Nuffnang

N50 Dun Sri Muda

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:07 PG

N50 Dun Sri Muda


Jangan Keterlaluan , Agong Payung Agama & Negara - Shuhaimi Shafiei

Posted: 04 Jun 2013 12:16 AM PDT



KUALA LUMPUR, 4 Jun — Suspek yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook kini disahkan telah berjaya ditahan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam satu kenyataan ringkas awal hari ini berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM telah berjaya menahan suspek yang merupakan seorang wanita bagi siasatan lanjut.

"Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya," kata Timbalan Pengarah, Komunikasi Strategik SKMM Rahayu Abdul Aziz dalam kenyataan tersebut.

Agensi berkenaan turut berkata wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika disabitkan kesalahan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut menggesa rakan-rakan suspek tampil bagi membantu penyiasatan mereka.

"SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia."

Pemuda Umno juga melalui ketuanya, Khairy Jamaluddin semalam menggesa SKMM bertindak tegas terhadap individu yang menghina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook.
Khairy berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu diambil kerana ia melampaui batas.

"Pemuda Umno memandang serius beberapa 'posting' yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah 'posting' dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun saya selaku Ketua Pemuda Umno menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab," katanya

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh juga minggu lalu mengesahkan pihaknya telah menerima enam laporan polis berhubung tindakan menghina Ynag di-Pertuan Agong tersebut.

Beliau berkata kesemua enam laporan tersebut dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kes berkenaan jelasnya boleh disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.


malaysianinsider


Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP