Anwar Ibrahim |
- SPRM Digesa Siasat Sepenuhnya Dakwaan Alstom
- SPR Mesti Laksana 7 Lagi Tuntutan Bersih
- Transformasi Juara Rasuah Umno-BN
- Laporan Polis Oleh Kolumnis Terhadap Bloger Papa Gomo
SPRM Digesa Siasat Sepenuhnya Dakwaan Alstom Posted: 07 Dec 2011 12:09 AM PST Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara. Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah “melawat” pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an. Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star. “Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia,” kata satu kenyataan TI. Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa. Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan. Ia berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an. The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas. Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah “mangsa salahlaku kakitangannya”, tetapi enggan mengulas lanjut. Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara. Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif,” serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia. |
SPR Mesti Laksana 7 Lagi Tuntutan Bersih Posted: 06 Dec 2011 11:13 PM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah. Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini. Tujuh lagi tuntutan itu ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses media yang adil untuk semua parti politik bertanding, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah. Beliau juga mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi alasan bahawa agensi kerajaan itu akan menemui Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meminta pandangan. "Ini hanyalah alasan politik SPR yang dikitar semula sejak 2008, walhal Majlis Fatwa sudahpun memutuskan tiada masalah jika dakwat kekal diguna dalam pilihan raya," tegas Maria. Menjelang PRU-12, SPR bersetuju melaksana dakwat kekal, namun membatalkannya disaat akhir pengundian dengan alasan memudaratkan ketenteraman awam. Pada PRU itu, buat pertama kali, Umno BN hilang dua pertiga kerusi di Parlimen selain tumbang di lima negeri. |
Transformasi Juara Rasuah Umno-BN Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST Oleh Mohd Rashidi Hassan Umno-Barisan Nasional boleh cuba membohongi rakyat, kononnya meraka adalah juara transformasi yang mampu menjulang negara ke suatu tahap untuk dibanggakan. Laungan transformasi bergema sejak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, menggantikan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur oleh Umno. Transformasi bermakna anjakan perubahan. Sudah tentunya ia merupakan suatu gagasan untuk perubahan kepada keadaan yang kurang baik, kepada situasi yang lebih baik. Lalu slogan transformasi dilaung, diulang dan diuar-uarkan media pro Umno-BN setiap hari. Malah dalam Perhimpunan Agung Umno 2011, kalimah transformasi menjadi zikir setiap perwakilan mereka. Malangnya daripada Presiden Umno, Pengerusi Tetap, perwakilan sehinggalah kepada juak-juak bawahan, mereka mengulang sebut kalimat transformasi seumpama buruk kakak tua yang ditambat oleh tuannya. Di PWTC berdegar-degar kononnya Umno-BN sudah berjaya transform. Sebaliknya dikeluarkan dari fakta sahih oleh Transparency International (TI) bahawa di bawah pentadbiran Najib, indeks rasuah negara, terjerumus ke tahap yang paling rendah. Fakta ini amat memalukan Umno, kerana jelas laungan transformasi mereka hanya omongan kosong. Hakikat sebenarnya, kerajaan yang ditunjangi Umno-BN mencapai tahap prestasi terburuk terus-menerus selama 10 tahun Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh TI, ia menggariskan kegagalan Najib untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini, membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas. Kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas. Pada 2003 semasa Abdullah Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara. Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang. Laporan itu memetik Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali yang menegaskan, CPI Malaysia terus merosot kerana unsur-unsur kerajaan yang memudahkan rasuah besar masih lagi tersebar luas. Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Serangan Umno ini harus dianggap sebagai langkah terdesak mereka bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Umno mengatasi masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa, khususnya dalam isu Fidlot Kebangsaan yang hangat diperkatakan sekarang. Kita mahu tegaskan di sini bahawa, rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat akan menolak Umno-BN, kerana rakyat sedar, masa depan anak bangsa akan terhapus jika Umno-BN dibiarkan kekal berkuasa. Hidup Pakatan Rakyat, hancur umno-BN. |
Laporan Polis Oleh Kolumnis Terhadap Bloger Papa Gomo Posted: 06 Dec 2011 06:42 PM PST |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan