N50 Dun Sri Muda |
Posted: 20 Jul 2011 08:54 AM PDT FRU guna gas pemedih mata Israel, Latheefa pertahan kenyataan
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas. Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin. Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan. Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat. "Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya. Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin. "Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa.
"CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa. Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc. Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau. Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0. Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17182 |
Posted: 19 Jul 2011 11:55 PM PDT Tembak gas secara terus, FRU tak ikut undang-undang, prosedur- SivarasaKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak mengikut undang-undang dan Standard Prosedur Operasi (SOP), apabila melepaskan peluru gas pemedih mata tepat kepada orang ramai pada 9 Julai lalu. Beliau mengulas kenyataan bekas komander FRU, Supt (B) Sulaiman Menga Din yang mendakwa FRU dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan demonstran mengikut peraturan yang ditetapkan. "Kenyataan beliau (Sulaiman) itu tidak berasas, memutar belit fakta. Beliau ![]() Fayyadh mengalami kecederaan teruk akibat tembakan kanister gas oleh pasukan FRU di KL Sentral pada himpunan aman Bersih 9 Julai lalu sendiri patut tengok (rakaman) FRU yang menembak terus kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa di KL Sentral. "Menembak gas pemedih mata terus kepada orang boleh membahayakan nyawa. Jika diteliti dalam beberapa video semasa kejadian, lebih kurang 12 das tembakan (dilepaskan). Itu sudah melanggar undang-undang dan prosedur," kata Sivarasa kepada Keadilandaily.com. Sivarasa berkata, dakwaan bekas komander itu jelas bertentangan dengan video yang dirakam semasa kejadian yang menunjukkan polis menendang dan bertindak kasar terhadap peserta Bersih 2.0. Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu pembohongan, Sivarasa mempersoal kecederaan teruk yang dialami Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry akibat terkena tembakan kelonsong pemedih mata FRU. Kecederaan yang dialami Fayyadh ketika serangan gas di terowong KL Sentral, mengakibatkan cedera parah di bahagian tulang pipi, cukup menggambarkan tindakan ganas FRU. "Fayyad juga memberitahu bahawa FRU tembak terus kepada orang ramai dan bukan ke atas. Kalau lihat kepada kelongsong gas pemedih mata, telah diberi amaran bahawa tidak boleh tembak terus dan dilakukan di kawasan tertutup," ujarnya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP). Dalam pada itu, beliau menyifatkan insiden 9 Julai, yang menyaksikan rakyat berhadapan dengan keganasan FRU dan polis, membuktikan pihak berkuasa telah melanggar undang-undang yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah serius. "Mereka (polis), boleh cakap mahu menangkap peserta, tetapi tindakan ganas sudah melanggar undang-undang dan diklasifikasikan sebagai jenayah serius," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17177 |
Posted: 18 Jul 2011 11:12 PM PDT Fenomena BERSIH
![]() Nak cakap pasal BERSIH-satu Fenomena. Saya bukan pakar analisis politik. Sejak mula ura-ura nak buat perhimpunan BERSIH pun saya tak ambil pot. Bagi saya perhimpunan Haji saja yg pernah saya hadir. Perhimpunan lain tak minat, cuma minat baca cerita dan kisah-kisah yg ditulis orang mengenainya. Saya paling tak suka kalau kaum wanita ambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan (Kecuali Haji dan Perang fisabilillah jika terpaksa), termasuk dalam perarakan hari KEMERDEKAAN. |
Posted: 18 Jul 2011 11:06 PM PDT Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka
![]() Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis. Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.
Baca: Orang baik ancam ketenteraman awam? Choo Chon Kai yang aku kenal... |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan