Anwar Ibrahim |
- Putar Belit Kenyataan Izzah, Media Umno Tak Siuman – Pengerusi Shura
- Gejala Murtad; Siapa Berkuasa Lebih 50 Tahun Negara? — Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
- Dr Asri: Kenyataan Izzah Disalah Tafsir
- Serang Nurul Golongan Desperado, Kata Mujahid
- Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu
Putar Belit Kenyataan Izzah, Media Umno Tak Siuman – Pengerusi Shura Posted: 07 Nov 2012 01:14 AM PST Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya. Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir. "Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka. "Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama," katanya ketika dihubungi. Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama. "Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama. "Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula," jelas beliau. Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat. "Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat," ujarnya. |
Gejala Murtad; Siapa Berkuasa Lebih 50 Tahun Negara? — Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Posted: 06 Nov 2012 11:30 PM PST Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menempelak Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang mencabar agar menyatakan pendirian berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR yang dikatakan membenarkan kejadian murtad oleh umat Islam di Malaysia. Persoalan mudah kami, siapakah yang telah berkuasa memerintah negara Malaysia lebih 50 tahun? Bukankah sebelum ini pada tahun 2006 kenyataan daripada Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengatakan menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa terdapat jumlah mereka yang murtad tersebut mencapai sehingga 100,000 orang? Di mana Pemuda Umno ketika itu? Siapakah yang sebenarnya membenarkan kes murtad berleluasa di negara ini dan di Perak khasnya? Siapakah yang cuba mengamalkan kembali ‘ancak’ di Manong, Kuala Kangsar dulu yang jelas boleh mengelirukan umat Islam? Siapakah yang menganjurkan program-program hiburan ala barat sehingga membawa anak-anak muda lalai kepada Agama? Bukankah juga Parti-Parti dalam Komponen BN terutamanya MCA melalui Presidennya yang secara jelas menyerang Islam tanpa ada amaran keras daripada Pemuda Umno? Bagi kami Pemuda Umno tidak ikhlas membela Islam dan memertabatkan Islam di mata orang bukan Islam sedangkan mereka berkuasa melakukannya. Dan sebenarnya Pemuda Umno dan BN sudah ketandusan idea untuk terus menjadi tonggak Umno dan BN. Ini juga jelas bahawa Pemuda BN ingin meletakkan kegagalan mereka menjaga Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Agama rasmi kepada pihak terutamanya melalui kenyataan Nurul Izzah yang telah diputar belit oleh media tertentu. Saya bersedia mencabar Pemuda Umno terutamanya Ketua Pemudanya untuk berdebat di atas kepentingan Islam jika mereka benar-benar ikhlas dan berani untuk bersemuka. Tidak perlu melalui sidang media dan kenyataan media semata-mata dan akhirnya semua tindakan akan merugikan Islam kembali. Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. |
Dr Asri: Kenyataan Izzah Disalah Tafsir Posted: 06 Nov 2012 11:23 PM PST Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum. Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama. Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi. “Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam. “Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan,” katanya kepada |
Serang Nurul Golongan Desperado, Kata Mujahid Posted: 06 Nov 2012 08:32 PM PST Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado. Bagi beliau, “Tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan. Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. “Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara,” katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah. Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini. Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah. Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu. |
Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu Posted: 06 Nov 2012 08:27 PM PST 9 November 2012 (Jumaat) 1) 1.00 tghari – Solat Jumaat – Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Kemaman 2) 2.00 ptg – Ceramah & Jamuan Rakyat – Kg Gelugor, Kerteh, Kemaman 3) 4.30 ptg – Ceramah & Santai – Syahbandar, Kuala Terengganu 4) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi : Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu Lokasi : Markas PKR, Kg Kubang Palas, Kuala Telemong, Lokasi : Tapak Pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Saifuddin Nasution iii. YB Azan Ismail iv. YB Dr Alias Abdul Razak v. YBhg Rafizi Ramli vi. YBhg Abd Rahman Yusof vii. YBhg Mahyuddin Abdul Rashid viii. YBhg Ng Chai Heng |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan