan penganalisis pengguna Nielsen Media Research, sekaligus memperoleh kedudukan tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia. Menurut satu laporan lagi oleh Maybank Investment Bank (IB) Bhd bulan lepas mendapati Pejabat Perdana Menteri adalah pengiklan paling tinggi berbelanja pada Februari tahun ini sebanyak RM36.1 juta meliputi tujuh peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanan kasar (adex). BN berada dikedudukan ke-45 dalam senarai Nielsen dengan belanja sebanyak RM4.9 juta pada Mac. Disamping itu, BN juga berada dalam kedudukan 20 teratas dalam senarai yang dikeluarkan Maybank IB dengan anggaran jumlah perbelanjaan yang sama. Data yang dikeluarkan oleh Nielsen walaubagaimanapun berdasarkan jumlah tertinggi tanpa kadar diskaun, serta tidak termasuk dengan perbelanjaan dalam papan tanda pengiklanan dan pengiklanan digital, perbelanjaan BN ini boleh dilihat dimana-mana sahaja oleh semua rakyat Malaysia sejak kebelakangan bulan ini. BN telah berusaha keras dalam berkempen di ruang maya sejak awal-awal pilihan raya kali ini, dengan slogan BetterNation. Akaun lama mikro Twitter @barisanasional telah beroperasi sejak Mei tahun lepas dan antara salah satu "akaun paling banyak dicadangkan". "Akaun paling banyak dicadangkan" akan kerap diiklankan oleh Twitter,kekerapannua bergantung kepada jumlah yang dibayar dan ia dilaporkan bernilai sekurang-kurangnya US$15,000 (RM45,900) untuk tempoh tiga bulan berkempen. Sebuah "Promoted Trend" - sebagai contoh untuk mempromosikan tema #BetterNation dilaporkan bernilai US$200,000 untuk sehari. Lain-lain kempen diruang maya dibawah slogan BetterNation termasuklah ruang Facebook Page "Friends of BN - Barisan Nasional" dan laman betternation.my dimana penyokong boleh membuat permintaan untuk mendapatkan beg cenderahati percuma yang mengandungi t-shirt, lencana dan pelekat. The Malaysian Insider melaporkan bulan lalu agensi-agensi kerajaan, jabatan dan parti BN membeli ruang iklan dalam talian secara pukal disamping penghasilan klip video pro-kerajaan untuk menandingi bahan dan iklan yang dikeluarkan oleh pembangkang menjelang pilihan raya. Sumber-sumber industri pengiklanan mendedahkan mereka mengendalikan lebih banyak permintaan untuk ruang dalam laman web dan portal yang popular di Malaysia dengan beberapa agensi meminta hak eksklusif sehingga akhir bulan Apri sehingga hari membuang undi nanti. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), sebuah unit dibawah JPM merupakan antara jabatan yang meminta ruang pengiklanan. Iklan juga diletakkan untuk mempromosi "Kit Tindakan" Najib yang mensasarkan pengundi kali pertama, mengandungi buku, pen, pin kolar dan pelekat. Laporan Maybank IB menyatakan sebahagian besar perbelanjaan diperoleh stesen televisyen dan radio yang berkaitan dengan Umno seperti Media Prima dan syarikat pembekal TV berbayar, Astro. "Ini adalah perbelanjaan iklan yang biasa dilakukan sebelum pilihan raya umum, dimana kerajaan menghabiskan lebih banyak belanja dalam saluran tv percuma dan radio daripada mesin cetak, untuk 'berhubung' lebih baik dengan pengundi," kata laporan itu. Sementara itu, papan tanda yang membawa mesej pro-BN kerajaan dipasang ke seluruh negara, terutamanya sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan yang boleh didapati setiap beberapa ratus meter. Papan tanda iklan tersebut meminta rakyat Malaysia untuk mengundi untuk "Barisan 1 Malaysia", sementara menonjolkan pelbagai inisiatif bertemakan 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak memegang tampun kuasa pada tahun 2009. Sepanduk yang mengandungi mesej yang sama juga boleh didapati di ibu pusat pentadbiran di Putrajaya pentadbiran, bersama-sama dengan replika logo 1Malaysia di tepi jalan. Beberapa penganalisis politik menyatakan kekalahan pilihan raya paling teruk BN pada 2008 adalah disebabkan oleh keengganan untuk mendekati pengguna ruang maya dan mereka kini tidak dapat lagi untuk mengabaikan perkembangan media sosial kali ini. Pengkritik, bagaimanapun menegaskan walaupun perbelanjaan iklan dalam talian bertujuan mendapat pendedahan diruang maya, parti BN juga menghalang pihak media online daripada membuat liputan acara yang dianjurkan mereka. Pada minggu lepas, mesyuarat majlis tertinggi Umno dan BN yang diadakan juga menyekat media online daripada membuat liputan termasuklah The Malaysian Insider. Malaysia telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya sejak tahun lepas lagi, Najib akan mengetuai gabungan BN buat kali pertama untuk berhadapan cabaran besar dan sengit daripada pembangkang yang lebih teratur dan tersusun kali ini. Pendekatan Perdana Menteri menjadikan dirinya lebih popular dari parti dan kerajaan, dengan kaji selidik Merdeka Center terkini menunjukkan penilaian penerimaan adalah 61 peratus pada bulan lalu, penurunan daripada 63 peratus pada Disember lalu. Kedua-dua kerajaan dan parti beliau memperoleh markah 40 peratus lebih daripada kajian penilaian penerimaan yang sama, mencerminkan betapa pentingnya usaha BN untuk mendapatkan semula majoriti tradisional dua pertiga yang mereka hilang pada pilihan raya umum 2008 lalu.-MALAYSIAN INSIDER |
Negara Berkebajikan: Persepsi & Realiti Posted: 09 Apr 2013 09:18 AM PDT |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan