Isnin, 10 Oktober 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Rosmah campuri urusan negara lagi..!!!!

Posted: 10 Oct 2011 07:38 AM PDT

Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

"Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

"Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif," katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

"Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?" kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.

"Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah," kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.-KD



Tiada ulasan:

Nuffnang