Khamis, 14 Jun 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


KHALED NORDIN CABAR PENGUNDI MUDA DAN KELUARGA MAHASISWA!

Posted: 13 Jun 2012 05:53 PM PDT

KEADILAN Selangor akan mengambil langkah susulan akan kenyataan sombong dan bongkak Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin daripada UMNO dan BN mengenai pendiriannya yang tidak mahu berganjak daripada kesilapan tindakannya menghentikan pinjaman PTPTN sebagai satu langkah yang silap dan merbahaya.


Umum mengetahui tingkah laku pimpinan UMNO yang lebih gembira menghukum daripada cuba mengambil hati dan perasaan rakyat dalam memenangi undi. Banyak sejarah tercatat akan ketempangan UMNO ini lewat waktu ini.


Walaupun ada panduan khusus dimana, Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang membawa maksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang (lebih) baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orangyang mendapat petunjuk." (An-Nahl: 125)

Nampaknya ia tidak pernah dirujuk UMNO dan kuncunya dalam membuat sebarang tindakan.


Manakala Pemuisi British DH Lawrence pernah menulis, "kekerasan pernah melenyekkan banyak tumbuhan, namun ia bingkas tumbuh kembali" dan; Sarjana sastera Scotland Thomas Carlisle pula pernah menyatakan, "Bukannya kekerasan, namun pujukan dan kepercayaan adalah raja dunia".


Walau digarap, walau diolah bagaimana cara sekalipun, premisnya sama. Asas prinsip demokrasi adalah sama, iaitu 'pemerintahan oleh rakyat'. Ini amat sukar difahami pimpinan UMNO.


Jika Khaled Nordin tidak mempercayainya, tidak menghayati prinsip asas ini, maka beliau sepatutnya mencadang agar sistem pemerintahan diubah kepada autokrasi, dan bukannya berselindung disebalik demokrasi namun mengamalkan autokrasi pelik berpaksikan perkauman ekstremis Melayu.


Sekiranya Menteri ini berfikiran panjang dan bernas, dan beliau mempunyai IQ yang tinggi sepertimana wajar untuk jawatan yang beliau sandangi ini, dengan mudah beliau boleh memahami bahawa adalah lebih mudah dan efektif untuk beliau bersifat 'accommodative' bukannya 'confrontational'.


Mahasiswa bukanlah barang mainan. Mereka miliki akal yang bijak setaraf dengan statusnya sebagai pelajar yang terpilih ke menara gading. Namun lebih penting daripada itu, mereka juga punyai hati dan perasaan. Sedangkan penagih dadah dibelakang kaki lima pun akan menerajang sesiapa yang menyakiti mereka, inikan pula sang bijak pandai, maka tindak balas mereka jauh lebih halus, cerdik dan berwawasan. Jika hasil mahsul tindak balas mereka tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek, hasil perjuangan mereka akan dilihat pada jangka masa panjang.


UMNO terutamanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri perlu 'mengajar' Khaled Nordin bahawa bagi setiap mahasiswa itu ada mak, ayah, penjaga, keluarga dan sanak saudara yang pasti berkongsi kesedihan. Mereka ini boleh mengundi, dan apabila dicernakan dengan akal yang waras, apakah mereka akan mengundi UMNO yang menzalimi ahli keluarga mereka? Apakah Khaled dan UMNO sebegitu dangkal sehingga sanggup memperjudikan undi mereka?


UMNO, terutamanya di Selangor patut berasa risau akan 'pendek akal' Menterinya yang 'sama panjang akal' dengan Timbalan Perdana Menteri yang ditelah, 'sengaja lagi suka' jika PM di serang oleh pelajar dan keluarganya! Ada sesuatu yang boleh dimanipulasikan disana oleh TPM. Apatah lagi PM Najib Razak adalah Pengerusi UMNO Selangor.


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim, akan terus mencari jalan dan kaedah untuk memperjuangkan pendidikan percuma di Selangor walaupun ia bukan tanggungjawap penuh kerajaan negeri. KEADILAN Selangor yakin, apabila jawapannya dijumpai, ketika itulah UMNO akan jatuh mati dengan kaki naik ke atas!


Khaled Nordin patut 'berasa malu' dengan timbalanya yang jauh lebih matang dan terbuka. Penarikan balik sekatan itu sudah terlambat. Ia mengingatkan kepada pepatah Inggeris, Once bitten, twice shy!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang