Rabu, 7 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kem Remaja Muslim 1 ke 3 Dis 2012 Jelebu, N.Sembilan

Posted: 06 Nov 2012 11:36 PM PST



KEM REMAJA MUSLIM 2012
Tempat : Kem D'Agroloka, Jelebu, N.Sembilan
Tarikh : 1 ke 3 Dis 2012
Terbuka kepada remaja 13 ke 17 tahun
Yuran cuma RM150

Kamera AES tak bijak mana, saman salah kereta

Posted: 06 Nov 2012 05:52 PM PST



Seorang pemandu telah menerima saman dengan gambar yang menunjukkan dia memandu Toyota Camry putih dengan nombor plet PKR 1811 pada kelajuan 145 km/j di lebuhraya Plus. Yang amat melucukan ialah dia tidak memiliki kenderaan tersebut dan tidak berada di tempat kejadian pada waktu tersebut. Kenderaan dia ialah Toyota Harrier berwarna hitam dengan plet nombor PKR 181.

Lebih melucukan apabila dia mengadu hal tersebut ke JPJ, tiada seorang pun pegawai JPJ yang tahu bagaimana hendak memperbetulkan kesilapan tersebut.

Tak lah bijak mana AES ini, tak boleh beza antara kenderaan warna hitam dengan putih. Tidak boleh beza antara Harrier dan Camry. Dan tak tahu membaca pula tu, beza antara PKR 1811 dengan PKR 181.

***********
AES gaffe – speedster caught, only it's the wrong car!
6 November 2012

The camera never lies, so it goes, and it didn't, in this case. Only thing is, they got the wrong car. Eh, what?

According to news reports, an AES (Automated Enforcement System) camera recently caught a speedster doing the dirty in Perak, and duly slapped him with a ticket for speeding.

Alan Leong, a manager with an electronics company, received the summons on October 18, which stated that his vehicle was captured going at 145 km/h at Km 204.6 of the North-South Expressway at 12.34 pm on October 10.

The ticket indicated that Leong, who drives a black Toyota Harrier with plate number PKR 181, has to pay the compound fine of RM300 by December 11, failing which he'd have to appear at the magistrate's court in Taiping on January 7 next year.

All good and fine (no pun intended), except that the vehicle caught speeding as in the ticket was a white Toyota Camry, with the number plate PKR 1811.

Leong took the matter to the local JPJ office in Penang, bringing along his vehicle and pointing out the glaring error in the AES summons to JPJ officers. Apparently, none of the officers knew how to deal with the matter – they gave him the address of the RTD director-general in Putrajaya and told him to write in to explain his case, the reports go.

A rather riled Leong told a press conference in Bukit Mertajam on Sunday that apart from writing to the RTD chief, he has also lodged a police report. At the event, Padang Lalang assemblyman Tan Cheong Heng said that it the clear case of human error was committed by the AES control centre in Perak.

Tan said the centre, which obtained Leong's particulars from the RTD's database, should have checked and compared the colour and make of the vehicle before sending out the summons notice. After all, doing so would have ensured that it was all black and white with this 'one' (again, no pun intended!).

- Paultan.org

Had laju 90 km, saman 80 km, bukti kelemahan AES

Posted: 06 Nov 2012 05:55 AM PST


KUALA LUMPUR 6 November 2012 : Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang