. |
- MAPIM SERU UMAT ISLAM SERTAI PENYERAHAN MEMO BANTAHAN DAN SOLAT HAJAT UNTUK UMAT ISLAM ROHINGYA
- Pas Selangor sokong gesaan tangguh haji
- Tangguh haji: Merumitkan sesuatu yang mudah
- [GEMPAR] Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012
- Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!
MAPIM SERU UMAT ISLAM SERTAI PENYERAHAN MEMO BANTAHAN DAN SOLAT HAJAT UNTUK UMAT ISLAM ROHINGYA Posted: 13 Jun 2012 11:00 PM PDT
| ||
Pas Selangor sokong gesaan tangguh haji Posted: 13 Jun 2012 09:06 PM PDT 14 Jun 2012 Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, beliau menyokong kenyataan tersebut kerana rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara walaupun pilihan raya diadakan pada musim haji. "Kita merujuk hukum Fiqah Awliyat ditakrifkan oleh Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu apabila terdapat dua perkara penting, kita perlu memilih perkara yang lebih berkepentingan. "Menunaikan haji sememangnya penting kepada umat Islam tetapi hak untuk menentukan kepimpinan negara adalah lebih penting," katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada musim haji bagi memastikan pilihan raya berlangsung telus dan adil. "Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan tentukan masa depan mereka sendiri dan bukan cuba menghalang dengan pelbagai helah," katanya. Menurutnya lagi, Pas tidak akan melakukan sebarang provokasi dan mengangkat senjata seperti yang didakwa Barisan Nasional (BN). "Pas tiada masalah jika kalah kelak kerana kami biasa kalah sebelum ini dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, rakyat sudah cukup matang untuk bertindak," katanya. Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya mendakwa Umno-Barisan Nasional menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini. Kenyataan ini juga disokong oleh Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan PRU13 ketika musim haji akan mengganggu urusan ibadah umat Islam di negara ini. Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-selangor-sokong-gesaan-tangguh-haji-1.56503 | ||
Tangguh haji: Merumitkan sesuatu yang mudah Posted: 13 Jun 2012 09:03 PM PDT
Isu tangguh haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro Umno. Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru "ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya" – dalam kata yang lebih spesifik – "calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya" telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia. Namun begitu, ia tidak hairan – selepas kelakaran kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat. Bajet 2013 yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada 28 September. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober. Sudah ada bayangan pilihan raya umum 1986 di musim haji bakal berulang. Isu tangguh haji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji? Masalahnya tiada yang tahu. Apakah mungkin PRU-13 diadakan di musim haji? Masalahnya ialah mungkin. Apakah yang perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji? Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13 diadakan di musim haji. Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon, wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihan raya akan terus juga dengan niat menunai haji. Tiada yang bertanya. Walhal, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihan raya di musim haji? Jawapannya jelas tidak. Apakah jaminan ia tidak berlaku? Tiada. Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan "SEKIRANYA" Umno demi menang mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU-13 yakni "calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya" disarankan tangguh haji. Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula. Isu ini adalah mudah. Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu. Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihan raya. Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal. Tiada yang risau ingin menunai haji. Tiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihan raya. Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihan raya diketahui. Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno. Mereka perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian. Betulla juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri. So, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji? Senyum. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 14 Jun 2012 Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ust-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/10959-tangguh-haji-merumitkan-sesuatu-yang-mudah | ||
[GEMPAR] Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012 Posted: 13 Jun 2012 08:27 PM PDT Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Share dan kongsikan gambar fenomena luar biasa ini! Photo by :Eone Zurfazlie,Nezz Pitwork Irwandy, Hazuan Zuan, Shaenam Sawal, Suzan Jammy,Mimie ColouRfull, Mimie ColouRfull. Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku. -ghaflah Ulasan GB Setiap sesuatu yang Allah jadikan itu tidak sia-sia. Sepertimana tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu melanda utara Semenanjung yang membawa perubahan lanskap politik negara pada pilihanraya 2008. Apakah fenomena awan arcus itu petunjuk baru kepada perubahan politik akan melanda negeri Sabah pada PRU13 ini nanti? Sama-sama kita nantikan. Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/06/gempar-fenomena-awan-luar-biasa-di.html | ||
Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!! Posted: 13 Jun 2012 03:30 PM PDT Jikalau diikutkan sekarang sumber utama pendapatan negara Malaysia datangnya daripada pelbagai cukai dan tarif bersama-sama hasil yang diperolehi daripada pengeluaran lesen perniagaan, lesen arak, lesen premis dan lain-lain lagi. Cukai-cukai yang datang ini datang dalam pelbagai bentuk samada :
BEBERAPA industri lain yang dikawal selia seperti industri rokok & alkohol boleh dikenakan cukai berbeza pada kadar yang berbeza :
Dan sebagai kerajaan, yang menguruskan hasil sesebuah negara dan pembelanja BESAR dalam ekonomi, hanya mempunyai sumber yang terhad bagi kelangsungan dan pertumubuhan negara tersebut :
Itu sebablah apabila kerapkali sesebuah kerajaan yang tidak dapat menguruskan kekayaan dengan baik sehingga tidak dapat menjana HASIL (PENDAPATKAN) dan mengakibatkan negara tidak mempunyai lebihan wang untuk berbelanja pada masa-masa akan datang menyebabkan sesebuah kerajaan terpaksa mengheret sekali negara dalam perbelanjaan defisit. Contohnya terdekat, negara kita Malaysia. Merujuk kepada pembentangan belanjawan 2012, negara Malaysia mengamal kan bajet defisit bukan sekali dua, tetapi sudah 14 kali berturut negara diuruskan dengan BELANJAWAN DEFISIT seperti : Itu sebablah sesebuah kerajaan mestilah bijak menguruskan khazanah dan kekayaan negara tetapi jikalau duit negara banyak dihabiskan dengan cara yang salah ia akhirnya akan merugikan dan menyusahkan rakyat pada masa akan datang
Apa yang sebenarnya kerajaan perlu lakukan sekarang ini ialah kerajaan mesti pantas menjana pertumbuhan negara pada paras yang lebih baik daripada segi Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) yang sebenarnya mampu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan majoriti rakyat untuk tempoh masa yang panjang dalam pada masa kerajaan harus serius membanteras habis-habisan rasuah yang telah menjadi "nanah" dalam negara ketika ini secara total. Keadaan ekonomi Malaysia perlu diberikan perhatian yang lebih serius ketika ini. Ketepikan pendirian politik buat sementara waktu ketika ini. Jika mana-mana anda mengikuti setiap laporan Berita Semasa, pastinya anda masih teringat implikasi dan risiko yang bakal dihadapi jika hutang negara terus meningkat merujuk 2 laporan berita yang pernah kami keluarkan sebelum ini: 1) Bagi laporan berita bertajuk "Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!"
2) Bagi laporan berita bertajuk "Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion – 53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!" Dalam kes ekonomi Malaysia sekarang ini, hutang kerajaan Malaysia telah berkembang lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan termasuklah pendapatan kerajaan Malaysia daripada cukai. Sama seperti Perbadanan Persendirian yang JUGA meminjam daripada Pasaran Modal, Bon Kerajaan juga sering diberi "PENARAFAN KREDIT" oleh Agensi Penarafan Antarabangsa Standard seperti Standard & Poors (S & P), Fitch dan juga Moody's Investors Service.
Hutang Malaysia 2012 : RM 470,759 Juta (Semakan 7 Jun 2012)Sumber Bank Negara : Statistik BNM Pada 7 JUN 2012 Semasa awal pentadbiran Datuk Najib Razak sebagai Perdana Menteri, kerajaan telah berbelanja secara berlebihan tanpa kawalan yang baik untuk cuba memulihkan ekonomi negara Malaysia ketika itu ibarat seperti menyalurkan suntikan adrenalin ke jantung) ekonomi negara dan terdapat banyak lagi cara lain pada masa itu bagi mengangkat semula angka Pertumbuhan ekonomi melalui penerbitan besar-besaran Bon Kerajaan Malaysia atau SKM (Sekuriti Kerajaan Malaysia) bermula pada tahun 2010 apabila Kerajaan mula dikeluarkan sejumlah BON Kerajaan sebanyak RM60.5 Bilion sebagai PAKEJ RANGSANGAN sejak kemerosotan ekonomi yang dialami Malaysia sekitar tahun 2009. Dan masalah dalam pasaran modal dalam negara adalah Malaysia adalah kemerosotan dari 2009. Masalah dalam pasaran modal bagi mana-mana negara di dunia, adalah melibatkan permintaan untuk kredit (dana pinjaman/dana jangka masa panjang) yang sentiasa kekurangan, bergantung kepada tahap 'kapitalisme' dan pembangunan di negara tersebut. Tidak seperti di Amerika Syarikat, Kerajaan Malaysia begitu banyak MELIBATKAN dirinya dalam "PERNIAGAAN" memiliki dan memonopoli banyak Perusahaan Milik Negara (SOE) atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti:-
Oleh itu, apabila kerajaan terlibat dalam Pembiayaan Defisit yang agak membebankan atau berlebihan melalui penerbitan besar-besaran bon yang mana mereka TIDAK dipadankan dengan jumlah SAMA Pertumbuhan bagi Hasil daripada segi kedua-dua cukai Korporat dan Cukai Pendapatan Peribadi, menyebabkan ia dipanggil kesan "menjejaskan" Ekonomi negara Malaysia. Hutang Malaysia : Peningkatan Kadar Dasar Semalaman Bagi Mnedapat Dana tambahan Bagi Pasaran Modal Kita boleh antara kesannya sekarang ini dengan jelas berlaku pada tahun 2010 apabila Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalan (OPR) yang akhirnya menimbulkan Kadar Asas Pinjaman Bank sebanyak 3 kali dalam tempoh 1 tahun sahaja bermula : i) Pada 4 Mac 2010
ii) Pada 13 Mei 2010
iii) 8 Julai 2010
Tetapi…….apabila penerbitan BON Kerajaan tidak mampu dihentikan akhirnya menyebabkan perbelanjaan negara terus meningkat akhirnya…… (iv) 5 Mei 2011
Sekarang ini hutang negara dalam bahasa mudah ibarat seperti anda memilki kad kredit ada kad yang dibenarkan sama juga seperti kerajaan Malaysia, siling hutanf atau kredit yang dibenarkan untuk berbelanja adalah pada kadar 55& bagi KDNK negara. Kalau sebelum ini KDNK negara adalah sekitar 53.5% pada suku pertama tahun 2012, tetapi sekarang KDNK Malaysia terus melonjak ke pada paras 54.8%. Apa yang akan berlaku selepas ini? Berdasarkan kenyataan IMF dan Bank Dunia, apabila hutang negara mula mencecah pada paras siling 55% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), negara tersebut akan mula menghadapi masalah kewangan yang serius dan apabila sesebuah negara menghampiri kepada paras siling untuk 75% akan menghadapi masalah kewangan yang boleh dikatakan tidak tertanggung lagi. Situasi Hutang Malaysia 2012 Vs Hutang Kerajaan Jepun Vs Amerika Syarikat? Ya….kami pasti akan ada yang akan membandingkan antara hutang negara Amerika Syarikat dan Jepun yang lebih tinggi daripada Malaysia tetapi bezanya di sini :
P/S : Manusia dicipta oleh Tuhan untuk "datang" menghambakan diri kepadaNya dan akhirnya akan kembali semula kepadaNya. Tetapi bagaimana dengan nasib generasi akan datang jika masalah hutang negara yang ada sekarang ini tidak diuruskan dengan baik? Hentikan sementara sentimen politik kotor yang melampau dan kucar-kacir yang ada sekarang ini. Diharapkan kedua-dua parti politik terbesar di Malaysia duduk berbincang untuk mencari titik pertemuan terbaik bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara ketika ini….. P/S : Apa respon anda melihatkan keadaan hutang Malaysia 2012 ketika ini? SUMBER DARI:http://beritasemasa.com/hutang-malaysia-2012 Source: http://bagan-utama.blogspot.com/2012/06/hutang-malaysia-2012-terkini-mencecah.html |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan