N50 Dun Sri Muda |
- Dr Khir: Saya beri tanah kepada Umno dan BN.
- TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN
- Wan Azizah ajak rakyat kekal semangat kemerdekaan, Hari Malaysia
- PR Selangor kecam edar buku fitnah
Dr Khir: Saya beri tanah kepada Umno dan BN. Posted: 12 Feb 2013 09:14 PM PST DAP MP slams 'shameless' UmnoTony Pua says it is shameless for the Kota Raja Umno chief to justify an alleged land grab in Shah Alam as a matter of 'public interest'. PETALING JAYA: It is shameless for Umno leaders to equate the party's interest with public interest, said Petaling Jaya Utara MP Tony Pua. He was referring to an alleged land grab issue involving Kota Raja Umno division chief Amzah Umar, who was said to have paid only RM1,000 for four acres worth RM2.8 million located in Section 25, Shah Alam. The case, which happened during the Barisan Nasional administration of Selangor, was exposed by two state Pakatan Rakyat assemblymen, Ng Suee Lim and Shuhaimi Shafiei, yesterday. The land was initially slated for the building of a sports and recreation complex with a community centre. However, the site now housed several nearly completed apartments and shoplots. In a news report, Amzah had defended the deal, saying the housing project was meant for "public interest". "The project is beneficial to the public because Umno members can get a 12% discount at the apartments while ordinary Bumiputeras can get 7% discount," he said. Umno shows no remorse Pua said that Umno had shown no remorse over its "corrupt practices" and would "continue to plunder the nation's wealth" if elected back into power. "And Amzah has the cheek to deny the existence of anything unusual in the deal," he added. The DAP leader urged Selangor BN to reveal all such projects of "public interest" so that the profits made could be returned to the state government for the benefit of the rakyat. He also urged Selangor Umno chairman Najib Tun Razak to get his house in order and accept responsibility for the alleged land grab. "If he doesn't do so, it will show that Najib's call for transformation is nothing but an empty rhetoric to hoodwink Malaysians," he added. Pakatan Dakwa BN Seleweng Tanah Pusat Rekreasi
Dr Khir: Saya beri tanah kepada Umno dan BNUmno Tanjung Karang telah menjual tanah tersebut kerana membeli bangunan sendiri di tempat lain. PETALING JAYA: Dr Mohd Khir Toyo mengesahkan memberi tanah kepada Umno dan komponen BN semasa beliau menjadi Menteri Besar. Katanya, beliau memberi tanah itu untuk membolehkan Umno dan komponen BN itu membina bangunan parti di kawasan masing-masing. Bagaimanapun, tambah beliau, Umno Tanjung Karang telah menjual tanah tersebut kerana membeli bangunan sendiri di tempat lain. "Tetapi saya tidak memberi tanah kepada Adun Umno mahupun BN," kata beliau ketika dihubungi hari ini. Dr Khir menjawab tuduhan Adun PKR Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang mengatakan wakil rakyat BN yang menjual tanah semasa sidang DUN negeri semalam. Ketua Penerangan PKR Selangor menuduh pemimpin BN Selangor termasuklah ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar, Adun Seri Serdang Datuk Satim Diman dan Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong) terlibat dalam penjualan tanah dan mendakwa mempunyai rekod mengenai hal itu. Menjawab dakwaan itu, Ketua Penerangan Umno negeri, Syukor Idrus sebaliknya mendakwa wakil rakyat PKR itu hanya bercakap kosong. "Jangan cakap rambang, jangan cakap ikut sedap mulut. Bila kita tanya dia tak jawab. "Adun BN ada 21 orang, Kita hendak tahu yang mana satu. Kalau tak jawab, dia (Shuhaimi) bercakap kosong," kata beliau. PR Selangor dakwa tak munasabah Umno beli tanah RM1 sekaki TERKINI @ 05:56:58 PM 22-11-2012 November 22, 2012 "Kita dah siasat, kesemua tanah ini berada di tempat komersial dan strategik. Nilainya adalah melebihi RM20 juta lebih. "Ini buktikan semua tanah ini dibolot untuk kroni dan dana Umno sahaja. Mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan berganda," kata beliau. ADUN DAP itu turut membidas kenyataan oleh Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus sebagai penipuan kerana mengatakan kesemua tanah itu adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika. "Sebagai contoh ialah sebuah tanah di pekan Sekinchan, PT179 HSD 1768 seluas 874.12 persegi (9 ribu kaki persegi). Sekarang tanah ini memiliki lima unit kedai tiga tingkat yang dijual ratusan ribu. "Soalnya disini, dimananya dewan serbaguna dan tadika seperti yang dikatakan Adun Kuang?," soal Ng. Selain itu, Ng juga mendedahkan Umno telah menjual sekeping tanah di bandar Tanjung Karang (PT115, HSD 10440) kepada sebuah syarikat Bumi Utama Building and Material Sdn. Bhd. yang kemudiaannya telah membangunkan bangunan perniagaan. Dalam sidang media bersama di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Shuhaimi Shafiei turut mendakwa Umno berusaha cuba mengelirukan rakyat dan berbohong. "Abdul Shukur cuba tegakkan benang yang basah kerana beliau katakan untuk membina dewan dan tadika. "Ia tidak ada langsung, yang dipohon waktu itu adalah membina pusat belia. Tetapi apa yang berlaku ialah dikawasan itu ialah pembinaan kondominium," terang Shuhaimi lagi. Selasa lalu, The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR negeri Selangor mendedahkan berlakunya "projek sapu tanah" oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor yang melibatkan 24 keping tanah di negeri berkenaan. "Ada 24 keping tanah di seluruh Selangor yang dimohon bukan sahaja oleh Umno, tetapi juga kesemua parti komponen BN seperti MCA, MIC, termasuk Gerakan. "Daripada jumlah itu, 14 dimiliki Umno, lima milik MCA, tiga milik MIC, dan satu milik Gerakan," kata Adun Sekinchan itu ketika sidang media di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. Jelas beliau, perkara itu berlaku antara 2000 hingga 2008, yang ketika itu Selangor diketuai oleh Dr Khir Toyo selaku menteri besar, sebelum negeri berkenaan tewas pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada PR. Ekoran pendedahan tersebut, Abdul Shukur menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat. Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen BN dan bekas presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata Abdul Shukur. "Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai. "Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong PR dalam sidang Dun Selangor yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa. | |||
TAMPARAN KPD BN DARI PSY: Bintang Korea tak mahu gaul 'yee-sang' bersama Najib, BN Posted: 11 Feb 2013 09:51 PM PST PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina. Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya. Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam! Oppa cara BN: Tiada politik bagi Psy! Tetapi, sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style. Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan pm, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style. Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy. Yee-sang merupakan salad ikan mentah yang digaul semasa Tahun Baru Cina untuk menggambarkan nasib baik dan kejayaan. Mandat 5 tahun BN akan berakhir pada 28 April 2013 dan Najib dijangka mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 dalam beberapa minggu lagi. Namun demikian, adalah dijangka BN akan kehilangan kuasa yang telah mereka pegang selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan, dengan Pakatan Rakyat, yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk mempelopori pertukaran rejim buat pertama kalinya di negara ini. Untuk menyelamatkan diri dari dikeluarkan oleh partinya sendiri, Najib perlu meyakinkan mereka bahawa BN akan menang, dia perlu mendapatkan sokongan pengundi terutamanya orang Cina, yang telah jelik dan kecewa dengan rasuah dan skandal yang dilakukan oleh golongan elit BN. Tidak bersedia untuk BN & Han Chiang bukan Han Yang Walaupun telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mejayakan konsert, Najib berkemungkinan besar telah menjadikan keadaan semakin teruk bagi dirinya dan juga BN apabila berkali-kali tersasul dalam ucapannya. Respon kurang memberangsangkan dari orang ramai sudah tidak syak lagi apabila PM bertindak kurang bijak dengan bertanya kepada mereka sebanyak tiga kali - "sudah bersedia untuk BN". Perkataan 'tidak' lebih kedengaran. Namun, apabila Najib bertanya kepada mereka jika sudah bersedia untuk Psy, mereka berteriak 'Ya' dengan sepenuh perasaan. Perkara yang lebih teruk berlaku selepas itu kepada Najib. Dalam ucapannya, dia telah menyebut Kolej Han Chiang beberapa kali sebagai 'Han Yang' menjadikan penonton mengeboonya beberapa kali. Implikasi bahawa dia sebenarnya tidak ikhlas sudah nyata sama sekali, dia sudah tidak mampu memenangi hati orang ramai lagi. Walau dengan pengumuman bahawa BN akan membina 20,000 rumah mampu milik bagi rakyat di Pulau Pinang, ia hanya disambut dengan tepukan kurang memberangsangkan dari orang ramai dan jaminannya untuk "memberi yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang" telah dicemari dengan penonton menjerit " cepatlah habis" dan "kami mahu Psy". Apabila Najib menyatakan semula janji yang telah dinyatakan oleh mantan pm Mahathir Mohamad bahawa kerajaan persekutuan akan mengadakan dana untuk membina monorail untuk Pulau Pinang, beberapa tepukan kedengaran termasuk beberapa sindiran "bina dululah". Psy "bijak dan adil" Dalam menunggu persembahan Psy, ramai di antara rakyat Malaysia yang telah merayu Psy dalam laman Facebooknya untuk menolak pelawaan BN yang ternyata adalah satu 'gimik politik' untuk menggambarkan bahawa Psy mengesyorkan agar rakyat mengundi BN. "Tingkah laku Psy menunjukkan bahawa dia bersependapat dengan rakyat Malaysia. Mereka mahu menyaksikan persembahannya dan bukan melihat dia dipergunakan oleh Najib dan Gerakan untuk menunjukkan sokongan pada BN. Undi adalah suatu perkara yang serius dan bukannya sarkis perhubungan awam bagi Chang Yeow menunjukkan kemahiran menguruskan sesuatu untuk mengipas Najib dan keluarganya," kata Tan Kee Kwong, pemimpin pakatan Pembangkang dalam parti PKR kepada Malaysia Chronicle. Saya lega kerana Psy begitu bijak dan adil. Tiada sebab kenapa dia perlu menyokong BN. Ini bukan sesuatu yang baik untuk politik mahupun reformasi. Mereka cuba mempergunakannya, jadi kenapa dia perlu menyokong ahli politik yang tidak ikhlas. Norashman ditonjolkan, Badawi ditolak ke tepi Sebenarnya, para pemimpin Gerakan termasuk penasihat-penasihat Najib telah cuba menggunakan konsert itu untuk menaikkan populariti Najib yang semakin menurun. Najib mempunyai sokongan yang paling sedikit berbanding semua perdana menteri yang pernah melalui pilihanraya umum dengan skor hanya sebanyak 63% Sehari yang lalu, Najib telah memberitahu pemberita bahawa dia ingin melakukan sesuatu yang baru pada tahun ini. Strategi terbarunya dengan memakai baju Cina merah hati dalam poster yang digantung di seluruh negara menaikkan perasaan tidak puas hati dalam puak konservatif parti Umnonya. Gambar Najib seorang diri dan dia juga membawa anaknya Norashman ke majlis Tahun Baru Cina membuatkan orang bercakap. Ada yang percaya bahawa dia telah dinasihatkan kurang menonjolkan isterinya yang telah banyak dicemari skandal itu. Walau bagaimanapun, dia telah melanggar protokol pada hari Isnin sehinggakan Badawi yang merupakan PM ke-5 Malaysia telah dipinggirkan dan diberi tempat duduk di barisan kedua. Keutamaan Najib dan kesediaanya membelanjakan wang rakyat untuk mempromosikan dirinya dan juga keluarga telah pun menghancurkan Umno. Tindakannya untuk tiba-tiba memberi fokus kepada Nurashman akan meniupkan kontroversi bahawa dia dan Rosmah cuba menyediakan Norashman untuk mengambil alih dari anak Mahathir, Mukhriz. Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 yang juga telah mengaku secara terbuka bahawa cita-citanya adalah untuk melihat anaknya mengikut jejak langkahnya, tanpa mempedulikan kebencian rakyat pada golongan elit Umno dan polisi politik dalaman Umno yang tertutup. Rosmah terlupa lirik Namun, ia agak sukar untuk melembutkan hati Rosmah yang keras, kerana dia sudah terbiasa dengan pandangan negatif rakyat terhadap keborosannya, kecintaannya terhadap cincin berlian yang besar dqn juga beg jenama Birkin yang tersangat mahal. Isnin lalu, penonton begitu baik padanya apabila dia dijemput untuk bersama-sama suami dan anaknya untuk menyanyikan dua lagu tahun baru Cina. Dia kelihatan seperti tidak suka mungkin kerana dia tahu bahawa rakyat kurang suka padanya dan bersedia untuk di'boo' penonton. Tetapi, penonton Pulau Pinang berkelakuan baik dan suami serta anaknya kelihatan lega, seperti yang diperhatikan oleh mereka yang berada berdekatan dengan pentas. Walaupun begitu, Rosmah telah lupa akan liriknya dan dia senyap dalam tempoh yang agak lama apabila terlupa, memalukan Najib dan pemimpin BN yang lain. Mungkin Rosmah telah bernasib baik kerana penonton tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Psy dan dia telah terlepas daripada kritikan rakyat kerana malas untuk mengingati lirik lagu yang bermaksud untuk menyampaikan mesej kepelbagaian kaum dan kurangnya syak wasangka terhadap masyarakat Cina. Tiada 'oomph' bagi Chang Yeow Bagi Chang Yeow dari parti Gerakan pula, jika dia bakal mengambil alih jasatan presiden dari Tsu Koon, masa depannya dalam parti bermasalah yang dahulunya menguasai Pulau Pinang tanpa menghargainya nampak gelap. Walaupun dia telah mencuba sedaya upaya, dia kekurangan 'oomph' untuk memenangi hati generasi baru di Pulau Pinang yang berpendidikan dan mahukan lebih dari segi demokrasi dan hak asasi melebihi generasi terdahulu mereka. Dalam ucapannya, Chang Yeow berjanji bahawa "lebih banyak lagi akan diperolehi oleh Pulau Pinang" dan BN merupakan satu-satunya kerajaan yang boleh mentransformasikan negeri itu. Dia juga telah cuba memperolehi tepukan gemuruh dari hadirin untuk Najib yang dia cuba peringati kepada mereka telah datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama rakyat. Namun dia gagal. Walaupun hadirin mahu memberi tepukan gemuruh untuk satu Malaysia yang bersatu, mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama untuk Najib. Sebelum keadaan menjadi lebih memalukan, pengerusi majlis yang bijak telah menyelamatkan keadaan dengan menarik perhatian penonton dengan mengingatkan penonton bahawa Psy akan membuat persembahan tidak lama lagi. BN yang licik? Tidak perlu Guan Eng, PR akan bimbang Lawan Chang Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak menghadiri majlis itu kerana telah ke Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agung Tuanku Haminah pada pkul 11 pagi. Sedikit sahaja yang hadir dengan baju meah, hijau dan kuning untuk menyatakan sokongan kepada kumpulan pro alam sekitar anti- Lynas dan Bersih, pergerakan untuk piliharaya adil dan bersih seperti yang disarankan oleh Lim. Namun, ini berkemungkinan kerana terdapat amaran dari ketua polis pro BN yang berkata akan berlaku masalah jika rakyat Pulau Pinang memakai warna-warna tersebut ke konsert sebagai sokongan kepada Guan Eng dan PR. Walapun begitu, nampaknya pembangkang tidak perlu risau. Najib, Chang Yeow dan BN telah merosakkan rancangan mereka sendiri. Secara keseluruhannya, kemunculan sulung Psy di Malaysia merupakan kejayaan bagi rakyat Pulau Pinang. Dan juga menjadi tamparan hebat kepada BN kerana cuba mempergunakan bintang Korea itu termasuk rakyat di negeri itu sendiri bagi tujuan motif politik mereka. Kata akhir dari Psy adalah dia akan kembali ke Malaysia pada bulan April untuk mempromosikan single terbarunya. Diharapkan paa ketika itu, pilihanraya umum di Malaysia telah tamat dan bintang Korea itu tidak perlu berhati-hati dengan pemimpin licik yang cuba mempergunakannya untuk kepentingan dan populariti sendiri. Petikan: Malaysia Chronicle | |||
Wan Azizah ajak rakyat kekal semangat kemerdekaan, Hari Malaysia Posted: 10 Feb 2013 08:29 PM PST 10 Februari 2013 SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak setiap anggota negara ini menginsafi perpaduan yang telah terbentuk sejak lebih lima dekad lalu walaupun ada pihak yang cuba menakutkan rakyat dengan mencipta pelbagai cerita fitnah bagi mengekalkan kuasa politik. Dalam perutusan Tahun Baru Cina yang disambut hari ini, kata beliau, perpaduan yang telah dipupuk boleh dilihat melalui hari-hari perayaan yang diraikan bersama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Beliau juga berkata rakyat perlu memelihara dan melipatgandakan usaha untuk terus mengekalkan persekitaran muhibah. Bagaimanapun, beliau berkata, semangat kemerdekaan 1957 dan semangat pembentukan Malaysia 1963 terencat kerana ada pihak yang mengabaikan nasib rakyat. "Jelas terpancar semangat muhibah tulen di antara kita, tanpa mengira ras atau keyakinan, tatkala bersama-sama meraikan perayaan-perayaan tersebut. "Tiada sengketa, tiada momokan dan tiada kecurigaan antara kita apabila semangat muhibah meresapi sanubari. "Oleh itu, mari kita menginsafi dengan semangat yang telah lama wujud dan cuba untuk mengekalkannya," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, dalam kemakmuran negara, ada pihak yang cuba menakutkan rakyat dengan mencipta pelbagai cerita fitnah bagi mengekalkan kedudukan. "...demi mengekalkan kedudukan, mereka sanggup mengolah tafsiran sejarah mengikut acuan mereka sendiri dan bertunjangkan politik perkauman sempit sekali gus cuba mendapat laba politik dengan menakut-nakutkan rakyat. " Namun percayalah itu sekadar angan-angan kosong mereka sahaja, rakyat bijak menentukan hala tuju negara dan akan mengenepikan politik perkauman sempit yang berusaha menyemai kebencian," katanya lagi. | |||
PR Selangor kecam edar buku fitnah Posted: 20 Jan 2013 08:24 PM PST 18 Januari 2013 SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa mengedarkan buku memfitnah kerajaan negeri kepada ketua-ketua kampung tradisi. Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim mendakwa, buku berbahasa Melayu sebanyak 21 siri setebal kira-kira 10 muka surat itu memaparkan pelbagai fakta tidak berasas berhubung pentadbiran Kerajaan PR antaranya isu air dan isu semasa di Selangor. Katanya, setakat ini, ia diedarkan kepada tujuh ketua kampung di Dun Sekinchan dan dua ahli majlis DAP Melayu, dua minggu lalu menerusi kiriman pos. "Saya percaya buku ini dikeluarkan pihak lawan kerana setelah diteliti, tiada sidang pengarang atau alamat pencetak tertera dalam risalah berkenaan. "Ini taktik baru untuk serang PR dengan cara menyembunyikan diri. Jadi, kita minta masyarakat berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan kandungan buku ini yang jelas bukan dikeluarkan kerajaan negeri," katanya pada sidang media, di Dewan Annex, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafei dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman. Berikutan itu, Suee Lim berkata, pihaknya menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kandungan risalah dan mengenal pasti individu terlibat dengan penerbitan serta pengedarannya. "Kita berpolitik biarlah secara politik sihat, bukan politik fitnah dengan 'baling batu sembunyi tangan'," katanya. Sementara itu, Shuhaimi menyifatkan perbuatan itu sebagai satu bentuk propaganda bersiri dilakukan pihak lawan terhadap PR bertujuan untuk mengelirukan rakyat, selain kehilangan modal menyerang Kerajaan Negeri. "Kalau ini bentuk demokrasi diamalkan BN, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak layak minta peluang mentadbir negeri ini. "Rakyat Selangor sudah memberi 11 kali peluang kepada BN mentadbir Selangor, jadi permintaan Najib itu dilihat kelakar," katanya. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan